BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 30, 2009

Bab 29

Adam masuk ke dalam hospital itu dan berpusing-pusing ke sekeliling kawasan itu untuk mencari keluarga Haris. Dari jauh kelihatan emak dan ayah Haris serta Maya sedang gelisah di satu sudut hospital itu. Dia segera bergegas ke arah mereka.
" Maya, macamana Haris?," tanya Adam.
" Entahlah, tadi doktor bawa dia masuk ke dalam wad kecemasan ni dan masih belum keluar lagi," kata Maya.
" Doktor cakap, mungkin dia akan dibedah," kata Pn. Karimah pula. Matanya kelihatan berair. En. Salim berdiri di sebelahnya sambil menggosok-gosok bahu isterinya itu.
Adam juga turut bersimpati dengan keluarga itu, apatah lagi, sejak beberapa minggu ini, dia juga rapat dengan Haris.
" Masa abang pengsan tadi, dia pegang cincin ni," kata Maya sambil menunjukkan cincin itu kepada Adam. Adam masih ingat, pertama kali dia berjumpa dengan Haris dahulu, cincin itulah yang ditilik oleh Haris pada waktu itu. Dia tahu, Haris memang berniat untuk melamar Nia.
" Bila aku tak ada nanti, kau boleh janji dengan aku tak, yang kau akan jaga Nia dengan baik? Aku cuma percaya yang kau sorang je yang dapat bahagiakan dia. Cincin ni, kau lamarlah dia dengan cincin ni nanti," Adam masih ingat kata-kata Haris tempoh hari. Lalu dia mengambil cincin di tangan Maya itu seraya berkata," Biar abang simpan dulu,".
Seorang doktor lelaki keluar dari bilik wad itu. Pn Karimah dan En. Salim bergegas mendapatkan doktor itu, diekori oleh Maya dan Adam.
" Macamana keadaan anak saya,doktor?," tanya Pn. Karimah. Doktor itu mengeluh. " Maaf puan, kita hanya mampu berdoa. Penyakitnya itu benar-benar sudah sampai ke peringkat kemuncak. Saya sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa lagi untuk membantunya," kata doktor itu lalu pergi dari situ. Pn. Karimah memeluk suaminya sambil menangis sebaik mendengar kata-kata doktor itu. Begitu juga Maya, dia terduduk di kerusi mendengar kata-kata doktor itu.
" Please, jangan bagi Nia tahu pasal penyakit aku ni," kata-kata Haris itu bagaikan masih panas di telinga Adam.
" Maaf Haris, aku takkan biarkan kau hadapi semua ni tanpa Nia," desis hatinya. " Saya ada hal sikit," katanya kepada mereka yang berada di situ. Kemudian dia segera berlari keluar dari hospital itu.

Ding! Dong! Ding! Dong!

Pintu rumah terbuka, namun Nia kaku seketika apabila melihat lelaki yang berdiri di hadapannya itu. " Apa yang abang buat kat sini??," tanya Nia.
" Cepat, ikut abang ," kata Adam sambil menarik tangan Nia. Nia menarik semula tangannya dari pegangan Adam. " Kejap.. Ikut abang ke mana?," tanya Nia.
" Just ikut je, janganlah banyak tanya," kata Adam.
" Err.. kejap, Nia pergi tukar baju dulu," kata Nia pula. " Masuklah tunggu kat dalam dulu," pelawa Nia sebelum dia masuk ke dalam biliknya. Hatinya kini masih berdebar-debar, dia sendiri tidak tahu kenapa. Dia berasa tidak sedap hati sejak pagi lagi apabila frame gambar Haris secara tidak sengaja terjatuh dan pecah.
Adam terus menunggu di atas sofa di ruang tamu. Dia memandang jam di tangan, pukul 4 petang. Seketika kemudian, Nia keluar dengan berpakaian baju kurung. " Mak, Nia pergi dulu ye?," kata Nia kepada emaknya yang berada di dapur. Kedengaran sahutan daripada emaknya itu menandakan dia mendengar kata-kata Nia sebentar tadi.
" Jom..," kata Nia. Adam bangun dari sofa itu berjalan keluar terlebih dahulu, diikuti oleh Nia.

" Awak nak bawa saya ke mana sebenarnya ni??," tanya Nia. Adam yang sedang memandu kereta itu diam sepi untuk seketika.
" Nia, ada suatu perkara yang perlu Nia tahu," kata Adam setelah lama terdiam. Hati Nia berdebar kembali mendengar kata-kata Adam itu. Perkara yang perlu dia tahu?
" Apa yang perlu Nia tahu?," tanya Nia ingin tahu. " Tentang Haris..," kata Adam tenang. Nia mula berpaling ke arah Adam apabila lelaki itu menyebut nama Haris.
" Abang kenal Haris? Tapi, macamana...,"
" Itu abang akan terangkan nanti.. Nia tahu tak, sekarang dia berada di hospital?," kata Adam sebelum sempat Nia menghabiskan ayatnya. Sekali lagi Nia berpaling ke arah Adam apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
" Hospital?? Kenapa? Sesuatu yang buruk berlaku pada dia ke?," tanya Nia yang jelas kelihatan gelisah. Debaran hatinya semakin meningkat, apatah lagi menunggu bicara Adam yang seterusnya. ' Haris.. ,' hatinya menyebut-nyebut nama itu.
" Dia.. dia.. dia menghidap barah otak ," jawab Adam teragak-agak.
" Barah.. barah otak??," ulang Nia. Bibirnya terketar-ketar menuturkannya kerana menahan sebak. Air matanya mula berada di birai mata menanti masa untuk meluncur turun.
" Jadi, adakah selama ini.. Perjumpaan tempoh hari tu...perpisahan tu...,"
" Semua tu memang dah dirancang. Dia sengaja buat semua tu, untuk kebaikan Nia ,"kata Adam lagi sambil memusingkan stereng keretanya untuk masuk ke perkarangan hospital.
" Kita dah sampai, turunlah ," kata Adam sambil menghentikan enjin kereta setelah meletakkan keretanya ke dalam sebuah tempat parkir kereta. Nia masih lagi teresak-esak di tempat duduknya. Adam tahu, gadis itu sedih dan faham akan perasaan gadis itu. Tapi, entah kenapa, hatinya sakit. Nia memang benar-benar cintakan Haris. Dulu, dia tak nampak gadis itu menangis apabila mereka putus. Tapi untuk Haris, Nia menangis. ' Tahniah Haris, kau benar-benar dapat tawan hati dia,' desis hati Adam.
Dia kemudiannya membuka pintu kereta di tempat duduk Nia. " Sudahlah, jangan menangis lagi. Jom. ," kata Adam lembut sambil menghulurkan tangannya. Nia memandang Adam, kemudian menyambut tangan itu.

Adam masuk ke dalam wad itu dengan diekori Nia dari belakang. Kelihatan sudah ramai orang berada di situ. Selain Pn. Karimah, En. Salim dan Maya, Kak Hana dan semua kanak-kanak di Teratak Kasih turut berada di situ. Di suatu sudut yang lain, Nia nampak gadis yang bersama dengan Haris di hadapan cafe tempoh hari. Faiz dan Nabil juga turut berada di situ. Dan Sarah, Sarah juga ada bersama. Sarah segera mendapatkan Nia dan memeluknya. " Sabarlah Nia ," kata Sarah cuba menenangkan Nia.
Nia terus berjalan menuju ke katil tempat Haris terbaring lesu. Kini tiada lagi topi tersarung di kepalanya, dia dapat lihat rambut lelaki itu sudah berkurangan. Mata lelaki itu terpejam. Di sebelahnya, Kak Hana dan Maya sedang membaca Yaasin.
" Haris..," panggil Nia lembut. Mendengar panggilan itu, mata Haris mula bergerak-gerak. Dia membuka matanya perlahan-lahan.
" Nia? ," katanya bagaikan tidak percaya melihat Nia yang berada di situ. Kemudian dia memandang ke arah Adam. Adam hanya tertunduk tanda meminta maaf.
" Kenapa awak tak cakap kat saya yang awak...," Nia tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Air matanya sejak tadi masih lagi bercucuran.
" Maaf Nia.. Saya cuma tak nak awak sedih," kata Haris. " Sayang, janganlah nangis lagi. Saya tak suka tengok sayang nangis-nangis ni, tak cantik ," kata Haris sambil mengangkat tangannya perlahan dan mengelap air mata yang membasahi pipi Nia itu. Senyuman cuba diukir di bibir yang kian pucat itu.
" Saya betul-betul minta maaf kalau selama ni, saya banyak buat awak sedih ," kata Haris lagi. Nada suaranya kedengaran semakin lemah. Nia mengangguk. Air matanya semakin deras mengalir. " Nia tak marah lagi, Nia dah maafkan awak. Awak rehatlah dulu, jangan banyak bercakap," kata Nia.
" Adam... ," Haris cuba memanggil Adam. Adam yang mendengar namanya dipanggil segera datang menghampiri dan berdiri di sebelah Nia. Kelihatan matanya juga seperti merah menahan sebak.
" Kau masih ingat apa yang aku pesan tempoh hari kan?," tanya Haris lemah. Adam mengangguk. " Kau rehatlah dulu. Kita cakap nanti pula," kata Adam pula.
" Aku rasa aku dah tak de masa yang lama lagi.. Nia, janji dengan saya yang awak takkan menangis lagi bila saya dah tak ada nanti," kata Haris lagi. Nia mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersedu-sedan. Haris tersenyum apabila melihat anggukan Nia itu.
" Awak tahu kan yang saya sangat sayangkan awak. Tapi, kita bukan ditakdirkan bersama.. Saya tahu, jodoh awak dengan Adam. Dialah yang lebih layak untuk awak, cinta pertama awak," kata Haris lagi.
" Haris, dahlah. Jangan cakap lagi, rehatlah," kata Adam.
" Adam, aku dah anggap macam abang aku sendiri. Aku serahkan Nia semula pada kau, dan janjilah yang kau akan menjaga dia seumur hidup kau," kata Haris lagi tanpa menghiraukan kata-kata Adam sebentar tadi. " Ya,ya.. aku akan jaga Nia, aku janji ," kata Adam lagi supaya Haris tidak berkata-kata lagi.
Haris tersenyum mendengar jawapan dari Adam itu. Kemudian, dia meraba-raba mencari tangan Nia. Kemudian, dia menarik tangan Adam pula dan meletakkan tangan Adam di atas tangan Nia. " Adam adalah yang terbaik untuk Nia, dialah cinta sejati Nia," kata Haris lagi.
Kemudian, Haris memandang semua yang lain. " Masa Haris dah hampir tiba, ayah jaga mak baik-baik ye?," kata Haris lagi.
" Haris, mengucap nak," kata Pn. Karimah sambil menangis.
Tiba-tiba Haris berasa kepalanya berdenyut dengan sangat kuat. Nafasnya kian tercungap-cungap. Semua orang memandang cemas. Air mata semakin deras membasahi pipi masing-masing. Dengan lafaz kalimah syahadah, Haris menghembuskan nafasnya yang terakhir.
" Haris? Haris? Doktor! ," laung En. Salim. Semua yang berada di situ semakin kuat menangis. Nia tidak dapat menahan rasa sedihnya lalu memeluk Adam yang berada di sebelah. Dia menangis sekuat-kuat hatinya dalam pelukan Adam. Adam hanya membiarkan, air matanya juga turut tidak dapat diseka melihat pemergian Haris itu.
" Haris, aku janji... Aku akan jaga Nia, seumur hidup aku ," bisiknya di dalam hati.

0 comments: