BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 28, 2009

Bab 12

Maria mengeluh sendirian setelah Pn. Mazilah keluar dari kelas sebentar tadi. Rasa mengantuknya masih belum hilang sejak pagi tadi. Kelas 3 Mawar itu kini kembali gamat dengan suara riuh penghuninya. Ada yang ketawa, berbual, berjalan ke sana ke mari dan pelbagai ragam. Di suatu sudut, Cinta sedang berkhayal sendirian sambil merenung ke luar tingkap kelas itu. Dari tingkap itu dia dapat lihat sekumpulan pelajar sedang bermain bola sepak di padang sekolah. Mungkin waktu Pendidikan Jasmani mereka. Namun, fokus Cinta hanyalah seorang, iaitu Khai. Sungguh bergaya lelaki itu apabila beraksi di tengah padang. Tapi, mana Airell??

Tok!Tok!Tok!

Kedengaran pintu kelas mereka diketuk. Suasana sunyi seketika, masing-masing melemparkan pandangan ke muka pintu. Kelihatan seorang pelajar perempuan dari tingkatan satu sedang tercegat berdiri di situ.
" Kak Maria ada??," tanya pelajar itu. Serentak dengan itu, semua pelajar menunding jari ke arah Maria. Lalu, pelajar itu pun berjalan menuju ke tempat Maria.
Maria masih diam menunggu akan apa tujuan kedatangan pelajar itu. Setibanya di meja Maria, pelajar itu menghulurkan sesuatu kepada Maria. Cinta yang memerhatikan dari jauh mula tertanya-tanya. " Apa tu?," bisik hatinya.
" Untuk saya?? ," kata Maria sambil mengambil sekotak coklat berbentuk hati yang diikat reben merah itu. Pelajar itu hanya mengangguk.
Sudah seminggu Maria menerima coklat seperti itu. Namun, dia masih belum mengetahui siapa penghantar misteri itu. Dia hanya menerima coklat itu daripada pelajar-pelajar tingkatan satu, yang mungkin telah diupah.
" Kalau boleh akak tahu, siapa yang beri coklat ni?," tanya Maria. Pelajar itu menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Dia cakap jangan beritahu kat akak," jawapan yang sama diberikan oleh pelajar-pelajar lain yang pernah menghantar coklat kepadanya. Kemudian, pelajar itu pun berlalu keluar.
Maria merenung coklat itu. Di atasnya kelihatan sekeping kad di selitkan di celah ikatan reben. Lalu dia mengambil dan membacanya.

' You must be a good runner because.. you are always running in my mind,
You must be a good thief because.. you have stolen my heart,
and i am always be a bad shooter because.. I Miss You Always...

Your secret admire..'


Maria tersenyum sendirian membaca apa yang tertulis di dalam kad itu. Kemudian, dia mengeluarkan lima lagi kad yang pernah diterimanya sebelum ini. Dia membelek satu persatu dan membaca kad-kad itu sekali lagi.

' I'm afraid to close my eyes coz I might think of you.
I'm afraid to open them coz I might see you.
I'm afraid to move my lips coz I might speak of you.
I'm afraid to listen coz I might hear my heart fall for you.

Your secret admire.. '


Itu kad pertama yang diterimanya. Kemudian dia membelek kad yang kedua pula dan membacanya. Tiba-tiba Julia datang dan mengambil salah satu kad di tangan Maria itu.
" Apa ni??," tanya Julia sambil membelek kad itu. Kemudian, dia membaca ayat yang tertulis pada kad biru itu.
" When tears come out of your eyes, reason 'you are sad'.When you smile, reason 'you are happy'. But when you receive a gift without any reason,it means?? 'YOU ARE SPECIAL'.. Your secret admire???!," sengaja diperkuatkan tiga perkataan akhir itu.
" Kau tak cakap pun kat aku kau ada secret admire," kata Julia. Maria hanya tersenyum. " So, siapa lelaki ni??," tanya Julia. Maria hanya mampu menjungkitkan bahunya kerana dia sendiri tidak tahu siapa lelaki romantik itu. Yang dia tahu, dia sudah mula berasa tertarik dengan lelaki itu.
" Apa kata kalau kita siasat??," Julia memberi cadangan. " Maksud kau??," tanya Maria. " Ala, kau ni.. Kita cubalah cari jalan selidik siapa lelaki ni,"kata Julia.
" Erm..betul juga tu," kata Maria sambil mengangguk.
Cinta yang mendengar perbualan mereka berdua itu mula mengerutkan dahinya. Dia juga turut tertanya-tanya siapa secret admire Maria itu.
" Siapa pula secret admire dia ye?," fikirnya sendiri. Kemudian, dia terdiam seketika. " Jangan-jangan......,"

Di sebuah lorong, Airell sedang berdiri sambil membaca notis-notis yang ditampal pada papan kenyataan di situ. Lagaknya kelihatan seperti menunggu seseorang. Sebentar kemudian, seorang pelajar tingkatan satu datang menghampirinya.
" Macamana??," tanya Airell. Pelajar itu tersenyum sambil mengangkat tangannya sebagai isyarat semuanya berjalan dengan lancar. Airell turut tersenyum melihat reaksi dari pelajar itu.
" Ok, ni upah kamu," kata Airell sambil membuka dompetnya dan mengeluarkan sekeping wang kertas RM5 lalu diberikan kepada pelajar itu. Pelajar itu tersenyum lebar menerima wang itu. Kemudian, dia berlalu pergi.
" Hmm.. dah agak dah..nampaknya dalam diam-diam si Airell dah aturkan rancangan yang perfect rupanya," kata Cinta yang sedang mengintip mereka di sebalik dinding di situ.

