BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 28, 2009

Bab 11

Nia berjalan kelesuan sambil memegang dua buah buku yang baru diambil dari sebuah rak sebentar tadi. Dia kelihatan sungguh tidak bermaya petang itu, barangkali kurang tidur. Apa tidaknya, semalam semalaman dia tidak dapat tidur apabila memikirkan kata-kata Haris dan Sarah.
" Eh Nia,kau pergi mana sekarang baru pulang?,"tanya Sarah setelah Nia menyalin baju kurungnya kepada baju tidur.
" Aku nak tanya kau sikit, kau jawab dengan jujur ye?,"kata Nia kepada Sarah. Sarah berkerut mendengar kata-kata Nia itu. " Tanya apa? Tanya je la..,"kata Sarah.
" Aku ni memang nampak lemah sangat ke bila masih tak dapat nak lupakan Adam?," soalan itu terpancul dari mulutnya. Sarah memandang hairan ke arahnya, tertanya-tanya mengapa Nia tiba-tiba bertanyakan soalan seperti itu. Walaubagaimanapun, dia cuba menyusun ayat dengan baik untuk menjawab soalan yang boleh dicopkan sebagai soalan cepumas itu.
" Nia, kau tak kelihatan lemah kerana masih tak dapat lupakan Adam, aku tahu kau memang seorang yang kuat. Cuma....,"
" Cuma aku ni seorang yang tidak tabah,kan?,"sampuk Nia sebelum rakannya itu sempat menghabiskan ayatnya. Sarah semakin memandang hairan ke arah rakannya itu. " Kenapa kau cakap macam tu? ,"tanya Sarah.
" Sebab realitinya memang macam tu,kan? Sarah, cubalah terus terang je apa yang kau rasa tentang aku," desak Nia.
" Ok, memang apa yang kau cakap tu betul, tapi di mata aku, aku tak anggap kau seorang yang tak tabah, tapi bagi aku, kau seorang yang terlalu ikutkan perasaan. Kau fikir, kebahagiaan kau telah hilang sejak kau break up dengan Adam. Tapi kau patut tahu, yang disebalik semua kejadian pasti ada hikmah. Kenapa kau perlu bersedih selama bertahun-tahun hanya kerana dia? Lagipun kau sendiri tak tahu yang dia adalah jodoh kau atau tidak, puas hati?,"jelas Sarah panjang lebar.
" Kata-kata kau sama macam dia," kata Nia perlahan sambil tertunduk memandang ke arah kakinya sendiri. Tidak berani rasanya untuk menatap wajah rakan di hadapannya itu. Dia dapat merasakan pada waktu itu, suatu cecair panas mengalir membasahi pipinya.
" Kau tahu tak, aku rindu sangat dengan Nia yang dulu, Nia yang sentiasa ceria, gembira, penuh dengan keyakinan dan takkan bermuram atau termenung sendirian setiap hari,"kata Sarah sambil berjalan mendapatkan Nia. Bahu Nia disentuhnya lembut.
" Maafkan aku Sarah, maafkan aku sebab telah berubah," kata Nia lalu memeluk rakannya itu. "Maafkan aku..," kata Nia teresak-esak. Sarah bagaimanapun hanya mampu menggosok-gosokkan belakang gadis itu untuk menenangkannya.
BUMP!!
Bunyi itu mula menyedarkan Nia dari lamunannya. Tanpa disedari, rupa-rupanya dia telah terlanggar seorang gadis yang turut berada di lorong rak itu untuk mencari bahan rujukan. Lalu, dia tergesa-gesa mengutip buku-buku gadis itu yang telah terjatuh sebentar tadi. " Maafkan saya," kata Nia selepas memberikan semula buku-buku itu kepada gadis itu.
" Hah, lain kali jalan tu, pakai mata! Bukan pakai kepala lutut! ," tinggi sekali nada suara gadis itu kepadanya. Nia agak terkejut apabila mendengar jerkahan gadis itu, namun dia hanya mendiamkan diri kerana dia tahu memang salah dirinya. Gadis itu kemudiannya berlalu pergi dan sempat memberikan satu jelingan tajam kepada Nia.
