BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 16, 2009

Bab 14

Mereka berdua terus berjalan masuk meredah orang yang telah pun ramai berada di dalam banglo itu. Dari jauh, Nia dapat lihat seorang lelaki yang kelihatan segak bergaya dengan sut putih dan ikatan reben pada lehernya. Di sebelahnya pula, kelihatan seorang wanita yang dalam usia lingkungan 20 tahun sedang berjalan seiringan dengannya. Gaun putih seksi yang dikenakan oleh wanita itu agak menarik perhatian tetamu-tetamu lelaki yang hadir di situ. Mujurlah setiap daripada mereka telah pun mempunyai pasangan masing-masing. Lelaki dan wanita itu kini sedang berjalan menuju ke arah Nia dan Haris. Kelihatan sekuntum senyuman terukir di bibir lelaki itu, tapi senyuman itu kelihatan sinis sekali.
" Itulah dia.. kawan saya tu ,"kata Haris perlahan. Nia mengangguk faham. Sewaktu itu juga dia telah mengeratkan lagi pautan tangannya pada lengan Haris.
" Oh, hai Haris!! Aku ingatkan kau takkan datang, tak sangka hadir juga ya kau kat sini.. ,"kata Jefry dalam nada sindiran sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Haris. Sesuatu yang memang cukup pasti ialah dia tidak ikhlas menghulurkan tangannya itu.
" Eh, kenapa pula tak datang.. Mestilah aku datang, kau kan pernah cakap nak tengok pasangan aku.. Itulah sebabnya aku datang ni,"kata Haris pula sambil menyambut tangan Jefry itu. Pandangan mata mereka bertemu,lama. Mereka bagaikan berperang menggunakan mata. Dalam imaginasi Nia, dia dapat membayangkan ada pertembungan panahan eletrik keluar dari mata mereka berdua. Nia tersenyum sendirian memikirkan tentang itu. Akhirnya, tangan Haris dan Jefry kian terlerai. " Ni ke tunang kau?,"tanya Haris sambil menunjuk kepada wanita yang sedang berdiri di sebelah Jefry itu.
" Yes, kenalkan ini, Sherrina. Baby, ni Haris dan ini...," kata-kata Jefry terhenti di situ, tangannya kini sedang menunjuk ke arah Nia.
" Nia.. Tunang Haris," kata Nia selamba sambil terus memaut tangannya pada lengan Haris. Pada waktu yang sama, Haris berpaling memandangnya. Raut wajah Jefry juga jelas tersentak mendengar kata-kata Nia itu. ' Tak guna punya Zarif, kau cakap Haris masih belum ada teman wanita. Tapi, rupa-rupanya dah ada tunang si mangkuk ni,' Jefry bermonolog sendiri.
" Oh..,"kata Jefry ringkas cuba mengawal ekspresi mukanya. Haris tersenyum sendiri melihat reaksi Jefry yang kelihatan agak terkejut itu. Puas hatinya. Tapi, tunang?? Pandai-pandai pula Nia ni.
Orang ramai semakin lama semakin ramai. Ruang banglo yang cukup luas itu kian gamat dengan suara para tetamu disertai pula dengan muzik-muzik yang dipasang khas untuk memeriahkan suasana. Pada satu sudut, Nia dapat lihat sebuah pentas yang telah dihias cantik. Ketika itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenalinya naik ke pentas dan mula berbicara menggunakan mikrofon yang telah disediakan.
" Ok, tuan-tuan dan puan-puan.. Terlebih dahulu, saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan semua untuk mengambil tempat masing-masing di meja makan yang disediakan," kata lelaki itu. Barangkali dia merupakan pengerusi untuk majlis itu.
" Jemputlah..," kata Jefry tidak ikhlas kepada Nia dan Haris. Kemudian, mereka duduk di sebuah meja yang berada paling dekat dengan pentas. Mungkin meja makan itu telah disediakan khas untuk orang yang diraikan, iaitu Jefry dan Sherrina. Kini, Haris, Jefry, Nia dan Sherrina serta dua pasangan lain yang langsung tidak Nia kenali berada dalam sebuah meja makan. Suasana kini senyap seketika. Masing-masing menfokuskan diri pada apa yang akan disampaikan oleh pengerusi majlis yang sedang berdiri di atas pentas.
" Ok, terima kasih tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi menghadirkan diri ke majlis meraikan pertunangan adik saya ini, Jefry dan Sherrina," serentak dengan itu cahaya lampu telah difokuskan ke arah Jefry dan Sherrina. Tepukan gemuruh kian kedengaran. Kedua-duanya kelihatan tersenyum sesama sendiri.
" Tahniah Jef.. Semoga hubungan Jef dengan Sherri akan berkekalan sampai bila-bila," kata abangnya itu lagi. " Baiklah, saya tidak mahu mengganggu kalian semua lagi. Saya berharap kalian semua dapat menikmati makanan yang disediakan dengan tenang. Sambil-sambil itu, layan juga persembahan-persembahan dari para artis yang telah kami jemput ke majlis ini," kata lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai abang Jefry itu lagi. Kemudian, dia turun dari pentas itu. Sebentar kemudian, keluar Elyana untuk membuat persembahannya. Serentak dengan itu, kedengaran tepukan gemuruh dari para tetamu.
Bagi Nia, dia tidak hairan jika artis Malaysia membuat persembahan kerana dia sendiri langsung tidak meminati mereka semua. Tetapi, kalau artis-artis dari Hallywood, memang dia takkan sentuh pinggan malam itu. Dia memang cukup fanatic dengan artis-artis Hollywood. Avril Lavigne, Evanescene, Linkin Park, tanyalah apapun tentang mereka, pasti dia akan tahu.
Suasana dalam meja makan mereka kelihatan suram, tidak semeriah meja-meja yang lain yang penuh dengan gelak tawa. Mungkin kerana sikap Jefry yang agak sombong dan langsung tidak menunjukkan sebarang kemesraan. Namun, beberapa ketika kemudian, dia mula bertanya," Bila kamu berdua bertunang?".
Nia dan Haris kian gugup. Bila?? " Err..23 Februari,"itu kata Nia. Tapi kata Haris pula, " 29 Disember ,". Jefry memandang mereka berdua silih berganti, pening mendengar jawapan serentak daripada mereka berdua yang berbeza itu. " Err.. 29 Disember kami kenal, 23 Februari tu kami bertunang," temberang Haris. Jefry mengangguk-angguk kepalanya faham. Huh! Nia dan Haris lega.
" Dan bila pula kamu akan berkahwin? ," tanya Jefry lagi. Sekali lagi! Nia dan Haris berpandangan, masing-masing memberi isyarat supaya salah seorang daripada mereka menjawab soalan itu. Namun akhirnya, sekali lagi keluar dua jawapan yang berbeza daripada mereka berdua. " Bulan Mei nanti,"jawab Nia. " Awal bulan Jun," itu pula yang dijawab oleh Haris.
Jefry memandang mereka berdua penuh curiga. Tetapi, kali ini Nia pula bertindak untuk membetulkan jawapan mereka. " Perkahwinan kami akan berlangsung selama tiga hari, bermula 30 Mei hingga 1 Jun," kata Nia.
" Ye, 30 Mei tu akd nikah, 1 Jun tu pula bersanding," terang Haris pula bagi mengukuhkan kata-kata Nia.
" Oh..,"kata Jefry. "Kau?,"tanya Haris pula.
" Hmm.. aku kalau boleh, esok pun aku nak kahwin dengan Sherrina ni. Tapi, disebabkan terpaksa buat banyak persiapan untuk majlis besar-besaran itu nanti, lewatlah sikit, kan baby?," kata Jefry sambil memegang tangan tunangnya yang berada di atas meja makan itu.
' Baby?? Uek, nak muntah aku! ,' kata Nia dalam hatinya.
" Ha'a.. Nanti kitaorang akan buat majlis kitorang kat Hotel five star, kan? kan?," kata Sherrina. Terserlah kegedikan wanita itu melalui percakapannya. Muka Haris mengerekot sedikit melihat gaya tunang Jefry itu. Sungguh tidak sangka, perempuan sebegitu boleh Jefry pilih untuk dijadikan isteri.
Hidangan seterusnya kian terhidang. Di majlis itu, mereka telah dihidangkan makanan secara berperingkat-peringkat. Jika tadi mereka makan pembuka selera, kali ini mereka akan menikmati hidangan utamanya, iaitu stik daging. Apabila tudung hidangan stik itu dibuka, mereka terbau aroma bau yang amat melazatkan. Nia sendiri cukup tidak sabar untuk menikmati stik itu.
Mereka masih terus berbual sambil sindir-menyindir. Makanan yang terhidang itu tetap dinikmati oleh mereka walaupun sedang berbual. Tetapi tiba-tiba, kedengaran bunyi seperti garpu terjatuh ke lantai dan seketul stik daging telah melayang ke riba Jefry. Suasana senyap seketika, semua mata tertumpu ke arah Jefry dan Sherrina. Begitu juga dengan Haris dan Nia, tergamam seketika melihat kejadian itu. Wajah Jefry kian berubah merah, barangkali menahan marah. Begitu juga dengan Sherrina, wajah anita itu yang putih melepak kian berubah menjadi merah, gara-gara menahan malu. Dia sendiri tidak sangka yang dia akan terlepas garpu dan menjatuhkan stiknya ke atas Jefry. 'Stik itu keras sangat!,'rungut hatinya. Jefry masih cuba mengawal emosinya, dia mengangkat perlahan-lahan stik di atas ribanya itu dan meletakkannya di atas meja makan. Kemudian, dia memandang sekeliling yang kini terasa sunyi. Serentak dengan itu, semua orang kembali menikmati makanan masing-masing dan pura-pura tidak melihat kejadian sebentar tadi. Nia dan Haris pula kelihatan sedaya-upaya cuba untuk menahan tawa mereka.
Suasana kembali seperti biasa semula. Tapi kali ini, Jefry hanya berdiam diri. Tiada lagi soalan-soalan yang diajukan olehnya kepada Haris. Haris hanya tersenyum kecil memandang lelaki di hadapannya yang sedang cuba menahan marah itu.

4 comments:

Nur'Ain Illiyana said...

huhuhu...
padan muka si jeffry tue...
sombom sgt..

nk lg citer pasal haris n nia..
buat yg lagi sweet ye!!

Miss Kira said...

hehehe..
stik melayangggggggggggg..
nak lg..
cpt smbg k..

::cHeeSeCaKe:: said...

ahaha..pdan muke..
tula gedik2 sgt..kan da melayang stik tu..kekekeke

GreenGenerationGG said...

sambung plz...
cm bes je citer ni...