Monday, August 24, 2009

Bab 22



Nia menatap wajah Adam dalam frame yang dipegangnya itu. Kemudian, dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu memasukkan frame gambar itu ke dalam sebuah kotak yang berada di tepinya. Kemudian dia mengambil kotak muzik yang berada di atas meja tulis tidak jauh dari situ dan turut memasukkan kotak muzik itu di dalam kotak tadi.
" Kau nak buat apa tu??," tanya Sarah yang tiba-tiba muncul.
" Aku nak simpan semua barang-barang ni," kata Nia sambil tersenyum. Sarah turut tersenyum melihat rakannya yang kini mampu memandang ke hadapan itu.
" Aku tak nak semua barang-barang ni buat aku teringat kat dia lagi," kata Nia lagi. Pada saat itu, dia membuka gelang tangan yang selalu dipakainya, iaitu salah satu barang kenangan dia bersama Adam lalu memasukkannya ke dolam kotak itu. " Huh.. habis pun semua barang aku simpan," kata Nia.
" Nia, aku suka bila kau dah banyak berubah. Aku berterima kasih sangat pada Haris, sebab dia beri semula kawan aku yang dulu," kata Sarah. Nia tersenyum.
" Haris tu istimewa.. Aku sendiri tak tahu macamana dan bila aku jatuh cinta pada dia..Yang aku tahu, aku bahagia dengan dia," kata Nia lagi. " Kau tahu tak, malam ni dia ajak aku pergi candle light supper," kata Nia. Sarah teruja mendengar kata-kata Nia itu. Selama ni, dia hanya pernah dengar orang pergi candle light dinner, tidak sangka bahawa candle light supper juga ada.
" Wah, happy la orang tu," kata Sarah.
" Mestilah..," kata Nia pula sambil tersenyum.

Malam minggu seperti itu, ramai pelajar-pelajar yang keluar masuk asrama tanpa terikat dengan waktu kerana mereka bebas keluar masuk dari asrama pada malam minggu. Dari jauh, kelihatan Nia sedang berdiri di hadapan perhentian bas menunggu Haris yang masih belum muncul-muncul lagi.
Sebentar kemudian, kedengaran bunyi hon kereta Honda. Nia tersenyum. Sememangnya dia sudah mengenali bunyi itu. Kereta itu berhenti di hadapannya. Kemudian, Haris keluar dengan bersut hitam. Memang kacak begaya lelaki itu. Haris menghampiri Nia. Lama dia merenung kekasihnya itu, cantik! Nia kelihatan benar-benar anggun pada malam itu, lebih anggun daripada malam mereka menghadiri jamuan Jeffry tempoh hari. Malam itu, Nia mengenakan gaun berwarna silver yang bertatahkan permata-permata putih menyebabkan bajunya itu kelihatan bersinar. Nia berdehem setelah menyedari dirinya lama diperhatikan. Haris tersenyum menyedari kesalahan yang dilakukannya berulang kali itu. Apa boleh buat, sememangnya gadis di hadapannya itu tidak mampu lari dari pandangan matanya.
Haris membuka pintu keretanya seraya berkata," Silakan my lovely princess." Nia hanya tersenyum sambil masuk ke dalam kereta itu. Haris mula menghidupkan enjin kereta dan bergerak menuju ke destinasi mereka.
" Awak nak bawa saya candle light supper kat mana ni??," tanya Nia setelah 20 minit perjalanan.
" Kita dah hampir sampai," kata Haris sambil menunjuk ke hadapan mereka. Nia dapat lihat dari jauh, cahaya yang berkelip-kelip menerangi kegelapan malam tidak jauh dari situ. Haris meletakkan kereta di tempat parkir yang disediakan. Manakala Nia pula sudah pun terpaku dengan keindahan restoran yang tersergam di hadapannya itu. Restoran yang terletak di tebing sungai itu berbentuk sebuah kapal, dan disekelilingnya telah dihiasi dengan cahaya lampu yang indah.
" Mengagumkan..," kata Nia. " Kalau macam tu, kita masuklah dulu.. Kat dalam lebih mengagumkan," kata Haris. " Shall we," tanya Haris sambil menghulurkan tangannya.
Nia tersenyum sambil memaut lengannya pada Haris. Mereka sama-sama berjalan menaiki tangga kapal itu iaitu tangga yang menuju ke pintu masuk restoran itu.
" Selamat datang," sapa seorang pelayan tetamu yang sedang berdiri di sisi pintu masuk itu. Sebaik melangkah masuk, Nia benar-benar terpegun melihat hiasan dalamannya. " Oh my God, this is Titanic??!," kata Nia sedikit ternganga. Haris tersenyum melihat reaksi Nia itu.
" Ni hanyalah sebuah restoran yang menggunakan hiasan dalaman sama seperti Titanic," terang Haris.
" Please sir," tiba-tiba datang seorang lagi pelayan tetamu yang lain menyapa mereka dan membawa mereka ke meja yang telah disediakan. Mereka terpaksa menaiki tangga sekali lagi untuk ke tingkat atas, di mana mereka dapat menikmati keindahan malam dan kawasan di sekeliling.
" Saya suka tempat ni," kata Nia." Terima kasih Haris kerana bawa saya ke sini," katanya lagi. " Kasih diterima," jawab Haris selamba. Nia hanya menjeling manja kepada kekasih dihadapannya itu. Haris mengerling ke arah jam tangannya. Kini, jam menunjukkan pukul 11.50 malam. Lega rasanya bila dia dapat sampai ke restoran itu tepat pada waktunya.
" Nia.. saya ada sesuatu untuk awak..," kata Haris. Nia mula menumpukan perhatiannya pada Haris. Dahinya kini mula berkerut. Sebentar kemudian, jam di dinding mula berdenting, menunjukkan sudah pukul 12 tengah malam. Serentak dengan itu, kedengaran bunga api berdentum di udara. Nia memerhatikan bunga api yang berwarna-warni itu dengan terpegun.
" Happy Birthday sayang!,"kata Haris. " Err.. ye lah,hari jadi saya.. Macamana awak tahu.. saya tak pernah..," kata Nia sambil menahan sebak kerana terharu dengan apa yang dilakukan oleh Haris untuknya itu.
" Sudah tentulah saya tahu segalanya tentang awak kerana saya dah letakkan awak di sini," kata Haris sambil menyentuh hatinya.
Nia tersenyum walaupun masih terasa sebak. " Terima kasih Haris, terima kasih sebab...," belum sempat Nia menghabiskan ayatnya, Haris telah meletakkan jarinya di bibir Nia memberi isyarat supaya dia tidak meneruskan kata-katanya. " Shyy.. I love you Nia.., tak kira apa sekalipun yang saya buat untuk awak, semuanya adalah kerana saya cintakan awak,"kata Haris. Mata Nia mula berkaca. " I love you too," katanya.
" Itu yang saya nak dengar.. Bukan thank you or what , just that keramat words," kata Haris sedikit berjenaka. Nia tergelak mendengar kata-kata Haris itu.
Saya ada hadiah untuk awak. Serentak dengan itu, dia mengeluarkan sekotak baldu biru tua dari saku kotnya itu. Nia hanya memerhatikan kotak itu. Kemudian, Haris membuka kotak itu lalu ditunjukkan pada Nia isi kandungannya. Nia sungguh terperanjat melihat seutas gelang bertatahkan berlian di hadapannya itu. Haris mengambil gelang itu dan meminta Nia menghulurkan tangannya.
" Tapi... saya tak boleh terima hadiah semahal ni," kata Nia.
" Kalau awak sayang saya, awak kena terima hadiah ni," kata Haris seperti mengugut. Akhirnya Nia mengalah. Haris hanya tersenyum. Ketika Nia menghulurkan tangannya, Haris mula menyedari sesuatu. Gelang yang selama ini sering dipakai oleh Nia, gelang kesayangannya itu sudah tiada di pergelangan tangan Nia.
Nia yang menyedari reaksi Haris itu tersenyum. " Saya dah simpan gelang tu. Gelang tu hanyalah kisah silam saya, sekarang jadikanlah gelang ini sebagai kisah baru dalam hidup saya," kata Nia.
Haris tersenyum mendengar kata-kata Nia itu. Dia mengerti bahawa Nia kini sudah mula cuba untuk melupakan Adam.

Wednesday, August 19, 2009

Bab 11

Ding! Dong! Ding! Dong!

Kedengaran loceng rumah bergema. Sebentar kemudian, kedengaran pula suara Pn. Hasiah memanggil. " Cinta, kawan kamu datang," katanya. Cinta yang sedang menonton televisyen itu tertanya-tanya siapa yang datang ke rumahnya cuti-cuti begitu. Lalu, dia keluar ke ruang tamu.
Alangkah terkejutnya Cinta melihat Khai yang sedang duduk di atas sofa merah di ruang tamu rumahnya itu. " Mama, apa dia buat kat sini?," tanya Cinta kepada mamanya di balik tirai. " Dia cakap dia nak jumpa kamu," kata mamanya lalu masuk ke dapur. Dengan segera, Cinta masuk ke biliknya dan menukar baju yang lebih sesuai untuk bertemu dengan Khai.
" Lama tunggu?," tanya Cinta sejurus selepas itu.
" Taklah..," kata Khai sambil tersenyum. Dia terpaku melihat keayuan Cinta dalam pakaian baju kurung itu.
" Ada apa datang rumah saya ni?," tanya Cinta.
" Erm.. saja.. Nak kenal rumah awak.. Jom keluar jalan-jalan," ajak Khai.
" Jalan-jalan? Sekarang?," tanya Cinta tidak percaya dengan ajakan Khai itu. Khai hanya mengangguk.
" Err, saya kena mintak izin mama saya dulu," kata Cinta. Ayahnya tiada di rumah ketika itu, sibuk di pejabat. Hanya mamanya yang setia di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa.
" Pergilah kalau orang dah ajak tu.. Lagipun, mak cik kenal kamu tu, anak Kak Tipah,kan?," kata Pn. Hasiah yang sememangnya terdengar perbualan mereka berdua sebentar tadi. " Betul ni mama?," tanya Cinta inginkan kepastian. Mamanya mengangguk. " Tapi.. jaga batas pergaulan tu,"Pn Hasiah mengingatkan.
Cinta tersenyum seraya berkata," Alah, mama ni.. Tu Cinta tahu la." Lalu mereka pun keluar dari rumah itu setelah Cinta bersalaman dengan mamanya.