Huh! Nia mengeluh sendirian. Dia melilau-lilau untuk mencari tempat duduk yang lebih sesuai dan selesa.Tetapi, matanya tiba-tiba tertumpu kepada seseorang. Seseorang yang sedang leka menulis itu direnungnya lama. Baru sekarang, dia menyedari lelaki berkaca mata itu agak kacak rupaya. Kemudian, dia berjalan menuju ke arah meja tempat lelaki itu sedang duduk sendirian.
" Hai..,"kata Nia. Serentak dengan itu, Haris berpaling memandangnya. Dan seperti sangkaan Nia, lelaki itu jelas menunjukkan riak agak terkejut di wajahnya. " Boleh saya duduk?,"tanya Nia.
" Duduk je la, kerusi tu bukan saya punya pun,"kata Haris separuh melawak. Nia tersenyum mendengar kata-kata Haris itu lalu dia pun duduk di situ, dihadapan Haris. Mulut Haris kelihatan terbuka seperti ingin bertanyakan sesuatu, tetapi kemudian dia hanya membatalkan niatnya itu dan kembali menulis tanpa menghiraukan Nia yang berada di hadapannya itu. Nia walaubagaimanapun masih merenung lelaki itu, cuba mentafsir sikap lelaki itu yang sering berubah-ubah. Selama ini, lelaki itu sering cuba untuk mendekatinya, bercakap dengannya dan bertanya itu dan ini kepadanya, tapi hari ini lelaki itu hanya diam. Nia merasakan seperti dia hanya halimunan di hadapan Haris pada waktu itu.
" Bila awak nak pergi ke sana lagi?,"akhirnya Nia bertanya memecahkan kesunyian di situ.
" Err, ke mana? Teratak Kasih?,"tanya Haris. Nia mengangguk sungguh-sungguh. Memang sebenarnya dia ingin tahu sekali bilakah lelaki itu akan ke sana lagi. Kalau boleh, dia berharap dia akan dapat mengikut lelaki itu ke sana lagi.
" Entahlah.. Kalau ada masa saya pergi,"kata Haris ringkas. " Kalau awak nak pergi, bawa saya sekali ye?,"kata Nia mesra. Haris terdiam seketika mendengar kata-kata Nia itu. Dia merenung wajah wanita itu untuk seketika, ada satu kelainan pada wajah itu pada hari ini. "Ok..," kata dia kemudiannya. Nia tersenyum mendengarnya.
" Awak.. saya dah fikir tentang apa yang awak cakap semalam..,"kali ini, wajah Haris benar-benar berubah. Buku di hadapannya kian ditutup dan dia mula menfokuskan dirinya kepada apa yang akan disampaikan oleh Nia. Dia berharap apa yang akan dikatakan oleh gadis di hadapannya itu adalah sesuatu yang baik.
" Saya.. saya rasa, memang betul kata-kata awak itu..,"kata Nia perlahan sambil tertunduk. " Saya janji, sejak dari saat ini, Nia yang awak cuba untuk cari itu akan kembali semula.. Saya janji, saya akan selalu gembira, tak kira apa pun yang berlaku. Saya janji, yang saya akan cuba menjadi tabah, setabah kanak-kanak itu.. Dan saya janji, yang saya takkan fikir-fikirkan lagi kisah lalu saya,"kata Nia panjang lebar. Ya, itulah dia! Itulah kata-kata yang Haris harap dapat dengar dari gadis itu.
" Satu lagi yang awak perlu janji dengan saya," kata Haris lagi.
" Ha? Janji apa lagi?," tanya Nia hairan.
" Janji yang awak takkan buat tidak peduli pada saya lagi," kata Haris dengan nada selamba. Nia tersenyum mendengar kata-kata Haris itu. " Ya, saya janji,".
" Ok, awak dah janji tu, kalau awak mungkir janji, kena bala, saya tak nak ambil tahu ," kata Haris lagi. Nia terus tertawa mendengar kata-kata Haris itu. Begitu juga Haris. Dalam hatinya, dia berasa sangat gembira dapat melihat gadis itu gembira semula. Dia menatap wajah gadis itu diam-diam. Sesungguhnya gadis itu kelihatan lebih anggun daripada biasa apabila gembira.

1 comments:

~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! said...

huh..u..u...

sweet la kalo diorg nehh couple!