BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 2, 2009

Bab 3



Pinggan yang berisi nasi ayam itu dibawa oleh Faiz ke sebuah meja.Di situ kelihatan Nabil sedang makan,manakala Haris pula sedang membaca sebuah buku.Faiz meletakkan pinggan nasinya itu di atas meja,kemudian berjalan menuju ke kaunter minuman untuk memesan minuman.
“ Haris,boleh aku tanya sesuatu tak?,”Nabil yang sedang menikmati makan tengah harinya itu cuba menegur Haris yang diam sejak tadi lagi.
“ Tanya apa?Tanyalah,”kata Haris.
“ Boleh ke kau baca buku terbalik macam tu?,”kata Nabil.Kemudian,dia terus ketawa melihat perangai rakannya itu.Haris hanya tersenyum malu dan membetulkan kedudukan bukunya itu.
“ Apalah kau ni..Kau ni mesti ada problem kan?Apa masalahnya,ceritalah..,”kata Nabil lagi.Dia memang sudah masak dengan perangai Haris itu.Jika ada apa-apa masalah, memang begitulah perangai rakannya itu.
“ Betul tu,aku tengok sejak dua,tiga hari ni kau lain macam je.Tak banyak bercakap,termenung je banyak.Tengoklah tu,makan pun kau tak,”Faiz yang datang sambil membawa segelas jus oren menyampuk.
“ Tak ada apa-apalah kawan,jangan risaulah,aku ok,”kata Haris untuk menghilangkan rasa risau dua orang rakan baiknya itu.
Pada waktu yang sama,Nia masuk ke dalam kafetaria itu dan berjalan menuju ke kaunter minuman.Pandangan Haris terpaku kepada Nia yang sedang bercakap dengan pekerja di situ.Nia yang berpakaian baju kurung berbunga merah jambu hari itu membuat dia kelihatan ayu.Tambahan lagi dikenakan pula dengan tudung Wardina berwarna putih.Dia kelihatan benar-benar cantik.
“ Haris,betul ke kau tak ada problem?,”tanya Nabil kepada Haris bagi mendapatkan kepastian.Namun,tiada respon.Haris bagaikan tidak mendengar pertanyaan dari Nabil itu.
“ Haris..,Haris!,”Haris tersentak.“Apa yang kau tengok tu sampai aku bercakap dengan kau pun kau tak dengar?,”tanya Nabil.
“ Sorrylah,aku tak tahu kau bercakap dengan aku.Apa kau cakap tadi?,”Haris bertanya semula kepada Nabil.
“ Nabil,aku rasa aku dah tahu apa problem kawan kita ni.Tu,itulah problemnya,” kata Faiz sambil menunjukkan Nia kepada Nabil.
“ Nia?”kata Nabil apabila terpandang Nia.
“ Kau kenal dia ke?,”Haris segera bertanya apabila rakannya itu menyebut nama Nia.
“ Dia tu kawan teman wanita aku,nama dia Nia.Dia student fakulti perubatan,” terang Nabil.“Kau sangkut kat dia ke?,”tanya Nabil lagi.
“ Aku...entahlah,aku susah nak cakap sebenarnya.Aku sendiri tak faham dengan perasaan aku ni.Aku cuma pernah bercakap dengan dia sekali je,tapi aku asyik teringatkan dia selepas tu,”Haris menjelaskan tentang apa yang dirasainya kepada kedua-dua rakannya itu.
“ Tu memang dah sah yang kau dah jatuh hati kat dia,”kata Faiz sembil menepuk bahu Haris.
“ Ya lah tu,”kata Haris sambil tersenyum.“Betullah apa aku cakap tu,aku ni kan pakar cinta.Mestilah aku tahu bila kawan aku dah jatuh cinta,”kata Faiz sambil menepuk-nepuk dadanya.
“ Kau?Jadi pakar cinta?Kau tu bukan pakar cinta,tapi buaya cinta,”kata Haris sambil ketawa.Nabil turut tertawa mendengar kata-kata Haris itu.Faiz hanya tersenyum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dia seorang playboy.Jika dalam sebulan dia tidak menukar pasangan kekasihnya,memang tidak sah.“Tapi,aku pelik sebenarnya.Bila aku tengok mata perempuan tu,aku dapat rasa seolah-olah mata itu menyimpan satu kesedihan,” kata Haris lagi.
“ Memang dia ada kisah silam yang agak menyedihkan,”kata Nabil.
“ Maksud kau?,”tanya Haris.
“ Kata Sarah,dari seorang gadis yang periang dan kelakar,Nia berubah menjadi seorang yang pendiam.Sepanjang tiga tahun ini,dia tak pernah melihat Nia ketawa dengan gembira seperti dulu,”kata Nabil.
“ Betul ke?Kenapa?,”Haris mula berminat untuk mengetahui mengenai Nia.
“ Aku tak tahu sangat.Tapi,Sarah ada la juga cerita pada aku yang dia jadi macam tu lepas putus cinta dengan seorang lelaki tiga tahun yang lalu,”terang Nabil lagi.
“ Menarik juga ni.Kenapa mereka boleh putus?Sebab lelaki tu main kayu tiga kan?,”Faiz cuba membuat tekaan.
“ Bukan,sebab mak dia tak benarkan dia bercinta ketika masih belajar,”kata Nabil.“Sampai sekarang dia masih lagi tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya itu,”sambung Nabil lagi.
“ Lelaki itu di mana sekarang ni?,”tanya Haris.
“ Dia sendiri tak tahu.Dia telah lost contact dengan lelaki itu.Sarah ada juga sebut yang lelaki itu telah pergi hilangkan diri kerana satu salah faham.Salah faham yang macam mana tu aku tak tahu la,”kata Nabil.Haris terdiam.Dia memandang ke arah Nia yang sedang minum segelas jus epal seorang diri di sebuah meja yang berada berdekatan dengan pintu masuk kafetaria itu. Kini baru dia tahu bahawa di sebalik wajah itu terdapat satu kesedihan yang telah dilalui. “Mungkin dia sudah banyak bersedih.Tapi aku janji,aku akan ceriakan wajah itu semula,” Haris bertekad di dalam hatinya.

1 comments:

the sedow geng said...

00oowss..
cenggitu rupe2nyer...
ermmm...
slh fhm pasl pe ek???
hak3..
nk ag!nk ag!