" Awak nak bawa saya jalan-jalan ke mana?," tanya Cinta.
" Itu rahsialah," kata Khai sambil membuka sebuah kereta Honda. Cinta terlopong.
" Naiklah," kata Khai lagi. Cinta hanya menurut walaupun masih dengan tanda tanya.
" Ni kereta abang saya..," jelas Khai bagi menjawab persoalan yang terpancar di wajah Cinta.
Setelah menghidupkan enjin, kereta itu memecut laju menuju ke destinasi. Kawasan bandar hanya kira-kira 10 kilometer dari kampung mereka, 30 minit perjalanan. Setibanya di hadapan sebuah restoran, Khai memberhentikan keretanya. Cinta terpinga-pinga.
" Kita nak pergi mana ni?," tanya Cinta. Khai tidak menjawab soalan Cinta itu, dia terus masuk ke restoran itu. Cinta hanya mengikut. Di dalam restoran itu, mereka mengambil tempat di tepi sebuah kolam ikan buatan yang dihias cantik.
" Saya nak awak teman saya breakfast je sebenarnya," kata Khai sambil tersenyum. Cinta tertawa mendengar kata-kata Khai, antara geli hati dan gembira apabila dia diminta untuk menemani Khai.
" Kenapa sampai datang bandar nak breakfast? Rumah awak tak de orang masak ke?," tanya Cinta.
" Takde.. Mama ngan Ayah saya pergi kerja.. Maid kat rumah tu pulak digajikan untuk kemas rumah je..Bab-bab masak ni dia tak pandai.. Kakak pula pergi kuliah.. So, kena keluar cari makan sendiri la," kata Khai dengan nada kasihan.
" Ala, kesiannya dia ," kata Cinta pula cuba menyakat. Sebentar kemudian, datang seorang pelayan ke meja mereka.
" Nak order apa?," tanya pelayan itu. Khai memandang Cinta. " Awak tolong orederkan untuk saya ,boleh? ," kata Khai. CInta membulatkan matanya.
" Err..ok.. Mee goreng cendawan dan fresh orange satu," kata Cinta. " Err, bukan satu, dua..," kata Khai kepada pelayan itu. " Ok..," kata pelayan sebelum beredar pergi. Khai tertarik dengan makanan yang dipesan oleh Cinta sebentar tadi.
" Mana awak tahu saya suka menu tu?," tanya Khai.
" Err.. saya.. sebab saya pun suka menu tu juga," kata Cinta cuba menutup rahsianya. Mana mungkin dia biarkan Khai tahu bahawa selama ini dia sudah menyelidik semua perkara yang menjadi kegemaran Khai.
" Hah..nampaknya kita ni ada persamaan lah," kata Khai teruja. CInta hanya mengangguk sambil tersenyum. Selesai sahaja breakfast di situ, Khai membawa Cinta ke Game Centre yang tidak jauh dari situ. Di sana, kelihatan beberapa orang rakan-rakan Khai yang sudah sedia menunggunya. Cinta kurang suka melihat mereka kerana pandangan mereka kepada CInta amat menakutkannya. Walaubagaimanapun, dia berasa sungguh seronok bersama Khai pada hari itu.

" Kita nak ke mana pula ni?," tanya Cinta setelah mereka keluar dari Game Centre sebentar tadi.Dia sempat mengerling ke arah jam tangannya. Tepat pukul 12.30 tengah hari.
" Laparlah.. Jom pergi makan tengah hari," kata Khai.
" Makan lagi? ,"tanya Cinta. Khai memandangnya. " Ye la, tak lapar ke?" tanya Khai pula. Cinta menggeleng-gelengkan kepalanya sebagai jawapan tidak. Kemudian dia tersenyum.
" Begini, jom kita pergi Giant dulu kejap," kata Cinta sambil berlari ke pusat beli-belah Giant yang megah berdiri di hadapan mereka. Khai menyusul dengan rasa hairan.
Cinta ke bahagian makanan. Dia mengambil rempah sup, bebola ikan, sayur sawi dan memberikannya pada Khai. Khai mengerutkan dahi. Cinta terus berjalan lagi. Dia mengambil makanan mentah yang patut dan memberikannya pada Khai. Kemudian, mereka pergi ke tempat parkir kereta.
" Cinta, awak nak buat apa semua barang-barang ni?," tanya Khai.
" Kita balik, jom..," kata Cinta sambil membuka pintu kereta itu dan masuk ke dalamnya. Khai menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
" Awak dah nak balik ke?," tanya Khai sambil menghidupkan enjin keretanya itu.
" Bukan nak balik rumah sayalah, balik rumah awak," kata Cinta. Khai memandang ke arahnya dengan wajah yang penuh tanda tanya. Cinta hanya tersenyum. " Biar saya tolong masakkan untuk awak," katanya. Khai turut tersenyum mendengar kata-kata CInta itu. Lalu, dia mula memandu kereta pulang semula.

