BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 9, 2009

Bab 17

Nia memandang pemandangan tasik di hadapannya yang indah. Angin sepoi-sepoi sesekali menerbangkan skirt labuh yang dipakainya itu. Sejak tadi, dia mundar-mandir di kawasan itu. Sekejap dia berdiri, skejap dia duduk. Akhirnya, dia mengeluh sendirian apabila melihat jam tangannya untuk kali ke-9. Ke mana orang yang ditunggu-tunggu? Mengapa masih belum muncul?
Untuk kesekian kali, Nia mengangkat tangan kanannya sekali lagi untuk melihat jam tangannya. Namun, tiba-tiba kedengaran satu suara dari arah belakangnya. " Sudah-sudahlah tengok jam tu, saya dah sampai ni,"
Serentak dengan itu, Nia berpaling ke belakang dan mengambil beberapa buah buku tebal yang tersusun di atas bangku tidak jauh dari situ lalu berjalan menuju ke arah Haris. Wajahnya kelihatan merah padam. Setibanya di hadapan Haris, dia menghempas semua buku-buku itu kepada Haris. "Ambil semua buku-buku awak! Saya dah tak ade mood!!," marah Nia.
Dengan terkejut, Hari segera menyambut buku-buku itu dari terjatuh. Walaubagaimanapun, masih terdapat dua buah buku yang tetap terlepas dari genggaman tangannya. Memang Haris sudah menduga Nia akan naik angin, tapi tidak pernah tergambar dalam fikirannya bahawa gadis selembut itu boleh tiba-tiba berubah seperti singa betina. Dengan buku penuh di tangan, Haris mengejar Nia yang telah pun berjalan pergi dari situ.
" Nia! Nia!,"panggil Haris. " Ish,buku ni pun..," katanya lagi lalu meletakkan buku-buku itu ke atas sebuah meja di kawasan itu. Kemudian, dia berlari mendapatkan Nia.
" Hey,Nia.. Kenapa ni? Merajuk ek? ," kata Haris setelah dia kini berjalan seiring dengan Nia. Nia hanya menjeling ke arah Haris dan mendiamkan diri. Terkedu Haris melihat jelingan maut dari Nia itu.
" Nia.. janganlah macam ni.. Saya lewat tadi sebab.... ,"belum sempat Haris menghabiskan ayatnya, Nia menyampuk.
" Sebab awak pergi berfoya-foya dengan si Faiz tu kan?,"kata Nia. " Hah??,"Haris terkejut mendengar tuduhan dari Nia itu.
" Ye la, tadi saya nampak awak ikut Faiz," kata Nia lagi.
" Habis? Bila saya ikut Faiz, maknanya saya pergi berfoya-foya la tu?," tanya Haris pula.
" Err.. ye la kot.. Habis tu, apa lagi?!," kata Nia. Haris hanya tersenyum.
" Kalau ye pun, kenapa pulak awak nak marah sampai macam ni? Jelous ke?," tanya Haris pula. Nia pura-pura tergelak. " Untuk apa saya nak jelous? Tak de masa nak rasa jalous-jelous ni!," jawab Nia cuba mempertahankan dirinya. Haris hanya mengeleng.
" Nia, Nia.. Saya minta maaflah sebab terlewat.. Sebenarnya saya terlewat sebab belikan ini untuk awak..," Haris menghulurkan sebuah kotak kepada Nia. Nia kelihatan sedikit terkejut. Walaubagaimanapun, dia tetap mengambil kotak yang dihulurkan oleh Haris itu lalu membukanya. Dilihatnya sepasang kasut di dalam kotak itu.
" Kasut ni....," belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Haris menyambung. " Kasut yang awak suka tempoh hari. Saya belikan tadi masa pergi ke pasaraya tu dengan Faiz," katanya. Saat itu, kepala Nia ligat mengingati kunjungan mereka ke sebuah pasaraya beberapa hari yang lalu. Dia berasa sungguh terharu dengan kebaikan Haris. " Terima kasih Haris, awak memang.. memang baik sangat," kata Nia.
" Kasih diterima," Haris melawak. Kemudian, kedengaran tawa mereka berdua berderai. " Ok, sekarang boleh kita sambung rancangan asal kita? Bukan ke kita nak berbincang tentang apa yang kita nak buat untuk hari konvokesyen tu nanti?,"tanya Haris. Nia hanya mengangguk. Akhirnya, mereka mencari sebuah bangku untuk berbincang.

Pelbagai idea telah diluahkan, namun kata putus masih tidak dapat dibuat. Pada mulanya, mereka ingan membuka gerai menjual makanan. Tetapi, biasanya gerai sebegitu sudah banyak dibuka. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mengadakan gerai permintaan lagu. Wang hasilnya itu pula akan dialirkan ke Teratak Kasih.
Hampir satu jam mereka berbincang, masing-masing mula terasa dahaga. Akhirnya, Haris bangun untuk membeli. Nia hanya memesan kepada Haris dan terus duduk di situ. Hatinya tenang menghirup udara nyaman petang itu. Sewaktu sedang menunggu kedatangan Haris, Nia ternampak sebuah buku kecil di atas bangku itu di sebelahnya. Buku berkulit hitam itu benar-benar menarik perhatiannya. Lalu, dia mengambil buku itu dan mula membeleknya.
Tiba di satu muka surat, dia terhenti. Bibirnya mula membaca patah kata dalam muka surat itu. " Hati ini sering gelisah.. Seringkali aku mengingati si dia. Wajahnya, pandangan matanya, patah bicaranya, semua tentang dia sering bermain dalam benak fikiranku. Aku tahu dan aku yakin, aku memang sudah jatuh cinta."
Tanpa disangka-sangka, buku kecil itu ditarik oleh Haris dari tangan Nia. Nia berasa terkejut melihat kemunculan Haris itu. Entah bila lelaki itu muncul, Nia sendiri tidak sedar." Apa awak buat ni??," tanya Haris.
" Err.. maaf, saya tak sengaja.. Saya betul-betul minta maaf..," kata Nia penuh kesal.
" Dahlah.. Saya nak balik dulu.. Kita sambung discussion kita ni lain kali je lah.. Ini air awak..," kata Haris sambil menghulurkan minuman yang dibelinya kepada Nia. Setelah itu, dia segera mengambil beg galasnya dan berlalu pergi dari situ meninggalkan Nia sendiri. Nia menjadi kelu. Sedikit terkejut dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Dia tahu, Haris memang benar-benar marah. Kalau dia berada di tempat Haris, dia juga akan merasakan perasaan yang sama. Tapi, dia sememangnya tidak sengaja. Nia hanya mengeluh. " Saya betul-betul minta maaf, Haris..," kata Nia perlahan.

2 comments:

NAKAL5 said...

bak tya sat why x blh buka bab 10

PuTr! Ch!nTa said...

xbleh ke? nt la sy try2 adjuz,plik jugak nape xleh bukak