BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 19, 2009

Bab 23

Haris berjalan mengelilingi shopping complex itu sendirian, mencari kedai jam yang menjual jam berjenama Rolex untuk menggantikan jamnya yang telah rosak baru-baru ini. Dia mengajak Nia menemaninya, tapi Nia terpaksa menghadiri satu seminar yang telah dianjurkan oleh fakultinya hari itu. Huh, sayang sekali! Jika tidak, dia mungkin dapat menghabiskan masa bersama Nia hari itu. Mereka sudah lama tidak keluar bersama, kalau bertemu dalam kampus pun hanya untuk seketika. Mana tidaknya, masing-masing sibuk memandangkan final exam dah semakin hampir.
Haris mengeluh. Kedai jam yang dicari masih belum ketemu. Kata Nabil, kat sini ada kedai jam jual jam jenama Rolex. Tapi, satu kedai jam pun Haris masih tak jumpa. Dia terus berjalan, tiba-tiba matanya terhenti pada satu kawasan. Dia memandang ke arah sebuah kedai barang kemas tidak jauh dari situ penuh minat. Matanya kini bersinar-sinar, sesuatu mula bermain di fikiran. Lalu, dia melangkah menuju ke kedai itu.
Dia mengintai-intai cincin-cincin yang dipamerkan di dalam bekas kaca kedai itu. Lama matanya mencari, akhirnya sebentuk cincin mula menarik perhatiannya. Cincin bertatahkan berlian putih itu benar-benar kelihatan cantik.
" Cincin ni sesuai kalau encik hendak belikan pada tunang ataupun bakal isteri," kata seorang pekerja di kedai itu. Haris tersenyum sendiri sambil terus merenung pada cincin itu. Dia mula membayangkan jika dia menyarungkan cincin ini ke jari manis Nia.
" Harganya??," tanya Haris.
" Kedai kami sudah memberi potongan harga sebanyak 20% untuk minggu ni, sempena Jubli Emas kedai kami. Jadi harganya murah sedikit, RM 3300 sahaja,"kata pekerja itu lagi.
" Hmm.. murahnya," kata Haris dengan nada menyindir. Kemudian, dia diam seketika. Berfikir barangkali. Tidak lama selepas itu, dia mengeluarkan sekeping kad dari walletnya dan menghulurkan pada pekerja itu.
" Saya ambil cincin ini," katanya ringkas pada pekerja itu. Pekerja itu hanya tersenyum sambil mengambil kad kredit yang dihulurkan oleh Haris sebentar tadi.