" Ok, mula-mula kita pakai apron," kata Cinta sambil memakai apron yang tergantung di dinding dapur rumah Khai itu. Khai juga mengambil satu apron yang tergantung di situ dan teragak-agak untuk memakainya. Dia cuba memerhati cara Cinta memakai apron itu.
" Jom kita mula memasak," kata Cinta penuh semangat. Dia sememangnya pandai memasak. Sejak kecil lagi dia memang minat memasak. Suruhlah dia masak apa sahaja, semua dia boleh. Makanan Thai, Perancis, Arab, semua dia sudah kuasai. Dia belajar semua itu hanya dari buku resepi. Kepakaran Cinta itu juga telah diakui oleh ibu bapanya. Mereka kagum dengan kebolehan yang dimilikinya itu. Kata mereka, kebolehan Cinta itu adalah warisan dari neneknya yang pernah menjadi tukang masak antarabangsa suatu ketika dahulu.
Cinta dan Khai sama-sama memasak di dapur itu. Namun, bukan hanya mereka berdua berada di dalam rumah itu. Seorang maid mereka sibuk mengemas rumah itu. Sesekali dia menggeleng-gelengkan kepalanya apabila kedengaran bunyi bising di dapur. Fokus Cinta pada hari itu adalah untuk memasak makanan yang mudah dan simple sahaja iaitu sup sayur dan ikan sweet sour. Setelah hampir sejam berlalu, akhirnya masakan mereka siap.
" Erm.. wanginya..mesti sedap," kata Khai. Cinta tersenyum mendengar pujian dari Khai itu.
" Jangan hidu sahaja, makanlah..," kata Cinta kepada Khai yang hanya duduk menghadap makanan itu.
" Awak tak nak makan sekali ke?," tanya Khai.
" Tak pelah, saya masih kenyang lagi.. Lagipun, saya dah nak balik lah. Nanti mama risau pula," kata Cinta.
" Alah, duduklah makan sekali. Teman saya.. Please..," pujuk Khai. Cinta lemah mendengar pujukan buah hatinya itu. " Ye la, ye la..," kata Cinta lalu mengambil tempat di hadapan Khai.
Mereka mula menjamu selera. Khai yang sememangnya lapar makan dengan berselera sekali. " CInta, awak memang hebat. Masakan awak ni sedap sangat. Suatu hari nanti, memang bertuah saya kalau dapat kahwin dengan awak," kata Khai. Wajah Cinta yang putih itu berubah kemerahan mendengar kata-kata Khai.
" Kenapa muka awak merah?," tanya Khai.
" Eh, ye ke? Err.. panas kot..," kata Cinta. Dia menunduk sambil terus makan tanpa memandang Khai lagi. Khai memandang ke sekelilingnya dengan hairan. Dia melihat, suis air-conditioner sudah di hidupkan, suhu 16 darjah celcius lagi. " Panas lagi ke?," dia tertanya-tanya di dalam hati.

Bab 21

Pagi-pagi lagi, Nia sudah bersiap sedia dengan berbaju T-shirt lengan panjang di bawah gerai kepunyaan dia dan Haris iaitu gerai Nombor 6. Dari jauh, kelihatan Haris terhuyung-hayang mengangkat sebuah kotak yang penuh dengan peralatan-peralatan seperti gelas plastik, dan bahan-bahan yang akan mereka jual pada hari itu.
" Huh, beratnya," kata Haris sebaik sahaja meletakkan kotak itu di atas meja di sebelah Nia. Kemudian dia menjeling ke arah Nia. " Hmm.. habis languh bahu-bahu ni, kalau la ada orang boleh urut..,"sengaja Haris berkata begitu cuba untuk melihat reaksi Nia. Nia hanya memberikan jelingan tajam kepadanya. " Tak apalah, dapat jelingan pun dah hilang lenguh-lenguh ni,"kata Haris lagi dalam sindiran. Nia hanya mendiamkn diri. Terasa juga geli hati dengan si Haris, apa tidaknya, pagi-pagi dah buat lawak bodoh. Namun, dia masih tetap dengan keegoannya.
Sepanjang hari itu berjalan dengan lancar, ramai pelanggan yang datang ke gerai mereka. Apa tidaknya, dengan cuaca yang panas terik, sudah tentu ramai yang kehausan. Haris dan Nia tak lepas tangan hari itu, boleh dikatakan nak duduk pun tak sempat. Mujurlah juga Haris sempat menggaji seorang pelajar junior sebagai pembantu mereka di gerai itu.
" Siapa ni?," tanya Nia sewaktu gadis itu muncul di gerai mereka dan memakai sehelai apron.
" Ni? Pembantu kita.. Kenalkan, ini Syira.. Syira, ni Nia," kata Haris.
" Hai kak Nia," kata Syira sambil menghulurkan tangan kepada Nia. Nia menyambut lambat tangan itu. Sesuatu sedang bermain di fikirannya apabila melihat kemesraan gadis itu dengan Haris. Entah kenapa, hatinya terasa sakit sekali. Namun, dia cuba mengelakkan daripada berfikir yang bukan-bukan dengan menyibukkan dirinya pada hari itu.
" Err.. abang Haris, ais krim Vanilla dah habis," kata Syira sambil berpaling ke belakang. Serentak dengan itu, dia terlanggar Haris lalu tergelincir. Dengan serta-merta, Haris menyambutnya. Nia yang berada tidak jauh dari situ berpaling dan kaku seketika melihat mereka. Haris yang menyedari perkara itu terlepas Syira yang dipegangnya itu lalu terjatuh.
" Aduh...," kata Syira. " Err..sorry," kata Haris. Kemudian, dia segera menuju ke arah Nia yang kini sedang menghiris buah kiwi bagaikan ingin menetak orang.
" Nia, jangan fikir yang bukan-bukan pasal tadi. Saya cuma tolong dia je..," kata Haris.
" Kenapa pula perlu terangkan pada saya, saya tak kisah pun kalau awak dengan dia bercinta, saya peduli apa," kata Nia cuba mengawal nada suaranya.
" Err.. Nia, awak cemburu ke?," tanya Haris.
" Hah? ," serta-merta Nia memandang Haris. " Saya tak de masa la cemburu-cemburu ni," kata Nia, kemudian berlalu untuk melayan pelanggan yang datang.

Masa terus berlalu, kini jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Para pelanggan semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, pelanggan di gerai mereka masih tidak putus. Nia mencari kelibat Haris di situ, namun sejak tadi kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan. " Ke mana pula dia pergi ni?," Nia tertanya-tanya.
" Ehem.. test mic..1,2,3..," suara yang cukup Nia kenali itu kedengaran dari arah pentas persembahan yang berada tidak jauh dari situ. Dia cuba mengintai ke arah pentas itu, bulat matanya sebaik sahaja melihat Haris yang sedang berdiri di situ.
" Kerja gila apa pula dia nak buat tu??," kata Nia sendirian.
" Nia.. Saya tak tahu kenapa awak terus menolak saya, sedangkan saya sendiri dapat rasakan yang awak juga mempunyai perasaan yang sama pada saya. Tak kiralah apa-apa pun, petang ni saya nak hadiahkan dua buah lagu kepada awak, khas hanya untuk awak.. Dengarkan..," lembut nada Haris berkata-kata. Semua orang yang ada di sekitar kawasan itu mula menumpukan perhatian kepada Haris di atas pentas. Nia yang berada di gerai itu mula kelu, tidak mampu berkata-kata. Seminit kemudian, keluar Nabil dan Faiz dari belakang pentas dengan membawa gitar dan drum.

Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena orang keren


Haris memulakan lagunya. Nia mendengar lirik itu, dia kenal lagu itu. Itu adalah lagu Project Pop, ' Bukan Superstar'. Sebentar kemudian, lebih mengejutkan Nia apabila kawan baiknya tiba-tiba muncul dari belakang pentas dan turut menyanyi rangkap seterusnya.

Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…


Nia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. " Diorang ni memang sah mental," kata Nia sendirian. Segala rasa marahnya kepada Haris bagaikan hilang tika itu.

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~

Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…


Selesai sahaja lagu itu, Sarah, Nabil dan Faiz masuk semula ke belakang pentas. Kali ini, Haris mula mendendangkan lagu yang kedua. Muziknya smooth berbanding lagu tadi.

Ucapkanlah kasih
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu


Entah mengapa, Nia berasa amat terharu mendengar dendangan lagu itu. Dia berasa sebak waktu itu. Haris perlahan-lahan berjalan turun dari pentas menuju ke arah Nia yang berada tidak jauh dari situ. Orang ramai semakin tertarik dengan adegan itu.

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
dalam rinai hujan
Dalam terang bulan
juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
padahal ia terasa
Dalam rindu dendam
hening malam
cinta terasa ada


Selesai sahaja mendendangkan lagu itu, Haris sudah pun berdiri di hadapan Nia. Kemudian, dia melutut dan berkata " Nia, you are my love.. Now and forever.. Then, say it.. Do you love me too?? ,"tanya Haris.
Suasana sunyi seketika. Semua mata memandang ke arah Nia, menanti jawapan yang akan diberikan. Hati Haris kini berdebar-debar.
Lama kemudian, Nia tersenyum. " Yes, I love you too..," kata Nia.
Haris kaget. Terkejut dengan apa yang dilafazkan oleh Nia sebentar tadi. " What?? Can you say it again??," kata Haris.
" Yes, I love you too!!," kata Nia separuh menjerit. Serentak dengan itu orang ramai bertepuk tangan sambil bersorak.
Nabil dan Faiz datang memeluk Haris. " Tahniah Haris," kata mereka. Haris berasa sangat gembira. " Thank you Nia.. Saya janji, saya takkan sia-siakan awak," kata Haris dengan nada gembira. Itulah juga kata-kata yang pernah diberikan oleh Adam kepadanya bertahun-tahun dahulu. Namun, kisah dia dengan Adam akan ditutup. Kini, dia akan membuka tirai yang baru, kisah dia dengan Haris.

Saturday, August 15, 2009

Bab 10

Cinta turun dari kereta ayahnya, betul-betul di hadapan pagar sekolah itu. Kemudian, kereta itu pun meluncur pergi. Dia memandang lama ke arah kawasan sekolah itu. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Terlalu rindu rasanya kepada suasana pembelajaran di sekolah itu. Selepas ini, banyaklah ulangkaji yang perlu dia lakukan kerana ketidakhadirannya selama lebih dua minggu itu. Dia mengerling jam di tangannya. Tepat jam 7.15 pagi. Masih terlalu awal untuk didenda. Inilah kali kedua dia datang awal ke sekolah pada tahun itu. Kemudian, sambil tersenyum, dia berjalan masuk ke kawasan sekolah itu dan berjalan menuju ke kelasnya. Sepanjang perjalanan, semua guru-guru yang bertemu dengannya akan bertanyakan khabarnya, sehingga dia sendiri terasa penat untuk menjawab. " Jauh lagi ke kelas aku ni, dah tak tahan nak jawab soalan orang," rungutnya sendiri.
" Eh, Cinta.. Dah sihat ke?," sekali lagi soalan itu dituju kepadanya. Kali ini dari Pn. Hayati pula. Cinta tersenyum sambil menjawab," Dah sihat cikgu..,"katanya ringkas. Kemudian, dia terus berjalan menuju ke kelasnya.
Dari jauh kelihatan pintu kelas ditutup. Perasaan aneh menerjah di fikirannya. " Takkanlah cikgu dah mula mengajar," Cinta tertanya sendiri. Lalu dia segera mempercepatkan langkahnya. Setibanya di hadapan pintu kelas itu, dia berhenti seketika. Cuba menarik nafas. Kemudian, perlahan-lahan dia membuka pintu itu.
" Selamat Pulang!!!,"ucapan itu bergema sebaik sahaja pintu terbuka. Kemudian, rakan-rakannya silih berganti datang memeluk Cinta. " Selamat kembali ke sekolah," kata mereka. Di sekeliling kelas itu telah dihiasi dengan belon-belon dan sebuah sepanduk yang besar tergantung di hadapan kelas itu. " Selamat Kembali, Cinta. We Miss You..,"itulah yang tertera pada sepanduk itu. Di atas mejanya pula, telahpun tersedia sebiji kek coklat,memang kegemarannya sejak dulu lagi.
Air mata Cinta mengalir tiba-tiba. Dia terharu dengan apa yang dilakukan oleh teman-temannya itu. " Terima kasih kawan-kawan semua.. Aku betul-betul menghargai apa yang korang semua buat ni.. Korang memang sahabat terbaik aku,"katanya lagi.
Walaubagaimanapun, di satu sudut kelas itu, terdapat sekelompok pelajar perempuan yang enggan sama-sama meraikan Cinta itu. " Hah, baru dua minggu tak datang sekolah, dah diraikan macam anak raja, menyampahlah," kata Maria tidak puas hati.
" Dia tu dah lama sembuh aku rasa, cuma saja tak datang lama ke sekolah. Ambil kesempatan malas belajar,"kata Julia pula, salah seorang yang berada di situ.
Tidak lama selepas itu, muncul Khai pula yang tiba-tiba datang ke kelas itu semata-mata untuk berjumpa dengan Cinta. Semua pelajar yang lain mula berdehem. Cinta hanya menjeling mereka semua sambil tersenyum sebelum ke luar kelas untuk berjumpa dengan Khai yang sedang menunggu di situ.
" Ada apa?," tanya CInta.
" Ini untuk awak..," kata Khai sambil menghulurkan sebuah patung Teddy kepadanya. " Selamat kembali ," kata Khai lagi. Cinta kelu seketika, tidak terkata. " Khai bagi aku Teddy Bear??,"dia bermonolog sendiri. Saat itu hatinya melonjak kegembiraan. " Khai.. terima kasih.. Awak memang baik..," kata Cinta sambil tersenyum. Dari jauh, Airell yang sedang memegang sejambak bunga terdiam di situ melihat Cinta dan Khai. Kemudian, dia berpaling pergi sambil membuang bunga itu ke dalam tong sampah berhampiran.

Airell duduk di tepi kaki lima sambil memerhatikan ikan-ikan yang sedang berenang riang di dalam kolam di hadapannya itu.
" Hoi.. termenung ke??," tegur Cinta tiba-tiba. Airell langsung tidak berpaling kepadanya mahupun menjawab.
" Kenapa nampak macam muram je? Ada problem ke?," tanya Cinta hairan melihat reaksi Airell itu.
" Tak ada apa-apa masalahlah.. Suka la kau ye dapat teddy bear dari orang tersayang," kata Airell. " Mana kau tahu? ," tanya Cinta.
" Ish, ni Airell la.. I'm the one who know everything la," kata Airell berlawak, lebih kepada untuk menghiburkan dirinya sendiri. Cinta tergelak mendengar kata-kata Airell itu. " Ye la tu..,"kata Cinta.
Sebentar kemudian, Maria muncul di kawasan itu dan berjalan di belakang mereka sendirian. " Hei Airell, tu Maria tu..," kata Cinta. Airell segera berpaling. Kemudian, dia menelan air liurnya. Hatinya berdebar semula.
" Taknak pergi masuk line ke? Dia sorang-sorang tu..," kata Cinta.
" Habis tu kau?," tanya Airell.
" Alah, just go la.. Lagipun aku biarkan kau pergi tackle dia, tak semestinya kau akan menang pun..," kata Cinta sambil ketawa.
" Haha.. so funny ye? Ok, kita lihat siapa yang akan menang," lalu Airell segera mengatur langkahnya mengejar Maria.
Dari belakang, Airell dapat lihat seorang perempuan telah melanggar Maria. Habis semua buku yang dipegang oleh Maria pada waktu itu jatuh bertaburan. Perempuan tingkatan lima yang melanggar Maria itu pula hanya menjeling kepadanya tanpa meminta maaf.
" Hei, Iqah! Kalau ye pun, minta maaflah dulu.. Dahlah jalan tak pakai mata," Airell mula memarahi gadis sekelas dengannya itu. Gadis itu memang sudah lama dibenci oleh Airell dengan sikap sombong dan gediknya itu. Walaubagaimanapun, gadis itu hanya berlalu dari situ tanpa mempedulikan kata-kata Airell itu. Airell segera membantu Maria mengutip buku-bukunya yang jatuh bertaburan itu.
" Terima kasih..," kata Maria. " Awak tak usahlah bela saya, memang salah saya. Saya yang tak tengok depan bila berjalan," kata Maria lembut.
" Tak, perempuan tu memang sengaja langgar awak tadi. Saya memang nampak," kata Airell. " Awak nak ke mana ni?," tanya Airell.
" Ke perpustakaan," jawab Maria. " Oh, kebetulan saya pun nak ke sana," kata Airell pula. Kemudian, mereka berjalan seiringan. Pelbagai perkara mereka bualkan sepanjang perjalanan mereka itu. Airell berasa sangat gembira. Dia merasakan bahawa Maria itu mudah serasi dengannya. Maria juga turut berasa gembira berborak dengan Airell, kerana lelaki itu sering berlawak.
" Eh, hampir lupa saya.. Lama kita berborak, tapi kita masih belum berkenalan," kata Airell. Maria tergelak mendengar kata-kata Airell itu. " Saya Maria Nasuha, panggil Maria je," Maria memperkenalkan dirinya.
" Saya Airell, Mohd Airell Ikhwan ," kata Airell pula. Kedua-dua mereka berpandangan. Kemudian, masing-masing tersenyum.

Friday, August 14, 2009

Bab 20

Hari-hari terus berlalu dengan keadaan Nia yang cuba mengelakkan diri dari Haris. Namun, satu perkara yang membuatkan dia tidak boleh untuk terus mengelak, HARI KONVOKESYEN. Dia sudah mendaftarkan namanya dan Haris untuk membuka sebuah booth pada hari itu nanti. Namun, sehingga sekarang masih tiada sebarang keputusan tentang apa yang akan booth mereka lakukan.
Tinggal lima hari lagi untuk Hari Konvokesyen itu, akhirnya Nia terpaksa mengambil keputusan untuk mengadakan perbincangan dengan Haris.
' Bincang tentang Hari Konvokesyen nanti. Jumpa saya di perpustakaan, pukul 5 ptang nanti, di meja biasa. Nia.. '
Haris melonjak gembira setelah membaca surat yang baru diterima dari seseorang yang datang memberinya sebentar tadi. Dia gembira, akhirnya Nia hendak bercakap dengannya semula.
Selesai mandi, Haris memakai sehelai T-shirt lengan panjang biru tua dan berseluar slack hitam. Dia menyisir rambutnya agar kelihatan rapi. Hampir setengah jam dia berdiri di hadapan cermin itu.
" Hoi, dah dah la tu.. Retak cermin tu nanti.. Tu, Nia dah lama tunggu tu..," Faiz mula menyakat. Haris hanya tersenyum mendengar sindiran temannya itu. Dia memandang jam tangannya. 4.50 petang. Lalu, dia segera mencapai beg yang sering menjadi temannya dan keluar meninggalkan Faiz yang sedang khusyuk membaca majalah sambil berbaring di atas katilnya itu.

Dari jauh, Haris sudah dapat melihat Nia sedang duduk di meja yang sering mereka habiskan masa bersama untuk mengulangkaji itu. Dia kelihatan cantik bertudung biru tua. Kemudian, dia baru perasan bahawa mereka memakai baju yang sedondong. Makin lebarlah senyuman Haris.
" Assalamualaikum..," Haris memberi salam. "Jauh termenung..,"kata Haris lagi. Nia menoleh. " Waalaikumussalam," jawabnya dengan nada yang dingin. Haris terus duduk di sebelah Nia tanpa dipelawa. Nia kemudiannya bangun dan cuba menjarakkan kerusinya dengan kerusi Haris. Haris yang melihat tingkah laku Nia itu sedikit geli hati. Perbincangan mereka berterusan dan akhirnya mereka membuat kata sepakat untuk membuka gerai minuman dan ais krim. Sepanjang perbincangan itu, Haris langsung tidak nampak segaris senyuman pun terukir di bibir gadis itu.
" Saya rindu senyuman awak Nia," Haris bermonolog sendiri sambil merenung wajah di hdapannya itu. Nia yang menyedari dirinya ditenung itu mula berdiri dan bersiap sedia untuk beredar setelah selesai perbincangan.
" Saya tak suka ditenung begitu,"katanya kemudian mula mengatur langkah untuk pergi.
" Awak tak suka. Tapi saya bersyukur kerana diberi mata ini untuk melihat sesuatu yang indah seperti seseorang yang bernama Nur Niana Elise,"kata-kata Haris membuat Nia terdiam seketika. Namun, kemudian dia terus meninggalkan Haris sendirian di situ.

Nia mencampakkan begnya ke atas katil. " Kenapa dia perlu jatuh hati pada aku??," kata Nia. Kemudian,dengan tidak semena-mena fail yang dipegangnya terlepas dari genggaman lalu jatuh ke lantai. Semua isi kandungan fail itu mula terburai keluar.
Nia tunduk untuk mengutipnya, tiba-tiba dia ternampak sepucuk surat. Tanpa berlengah dia membaca kandungan surat itu.

' Kepada Nia,

Terlebih dahulu, saya minta maaf jika surat ini hadir tanpa diundang. Tapi saya perlu, amat perlu memberi surat ini kepada awak. Tiada cara lain lagi untuk saya buat supaya awak dengar dulu kata-kata saya. Selama ini, awak selalu mengelakkan diri dari saya. Kenapa? Adakah saya ni pembawa virus kepada awak? Saya akui, memang saya sakit sekarang ini. Saya sakit kerana jatuh cinta pada awak. Dan saya amat berharap kalau sakit saya ini berjangkit pada awak, he,he..
Nia, saya minta maaf sebab cintakan awak. Saya tahu, awak tak cintakan saya, tapi jangan risau, saya takkan berputus asa sehingga awak terima cinta saya.
Akhir kata.. Saya rindukan awak, Nia.. '

Nia terdiam membaca surat itu. Pelbagai rasa bercampur-baur. Ada rasa marah, geram, geli hati pun ada juga. Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.