BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 25, 2009

Bab 10



Selesai solat Maghrib, Nia masuk ke ruangan dapur. Dilihatnya Kak Hana sedang sibuk di sana, menyediakan makan malam untuk anak-anak yatim di situ. Lalu dia berjalan mendekati Kak Hana, dan membantu menghiris bawang di sebelah Kak Hana. Kak Hana yang baru menyedari kehadiran Nia itu memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“ Nia, Nia kan tetamu Kak Hana, Nia duduk je la kat ruang tamu. Biar Kak Hana je yang buat semua ni. Buat menyusahkan Nia je ,” kata Kak Hana.

“ Ish, menyusah apa pula Kak Hana. Sikit pun tak menyusahkan Nia la. Kesian juga tengok akak buat kerja sorang-sorang. Biarlah Nia tolong. Lagipun Nia minat bab-bab memasak ni ,” kata Nia pula. Kak Hana tersenyum mendengar kata-kata Nia itu.

“ Sejak bila Nia kenal Haris tu ,” Kak Hana mula bertanya.

“ Kenal dengan Haris? Nia baru je kenal dengan dia kak, tak sampai sebulan pun lagi kenal dia. Kenapa Kak Hana tanya?,” kata Nia sambil menumis bawang.

“ Saja je tanya. Kak Hana tengok kamu berdua memang secocok ,”kata Kak Hana.

“ Secocok? Ish, kitorang kawan je la akak ,” kata Nia pula membangkang.

“ Kawan dulu.. ,” kata Kak Hana perlahan, antara dengar dengan tidak. Nia hanya tersenyum sendirian mendengar kata-kata Kak Hana itu. “ Bukan apa, sebelum ni, Haris tak pernah bawa mana-mana kawan perempuan dia ke sini, Nia la kawan perempuan dia yang pertama jejakkan kaki di sini," kata Kak Hana lagi.

"Oh..," kata Nia. Kemudian, suasana menjadi senyap. Mereka menyambung kerja masing-masing.

" Ok, makan malam dah siap! ,"kata Nia sambil menghidangkan makanan di atas meja makan. Haris dan kanak-kanak yang sedang khusyuk menonton berita yang sedang tersiar di TV3 berpaling ke arahnya. Nia tersenyum kepada mereka semua. " Tengok apa lagi, jomlah ," kata Nia lagi. Serentak dengan itu, mereka semua berlari-lari anak ke meja makan. Namun, Haris masih lagi di atas kerusi sofa merah itu sambil melihat anak-anak itu mengambil tempat masing-masing di meja makan. Nia berjalan mendekatinya. " Tak nak makan ke?," tanya Nia lembut. " Tak naklah, diet.. ," kata Haris sambil menfokuskan semula perhatiannya pada berita yang sedang disiarkan. Nia mencebik mendengar kata-kata Haris itu. Berasa geli hati pun ada juga mendengarkan jawapan yang sering didengari dari kaum wanita itu. Haris yang menyedari Nia masih lagi tercegat di sebelahnya itu mula cuba untuk mengusiknya. " Tapi, kalau awak nak suapkan, saya makan," kata Haris sambil ketawa. Tiba-tiba dia berasa kepalanya seperti dihempap sesuatu. Aduh! " Hah, padan muka! Tangan sendiri ada, suap sendiri la.. ," kata Nia kepada Haris setelah menghempapkan kepalanya dengan sebuah bantal kusyen yang berada di situ. Kemudian, dia meninggalkan Haris dan segera ke meja makan. Risau kalau Haris akan menyerang balas. " Ish, garangnya.. Gurau pun tak boleh ke? ," kata Haris setelah Nia pergi dari situ. Namun, dia tersenyum sendirian apabila melihat reaksi gadis itu tadi. Kak Hana keluar dari dapur dan menggantungkan apron yang dipakainya sebentar tadi ke penyangkut di dinding. Melihat Kak Hana yang telah keluar dari dapur, Haris segera menuju ke meja makan. " Hai Kak Hana, masak apa malam ni? Nampak sedap je," kata Haris sambil mengambil tempat di meja makan itu. Nia membulatkan matanya melihat tindakan Haris itu. " Tadi cakap tak nak makan?,"getus Nia dalam hatinya. Dahinya berkerut memikirkan perangai pelik lelaki itu. " Makanan ni, bukan Kak Hana yang masak, tu Nia yang masak ,"jawab Kak Hana. " Awak yang masak?," tanya Haris. " Takde lah, saya cuma tolong sikit-sikit je kat dapur tadi ,"kata Nia. Kak Hana tersenyum melihat Nia yang cuba menafikan kata-katanya itu. " Ok, Aiman baca doa makan dulu," arah Kak Hana kepada Aiman, salah seorang kanak-kanak di situ supaya mengepalai bacaan doa. Nia terpegun mendengar bacaan doa daripada Aiman yang lancar itu, walaupun usianya baru enam tahun. Barangkali semua kanak-kanak di situ telah dilatih dan diasuh dengan didikan agama. Selesai bacaan doa, mereka semua pun mula menjamu selera. Kesemua kanak-kanak di situ kelihatan sangat berselera menikmati hidangan itu termasuk Haris. Nia menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat mereka silih berganti menambah nasi. Jam menunjukkan hampir pukul 10.00 malam. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada semua penghuni 'Teratak Kasih', Nia meminta diri untuk pulang. " Nanti, ada masa, Nia datanglah lagi. Kanak-kanak kat sini jarang terima tetamu,"kata Kak Hana. Nia hanya mengangguk. Sememangnya dia juga mula menyukai kanak-kanak di situ. Dia pasti akan merindui mereka nanti.
" Kami pergi dulu ye kak?,"kata Haris sebelum masuk ke dalam kereta. Nia pada waktu itu telah pun berada di dalam kereta. " Ha, ye la.. Bawa elok-elok kereta tu. Ingat sikit yang kamu tu bawa anak dara orang dalam kereta kamu tu," kata Kak Hana. Haris hanya tersenyum mendengar kata-kata kakaknya itu.
Akhirnya, kereta Honda itu berlalu pergi meninggalkan perkarangan 'Teratak Kasih'. Nia dapat lihat dari belakang kanak-kanak itu masih lagi melambai-lambaikan tangan ke arah mereka. Sepanjang lebih 30 minit dalam perjalanan, Haris langsung tidak bersuara. Begitu juga dengan Nia. Masing-masing terus diam, sepi.
" Ok, dah sampai," kata Haris. Nia tersentak mendengar kata-kata Haris itu. Dia sendiri tidak sedar bahawa kereta itu telah pun berhenti di perkarangan kampus. Apalah yang telah dia lamunkan tadi.
" Saya rasa, saya patut teman awak sampai ke pintu asrama,"kata Haris lagi.
" Er, tak pe lah, saya dah biasa balik asrama waktu macam ni,"kata Nia. " Lagipun, orang kan masih ramai lagi kat sekitar ni,"sambung Nia lagi. "Ok," jawab Haris ringkas sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
Sewaktu Nia hendak keluar dari kereta itu, dia tiba-tiba teringatkan sesuatu.
" Ha, hampir lupa pula saya. Awak masih belum jawab lagi soalan saya kenapa awak bawa saya ke sana," kata Nia kepada Haris. Haris tersenyum sendirian. " Sungguh-sungguh awak nak tahu ye?,"kata Haris.
" Ye la.. cakap la kenapa,"tanya Nia lagi. " Kalau saya cakap ni, saya nak awak fikir baik-baik kata-kata saya ni ye?,"kata Haris pula.
" Saya bawa awak ke sana, supaya awak dapat tahu dan lihat sendiri yang ada lagi orang lain yang lebih malang dari awak. Awak lihat sendirikan kanak-kanak tadi? Mereka kehilangan ibu bapa mereka, dan Zinirah pula, bukan setakat kehilangan ibu bapa, malah juga anggota badannya. Tetapi, mereka semua tabah dan sentiasa gembira. Awak pula, awak hanya kehilangan seorang teman lelaki yang awak sendiri tak tahu, adakah dia jodoh awak atau tidak. Tak boleh ke awak menjadi setabah kanak-kanak tu? Saya nak tengok awak gembira, sama macam kanak-kanak itu,"kata Haris. Nia terkaku mendengar kata-kata Haris itu. Kemudian, dia hanya keluar dari kereta itu tanpa sepatah kata pun.

1 comments:

~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! said...

bgusnya ada llki mcm nehh...

seorang motivator yg baik!