Haris berjalan menuju ke sebuah meja di taman rekreasi itu, lalu duduk di atas salah sebuah kerusi yang berada di sekeliling meja itu. Kemudian, dia mengeluarkan cincin yang baru dibelinya sebentar tadi. Lama direnungnya cincin itu.
" Selepas final exam nanti, aku akan lamar dia," kata Haris sambil tersenyum sendirian.
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang turut duduk di atas salah sebuah kerusi yang disediakan di sekeliling meja itu. Lelaki itu membuang topi yang terpakai di kepalanya dan meletakkannya ke atas meja itu. Begitu juga dengan kamera yang dipegang di tangannya itu. Dia menarik-narik T-shirt biru yang dipakainya, gayanya benar-benar kelihatan seperti orang yang panas. Sememangnya cuaca pada hari itu agak panas, 38 darjah celcius. Dia sempat mengerling ke tiang termometer yang dibina dalam kawasan itu.
Lelaki itu masih terus mengibas-ngibaskan dirinya. Namun, apabila dia terpandang Haris yang sedang memegang cincin itu, dia mula tersenyum pada Haris.
" Untuk teman wanita??," tanya lelaki itu.
" Err.. ye..," kata Haris sambil menyimpan semula cincin itu. " Untuk seorang yang sangat istimewa," kata Haris lagi sambil membalas semula senyuman lelaki itu.
" Memang bertuah ada orang tersayang..," kata lelaki itu perlahan, namun masih boleh didengari oleh Haris.
" Err.. encik ni photographer ke??," tanya Haris pada lelaki itu.
" Erm..," kata lelaki itu ringkas sambil mengangguk. " Kecil-kecilan je.. Tak famous pun," sambungnya lagi.
" Mesti dah banyak ambil gambar-gambar yang cantik," kata Haris lagi.
" Erm.. memang banyak gambar yang cantik.. Tapi bagi saya, cuma ada satu benda je dalam dunia ni yang paling cantik..," kata lelaki itu sambil jauh merenung ke langit.
" Apa yang paling cantik tu??," tanya Haris ingin tahu.
" Sekarang saya dah tak dapat lihat dia lagi, tapi dia sentiasa ada di sini," kata lelaki itu sambil menyentuh hatinya. Fahamlah Haris bahawa lelaki itu sedang bercakap mengenai kekasihnya, mungkin bekas kekasihnya. Tapi, kenapa tak dapat tengok lagi? Dah mati ke? Haris takut untuk bertanya selanjutnya, risau jika lelaki itu fikir dia ingin masuk campur.
" Awak masih ada orang yang tersayang di sisi, so kena jaga dia baik-baik.. Jangan sakitkan hati dia," kata lelaki itu lagi. Haris tersenyum dan menerima nasihat dari lelaki itu. Kelihatan lelaki itu seperti lebih berpengalaman darinya.
Mereka terus berbual. Tidak lama kemudian, lelaki itu berdiri dan ingin meminta diri. Namun, dia sempat menghulurkan sekeping kad kepadanya.
" Kalau nak tangkap gambar ke apa, datang la ke studio saya, ni alamatnya.. Nombor telefon pun ade skali tu," katanya. Kemudian, dia berlalu pergi dari situ sambil membawa kameranya itu.
Haris membaca pada kad itu tertulis perkataan Studio ILuviaN, barangkali nama studio lelaki itu. Tapi nama lelaki itu? Tiada tertulis di sini..

Sunday, September 6, 2009

Bab 13



Kesesakan para pelajar di kantin sememangnya sudah menjadi lumrah pada waktu rehat. Cinta terjungkit-jungkit bagaikan mencari seseorang di balik para pelajar itu. Kemudian dia tersenyum dan berjalan ke arah destinasi yang menjadi fokusnya itu, iaitu meja di mana Airell kini sedang khusyuk menjamu selera. Cinta meletakkan pinggan nasi dan gelas airnya tepat di hadapan Airell. Airell yang sedang meneguk air pada waktu itu sedikit tersedak, terkejut dengan kemunculan gadis itu yang entah dari mana.
" Kau ni,tak reti bagi salam ke??," kata Airell.
" Ok la.. Assalamualaikum..,"kata Cinta sambil duduk.
" Ha, ni apahal kau tetiba je datang makan kat aku ni.. Tak serik-serik lagi ke? Nanti kan aku terminum air kau pulak kan, siapa yang kena jerkah.. Aku jugak..," kata Airell. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak.
" Kali ni, kalau kau minum lagi, aku bukan setakat jerkah.. Aku cekik-cekik la kau," kata Cinta sedikit mengugut, geram mendengar sindiran dari Airell sebentar tadi. Airell hanya ketawa mendengar kata-kata CInta itu.
" Hey, sudah-sudahlah ketawa tu.. Macamana perkembangan kau sekarang?? Ada chance nak menang ke??," tanya Cinta.
" Ish aku, mesti la.. Bukan ada chance nak menang la,memang aku yang akan menang pun," kata Airell. Cinta hanya menjeling kepada Airell yang suka bercakap besar itu.
" Alah, jangan perasan ye? Aku yang akan menang nanti, kita tengoklah..," Cinta tidak mahu mengalah. Airell membuat muka tidak peduli dengan kata-kata Cinta itu.
" Hoi, aku tahu apa rancangan yang kau buat untuk pikat Maria," kata Cinta lagi. Kali ini Airell sedikit tersentak.
" Apa yang kau tahu??," tanya Airell sambil meneguk airnya.
" Kau yang selalu bagi dia coklat dan sweet card tu kan.. Kaulah secret admire tu kan??," kata Cinta. Serentak dengan itu, Airell tersembur air di dalam mulutnya ke arah nasi Cinta kerana terkejut mendengar kata-kata Cinta itu.
" Hoi!! Berapa kali kau nak buat macam ni kat aku ni??!!," nampaknya sejarah berulang kembali.
" Err.. rilekslah.. Aku tak sengaja.. Nanti aku belikan yang lain," kata Airell takut-takut melihat wajah marah Cinta itu. Cinta sudah pun memeluk tubuh sambil menarik muncung 14 nya. Sebentar kemudian, Airell bangun dan menghilang seketika. Beberapa minit kemudian, dia datang dengan membawa sepinggan nasi yang lain dan memberikannya kepada Cinta. Cinta agak terkejut apabila Airell benar-benar membelikannya sepinggan nasi yang lain. Tidak sangka, lelaki yang suka menyusahkan orang di hadapannya itu ada hati perut juga.
" Terima kasih, nanti aku bayar," kata Cinta sambil terus menjamu selera kerana dia sememangnya benar-benar lapar.
" Err..tak payahlah.. Memang salah aku tadi, sorry ye," kata Airell. Lembut sekali nadanya. Cinta hanya sekadar mengangguk.
" Tapi, kau lah yang salah tadi! Yang kau tiba-tiba cakap macam tu masa aku minum tu apasal??,"kata Airell cuba membina dinding keegoannya semula. 'Huh, nampaknya gentleman dia dah hilang semula,' keluh Cinta.
" Tapi kan, mana kau tahu yang aku orang yang beri dia coklat tu?," tanya Airell.
" Mudah je.. sebab aku pakai otak," kata Cinta sambil tersenyum.
" Alahai, aku selalu kantoi ngan kau.. Aku warning kat kau ni, jangan beritahu kat orang,ok?," kata Airell.
" Kalau aku beritahu kat orang, bodoh benarlah aku. Takde faedah pun aku dapat, dapat dosa ada lah. Hish, apalah," kata Cinta. Airell lega mendengar kata-kata Cinta itu.
Namun, tanpa mereka sedari, rupa-rupanya perbualan mereka berdua itu telah didengari oleh seseorang.
" Aku dah tahu siapa secret admire kau tu," kata Julia kepada Maria sebaik sahaja masuk ke kelas. MAria terkejut mendengar kenyataan rakannya itu. " Siapa??," tanya Mari, tidak sabar ingin tahu.
" Pelajar form 6, Airell Ikhwan," Julia menyebut dengan lancar nama penuh Airell. Dia sememangnya sudah kenal dengan seluruh warga SMK Permata Biru itu. Mana tidaknya, gosip semua orang dia tahu, mengalahkan wartawan.
Maria terdiam seketika, seperti memikirkan sesuatu. " Airell Ikhwan..macam pernah dengar," kata Maria. " La, lelaki tu la," kata Maria lagi setelah fikirannya mula tergambar wajah Airell.
" Kau pun kenal jugak ke dia??," tanya Julia yang sedikit hairan apabila Maria turut mengenali lelaki 'low profile' itu. Maria hanya mengangguk sambil tersenyum.
" So..apa kau nak buat?," tanya Julia lagi.
" Aku nak berjumpa dengan dia dan berkawan dengan lebih rapat lagi dengan dia," kata Maria lagi sambil tersenyum. " Ha??!," Julia terperanjat mendengar kata-kata Maria itu.
" Tapi lelaki tu aku tengok macam kolot la," kata Julia lagi.
" Entahlah Julia.. Aku rasa macam aku dah tertarik dengan dia," kata Maria. Julia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Sementara Maria masih lagi tersenyum sendiri. Dalam fikirannya telah pun menyusun cara untuk berjumpa dengan secret admirenya itu. Sememangnya dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan lelaki itu.