BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 29, 2009

Bab 6



Nia duduk termenung di kerusi bangku kegemarannya itu.Di wajahnya terpancar suatu kerisauan.Dia sedang berfikir tentang gelangnya yang hilang tempoh hari itu.Dia masih cuba mengingat semula di mana gelang tangannya itu telah tercicir.Tetapi,hampa. Dia sendiri tidak sedar bila gelangnya itu tercicir.Gelang itu sangat penting baginya.Sama seperti kotak muziknya,gelang itu juga adalah hadiah pemberian Adam kepadanya.Dia benar-benar sedih dengan kehilangan gelang yang menyimpan satu kenangan manis itu.

“ Nia,jom ikut abang,”kata Adam setelah jumpa Nia di kantin.
“ Ikut abang ke mana?,”Nia kehairanan.
“ Ada la..Tapi,Nia kena tutup mata dulu,”kata Adam.
“ Tutup mata?Tak nak lah,”kata Nia.
“ Ala Nia,please la..kejap je..,”kata Adam cuba memujuk Nia.
“ Erm..ok lah..,”kata Nia.
“ Janji jangan buka mata tu,”kata Adam lagi.
“ Ok,Nia janji,”janji Nia kepada Adam.Kemudian Adam menarik tangan Nia dan berjalan menuju ke pondok bangku di belakang sekolah iaitu tempat mereka mula-mula jadi kekasih itu dulu.“Ke mana dia nak bawa aku ni,”fikir Nia.Dia langsung tidak cuba untuk membuka matanya.
Akhirnya,Adam berhenti berjalan.“Nia,sekarang Nia boleh buka mata,”kata Adam. Secara perlahan-lahan,Nia membuka matanya.Dia sungguh terpegun melihat pondok bangku di hadapannya yang dihias cantik dengan bunga-bunga itu.Di atas meja pula, kelihatan sebiji kek dan makanan terhidang dengan begitu tersusun sekali.
“ Happy Birthday,sayang,”kata Adam.“Abang buat semua ni khas untuk Nia,”kata Adam lagi.
“ Abang,Nia tak tahu macam mana nak cakap,tapi terima kasih untuk semua ni,” kata Nia yang terharu dengan apa yang Adam lakukan untuk hari jadinya itu.
“ Untuk Nia,abang akan buat apa saja,asalkan Nia happy,”kata Adam.Nia tersenyum mendengar kata-kata Adam itu.“Apalagi Nia,duduklah.Takkan nak tengok je makanan ni,”kata Adam lagi.
Mereka berdua pun duduk dan menikmati makanan itu.“Nia,”kata Adam sambil menghulurkan sepotong kek ke mulut Nia.Nia tersenyum kemudian membuka mulutnya dan makan sedikit kek di tangan Adam itu.Setelah itu,Nia melakukan perkara yang sama kepada Adam.Beberapa pelajar yang melalui kawasan itu terutamanya pelajar-pelajar perempuan memandang pasangan itu.
“ Tengok tu.Itu Nia dan Adam kan?Pasangan kekasih paling romantik di sekolah ni,”kata salah seorang daripada mereka.
“ Yalah.Kalaulah aku ada teman lelaki macam Adam tu kan best,”kata pelajar yang lain pula.
“ Tepi,tepi!!,”kata Tasya kasar kepada pelajar-pelajar itu.“Apa yang kau orang semua tengok ni,hah?!!,”katanya lagi ingin tahu.Matanya hampir terbeliak apabila melihat Adam dan Nia sedang makan bersama di pondok bangku itu.
“ Eh,Adam tu Tasya.Dia dengan Nia lah,siap makan suap-suap lagi,”kata Mira salah seorang kawannya.Hati Tasya mula membara melihat kemesraan mereka berdua.
“ Tak boleh jadi ni!Adam sepatutnya jadi milik aku!Bukan perempuan tak guna tu!!,”kata Tasya.Tasya memang sudah lama menaruh hati kepada Adam,namun dia langsung tidak dipandang oleh Adam.
“ Habis apa kau nak buat?,”tanya Zaza,kawannya yang lain.
“ Tengoklah..satu hari nanti,Adam akan jadi milik aku juga.Aku takkan biarkan mereka bahagia bersama!!,”kata Tasya.Hatinya telah pun memikirkan satu rancangan jahat untuk memisahkan pasangan itu.
“ Nia,abang ada sesuatu untuk Nia,”kata Adam sambil menghulurkan seutas gelang kepada Nia.Nia terpegun melihat gelang di tangan Adam itu.
“ Cantik gelang tu,”kata Nia.
“ Lebih cantik jika Nia yang pakainya,”kata Adam lagi.Kemudian,dia menarik tangan Nia dan memakaikannya di tangan Nia.
“ Terima kasih,abang,”kata Nia.Dia tidak tahu berapa kali harus dia ucapkan terima kasih kepada lelaki di hadapannya itu.Lelaki itu telah membuatkan dia berasa benar-benar bahagia.Dia sungguh bertuah mendapat teman lelaki seperti Adam itu.

Haris yang sejak dari tadi memerihatikan Nia datang mendekatinya.“Resah nampak. Tercari-carikan benda ni ke?,”tanya Haris sambil menunjukkan seutas gelang kepada Nia.Nia terperanjat melihat benda yang dia cari-cari itu berada di tangan Haris. Dengan perasaan gembira,dia mengambil gelang itu dari tangan Haris.
“ Mana awak dapat gelang ni?,”tanya Nia dengan nada gembira.
“ Awak tercicirkannya sewaktu berjalan pergi dalam keadaan marah tempoh hari,” kata Haris.
“ Oh..,”kata Nia.Dia tahu Haris sedang menyindirnya tentang hal tempoh hari itu. Namun,terbit juga rasa bersalah dalam dirinya kerana memarahi lelaki itu tempoh hari. “Err..pasal tempoh hari tu,saya minta maaf sebab marah awak macam tu,”kata Nia.
“ Tak apalah awak,saya suka dimarahi perempuan ni,”kata Haris sambil tersenyum. Nia turut tersenyum mendengar kata-kata Haris itu.
“ Memandangkan awak dah tolong pulangkan gelang ini semula kepada saya,apa pula yang saya boleh buat untuk balas kebaikan awak ni?,”tanya Nia.
“ Erm..satu je yang saya nak awak buat,”kata Haris.
“ Apa dia?,”Nia mula tertanya-tanya.
“ Saya nak awak terima saya sebagai kawan awak.Saya nak berkawan dengan awak,bolehkan?,”kata Haris sambil menghulurkan tangannya kepada Nia.
Nia terdiam seketika.Namun,akhirnya dia tersenyum dan menyambut tangan Haris itu.“Ok,kita kawan”.Haris tersenyum apabila Nia akhirnya menerimanya sebagai kawan. Maka,hari itu terjalinlah satu ikatan persahabatan antara mereka berdua.

Monday, January 19, 2009

Bab 5



Setelah tamat kuliah,Nia berjalan untuk pulang ke asramanya.Hari itu dia berasa sungguh letih.Apa tidaknya,hari itu dia masih belum dapat berehat.Dia sudah dapat membayangkan katil empuknya di asrama sedang menunggu kepulangannya.
“ Hai awak!,”sapa Haris.Nia terkejut apabila melihat Haris di sebelahnya yang muncul entah dari mana itu.Dia memandang ke sebelah kanan dan belakangnya untuk melihat dengan siapa lelaki itu bercakap.Haris hanya tersenyum melihat kelakuan Nia itu.
“ Saya bercakap dengan awaklah,”kata Haris kepada Nia sambil tersenyum. “Dengan aku?Apa yang lelaki ni nak sebenarnya ni?,”Nia tertanya-tanya dalam hatinya. “Boleh saya jalan bersama awak?,”tanya Haris.
“ Awak memang sedang berjalan dengan saya pun,”kata Nia selamba.Haris tersenyum mendengar kata-kata Nia itu.“Terkena aku dengan perempuan ni,”bisik hatinya.
“ Udara petang ni nyaman kan?,”kata Haris bagi memulakan perbualan dengan Nia.
“ Awak awak nak apa sebenarnya?,”Nia akhirnya mengajukan soalan itu kepada Haris.
“ Saya nak berkenalan dengan awaklah,”jawab Haris.
“ Untuk apa?Saya tak perlukan kawan,”kata Nia dingin.
“ Awak ni sombong ye?,”kata Haris cuba menyindir Nia.Mendengar kata-kata Haris itu,Nia berpaling dan merenung dia dengan tajam.Kemudian,dia menjeling Haris dan meninggalkan lelaki itu di situ.Langkah Haris terhenti.Dia tersenyum sendirian melihat telatah Nia itu tadi.
“ Tengoklah..satu hari nanti,awak tetap akan jadi kawan saya,”

Nia mengambil dua sandwich bersama secawan kopi di dalam sebuah dulang sambil berjalan menuju ke salah sebuah meja dalam kafetaria itu.Biasanya dia akan bersarapan dengan Sarah.Tetapi pada hari itu,Sarah tidak dapat bersarapan bersamanya kerana ada hal penting yang perlu dibuat.Hal apa,dia sendiri tidak tahu.
“ Hai Nia!Selamat pagi!,”Haris tiba-tiba datang dan menegurnya.Nia yang sedang minum air kopinya itu tersedak apabila tiba-tiba dikejutkan dengan teguran Haris itu tadi.
“ Awak lagi?Awak ni memang suka buat orang terkejut,tahu tak??,”marah Nia kepada Haris.Haris hanya tersenyum.“Awak nak apa sebenarnya?Kenapa awak selalu ganggu saya?Saya tahu la saya yang salah sebab langgar awak tempoh hari.Tapi,saya dah minta maaf.So,apa lagi yang awak nak?,”sambung Nia lagi dengan panjang lebar dengan nada yang agak keras.
“ Saya pernah cakap,saya nak jadi kawan awak,”kata Haris.
“ Dan saya pun pernah cakap yang saya tak perlukan kawan,terutamanya jenis macam awak ni!Takkan awak masih tak faham lagi?,”kata Nia pula.
“ Nia,saya tahu pasal kisah silam awak.Saya tahu,awak pendamkan kesedihan awak dalam hati.Saya nak sangat jadi kawan awak,jadi pendengar setia awak.Awak janganlah terus bersedih lagi.Saya sendiri tak tahu kenapa,walaupun kita taklah kenal sangat,tapi saya teringin jadi kawan awak untuk kembalikan Nia yang periang seperti dulu semula,”kata Haris panjang lebar.Kata-kata Haris itu membuat Nia berasa marah. Dia tidak suka apabila lelaki itu menyebut tentang kisah silamnya.“Bagaimana dia tahu pasal aku?,”itulah yang bermain dalam fikirannya.
“ Awak dengar sini,Nia yang tu dah lama mati!Saya tak faham,kenapa awak boleh tahu pasal hal peribadi saya sedangkan kita bukannya kenal sangat.Saya tak nak awak masuk campur dalam hal saya lagi.Saya tak perlukan awak untuk ubah saya.Saya tak perlukan nasihat dari awak dan saya tak perlukan kawan macam awak,faham!!,”kata Nia tegas.Kemudian,dia berlalu pergi meninggalkan Haris.Seleranya untuk makan sandwichnya itu hilang kerana marahkan Haris.“Macam mana dia dapat tahu semua tu?,” Nia masih tertanya-tanya dalam hatinya.Haris agak terkejut melihat ketegasan Nia itu. Perwatakannya itu sungguh berbeza daripada sebelum ini.Namun,dia tetap tidak akan berputus asa.Dia tetap akan berusaha untuk berkawan dengan gadis itu.
Nia menghempaskan badannya di atas tilam katilnya yang empuk itu.Matanya mula berasa mengantuk kerana terlalu letih pada hari itu.Kemudian,dia cuba meraba-raba gelang kesayangannya di pergelangan tangannya itu.Namun kosong.Gelang itu tiada di situ.
“ Mana gelang tu??,”Nia mula terkejut apabila mendapati gelang itu tiada di tangannya.Matanya yang mengantuk itu kini terbuka luas.Dia mula risau jika gelang kesayangannya itu hilang.Kemudian,dia segera bangun dan membalik-balikkan tilamnya itu.Namun,gelang itu tiada di situ.
Dia terus mencari gelang itu.Kali ini dia menyelongkar dalam semua laci-laci meja di dalam bilik itu.Namun,tetap hampa.Gelang itu tiada di situ.Habis seluruh bilik telah diselerakkan olehnya,tetapi dia tetap tidak menjumpai gelang itu.
“ Astaghfirullahal’azim,”Sarah yang baru pulang itu mengucap panjang setelah masuk ke bilik itu.“Kau sedar ke apa yang kau buat ni?,”sambungnya lagi.
“ Aku cari gelang tangan aku..Kau ada nampak tak?,”kata Nia sambil terus mencari.
“ Kalau ya pun,janganlah selerakkan barang dalam bilik ni macam ni,”kata Sarah.
“ Nanti aku kemas semulalah,kau ada nampak tak gelang aku tu?,”tanya Nia sekali lagi.
“ Tak ada..Kau ni,takkan kau tak ingat kat mana kau letak gelang kau tu?,”tanya Sarah.
“ Entahlah,aku rasa aku pakai gelang tu pagi tadi.Tapi gelang tu tak ada kat tangan aku,tu yang aku hairan tu,”kata Nia.
“ Jangan-jangan gelang tu tercicir kat mana-mana tak,”kata Sarah.
Nia terhenti seketika.“Ya tak ya juga,tapi..kat mana aku tercicir gelang tu.Aku tak perasan bila gelang tu tercicir,”kata Nia.Fikirannya mula ligat berfikir di mana dia tercicirkan gelangnya itu.Sarah hanya mengeleng kepala sendirian melihat kawannya yang separuh gila mencari gelang kesayangannya itu.

Saturday, January 3, 2009

Bab 4



Kotak muzik di hadapannya itu dimainkan sekali lagi oleh Nia.Kali ini sudah kali keempat dia memainkan kotak muzik itu.Memang itulah perkara yang dilakukan oleh Nia setiap malam sebelum tidur.Dia berasa tenang mendengar muzik ‘Fur Elise’ yang dimainkan oleh kotak muzik itu.Kotak muzik itu sangat berharga kepadanya.Walaupun kotak muzik itu sudah berusia 3 tahun,namun ia masih seperti baru dibeli.Jika ada sebarang kerosakan,dia akan segera menghantarnya ke kedai untuk dibaiki.Dia mahu kotak muzik itu sentiasa berada dalam keadaan baik kerana itulah hadiah pertama yang telah diberikan oleh Adam kepadanya.Masih jelas lagi dalam ingatannya Adam memberikan kotak muzik itu untuk menjelaskan perasaannya kepada Nia.
“ Nia,saya ada sesuatu untuk awak,”kata Adam suatu petang ketika pulang dari sekolah.
“ Sesuatu?Apa tu?,”tanya Nia kehairanan.Adam kemudiannya mengeluarkan sebungkus hadiah dari dalam begnya.Hadiah itu dibungkus dengan begitu cantik sekali dengan ikatan reben merah padanya.
“ Hadiah ini untuk awak.Saya harap awak terima,”kata Adam sambil menghulurkan bungkusan hadiah itu kepada Nia.
“ Err..Tapi Adam,hari ni bukan hari jadi saya,atau hari yang penting,kenapa pula awak tiba-tiba bagi saya hadiah,”kata Nia yang agak terkejut dengan kelakuan Adam itu.
“ Mungkin sekarang hari ni bukan hari yang penting,tapi tak lama lagi hari ni bakal menjadi tarikh yang penting.Awak terima je lah hadiah ini.Hadiah ini khas untuk awak sebab sudi jadi kawan yang baik kepada saya selama ini,”kata Adam.Nia tersenyum dan menerima hadiah itu.“Terima kasih,”kata Nia.
“ Kasih diterima,”kata Adam sambil ketawa.Nia tersenyum apabila Adam berseloroh begitu.“Ok lah,saya pulang dulu ya?Kena jumpa kawan nanti,”kata Adam. Kemudian dia menggalas begnya dan berjalan pergi ke garaj motor.Di sana,gengnya dari tadi lagi menunggunya.Adam memang gemar berkawan dengan pelajar-pelajar yang liar, dan perangainya juga hampir sama seperti perangai kawan-kawannya itu.Namun,Nia tahu bahawa lelaki itu memiliki hati yang sangat baik.
Nia merenung bungkusan hadiah di tangannya itu.Dia tertanya-tanya apakah yang ada di dalamnya.Ada sekeping kad di atas bungkusan itu.Lalu Nia membuka kad itu dan membacanya.

Hadiah ini adalah hati saya,bukalah dan ketahuilah apa yang ada dalam hati saya.
Khas untuk awak,Nia...

Begitulah yang ditulis di dalam kad itu.Nia tersenyum selepas membacanya.“Adam ni ada-ada je lah,”katanya sendirian.Hatinya begitu gembira menerima hadiah daripada Adam itu.

Setelah selesai solat Isyak,Nia duduk di meja tulisnya seperti biasa untuk menyiapkan homework atau mengulangkaji pelajaran.Memang itulah rutin Nia setiap malam.Dia tahu,hanya dengan usaha dia dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.Kerana itulah dia belajar bersungguh-sungguh.Ketika sedang mencari buku teks Geografinya,dia terpandang hadiah pemberian Adam yang masih belum dibuka di atas mejanya itu.
“ Apa agaknya yang ada dalam bungkusan ini ye?,”Nia tertanya-tanya.Lalu dia mengambil hadiah itu dan cuba membukanya untuk menjawab persoalannya itu.Dia tersenyum lebar apabila melihat sebuah music box di sebalik hadiah itu.
“Muzic box! Aku memang dah lama nak benda ni,terima kasih Adam,”kata Nia sendirian.Kemudian,dia segera membuka kotak muzik itu.Maka,beralunlah muzik ‘Fur Elise’ yang merupakan muzik kegemaran Nia.Pada kotak muzik merah yang berbentuk hati itu,sepasang patung kekasih ligat menari mengikut rentak muzik.Nia berasa tenang menikmati muzik itu.Sehinggalah pada suatu ketika,alunan muzik itu tiba-tiba terhenti. Kemudian,suara yang sering menyerikan hidupnya kedengaran dari dalam kotak muzik itu.Nia terkejut mendengar suara Adam yang tiba-tiba kedengaran itu.

Nia,mungkin awak rasa terkejut apabila dengar suara saya tiba-tiba kedengaran dari kotak muzik ini kan?Jangan risau,kotak muzik ini bukan berhantu.Saya tempah kotak muzik ini khas untuk dihadiahkan kepada awak.Nia,sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu awak,sudah lama saya simpannya dalam hati ni.Tapi sekarang saya nak awak tahu apa yang ada dalam hati saya ni.Nia…saya sayangkan awak.Saya cintakan awak.Saya mengaku yang ini bukan kali pertama saya jatuh hati pada seseorang,tapi dengan awak ni,saya rasa lain sangat.Perasaan saya pada awak berbeza dari apa yang saya pernah rasa dengan bekas-bekas teman wanita saya sebelum ini.Awak berbeza sangat.Sejak saya kenal awak,saya sentiasa berasa gembira.Sehari tak bertemu dengan awak rasa macam tak lengkap hidup ni.Awak amat penting bagi saya,Nia.Penting sangat.Kerana itulah saya nak awak jadi teman saya.Sudi ke awak?Nia,kalau awak sudi menerima saya,awak datanglah jumpa saya selepas pulang dari sekolah esok di pondok bangku belakang sekolah kita.Saya tunggu awak.Tapi,kalau awak tak dapat menerima saya,saya redha. Mungkin takdir kita hanya untuk menjadi kawan sahaja.

Nia terkedu mendengar luahan hati Adam itu.“Adam...,”kata Nia perlahan.Malam terus berlalu dan menanti sehingga esok muncul.

Adam berjalan ke sana ke mari sambil memerhati jam di tangannya.Sudah 20 minit dia menunggu di situ,namun bayangan Nia tetap tidak muncul.“Dia akan datang ke tak? Jangan-jangan dia reject aku tak?,”soalan demi soalan muncul dalam fikirannya. Fikirannya kini amat bercelaru.Jauh di dalam hatinya,dia berharap agar Nia akan datang untuk menerimanya.
Masa terus berjalan.Kini 30 minit sudah berlalu,tetapi Nia masih belum muncul-muncul juga.Adam mengeluh.“Tak ada guna lagi tunggu dia,dia dah menolak aku,”kata Adam kecewa. Kemudian,dia bangun sambil memegang sejambak bunga mawar yang telah dia sediakan untuk memberikannya kepada Nia nanti.Dia kemudiannya membuang bunga-bunga itu dan berjalan pergi dari situ.
Nia berlari sepantas yang mungkin ke pondok bangku di belakang sekolah itu. Tetapi,setibanya di sana,Adam sudah tiada di situ.Dia tercungap-cungap keletihan.Ketika dia memandang ke kiri,dilihatnya Adam sedang berjalan pergi dan sejambak bunga yang telah dibuang oleh Adam tadi berada di atas tanah.Lalu,dia mengambil bunga itu dan menjerit memanggil Adam.“Hey awak!Lelaki handsome yang pernah cakap cintakan Nur Niana Elise,nak ke mana tu?.”
Langkah Adam terhenti mendengar panggilan Nia dari belakangnya itu.“Nia?”. Kemudian,dia segera menoleh dan berlari ke arah Nia.
“ Nia..,”Adam kelu untuk berkata-kata.
“ Bunga ini untuk saya?Tadi ada tanah bagi pada saya,”kata Nia menyindir Adam. Adam hanya tersenyum mendengar sindiran Nia itu.
“ Saya ingat awak takkan datang,”kata Adam.
“ Maaf,ada masalah teknikal tadi.Sebab tu lewat,”kata Nia sambil tersenyum.
“ Pasal apa yang saya cakap tu,awak......,”
“ Saya tak dapat terima Adam!,”Nia bersuara sebelum Adam habis berkata-kata.
“ Awak tak dapat terima?,”wajahnya yang ceria tadi berubah menjadi muram.“Tak apalah kalau macam tu.Saya memang tahu,lelaki macam saya ni memang tak layak untuk perempuan macam awak,”kata Adam dalam nada yang agak sayu.
Nia tersenyum melihat telatah Adam itu.“Saya tak dapat terima yang awak sembunyikan hal ni sejak dulu lagi.Kenapa awak tak cakap awal-awal?Awak tahu tak, saya dah lama tunggu awak ucapkan kata-kata itu kepada saya.Kenapa baru sekarang?,” kata Nia.
Adam yang tadi berasa sedih,memandang wajah Nia dengan perasaan yang begitu gembira.“Jadi,maknanya awak....,”
“ Ya,saya sudi untuk jadi teman awak,”kata Nia sambil tersenyum.
“ Yes!!,”Adam melonjak kegembiraan.Perasaannya pada ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia.Nia tersenyum lagi melihat telatah lelaki yang kini sudah bergelar kekasih di hadapannya itu.
“ Nia..terima kasih Nia.Saya janji,saya takkan mempersiakan awak.Cuma awak seorang je yang akan saya sayang,”janji Adam kepada Nia.
“ Harap kata-kata awak ini bukan kata-kata yang palsu,”kata Nia setelah mendengar kata-kata Adam itu. “ Sumpah,bukan kata-kata palsu,”kata Adam bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangan kanannya.Nia hanya tersenyum.Dia juga turut gembira kerana akhirnya mimpinya selama ini menjadi kenyataan.Dia sungguh tidak menyangka bahawa cintanya selama ini tidak hanya bertepuk sebelah tangan.Benarlah kata-kata orang,jika kita benar-benar menyintai seseorang itu,orang itu juga akan menyintai kita seperti mana kita menyintainya.

Friday, January 2, 2009

Bab 3



Pinggan yang berisi nasi ayam itu dibawa oleh Faiz ke sebuah meja.Di situ kelihatan Nabil sedang makan,manakala Haris pula sedang membaca sebuah buku.Faiz meletakkan pinggan nasinya itu di atas meja,kemudian berjalan menuju ke kaunter minuman untuk memesan minuman.
“ Haris,boleh aku tanya sesuatu tak?,”Nabil yang sedang menikmati makan tengah harinya itu cuba menegur Haris yang diam sejak tadi lagi.
“ Tanya apa?Tanyalah,”kata Haris.
“ Boleh ke kau baca buku terbalik macam tu?,”kata Nabil.Kemudian,dia terus ketawa melihat perangai rakannya itu.Haris hanya tersenyum malu dan membetulkan kedudukan bukunya itu.
“ Apalah kau ni..Kau ni mesti ada problem kan?Apa masalahnya,ceritalah..,”kata Nabil lagi.Dia memang sudah masak dengan perangai Haris itu.Jika ada apa-apa masalah, memang begitulah perangai rakannya itu.
“ Betul tu,aku tengok sejak dua,tiga hari ni kau lain macam je.Tak banyak bercakap,termenung je banyak.Tengoklah tu,makan pun kau tak,”Faiz yang datang sambil membawa segelas jus oren menyampuk.
“ Tak ada apa-apalah kawan,jangan risaulah,aku ok,”kata Haris untuk menghilangkan rasa risau dua orang rakan baiknya itu.
Pada waktu yang sama,Nia masuk ke dalam kafetaria itu dan berjalan menuju ke kaunter minuman.Pandangan Haris terpaku kepada Nia yang sedang bercakap dengan pekerja di situ.Nia yang berpakaian baju kurung berbunga merah jambu hari itu membuat dia kelihatan ayu.Tambahan lagi dikenakan pula dengan tudung Wardina berwarna putih.Dia kelihatan benar-benar cantik.
“ Haris,betul ke kau tak ada problem?,”tanya Nabil kepada Haris bagi mendapatkan kepastian.Namun,tiada respon.Haris bagaikan tidak mendengar pertanyaan dari Nabil itu.
“ Haris..,Haris!,”Haris tersentak.“Apa yang kau tengok tu sampai aku bercakap dengan kau pun kau tak dengar?,”tanya Nabil.
“ Sorrylah,aku tak tahu kau bercakap dengan aku.Apa kau cakap tadi?,”Haris bertanya semula kepada Nabil.
“ Nabil,aku rasa aku dah tahu apa problem kawan kita ni.Tu,itulah problemnya,” kata Faiz sambil menunjukkan Nia kepada Nabil.
“ Nia?”kata Nabil apabila terpandang Nia.
“ Kau kenal dia ke?,”Haris segera bertanya apabila rakannya itu menyebut nama Nia.
“ Dia tu kawan teman wanita aku,nama dia Nia.Dia student fakulti perubatan,” terang Nabil.“Kau sangkut kat dia ke?,”tanya Nabil lagi.
“ Aku...entahlah,aku susah nak cakap sebenarnya.Aku sendiri tak faham dengan perasaan aku ni.Aku cuma pernah bercakap dengan dia sekali je,tapi aku asyik teringatkan dia selepas tu,”Haris menjelaskan tentang apa yang dirasainya kepada kedua-dua rakannya itu.
“ Tu memang dah sah yang kau dah jatuh hati kat dia,”kata Faiz sembil menepuk bahu Haris.
“ Ya lah tu,”kata Haris sambil tersenyum.“Betullah apa aku cakap tu,aku ni kan pakar cinta.Mestilah aku tahu bila kawan aku dah jatuh cinta,”kata Faiz sambil menepuk-nepuk dadanya.
“ Kau?Jadi pakar cinta?Kau tu bukan pakar cinta,tapi buaya cinta,”kata Haris sambil ketawa.Nabil turut tertawa mendengar kata-kata Haris itu.Faiz hanya tersenyum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dia seorang playboy.Jika dalam sebulan dia tidak menukar pasangan kekasihnya,memang tidak sah.“Tapi,aku pelik sebenarnya.Bila aku tengok mata perempuan tu,aku dapat rasa seolah-olah mata itu menyimpan satu kesedihan,” kata Haris lagi.
“ Memang dia ada kisah silam yang agak menyedihkan,”kata Nabil.
“ Maksud kau?,”tanya Haris.
“ Kata Sarah,dari seorang gadis yang periang dan kelakar,Nia berubah menjadi seorang yang pendiam.Sepanjang tiga tahun ini,dia tak pernah melihat Nia ketawa dengan gembira seperti dulu,”kata Nabil.
“ Betul ke?Kenapa?,”Haris mula berminat untuk mengetahui mengenai Nia.
“ Aku tak tahu sangat.Tapi,Sarah ada la juga cerita pada aku yang dia jadi macam tu lepas putus cinta dengan seorang lelaki tiga tahun yang lalu,”terang Nabil lagi.
“ Menarik juga ni.Kenapa mereka boleh putus?Sebab lelaki tu main kayu tiga kan?,”Faiz cuba membuat tekaan.
“ Bukan,sebab mak dia tak benarkan dia bercinta ketika masih belajar,”kata Nabil.“Sampai sekarang dia masih lagi tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya itu,”sambung Nabil lagi.
“ Lelaki itu di mana sekarang ni?,”tanya Haris.
“ Dia sendiri tak tahu.Dia telah lost contact dengan lelaki itu.Sarah ada juga sebut yang lelaki itu telah pergi hilangkan diri kerana satu salah faham.Salah faham yang macam mana tu aku tak tahu la,”kata Nabil.Haris terdiam.Dia memandang ke arah Nia yang sedang minum segelas jus epal seorang diri di sebuah meja yang berada berdekatan dengan pintu masuk kafetaria itu. Kini baru dia tahu bahawa di sebalik wajah itu terdapat satu kesedihan yang telah dilalui. “Mungkin dia sudah banyak bersedih.Tapi aku janji,aku akan ceriakan wajah itu semula,” Haris bertekad di dalam hatinya.