BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 2, 2009

Bab 18

" Hai awak..," sapa Nia sambil tercungap-cungap kerana letih berlari mengejar Haris itu. Haris hanya berpaling kepada Nia, namun tiada sekuntum senyuman pun di bibirnya.
" Hai..," kata Haris yang kedengaran seperti agak dingin.
" Haris.. Awak masih marah lagi ke? Kan saya dah cakap, saya minta maaf. Saya tak sengaja..," kata Nia dalam nada memujuk setelah melihat kedinginan Haris itu. Dia sendiri perasan, sejak akhir-akhir ini, Haris sering cuba mengelakkan diri darinya.
Haris berhenti berjalan. Kemudian dia berpaling memandang ke wajah Nia, tepat ke matanya. Lama dia merenung wajah yang polos itu. Renungan Haris itu membuatkan Nia berasa kurang selesa, lalu dia mula mengalihkan pandangannya. " Kenapa tenung saya begitu?," tanya Nia.
" Awak sempat baca semua ke apa yang saya tulis dalam buku tu?," tanya Haris, kali ini kedinginannya mula beransur hilang.
" Tak, saya cuma terbaca satu page je.. betul, percaya la..," kata Nia sungguh-sungguh.
" Ye,ye saya percaya..," kata Haris sedikit geli hati melihat kelakuan Nia yang agak bersungguh itu.
" So, awak dah tak marah pada saya la ni??," tanya Nia pula.
" Marah?? Bila masa pula saya marah pada awak.. Tak de lah, saya tak marah pun..," kata Haris sambil tersenyum. Nia turut tersenyum lega mendengar kata-kata Haris itu. Mereka terus berjalan seiringan menuju ke sebuah kafetaria.
Mereka masuk ke kafetaria itu dan mengambil tempat di sebuah meja berdekatan dengan pintu kafetaria itu. Kemudian, mereka berdua masing-masing berjalan ke kaunter untuk membeli makanan. Haris muncul semula dengan sepinggan nasi berlaukkan gulai ikan haruan, manakala Nia sudah pun mengisi perutnya dengan sepinggan mi goreng. Dia kelihatan lapar sekali, apa tidaknya sejak pagi lagi dia masih belum makan. Sekarang, pukul 3.00 petang barulah dia berpeluang mengisi perutnya itu.
Haris duduk di hadapan Nia sambil meletakkan pinggan nasinya.
" Berselera nampak?," kata Haris sambil tersenyum.
" Lapar..," jawab Nia ringkas. Sekali lagi Haris tersenyum, kemudian dia juga mula menjamu selera. Suasana senyap seketika, sementara mereka menghabiskan makanan masing-masing.
" Awak.. kalau saya nak tanya satu soalan, awak jangan marah ye?," akhirnya Nia memulakan perbualan setelah menghabiskan mi gorengnya.
" Tanyalah.. saya takkan marah punya..," kata Haris.
" Err.. Kalau boleh saya tahu.. Siapa perempuan yang bertuah tu ek??," tanya Nia sedikit teragak-agak. Risau jika Haris akan marah kepadanya.
Serentak dengan itu juga, Haris yang sedang minum air suam yang dipesannya itu tersedak. " Er.. awak minum macamana boleh tersedak.. Minumlah perlahan-lahan sikit," kata Nia.
" Tak pe..saya ok.. Kenapa pula awak nak tahu?,"tanya Haris cuba mengelak daripada menjawab soalan itu.
" Err.. sebab kita kan kawan.. Saya patut tahu siapa yang kawan saya ni suka..," kata Nia sambil tersenyum. Haris tertawa mendengar kata-kata Nia itu.
" Ye la tu Nia.. Saya rasa tak payahlah awak nak tahu.. Bukannya penting sangat pun siapa dia.. Lagipun, saya tak rasa pun yang dia akan sukakan saya," kata Haris. Suaranya kedengaran sedikit sayu.
" Maksud awak?," tanya Nia ingin tahu.
" Dia dah ada someone dalam hati dia," jawab Haris lagi. Nia hanya mengangguk-angguk faham. Entah kenapa, pada waktu itu, dia berasa satu perasaan yang aneh. Dia sendiri tidak perasaan apakah itu. Adakah dia marah? Geram? Sakit hati? Sedih? Atau... Cemburu? Entahlah...

Sejak hari itu, Nia terus-menerus bertanya tentang wanita itu. Dia teringin sekali mengetahui, siapakah gadis yang berjaya memikat hati Haris itu. Dia yakin, gadis itu pasti benar-benar istimewa. Haris pula sudah mula berasa rimas dengan soalan yang sering diulang-ulang oleh Nia itu. Dia serba-salah. Antara hendak beritahu tentang perkara sebenar atau tidak. Dia tiada kekuatan untuk memberitahu Nia siapa gadis itu. " Beritahu je dia Haris..Baru hati kau akan tenang," kata-kata Nabil tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinganya. " Betul tu.. Kalau betul kau cintakan dia, lebih baik kau confess awal-awal, sebelum terlambat," begitu juga dengan kata-kata Faiz. Huh! Haris mengeluh sendiri.
" Hai awak.. Masih taknak beritahu saya siapa.....,"belum sempat Nia menghabiskan ayatnya, Haris memotong.
" Siapa perempuan yang saya suka tu??," kata Haris. Nia tersenyum apabila Haris telah sedia maklum mengetahui apa yang ingin ditanya olehnya.
" Saya sendiri pun dah letih dengar awak tanya soalan tu.. Awak memang betul-betul nak tahu ke siapa perempuan tu?," tanya Haris. Nia sungguh-sungguh mengangguk.
" Are you sure??,"tanya HAris lagi. Nia berkerut. " Yes.. of course..," kata Nia lagi. Sekali lagi HAris merenung wajah Nia seperti tempoh hari. Agak lama. Kali ini, Nia berdehem. Lalu, Haris segera mengalihkan pandangannya. " Maaf..," katanya ringkas. Nia hanya tersenyum.
" So...," katanya. Haris memandangnya kehairanan. " So, siapa perempuan itu?," tanya Nia bagi menjawab kehairanan yang kelihatan di wajah Haris itu.
" Oh.. kejap,"kata Haris sambil mengeluarkan sepucuk sampul surat dari saku seluarnya itu. Sampul surat kecil itu dihulurkan kepada Nia. Dengan penuh tanda tanya, Nia mengambil sampul surat itu dari tangan Haris. " Apa ni?," tanya Nia.
" Kat dalam tu ada gambar orang yang saya cinta tu," kata Haris. Kemudian, dia segera beredar dari situ, meninggalkan Nia dengan sampul surat di tangannya yang penuh dengan tanda tanya.

3 comments:

SyAfIrA iDaYu said...

Sape ek???
nia ke???

PuTr! Ch!nTa said...

erm.. we wait n see..

~~JawaPan r!ndu~~ said...

mmg la nia...
next cpt ckit tau..
berkurun 2gu,..