BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 13, 2009

Bab 20

Khai berjalan menuju ke arah pokok rendang itu, di sebaliknya jelas kelihatan seorang lelaki berdiri sambil memeluk tubuhnya. Gayanya seperti menunggu seseorang. Khai berjalan mendekati lelaki itu.

" Ha, apa kau nak jumpa aku kat sini?," tanya Khai. Airell berpaling sebaik mendengar suara lelaki itu menegurnya dari belakang.
" Aku nak cakap dengan kau pasal Cinta," kata Airell lembut, tidak mahu mencari gaduh dengan Khai.
" Apalagi kau nak cakap ni.. Aku dah tahu la, yang kau ada hubungan dengan dia..," kata Khai dengan muka bengang.
" Hei.. kau dengar la dulu apa aku nak cakap ni!," agak tinggi suara Airell. Khai diam seketika, bukan kerana takut dengan Airell tapi dia juga berasa ingin tahu apa yang ingin dikatakan oleh Airell itu.
" Aku dengan Cinta tak ada apa-apa hubungan pun, tak lebih dari kawan. Kau patut tahu yang satu-satunya orang yang dia suka cuma kau.. sejak dulu sampai sekarang ," kata Airell.
" Mana kau tahu?," tanya Khai tidak percaya, namun air mukanya sudah kelihatan lebih tenang daripada sebentar tadi.
" Aku pernah tengok ada gambar kau dalam purse dia.. Kau tahu tak, sebelum kau rapat dengan dia, dia memang dah lama minat kat kau. So, kau tak patut musykil dengan dia, sebab dia memang sayang sangat kat kau," kata Airell lagi. Nadanya kembali rendah, sayu apabila dia sendiri terpaksa menuturkan hakikat itu kepada Khai. Khai kelihatan agak terkedu mendengar kata-kata Airell itu. Dia terdiam tanpa berkata-kata.
" Aku minta maaf kalau aku buat hubungan korang jadi macam ni.. Tapi, kau kena percaya yang aku dengan dia, memang tak ade apa-apa hubungan pun. Selama ni, aku selalu bersama dengan dia pun just sebagai hamba abdi dia je," sambung Airell lagi.
" Maksud kau?," tanya Khai tidak faham dengan maksud 'hamba abdi' yang dikatakan Airell sebentar tadi.
" Aku kalah dalam satu pertaruhan dengan Cinta, dan orang yang kalah kena ikut perintah orang yang menang.. So.. cuma itu je la," terang Airell lagi.

Ding Dong! Ding Dong!

Kedengaran loceng rumah berbunyi. Cinta segera keluar membuka pintu, namun sebaik sahaja pintu dibuka, tiada sesiapa yang kelihatan. Cinta mengerutkan dahinya. " Siapa la yang main-main dengan loceng ni?," tanyanya sendiri kemudian menutup kembali pintu rumah itu.
Namun, tidak sampai lima minit pun, sekali lagi kedengaran loceng rumahnya berbunyi. Dia keluar untuk membuka pintu rumahnya itu buat kali kedua. Kali ini, sebaik sahaja membuka pintu, tetap juga tiada orang di hadapan pintu itu, namun terdapat sejambak ros merah di hadapan pintu rumahnya itu.
Cinta mengambil bunga itu dan membelek-beleknya. Sekali lagi dahinya berkerut sambil tertanya-tanya sendiri dari mana datangnya bunga itu. Dia dapati ada sekeping kad kecil pada bunga itu lalu segera dibaca.
" I'm so sorry.. Love you..," itulah ayat yang tertulis pada kad itu. Cinta segera berjalan keluar dari pagar rumahnya itu dan mengintai-intai dengan harapan orang yang menghantar bunga itu masih berada di kawasan itu. Namun, hampa. Tiada sesiapapun yang kelihatan di situ. Sebaik dia berpaling untuk masuk ke rumahnya semula, dia dapati Khai sudah pun berdiri di hadapannya sambil tersenyum.

" So, awak maafkan saya?," tanya Khai kepada Cinta. Mereka berdua berjalan beriringan di kawasan taman yang berada berdekatan dengan rumah Cinta itu.
" Kenapa pula saya perlu maafkan awak?," tanya Cinta. Khai kelihatan terkejut mendengar kata-kata Cinta itu.
" Jadi, maknanya awak tak maafkan saya la ni?," tanya Khai. Cinta tergelak sendiri.
" Kalau awak tak buat salah, untuk apa pula saya nak maafkan awak ," kata Cinta dengan tawa yang masih tersisa. " Saya yang patut minta maaf dengan awak.. Saya tahu, saya tak patut sentiasa berkepit dengan Airell sedangkan awak boyfriend saya," kata Cinta sambil memandang Khai. Khai tersenyum, " Tak pe, sekarang saya faham kenapa Airell selalu bersama dengan awak," kata Khai. Cinta sedikit terkejut mendengar kata-kata Khai itu lalu segera memandang wajah teman lelakinya itu menginginkan penjelasan akan kata-katanya sebentar tadi. Namun, Khai tidak menunjukkan sebarang reaksi melainkan ketawa sendiri. Lalu, Cinta pun melupakan sahaja apa yang dikatakan oleh Khai sebentar tadi.
" Lepas ni, kita jangan gaduh lagi ye awak?," kata Cinta. Khai mengangguk sambil tersenyum, " Saya janji, kita takkan bergaduh lagi," katanya. Cinta juga turut tersenyum mendengar kata-kata Khai itu.
Dari sebalik semak, Airell menggaru-garu badannya yang sejak tadi menjadi bahan gigitan nyamuk. Wajahnya kelihatan agak sayu walaupun kini dia terpaksa menahan gatal pada badannya itu. " Hmm.. baguslah Cinta, kau dah gembira semula. Aku senang tengok kau gembira," kata Airell sambil tersenyum.


" Airell!," panggil Cinta dari jauh. Airell berpaling mendengar panggilan itu. Cinta segera berlari ke arah lelaki itu yang sedang termenung di kaki lima itu.

" Kau tahu tak, aku dah berbaik semula dengan Khai sekarang," kata Cinta sambil mengambil tempat di sebelah Airell. Airell diam seketika kemudian dia berpaling ke arah Cinta sambil tersenyum. " Baguslah kalau macam tu, tak payahlah aku susah payah nak sewakan bahu aku lagi," katanya. " Ish kau ni..," kata Cinta sambil menumbuk bahu Airell. Airell tertawa sendiri.

" Semalam, dia datang minta maaf dengan aku..," kata Cinta sambil mengingat kembali peristiwa semalam sambil tersenyum-senyum. " Kau tahu tak, aku gembira sangat sekarang ni. Dia cakap dia faham kenapa aku sering bersama kau.. Tapi aku tak tahu la apa maksud kata-kata dia tu. Mungkin dia percaya kot yang aku ni tak mungkin suka pada kau," kata Cinta lagi.

Serentak dengan itu, Airell memandang Cinta. Hatinya sakit mendengar kata-kata Cinta itu. " Teruk sangatkah aku Cinta sampai kau tak mungkin akan suka kat aku?," kata hatinya sendiri.

" Ok lah, rehat pun dah habis ni.. Erm, petang ni, kau tak payah datanglah rumah aku. Hari ni aku bagi kau rest," kata Cinta sambil bangun berdiri dan cuba menyapu habuk-habuk pada kainnya itu. Airell mengerutkan dahi.

" Apasal pulak?," tanya Airell.

" Macam biasa la, aku ada date dengan Khai," kata Cinta sambil tersenyum dan terus berlalu pergi dari situ meninggalkan Airell sendiri. Airell mengeluh sebaik sahaja kelibat Cinta hilang dari pandangan.

" Sampai bila kau nak begini, Airell?? Berdepan dengan orang yang kau cintai, tapi tak mampu untuk memilikinya," tanya Airell pada diri sendiri.

0 comments: