BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 5, 2009

Bab 16

Airell menunggang motornya melalui jalan pintas yang biasa dilaluinya itu. Telur ayam dan gandum yang baru dibelinya tadi diletakkan di dalam raga motornya itu. Tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang yang cukup dikenalinya tidak jauh di hadapan. " Eh, tu kan Cinta," katanya sendiri. Dia melajukan motornya dan cuba menegur gadis itu. Kelihatan Cinta memakai T-shirt lengan panjang hitam dan seluar slack berwarna putih. Dia memandang ke arah Airell apabila kedengaran bunyi enjin motor.
" Hoi Cinta, kau dari mana ni??," tanya Airell dari atas motornya. Motornya diperlahankan supaya dapat seiring dengan Cinta. " Dari kedai ," jawab Cinta sambil menunjukkan plastik berisi barang-barang yang dibawanya itu.
" Nak tumpang? Jomlah," pelawa Airell. Wajah Cinta yang masam mencuka tadi berubah ceria. " Betul kau nak tumpangkan aku ni??," tanya Cinta.
" Ye la, cepatlah sebelum aku ubah fikiran kan," kat Airell lagi sambil menghentikan enjin motornya. Cinta segera naik ke atas motor itu di belakang Airell sambil tersenyum. Kemudian, Airell menyambung semula perjalanannya.
" Baguslah kau ni, datang bila aku perlukan driver," kata Cinta.
" Hah, banyaklah kau punya driver. Kan aku tinggal kau kat tengah jalan ni baru tahu," kata Airell.
Tiba-tiba, motor yang mereka naiki terhentak-hentak dan semakin perlahan. AKhirnya motor itu terhenti sendiri. " Kenapa ni?," tanya Cinta. Huh! " Buat hal lagi ke motor ni?," Airell tertanya sendiri sambil turun dari motor itu untuk memeriksa keadaan motor itu. Dilihatnya tayar belakang motor itu sudah kempis.
" La, patutlah.. Tayar pancit," kata Airell. " Semua ni kau punya pasallah, berat sangat. Sampai pancit tayar motor aku," kata Airell. Wajah Cinta berubah merah padam menahan marah.
" Apa kau cakap? Wei, motor kau ni yang kapcai, jangan nak salahkan aku pulak!," marah Cinta lalu dia menyepak tayar depan motor itu. Tiba-tiba, tayar depan motor itu pula yang pancit. Wajah Cinta kelihatan sedikit terkejut. Airell membulatkan matanya kepada Cinta. Kemudian, dengan wajah selamba Cinta berkata," Padan muka, siapa suruh cakap aku ni berat," katanya.
" Hish kau ni..Eee.. memang nak kena cekik-cekik ni," kata Airell dalam hatinya. Airell mengunci motornya dan kemudian, dia mengambil barang-barang yang dibelinya sebentar tadi dan berjalan pergi meninggalkan motornya di situ. Cinta memandang Airell penuh tanda tanya.
" Hoi, kau nak ke mana tu?," tanya Cinta dari belakang.
" Baliklah..," katanya.
" Habis motor kau ni..?," tanya Cinta lagi.
" Biar je la kat situ, lagipun bukannya ada orang nak curi pun motor buruk tu," kata Airell lagi yang kini sudah jauh di hadapan.
" Hoi, tunggulah aku!," kata Cinta sambil berlari ke arah Airell. Namun, secara tidak sengaja, kakinya tersadung sebatang kayu yang berada di atas jalan itu. Dia terjatuh di situ dan mengaduh kesakitan. Airell yang mendengar suara Cinta mengaduh itu segera berpaling dan berlari mendapatkan Cinta.
" Kenapa ni?," tanya Airell cemas melihat Cinta memegang pergelangan kakinya sambil menahan sakit. " Aku rasa kaki aku terseliuh," kata Cinta.
" Biar aku tengok," kata Airell. Dia cuba mengurut-urut pergelangan kaki Cinta. Airell memandang sekelilingnya cuba mencari kedai-kedai, namun yang ada hanyalah pokok-pokok getah sahaja di sekeliling mereka. " Sekarang macam mana? Kau boleh jalan ke tak ni?," tanya Airell. "Boleh kot," kata Cinta cuba untuk berdiri. Namun, kemudian dia mengaduh kesakitan dan hampir terjatuh semula. Mujurlah Airell sempat memegang bahunya.
" Hmm.. nampaknya kau tak boleh berjalan ni," kata Airell. " Kalau macam tu, biar aku gendonglah kau ni balik rumah," kata Airell. " Ha??," Cinta terkejut mendengar kata-kata Airell itu.
" Nah, pegang ni, Airell menghulurkan bungkusan plastik berisi barang-barang di tangannya itu. Cinta tidak mampu berkata apa-apa, tangannya hanya menurut kata-kata Airell. Bungkusan plastik itu kini bertukar tangan. Kemudian, Airell menepuk-nepuk bahunya menandakan dia sudah bersedia. Cinta masih kaku di situ. Dia tak sangka lelaki itu sanggup menggendongnya. Perjalanan untuk sampai ke rumahnya agak jauh lagi. Tak letih ke?
" Hoi, kau nak balik ke tak? Ke nak aku tinggalkan kau kat sini?," tanya Airell.
" Err..ye la..," kata Cinta lalu memeluk leher Airell. Sebentar kemudian, dia berasa dirinya sudah terangkat dan bergerak.
Beberapa minit terus berlalu tanpa sebarang kata. Namun akhirnya Cinta bersuara. " Hoi, kau tak penat ke gendong aku ni?? Bukan ke kau cakap aku ni berat tadi?," kata Cinta.
" Habis? Kau nak aku tinggal kau kat sana tadi?," soalan Cinta tadi dibalas dengan soalan dari Airell. Cinta terdiam. Dia tak sangka, walaupun perangai Airell macam tu, dia baik sebenarnya.
" Hoi.. best tak date kau dengan Maria semalam?," Cinta pura-pura bertanya. Airell tahu gadis itu sedang cuba untuk menyindirnya tentang kejadian semalam.
" Bestlah, apasal pulak tak best," jawab Airell selamba. Cinta sudah tergelak di belakangnya. " Hmm.. ketawa la kau," kata Airell acuh tak acuh.

Airell sudah pun bermandi berpeluh membawa beban di atas belakangnya itu. " Eh, apasal senyap je minah ni," fikirnya sendiri. Tiba-tiba, dia merasa sesuatu terjatuh atas bahunya. Dia segera berpaling. Sebaik berpaling, wajahnya hanya kira-kira lima sentimeter sahaja dengan wajah Cinta yang sedang nyenyak tidur. Dia segera berpaling ke hadapan semula. Hatinya mula berdebar-debar.
" Boleh tidur la pulak dia ni," kata Airell dalam hatinya. " Tapi.. dia nampak comellah," kata Airell lagi sambil cuba untuk berpaling semula. Kali ini dia cuba menjarakkan wajahnya dari wajah gadis itu. Lama dia merenung wajah itu. Semakin lama direnung, semakin berdegup kencang jantungnya.
" Hish, apasal pula dengan aku ni??," kata Airell sendirian. Kemudian dia meneruskan perjalanannya. Hatinya masih lagi berdebar-debar. Setelah hampir lima belas minit berjalan, dia ternampak sebuah warung kecil. Lalu dia masuk ke warung itu, pada waktu itu juga Cinta tersedar.
" Hai..good morning, nyenyak betul tidur ye?," sindir Airell. Cinta masih lagi mamai. " Kita kat mana ni?," tanya Cinta.
" Kat sebuah warung, aku singgah sini kejap," kata Airell sambil menurunkan Cinta ke atas sbuah bangku. " Hauslah angkat kau ni," sambungnya lagi kemudian dia memesan dua gelas minuman.
Sebentar kemudian, datang seorang wanita yang sudah agak tua dan meletakkan minuman yang dipesan ke atas meja mereka. Namun, dengan tidak semena-mena, tangannya terlanggar pada salah satu gelas itu dan air di dalam gelas itu tertumpah ke atas Cinta.
" Oh, maaf, maafkan mak cik ," kata wanita tua itu sedikit kalut apabila melihat baju Cinta yang sudah basah.
" Err.. tak pelah mak cik, saya tahu, mak cik tak sengaja," katanya sambil tersenyum. " Err.. ada sink tak mak cik?," tanya Cinta. " Ada, kat hujung sana," tunjuk mak cik itu ke arah sebuah sink di hujung sudut warung itu. " Maaf sekali lagi ye nak," kata mak cik itu lagi.
" Tak pe," kata Cinta lagi sambil bangun dan pergi ke arah sink itu untuk membersihkan bajunya.
Airell hanya melihat sahaja kejadian itu tanpa sebarang kata. Matanya mengekori Cinta yang menuju ke arah sink. " Dia memang berbeza daripada Maria..," bisik hatinya sendiri.

Rumah Cinta sudah pun kelihatan, Airell mempercepatkan langkahnya. " Huh, sikit lagi Airell!," katanya di dalam hati cuba memberi semangat kepada dirinya. Akhirnya dia sampai di hadapan rumah Cinta. Dia menurunkan Cinta dan mengurut-urut bahunya yang terasa lenguh itu. " Ok, dah sampai pun," katanya.
" Perlu aku hantar kau masuk ke dalam ke?," tanya Airell.
" Err..tak payahlah, aku rasa aku dah boleh jalan dah sikit-sikit," kata Cinta.
" Ok, kalau macam tu, aku balik dulu la," kata Airell.
" Tak nak masuk dulu ke?," tanya Cinta.
" Erm. tak payahlah.. aku dah lewat dah ni, sejak tadi lagi mak aku kirim suruh beli barang. Nanti tak pasal-pasal kena dengar orang berleter," kata Airell. Cinta mengangguk tanda faham.
" Kau tak nak bagi ke kat aku?," tanya Airell. Cinta berkerut mendengar soalan Airell itu. " Bagi apa?," tanyan Cinta.
" Bagi goodbye kiss la, aku kan dah nak balik ni," kata Airell sambil menunjuk-nunjukkan pipinya. Cinta membulatkan matanya.
" Huh, gila!," katanya sambil berpaling ke belakang dan terhinjut-hinjut untuk masuk ke rumahnya. Kedengaran Airell mula ketawa di belakang.
" Hoi, aku suruh kau bagi barang-barang aku la," kata Airell. Langkah Cinta terhenti, dia berpaling semula ke arah Airell. " Sorry, aku lupa," kata Cinta sambil tersengih dan menghulurkan bungkusan plastik itu kepada Airell.

Airell berjalan-jalan di halaman rumahnya cuba menghirup udara malam. Jam di tangan dikerling. Sudah pukul 12.30 pagi. Namun, matanya tidak boleh terlelap. Kerana itulah dia keluar berjalan-jalan di halaman rumahnya itu. Dia mula teringat kembali kata-kata rakannya petang tadi.
" Kau tahu tak apa maknanya bila kita bersama dengan orang tu, kita rasa gembira semacam je, hati kita pula berdegup kencang je. Dan bila kau tengok dia mesra dengan lelaki lain, kau rasa macam sakit hati je," tanya Airell.
" Rell, soalan apa kau tanya ni?," tanya rakannya sambil tertawa. " Kau tahu tak, tu maknanya kau dah jatuh cinta," kata rakannya itu lagi. Airell membulatkan matanya.
" Ish, bukan akulah. Ada kawan aku tu, dia tanya aku soalan tu, aku tak tahu nak jawab apa, so aku tanya la kau," Airell cuba membuat helah.

Airell kembali tersedar dari lamunannya. " Adakah aku memang dah jatuh cinta pada Cinta?," tanyanya sendiri.

0 comments: