BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 23, 2011

PERHATIAN!!

Kepada semua pembaca,
sy akan transfer sumer story2 kt dlm blog ni ke blog yg bru www.moonlurve.blogspot.com disebbkan ada sdikit mslh teknikal dlm blog ini.. Harap maklum...:)

Sunday, March 20, 2011

Bab 23

    Cinta mengerling jam tangannya beberapa kali. Sesekali dia melihat-lihat ke arah halaman rumahnya. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Mama dan papanya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anak tunggalnya itu sambil terus mengangkut barang-barang ke dalam but kereta.
    " Betul ke dia akan pergi sekali ?," Encik Razman bertanya sekali lagi mendapatkan kepastian.
    " Dia cakap dia akan ikut tempoh hari, tapi...... Entah la papa, Cinta pun tak pasti juga," kata Cinta sambil mengeluh. Dia betul-betul berharap Airell pergi bersamanya disebabkan Khai sibuk untuk menemaninya. Sekurang-kurangnya, hambanya itu dapat tolong dia di sana nanti. Untuk seketika dia tersengih jahat memikirkan perkara itu. Tetapi sebentar kemudian, senyuman itu hilang.
     " Kalau dia tak pergi, tak ade la orang yang aku nak arah nanti," Cinta berkata sendirian, perlahan. Kemudian, dia mengeluarkan handsetnya dan mendail nombor Airell. Namun, sia-sia sahaja.
     " The number you have dailled...........," Cinta meletakkan telefonnya itu penuh geram.
     " Dia tak pergi kot papa," katanya geram. Kemudian, dia bangun dan mengangkut beg pakaiannya ke dalam but kereta. Sebuah beg sandang putih, dua buah beg pakaian, satu beg galas. Mama dan papanya memandang sesama sendiri melihat barang-barang yang diangkut oleh anaknya itu. Kemudian, mereka berdua tersenyum sendiri. Alahai, mengalahkan orang nak pergi oversea. Nasib baiklah mereka cuma ada seorang anak, kalau tidak tak tahulah nak letak kat mana semua beg-beg itu.

      Semua barang-barang telah siap diangkut. Cinta masuk dan duduk di dalam kereta, dengan muka masam mencuka. Sebaik sahaja mengunci pagar, Encik Razman masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin.
      " Mungkin dia ada hal yang tak dapat nak dielakkan kot," kata Encik Razman kepada anaknya itu sebaik melihat wajah muram anaknya melalui cermin kereta itu. Cinta tidak menjawab, terus mendiamkan diri.
      Kereta mereka terus meluncur laju menuju ke destinasi. Perjalanan ke Cameron Highlands itu memakan masa hampir tiga jam. Tambahan pula, hujan lebat sepanjang perjalanan menyukarkan lagi perjalanan ke sana. Encik Razman memandu dengan penuh berhati-hati memandangkan cuaca kurang baik pada pagi itu. Cinta memandang ke sekeliling. Cantik. Kawasan berbukit-bukau itu cukup menenangkan hatinya. Namun, sebaik sahaja dia melihat ke sisi kereta di sebelah kanan, barulah dia sedar bahawa di sebelah jalan itu adalah gaung. Hatinya mula berasa gerun. Dia memang cukup gayat dengan ketinggian sejak sekian lama.
      Akhirnya kereta mereka tiba ke destinasi. " Wah!! Kita dah sampai??," tanya Cinta teruja.
      Mamanya tersenyum sambil mengangguk. Encik Razman memandu kereta terus masuk ke kawasan parking hotel Sweet Garden, yang sudah ditempah awal-awal lagi sebelum mereka datang ke situ untuk mereka bermalam sepanjang percutian itu.
    Mereka mengangkut barang-barang untuk di bawa ke apartment yang mereka sewa. Cinta mengeluh geram kerana terpaksa mengangkut banyak beg-beg yang dibawanya.
    " Aku balik nanti, siaplah kau Airell," katanya merungut sendirian. Dalam masa yang sama, tiba-tiba telefonnya berdering.
    " Siapa pula yang call time-time macam ni??,"rungutnya lagi dan melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya itu.

    AIRELL????!!

    Dengan penuh geram dia menekan butang untuk menjawab panggilan itu.
    " Tak guna kau Airell!! Kau cakap nak datang sekali, tapi batang hidung pun tak nampak!! Tak ya pun, call la aku cakap tak boleh datang!!," kata Cinta dengan nada marah. Airell agak terkejut mendengar amarah gadis itu, tapi perkara itu memang sudah boleh dijangka.
    " Oitt.. relax,relax.. jangan marah-marah, nanti cepat tua.. Muka kau tu memang dah macam orang tua, nanti makin hodoh la muka kau ," sempat lagi Airell mengusik gadis itu.
    " Kau ni kan, memang nak makan buah pelakung la!! Berani kau cakap muka aku macam orang tua.. Tak apa, nanti bila aku balik semula kat sana siap kau..," kata Cinta dengan nada mengugut. Airell tergelak mendengar kata-kata Cinta itu.
    " Tak sabarnya aku nak tunggu kau balik nanti," katanya lagi menyindir Cinta sambil terus tergelak. Cinta hanya diam membisu, malas nak berkata apa-apa. Dia masih geram dengan Airell.
    " Masih marahkan aku ke?? Ok la, aku minta maaf.. Tapi, aku kan dah cakap yang aku tak jamin juga dapat pergi ke tak..," kata Airell.
    " Ye la, tapi sekurang-kurangnya kau boleh call aku beritahu. Ni aku call kau pun tak boleh," kata Cinta lagi.
    " Oh..handphone aku tak ade bateri tadi.. Aku tengah charge," kata Airell. " Kau kat mana tu sekarang??," tanya Airell lagi.
     " Aku kat apartment ni, papa booking apartment Sweet Garden," kata Cinta.
     " Siapa angkut beg-beg kau??," tanya Airell, kemudian dia tergelak lagi. Cinta tahu soalan Airell itu penuh dengan nada sindiran.
     " Kau memang!! Saja nak dera aku..," kata Cinta.
     " Apa pulak, kau la yang dera diri sendiri ," kata Airell yang masih belum berhenti tergelak. Dia memang faham sangat dengan perangai Cinta yang akan membawa banyak beg setiap kali hendak ke mana-mana. Tempoh hari, ketika dia mengikuti perkhemahan Puteri Islam, kalau ikutkan dia, tiga buah beg pakaian dia nak bawa. Nasib baik cikgu sudah tetapkan supaya setiap pelajar membawa maksimum beg sebanyak dua buah sahaja. Dan cuma dia seorang sahaja yang membawa dua buah beg untuk perkhemahan selama tiga hari itu. Airell masih ingat waktu itu dia yang terpaksa bersusah-payah mengangkut kedua-dua beg yang berat itu masuk ke dalam bas. Dia tersenyum sendiri memikirkan waktu itu.
      " Apasal kau diam pula ni?? ," tanya Cinta, hairan apabila Airell tiba-tiba diam.
      " Tak ade apa-apa.. Erm, kau stay kat bilik no. berapa?? ," tanya Airell.
      " Apartment no. 21.. Kenapa?," tanya Cinta, agak hairan mendengar soalan Airell itu.
      " Saja tanya.. Ok la, aku ada hal.. Ok,bye..," lalu Airell mematikan handphonenya sebelum sempat Cinta berkata apa-apa. Huh!!

      Cinta mengemas barang-barang yang dibawanya tadi. Apartment itu cukup besar dan selesa untuk mereka sekeluarga. Terdapat dua bilik tidur, sebuah bilik untuk Cinta dan sebuah lagi untuk mama dan papanya. Semuanya lengkap, ruang tamu, dapur. Selesai sahaja mengemas, Cinta duduk di atas sofa dan mula menekan-nekan remote tv untuk mencari siaran yang menarik.
      
      Ding Dong!! Ding Dong!!

      Tiba-tiba kedengaran loceng dibunyikan. Barangkali pekerja hotel datang untuk hantar paper yang papa pesan tadi. Lalu, Cinta berjalan menuju ke pintu dan membukanya. Namun, sebaik membuka pintu itu, tiada sesiapa pun di hadapan pintu itu. Cinta kehairanan dan menutup semula pintu itu. Tetapi, dia sempat terpandang sepucuk sampul biru di atas lantai. Dia segera mengambil sampul tersebut dan membaca tulisan di atas sampul itu.

       KEPADA CINTA