BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 6, 2009

Bab 17

Airell berjalan seiring dengan Maria. Pada hujung minggu begitu, memang ramai orang yang datang berkunjung ke taman itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa Maria tiba-tiba ingin berjumpa dengannya di situ pagi itu. Pagi tadi, sebaik dia bangun dia telah pun menerima SMS dari gadis itu.
Airell berjalan sambil memandang ke arah kanak-kanak yang sedang bermain dalam kawasan taman itu. Tiba-tiba, dia berasa tangannya seperti disentuh seseorang. Dengan spontan, dia memandang ke arah tangannya kemudian ke arah Maria. Kelihatan Maria tersenyum manis kepadanya. Airell mengerutkan dahinya.
" Saya ada sesuatu nak cakap kat awak," kata Maria.
" Apa dia?," Airell mula tertanya-tanya, tambahan lagi melihat kelakuan Maria yang berbeza pagi itu. Tangannya pula masih lagi berada pegangan tangan Maria. Maria tersenyum.
" Saya... saya... Saya suka kat awak," kata Maria tergagap-gagap. Airell terkejut mendengar pengakuan dari Maria itu.
" Saya dah mula suka kat awak sejak awak hadiahkan coklat kat saya lagi.. Awak, kalau boleh, saya nak awak jadi boyfriend saya," kata Maria lagi. Kali ini ayatnya mula lancar. Airell lebih terkejut mendengar ayat terakhir Maria itu. Dia spatutnya gembira, tapi dia tidak tahu kenapa dia tidak berasa apa-apa, sedangkan selama ini, dialah yang sering mengejar gadis itu. Dia terdiam seketika, langsung tiada reaksi di wajahnya. Wajah Cinta tiba-tiba bermain di ruang fikirannya.

Maria masih menunggu jawapan dari Airell penuh harapan. Tiba-tiba, Airell menarik tangannya perlahan-lahan dari pegangan Maria. Wajah Maria jelas kelihatan terkejut. " Maaf, dulu mungkin saya pernah sukakan awak juga, tapi sekarang.. saya rasa, saya baru sedar yang saya cintakan orang lain," kata Airell dan pergi dari situ meninggalkan Maria yang masih lagi kaku berdiri. Dia masih terkejut lagi mendengar kata-kata Airell itu. " Aku ditolak??," tanyanya di dalam hati tidak percaya. " Lelaki tak guna!," jerit Maria di situ. Orang ramai yang berada di kawasan itu mula berpaling ke arah Maria. Wajahnya kelihatan merah padam menahan marah.


Airell cuba menghubungi Cinta, namun sudah beberapa kali, panggilannya hanya disambut dengan mail box. " Angkatlah Cinta...," katanya sendiri dengan handphone yang diletakkan di telinga. Namun, sekali lagi, kedengaran mail box yang menyambut panggilannya itu. Dia mengeluh sendiri. Kemudian, dia keluar dari rumahnya dan mencapai motornya yang baru siap dibaiki itu. Dia menghidupkan enjin dan menunggang laju ke rumah Cinta. Setibanya di sana, mama Cinta memberitahunya bahawa dia tiada di rumah. Sekali lagi Airell mengeluh. Dia benar-benar berharap agar dapat jumpa dengan Cinta. Dia perlu beritahu Cinta tentang perasaannya. Dia tak kisah apa perasaan Cinta padanya, dia cuma harap agar Cinta tahu akan perasaannya.


Pada masa yang sama, di tepi sebuah sungai dalam kampung itu, Khai dan Cinta masing-masing duduk bersebelahan. Cinta melontar anak-anak batu ke dalam sungai itu sambil rancak berbual dengan Khai. Tiba-tiba, Khai berdiri dan memetik sekuntum ros putih daripada pokok yang tumbuh subur di kawasan itu. Cinta turut berdiri melihat kelakuan Khai itu. Sebentar kemudian, Khai menghampirinya dan menghulurkan kuntuman ros itu kepada Cinta. Cinta tersenyum sendiri. Namun, belum sempat Cinta mengambil ros itu. Tiba-tiba Khai berkata," Oh, kejap.. ," katanya sambil mengeluarkan sesuatu dari saku jaketnya. MP3?? Cinta tertanya sendiri. Khai menekan butang MP3 nya itu lalu beralunlah sebuah muzik. Kemudian, dia menyimpan semula MP3 itu. Cinta hanya mampu menahan gelak melihat gelagat Khai itu. Khai menghulurkan semula ros putih tadi dan berkata," Cinta, sudikah awak jadi girlfriend saya?," tanya Khai. Matanya direnung ke mata Cinta. Cinta terkejut mendengar pertanyaan Khai itu. Akhirnya, mimpinya selama ini menjadi kenyataan. Khai minta dia jadi girlfriend!!

Cinta tersenyum dan mengambil ros yang dihulurkan itu. " Ya, saya sudi," katanya. Kelihatan Khai cukup teruja mendengar jawapan dari Cinta itu.

" Betul awak sudi?," tanyanya sekali lagi. Cinta mengangguk-anggukkan kepalanya. Khai bersorak gembira. " Awak tahu tak, saya sejak dulu lagi tunggu awak tanya saya soalan ni," kata Cinta. Dia sendiri juga berasa sangat gembira.


Cinta pulang ke rumahnya. Dia kelihatan benar-benar gembira. Wajahnya kelihatan berseri-seri. " Aku mesti beritahu Airell, dia perlu tahu yang dia dah kalah," kata Cinta. Lalu dia mengeluarkan handsetnya dari saku seluarnya. " La, phone aku tak ada bateri rupanya," katanya lagi sebaik melihat handphonenya tidak bernyala. Lalu, dia segera menyambungkan handsetnya itu kepada charger untuk dicaskan. Sebaik bateri handsetnya itu mula terisi, dia segera menelefon Airell.

" Hello..," kedengaran suara Airell dari corong handsetnya itu.

" Hello Airell.. kau mesti terkejut dengar apa aku nak cakap ni..nampaknya kau kena jadi hamba akulah lepas ni?," kata Cinta gembira.

" Apa maksud kau??," hati Airell mula berdebar.

" Khai dah confess kat aku!!," kata Cinta penuh teruja. Air muka Airell kelihatan berubah mendengar kata-kata Cinta itu. " Dia ajak aku jadi girlfriend dia tadi, dan aku terima," sambung Cinta lagi.

" Oh.. tahniah la," kata Airell perlahan penuh kecewa.

" Ha, kan aku dah cakap yang aku akan menang.. Baru sekarang kau percaya? Janji tetap janji, kau kena tunaikan janji kau tu. Lepas ni, kau kena jadi hamba aku untuk sebulanlah nampak gayanya," kata Cnta lagi.

" Oh, ye la..," Airell sudah kehilangan mood untuk terus berbual dengan Cinta. " Ok la, aku ada hal," kata Airell lalu dia mematikan talian itu. Cinta mengerutkan dahinya. " Apasal si Airell ni, takkan frust sebab kalah kot," kata Cinta sendiri hairan melihat perangai Airell itu.

0 comments: