BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 14, 2009

Bab 20

Hari-hari terus berlalu dengan keadaan Nia yang cuba mengelakkan diri dari Haris. Namun, satu perkara yang membuatkan dia tidak boleh untuk terus mengelak, HARI KONVOKESYEN. Dia sudah mendaftarkan namanya dan Haris untuk membuka sebuah booth pada hari itu nanti. Namun, sehingga sekarang masih tiada sebarang keputusan tentang apa yang akan booth mereka lakukan.
Tinggal lima hari lagi untuk Hari Konvokesyen itu, akhirnya Nia terpaksa mengambil keputusan untuk mengadakan perbincangan dengan Haris.
' Bincang tentang Hari Konvokesyen nanti. Jumpa saya di perpustakaan, pukul 5 ptang nanti, di meja biasa. Nia.. '
Haris melonjak gembira setelah membaca surat yang baru diterima dari seseorang yang datang memberinya sebentar tadi. Dia gembira, akhirnya Nia hendak bercakap dengannya semula.
Selesai mandi, Haris memakai sehelai T-shirt lengan panjang biru tua dan berseluar slack hitam. Dia menyisir rambutnya agar kelihatan rapi. Hampir setengah jam dia berdiri di hadapan cermin itu.
" Hoi, dah dah la tu.. Retak cermin tu nanti.. Tu, Nia dah lama tunggu tu..," Faiz mula menyakat. Haris hanya tersenyum mendengar sindiran temannya itu. Dia memandang jam tangannya. 4.50 petang. Lalu, dia segera mencapai beg yang sering menjadi temannya dan keluar meninggalkan Faiz yang sedang khusyuk membaca majalah sambil berbaring di atas katilnya itu.

Dari jauh, Haris sudah dapat melihat Nia sedang duduk di meja yang sering mereka habiskan masa bersama untuk mengulangkaji itu. Dia kelihatan cantik bertudung biru tua. Kemudian, dia baru perasan bahawa mereka memakai baju yang sedondong. Makin lebarlah senyuman Haris.
" Assalamualaikum..," Haris memberi salam. "Jauh termenung..,"kata Haris lagi. Nia menoleh. " Waalaikumussalam," jawabnya dengan nada yang dingin. Haris terus duduk di sebelah Nia tanpa dipelawa. Nia kemudiannya bangun dan cuba menjarakkan kerusinya dengan kerusi Haris. Haris yang melihat tingkah laku Nia itu sedikit geli hati. Perbincangan mereka berterusan dan akhirnya mereka membuat kata sepakat untuk membuka gerai minuman dan ais krim. Sepanjang perbincangan itu, Haris langsung tidak nampak segaris senyuman pun terukir di bibir gadis itu.
" Saya rindu senyuman awak Nia," Haris bermonolog sendiri sambil merenung wajah di hdapannya itu. Nia yang menyedari dirinya ditenung itu mula berdiri dan bersiap sedia untuk beredar setelah selesai perbincangan.
" Saya tak suka ditenung begitu,"katanya kemudian mula mengatur langkah untuk pergi.
" Awak tak suka. Tapi saya bersyukur kerana diberi mata ini untuk melihat sesuatu yang indah seperti seseorang yang bernama Nur Niana Elise,"kata-kata Haris membuat Nia terdiam seketika. Namun, kemudian dia terus meninggalkan Haris sendirian di situ.

Nia mencampakkan begnya ke atas katil. " Kenapa dia perlu jatuh hati pada aku??," kata Nia. Kemudian,dengan tidak semena-mena fail yang dipegangnya terlepas dari genggaman lalu jatuh ke lantai. Semua isi kandungan fail itu mula terburai keluar.
Nia tunduk untuk mengutipnya, tiba-tiba dia ternampak sepucuk surat. Tanpa berlengah dia membaca kandungan surat itu.

' Kepada Nia,

Terlebih dahulu, saya minta maaf jika surat ini hadir tanpa diundang. Tapi saya perlu, amat perlu memberi surat ini kepada awak. Tiada cara lain lagi untuk saya buat supaya awak dengar dulu kata-kata saya. Selama ini, awak selalu mengelakkan diri dari saya. Kenapa? Adakah saya ni pembawa virus kepada awak? Saya akui, memang saya sakit sekarang ini. Saya sakit kerana jatuh cinta pada awak. Dan saya amat berharap kalau sakit saya ini berjangkit pada awak, he,he..
Nia, saya minta maaf sebab cintakan awak. Saya tahu, awak tak cintakan saya, tapi jangan risau, saya takkan berputus asa sehingga awak terima cinta saya.
Akhir kata.. Saya rindukan awak, Nia.. '

Nia terdiam membaca surat itu. Pelbagai rasa bercampur-baur. Ada rasa marah, geram, geli hati pun ada juga. Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.

1 comments:

Ara Maisara said...

ish2..gle la si haris tu..

tpi best tau cerita ni..sy sokong..chaiyok2!!

cpt smbng tau putri cinta..hehehe