BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 23, 2009

Bab 19

Nia pulang ke asramanya, sambil mengeluh keletihan. Beg yang disandangnya dicampakkan ke atas katil. Kemudian, dia merebahkan dirinya di atas katil itu. Sebentar kemudian, fikirannya mula teringat kepada sampul surat yang diberikan oleh Haris kepadanya petang tadi. Lalu, dia bangun kembali dan mengambil sampul yang disimpan di dalam begnya itu. Dikeluarkannya sepucuk sampul surat dari poket depan beg sandangnya itu.
Nia mula tertanya-tanya. Dia mula menggoncang-goncang sampul itu, dia dapat merasakan seperti ada sebuah pepejal di dalam sampul itu. Tanpa berlengah lagi, dia mula membuka sampul itu. Dia mencari-cari gambar orang yang dimaksudkan oleh HAris itu. Dia tercari-cari gambar gadis yang dicintai Haris itu. Tetapi apa yang ada di dalam sampul surat itu hanyalah sehelai kertas kecil dan sebuah cermin kecil. Nia berkerut melihat cermin itu. Walaubagaimanapun, dia segera membaca nota kecil yang disertakan itu.

' Nia.. Orang yang awak nampak dalam cermin tu la orang yang saya cinta. Maafkan saya.. '

Itulah ayat yang ditulis dalam nota kecil itu. Nia sudah pun terdiam seketika membaca ayat itu. Namun, sebentar kemudian, dia tetap mengambil cermin itu untuk mendapatkan kepastian. Memang sah, tiada orang lain. DIALAH ORANGNYA.. Saat itu, Nia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Haris suka dia? Betul ke? Itulah yang bermain-main dalam fikirannya. Tapi, Haris tidak sepatutnya suka kepada dia. Haris sendiri kian maklum bahawa dalam hati gadis itu sudah ada seseorang.
Saat itu, dia mula teringat kembali perbualannya dengan Haris tempoh hari. " ," itulah ayat yang pernah diluahkan oleh Haris tempoh hari. Dia tidak sangka bahawa gadis yang dimaksudkan itu ialah dirinya sendiri. Fikiran Nia kelu kini. Dia rasa bagaikan terbeban memikirkan tentang perkara itu. Mengapa perlu dia yang Haris suka? Tak ada ke orang lain? Salan demi soalan terus berlegar dalam fikirannya.
Malam itu, dia tidak mampu untuk melelapkan matanya. Bagaimana harus dia berdepan dengan lelaki itu selepas ini? Kemudian, dia cuba berfikir sejenak. Apakah pula perasaan dia kepada Haris? Dia sendiri tidak faham apa perasaan dia terhadap Haris. Dia gembira setiap kali bersama HAris. Bila Haris tiada, pasti dia akan kesunyian. Pendek kata, Haris itu bagaikan pengubat hatinya. Harislah tempat dia meluahkan masalah, kesedihan, kegembiraan dan segala-galanya. Dia rasa selamat setiap kali bersama HAris. Bila dia lihat Haris mesra dengan perempuan lain pula, hatinya sakit sekali. Tambahan pula, baru-baru ini apabila dia dapat tahu bahawa Haris suka pada seseorang yang dia sendiri tidak tahu ialah dirinya sendiri. Dia juga sering berasa nervous dengan Haris. Adakah semua itu bermakna dia juga cinta kepada Haris?
Tidak! Tak mungkin dia cinta kepada Haris. Dia hanya cintakan Adam. Semua orang tahu, dia hanya cintakan Adam. " Abang.. Apa harus Nia buat? ," soalan itu hanya sekadar soalan yang tidak mungkin dijawab.
Di asrama lelaki, Haris juga turut sama tidak dapat melelapkan matanya. Dia memang sudah dapat mengagak apa reaksi Nia. Walaubagaimanapun, dia sudah tidak peduli. Asalkan dirinya sudah meluahkan apa yang selama ini menjadi beban dalam hatinya. " Biarlah dia tahu..," kata Haris dalam hatinya. "Tapi macamana kalu persahabatan ini renggang?," dia mula tertanya-tanya. Dia mula risau tentang apa yang akan berlaku pada hari-hari yang akan datang. Dia amat berharap agar persahabatannya dengan Nia tetap tidak terjejas sekalipun Nia menolak cintanya itu. Dia yakin, peratus untuk Nia menolak cintanya itu amat tinggi sekali. Mungkin dalam 98%. Malam terus berlalu, dengan persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Apa yang pasti, masa menentukan segalanya.

Nia seperti biasa, pergi ke kuliahnya pagi-pagi lagi. Hari itu, dia cuba sedaya-upaya agar tidak terserempak dengan HAris. Nasibnya memang baik kerana sepanjang hari itu, dia memang tidak terserempak dengan Haris. Dia melihat jam tangannya. 4.40 petang. Kemudian, dia melihat langit, agak gelap. Nampaknya hujan akan turun tidak lama lagi. Mujurlah dia sudah tiada kuliah lagi selepas ini. Kemudian, dia segera pergi menuju ke asramanya dengan melalui jalan di tepi tasik semata-mata bagi mengelak dari bertembung dengan HAris.
Walaubagaimanapun, namanya tiba-tiba dipanggil dari belakang. Suara itu, memang cukup dikenalinya. Dia tidak menoleh, malah berjalan dengan lebih laju lagi. Haris segera berlari mengejar Nia bagi mendahului gadis itu. " Nia, tunggu kejap!," kata Haris.
Kini dia sudah pun berdiri di hadapan Nia. Nia terhenti, namun dia langsung tidak memandang ke wajah lelaki itu. " Nia, janganlah macam ni. Saya tahu awak marah. Tapi, apa alasan yang lebih logik untuk awak rasa marah pada saya. Saya cuma cakap yang saya sukakan awak. Adakah itu salah??," tanya HAris. Nia hanya diam.
" Saya memang dah dapat mengagak bahawa ini reaksi awak jika saya beritahu hal ini.. But, janganlah macam ni. Kalau awak tak boleh terima, kita anggap macam saya tak pernah beritahu awak apa-apa," kata Haris.
" Senang awak cakap.. Tapi, saya dah tak rasa yang saya boleh anggap macam awak tak ade cakap apa-apa lepas ni. Awak tak sepatutnya sukakan saya! Awak sendiri tahu, saya cintakan Adam. Awak tak sepatutnya jatuh cinta dengan saya," kata Nia.
" Nia, sampai bila awak nak tunggu Adam. Awak sendiri tak tahu yang dia berada di mana sekarang ni," kata Haris. Entah mengapa, mendengar kata-kata Haris itu, Nia mula berasa sebak. Air matanya kini mula mengalir. Guruh pula kian berdentum di langit.
" Kenapa buat saya macam ni? Kenapa buat saya...," belum sempat Nia menghabiskan ayatnya, Haris sudahpun menggenggam tangannya. Hujan pula kini mula turun.
" Maafkan saya Nia, kalau saya buat awak rasa sedih. Tapi, you should know that.. I love you.. I love you, Nia.. I'm sorry for loving you.. But, for your information, I will keep loving you, whatever happen," kata Haris. Air mata Nia semakin deras mengalir bersama air hujan yang membasahi mereka berdua. Kemudian, dia menarik tangannya dari genggaman Haris dan berlari pergi dari situ.
" Saya tak pernah menyesal jatuh cinta dengan awak, Nia," sempat lagi Haris menjerit kepada Nia yang sudah jauh ke depan. Nia terhenti seketika. Namun, dia terus berlari semula tanpa menoleh ke arah Haris. Tinggallah Haris sendirian di dalam hujan yang agak lebat itu.
" Maafkan saya Nia," katanya sendirian.

2 comments:

Sue said...

salam putri cinta...

nia tlg la pk kan perasaan haris..memang la nia tgh tunggu adam tapi adam dah lama tinggalkan nia.

hadapi hari ini dengan senario yang baru dan mulakan ia dengan nafas baru...

best citer nie...smbg lagi yea....!

Princess said...

nape nia still ingat adam??! haris dah suke dia, pilih je la..

hope sngt nia sedr n pilih haris.

best cite ni putri cinta.. cpt smbng tau..best sngt..x sabo nk tau episod strusnye..