BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 5, 2009

Bab 15

" Awak sudi??," tanya Airell sekali lagi walaupun dia sudah mendengar jawapan gadis di hadapannya itu sebentar tadi. Maria mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum. Airell hampir terlompat di situ. Dia tidak sangka Maria sudi keluar date dengannya. Inilah kali pertama dia mengajak seorang gadis keluar date, mujurlah gadis itu sudi. Kalau tidak, malu.
" Ok, kalau macam tu, petang ni, saya datang ambil awak kat rumah, pukul 5" kata Airell.
" Ok..," kata Maria lagi sambil mengangkat tangannya menunjukkan tanda setuju. Lalu Maria berlalu pergi. Airell mula berfikir, baju apa yang patut dipakainya petang nanti. Huh, susah betul bila ada date ni! Keluhnya sendiri. Namun, dia berasa gembira. Akhirnya, dia dapat juga keluar date dengan gadis idaman hatinya itu.
" Yahoo!," katanya sambil melompat-lompat. Para pelajar yang lalu lalang di situ hanya memandang aneh kepadanya. " Apa tengok-tengok? Aku ada hutang dengan kau ke?," tanya Airell lalu dia berjalan pergi.

Airell menghentikan motornya di hadapan rumah Maria. Kelibat Maria masih belum kelihatan. Barangkali masih lagi bersiap atau bersolek. Biasanya itulah kerja seseorang perempuan kalau nak keluar rumah. Memang tak sah kalau tak solek wajah tu.
Sebentar kemudian, Maria keluar. Airell terpaku melihat gadis itu dengan berpakaian gaun yang agak singkat sehingga menampakkan betisnya. Tudung di kepala pula entah ke mana. Namun kemudian, dia tersenyum. " Tak kisahlah, dia nampak cantik jugak macam tu," katanya di dalam hati.
Maria berjalan menuju ke arah Airell, kemudian dia memandang kiri dan kanan Airell seperti tercari-cari sesuatu. " Mana kereta awak?," tanya Maria.
" Kereta? Saya datang dengan ni je?," Airell menunjuk ke arah motornya itu.
" Hah? Takkan aku nak naik motor kapcai ni je kot," bisik Maria dalam hatinya. Wajahnya jelas kelihatan berubah.
" Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan motor ni?," tanya Airell. Maria sedaya-upaya cuba membuat wajahnya kelihatan gembira dengan kenderaan itu. " Tak de lah, saya suka naik motor. Jomlah," kata Maria lagi.
Serentak dengan itu, Airell menghidupkan enjin motornya itu. Maria berusaha untuk naik ke atas motor itu dan duduk di belakang Airell dengan penuh rasa kekok. Itulah pertama kali dia naik motor, selama ini dia hanya naik kereta sahaja. Maklumlah, sudah biasa hidup mewah.
Maria agak gayat pada mulanya, tangannya memeluk Airell dengan kemas. Tetapi setelah hampir 15 minit berlalu, dia mula suka menaiki motor itu. Tak sangka, naik motor seronok juga. Romantik lagi. Fikirnya sendiri.
Airell menghentikan motornya di hadapan sebuah restoran yang kelihatan agak mewah. " Ok, kita dah sampai," kata Airell. Senyumannya sejak tadi lagi tidak lekang di bibir, apa tidaknya, sepanjang perjalanan Maria memeluknya dengan erat. Bahagia la hati. Mereka masuk ke dalam restoran itu bersama-sama secara beriringan. Seorang waiter membawa mereka ke tempat duduk dua seat khas untuk pasangan kekasih. " Hmm..tapi aku bukan bercinta dengan dia lagi, tapi bakal bercinta," kata Airell dalam hatinya sambil tersengih-sengih.
" Cantik restoran ni," kata Maria sambil memandang ke sekelilingnya.
Tiba-tiba datang seorang waiter dan memberi mereka buku menu. " Erm..bagi kami set makanan ni ye?," kata Airell.
" Minuman?," tanya waiter itu lagi setelah mencatat pesanan Airell itu.
" Err, minuman.....," kata-kata Airell tergantung di situ apabila dia tba-tiba ternampak Cinta dan Khai berjalan beriringan masuk ke dalam restoran itu.
" Airell?," panggil Maria apabila melihat Airell terdiam.
" Oh..sorry.. Jus epal dua," kata Airell kepada waiter itu. Lalu waiter itu pun pergi dari meja mereka.
" Eh, itu kan Airell, dia dengan siapa tu?," tanya Khai sambil berjalan ke arah meja Airell dan Maria. Cinta sudah berubah wajahnya melihat Airell juga berada di situ, malah dengan seorang gadis.
" Hai Airell.. Tak sangka kita jumpa kat sini, dengan.. La, Maria rupanya," sapa Khai pura-pura ingin beramah mesra dengan Airell. Padahal, kalau di sekolah bukan main sombong. Jarang sekali dia bercakap dengan Airell. Cinta membulatkan matanya apabila melihat Maria di hadapan Airell itu. Mata Cinta dan Maria berpandangan.
" Bukan kau sorang boleh keluar date, aku pun ada date jugak,"kata Maria di dalam hatinya.
" Hah, aku peduli apa dengan kau, kalau setakat dengan Airell ni, aku tak heran la," kata Cinta di dalam hatinya. Mereka seolah-olah mampu membaca fikiran masing-masing.
" Eh, tak sangka ye? Duduklah," pelawa Airell supaya mereka duduk di meja di sebelah mejanya itu. Tanpa sebarang kata, Khai terus duduk di situ. Cinta terpaksa duduk di situ juga, memandangkan Khai sudah pun duduk. Tapi hatinya menyumpah seranah Airell dan Maria yang berada di sebelahnya itu.
" Eii, kacau daun betullah diorang ni," bisik hati Cinta.
" Eii, kacau daun betullah diorang ni," ayat yang sama juga keluar dalam fikiran Airell.
Beberapa minit terus berlalu, akhirnya makanan mereka semua sampai. Masing-masing menjamu selera tanpa berkata-kata. Namun, selepas itu, masing-masing dengan dunia mereka. Airell dan Maria berbual sesama mereka. Cinta dan Khai pula berbual sesama mereka.
" Awak ni suka makan apa ye?," tanya Maria kepada Airell.
" Saya suka makan nasi dengan ulam-ulaman," jawab Airell.
" Nasi dengan ulam-ulaman?? Eii, mana sedap tu. Saya suka makan western food, macam pizza, chicken chop," kata Maria.
" Eh, sedap la nasi dengan ulam-ulaman ni. Kadang-kadang tu, kita tak boleh nak terlalu menyanjung sangat makanan barat ni. Kalau makanan tempatan, makanan tradisional tak ade orang yang nak makan, then siapa yang nak makan kan?," kata Airell panjang lebar kurang setuju dengan kata-kata Maria tadi. Maria hanya mencebik sambil mengangguk.
Tiba-tiba kedengaran suara Cinta tertawa ketika berbual dengan Khai. Airell dengan spontan berpaling ke arah mereka. Mereka berdua kelihatan mesra sekali. Entah kenapa timbul rasa marah di dalam hatinya apabila melihat kemesraan mereka berdua.
Apabila seorang waiteress lalu di sebelah meja mereka, secara tidak sengaja, waiteress itu tertumpahkan air ke atas Maria. Dengan serta-merta Maria bangun dan menjerkah waiteress itu.
" Hoi, buat kerja tu pakai otak! Mata letak kat kepala lutut ke?? Tengok ni, habis basah baju aku!!," jerkah Maria. Airell kaku seketika melihat kejadian itu dan mendengar jerkahan Maria sebentar tadi. Orang ramai di dalam restoran itu termasuk Khai dan Cinta mula menumpukan pandangan mereka kepada Maria dan dia. Dia sedaya upaya cuba menyembunyikan wajahnya dengan tangan.
"Err..maaf cik.. Saya tak sengaja," jawab waitress itu tergagap-gagap.
" Hish, minta maaf pun, bukannya kau boleh bantu untuk bersihkan kotor kat baju aku ni!," kata Maria lalu pergi ke tandas dan meninggalkan waitress itu tercegat di situ bersama Airell yang masih duduk di meja itu. Orang ramai masih lagi memandang ke arah tempatnya.
" Hehe.. tadi tu cuma gimik je tu.. Sambunglah makan..," kata Airell sambil tersengih-sengih kambing. Setelah semua orang menyambung makan semula, dia mengeluh sendiri.

0 comments: