BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 14, 2009

Bab 13

Nia berpusing-pusing di hadapan cermin. Walaupun sudah berkali-kali dia berbuat begitu, namun dia masih tidak berpuas hati dengan penampilannya itu. Satu persatu dia perhatikan diri dalam cermin itu. Baju dah ok, tudung pun dah ok. Tapi, dia tetap merasakan bahawa satu perkara masih belum lengkap.
" Kau perlukan ni," kata Sarah, sambil menghulurkan sehelai selendang hitam kepadanya.
" Oh my God, inilah rupanya yang buat aku nampak tak perfect. Oh, Sarah.. Thank you..You are the best!,"kata Nia sambil mengambil selendang yang dihulurkan oleh Sarah itu.
" Always there for you,"kata Sarah pula sambil tersenyum. Nia mengenakan selendang itu pada gaun labuh yang dipakainya itu. Pada gaun itu, telah dilekapkan dengan permata-permata tiruan yang membuatkannya kelihatan lebih bersinar. Mekap yang dikenakan olehnya pula kelihatan natural sekali. Keanggunannya memang terserlah malam itu.
" So, how?," tanya Nia kepada Sarah sambil berpaling ke arah kawannya itu.
" Wow, kau nampak anggun!,"kata Sarah. Nia tersenyum kecil. Kemudian dia mencapai tas tangannya dan berjalan menuju ke pintu hadapan.
" Dah lewat ni, aku pergi dulu ye..? Aku dah janji dengan Haris, dia tunggu aku depan pintu asrama agaknya," kata Nia tergesa-gesa sambil memakai kasutnya.
" Err..ok..Tapi, jangan balik terlalu lewat,ye?," Sarah mengingatkan temannya itu. Nia tersenyum sambil berkata, " Ye la, jangan risau..."
Kemudian, dia terus berlalu pergi menuju ke pintu asrama itu dan seperti yang dijangka, kelihatan Haris sedang bersandar pada keretanya. Dari jauh, Nia dapat lihat betapa kacaknya lelaki itu dengan tuksedo hitam yang telah dikenakannya. Sungguh mengancam. Nia mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Haris.
" Hai..,"sapa Nia kepada Haris yang masih belum menyedari kehadirannya itu. Serentak dengan itu, Haris berpaling ke arah Nia. Untuk seminit, Nia dapat lihat lelaki itu kaku seketika.
" Haris.. awak tak apa-apa ke?,"tanya Nia apabila melihat reaksi Haris yang aneh itu.
" Er.. saya tak apa-apa.. Nia, you look so beautiful tonight.. Betul, saya tak tipu," kata Haris yang masih terpukau melihat keanggunan Nia itu. Nia tergelak kecil mendengar pujian dari Haris itu. " Terima kasih,"katanya. "Err..shall we?,"sambung Nia lagi apabila Haris masih terus merenungnya.
" Oh..," Haris tersentak mendengar kata-kata Nia itu, lalu dia segera membukakan pintu kereta untuk Nia dan mempersilakan Nia masuk. Nia masuk dengan senyuman terukir di bibir. Agak kekok bagi dia melihat Haris terlalu formal seperti itu.
Damansara, ke situlah destinasi mereka. Sepanjang perjalanan itu, Nia begitu petah sekali berkata-kata. Haris pula sering tergelak mendengar cerita-cerita jenaka daripada Nia.
" Orang yang buat party ni bukan kawan awak sebenarnya kan? Tapi saingan awak,kan?," Nia tiba-tiba bertanyakan Haris soalan itu. Mendengar pertanyaan dari Nia itu, Haris berpaling memandangnya seketika, kemudian kembali menfokuskan pandangannya ke hadapan.
" Err..macamana awak tahu?,"tanya Haris hairan. Nia tersenyum.
" Sebab.. kalau dia tu kawan awak, awak takkan suruh saya pura-pura jadi teman wanita awak kat sana nanti.. disebabkan dia tu orang yang menjadi pesaing utama awak la, awak suruh saya pura-pura jadi girlfriend awak. Kalau tidak, awak takkan peduli pun pasal semua ni kan?,"terang Nia panjang lebar.
" Awak ni.. macam kenal-kenal je perangai saya ye?," kata Haris sambil tersengih-sengih.
" Awak kawan saya, mestilah saya kenal perangai awak ," kata Nia. Dia melihat ke arah Haris, masih lagi tersengih-sengih lelaki itu. Kereta Honda itu terus memecut menuju ke destinasi.
Akhirnya, mereka tiba di perkarangan sebuah banglo yang sangat besar. Banglo terbesar yang pernah Nia lihat dalam hidupnya. ' Ni banglo ke apa?,'fikir Nia sendirian. Haris memasukkan kereta yang dipandunya itu ke dalam tempat parkir yang telah disediakan. Kelihatan beberapa buah kereta yang turut sampai bersama mereka sedang mencari tempat parkir yang masih kosong. Nia keluar dari kereta itu sebaik sahaja enjin kereta dimatikan.
Dari tempat parkir itu, dia dapat lihat cahaya lampu yang bercahaya indah di banglo besar itu. Muzik alunan lembut yang belum pernah Nia dengar sebelum ini jelas kedengaran. Dia dapat mengagak, suasana di dalam banglo itu pasti meriah. Dia bagaikan orang yang kejutan budaya. Bukan kerana dia tidak pernah menghadiri party, tetapi dia tidak pernah menghadiri party yang diadakan oleh orang kaya seperti ini.
" Ehem..," Nia tersentak mendengar Haris yang pura-pura berdehem itu.
" Nak tengok je ke banglo tu, taknak masuk?,"tanya Haris.
" Mestilah nak," kata Nia.
" Kalau macam tu, jomlah..," kata Haris sambil berjalan ke hadapan. Nia dengan segera menyaingi langkah lelaki itu sehingga dia dapat berjalan seiringan dengan Haris. Mereka berjalan menuju ke pintu utama banglo itu. Di hadapan pintu utama itu, dua orang penyambut tetamu menyambut mereka dengan penuh mesra dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir mereka. " Jemput masuk," kata salah seorang daripada penyambut tetamu itu sebaik sahaja mereka menuju ke pintu utama itu. Nia dan Haris mengangguk dan membalasnya dengan senyuman.
Pada waktu itu, Nia tiba-tiba memaut tangannya pada lengan Haris, persis seperti pasangan kekasih. Serentak itu, Haris berpaling memandang Nia. Kelihatan wajahnya penuh dengan tanda tanya. Nia tersenyum melihat wajah Haris yang kelihatan hairan itu. " Awak kan suruh saya pura-pura jadi teman wanita awak. Saya sedang jalankan tugas saya la ni," kata Nia separuh berbisik kepada Haris. Haris tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

2 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

hehehe..best2..nk lg..!pura2 je wat pe..jd la btul2..kekekeke

~zuE_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~ said...

hu.h.hu..h.u..
nk lg!