BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 24, 2009

Bab 26

Ding dong! Ding dong!

Nia hanya tersenyum sambil berjalan menuju ke pintu rumahnya itu lalu membukanya. Di hadapan pintu itu, tercegat seorang lelaki yang kini sudah cukup dikenali oleh Nia.
" Macam biasalah cik Nia, perkara yang sama setiap pagi," kata lelaki itu. Nia hanya tersenyum sambil mengambil jambangan ros merah yang dihulurkan oleh lelaki itu. Kemudian dia menandatangani sehelai kertas.
" Bertuah cik Nia, ada orang sayang kat cik Nia sampai tiap-tiap hari hari hantar bunga ros," kata lelaki itu lagi sebelum pergi. Nia hanya tersenyum mendengarnya.
" Terima kasih," kata Nia setelah lelaki itu telahpun berada di luar pagar rumahnya. Lelaki hanya mengangguk tanda mendengar ucapan Nia itu tadi.

Nia masuk ke dalam rumah sambil membawa bunga itu dengan gembira. Dia mencapai kad yang terselit dicelah bunga-bunga itu. " To my lovely girl, I miss you ". Masih sama juga ayatnya seperti hari-hari sebelum ini. Sudah hampir seminggu Nia mendapat jambangan ros merah setiap pagi.
Nia mengambil handsetnya yang tergeletek di atas almari berdekatan lalu menaip sesuatu.
" Awak, reply la, sy dah terima bunga awak.. Saya pun rindukan awak juga," begitulah SMS yang ditaip oleh Nia lalu dihantarnya kepada Haris. Beberapa minit Nia tunggu, seperti biasa. Tetap tiada jawapan. Senyuman yang terkuntum di bibir Nia pudar kembali.
Di sebuah bilik, Haris hanya memandang ke dalam skrin handsetnya. " Maaf Nia ," katanya sendirian.

Nia mundar-mundir sendiri. Dia memandang kedua-dua kad di tangannya itu. Sekeping kad berwarna kuning dan yang satu lagi berwarna biru yang baru diperolehnya pagi semalam. Dia meneliti satu persatu setiap patah perkataan di dalam kedua-dua kad itu.
" Ini bukan tulisan Haris," kata Nia sambil meletakkan kad yang berwarna biru itu. Kad kuning yang pernah diberikan oleh Haris suatu ketika dulu digenggam kemas. " Maknanya, selama ini bukan awak yang hantar bunga tu ," kata Nia sendirian. " Habis tu, siapa?? " dia tertanya-tanya sendiri.

Ding Dong! Ding Dong!

Nia segera membuka pintu, dia dapat mengagak siapa yang berada di hadapan pintu rumahnya itu. Tekaannya memang tepat, lelaki penghantar bunga itu berdiri di hadapan pintu ruahnya sambil tersenyum. Namun, kali ini Nia tidak tersenyum lagi untuk menerima bunga itu.
" Saya nak awak cakap kat saya, sekarang juga, siapa yang bagi bunga ni setiap hari??! ," agak tinggi nadanya berbicara dengan lelaki itu.
" Err.. kenapa ni cik Nia? Pagi-pagi dah marah ni? ," kata lelaki itu agak terkejut.
" Err.. maaf.. saya tak dapat kawal emosi tadi. Saya cuma nak tahu, siapa yang hantar bunga-bunga ni sebenarnya, tolonglah cakap ," suaranya seolah-olah merayu.
" Maaf cik Nia, saya betul-betul tak boleh. Dia tak nak cik Nia tahu pasal dia ," kata lelaki itu tergagap-gagap. Dia terpaksa merahsiakan identiti pelanggan itu.
" Erm.. tak apelah..," kata Nia ringkas, kecewa mendengar kata-kata lelaki itu.
" Maafkan saya cik Nia," kata lelaki itu lagi dengan rasa bersalah. Kemudian dia menghulurkan jambangan ros itu kepada Nia setelah Nia menandatangani kertas yang diberikan sebentar tadi. Wajah Nia ketika itu begitu muram sekali. Nia masuk semula ke dalam rumahnya setelah lelaki itu berlalu pergi.
Nia berjalan masuk ke biliknya dan mencampak bunga itu ke penjuru dinding. Kemudian, dia mendapatkan handphonenya lalu menghantar SMS kepada Haris. " Kenapa awak buat saya macam ni?? Apa salah saya awak?? Please, jangan buat saya macam ni lagi.. Saya rindukan awak," itulah SMS yang dihantar oleh Nia kepada Haris.
Beberapa minit terus berlalu, namun tetap seperti biasa. Tiada balasan SMS dari Haris. Nia tetap tidak berputus asa, dia cuba menelefon teman lelakinya itu pula. Namun panggilannya itu dimatikan oleh Haris. Hati Nia mula sebak, kenapa Haris tiba-tiba berubah? Dia mula mencampakkan handset di tangannya itu ke lantai lalu terduduk di situ sambil menangis. Mujurlah handset berjenama mahal itu tidak rosak gara-gara dicampak itu. Nia menangis sepenuh hatinya. Tiba-tiba dia terpandang sekeping sampul besar pada jambangan bunga di penjuru dinding itu. Sampul itu menarik perhatiannya. Biasanya tidak pernah ada sampul pada bunga yang diterimanya, apa yang ada hanyalah sekeping kad. Tapi kali ini memang berbeza daripada biasa. Lalu dia mengambil sampul itu dan membukanya. Di dalamnya terdapat sehelai kertas. Nia membuka lipatan kertas itu sambil hatinya tertanya-tanya sendiri.
" Kalau ingin tahu siapa saya, datang ke tasik Putrajaya, jam 5 petang ini," itulah yang ditulis di dalam kertas itu. Nia agak trkejut membaca apa yang tertulis itu. Hatinya berdebar-debar memikirkan siapa lelaki itu. Yang pastinya, dia akan ke sana petang nanti. Dia perlu tahu siapa penghantar bunga itu.

Nia berjalan menuju ke tempat yang dijanjikan. Dia mengerling ke arah jam tangannya, tepat jam 5 petang. Dia mundar-mandir di kawasan itu sendirian, menunggu lelaki misteri itu muncul. Lima belas minit sudah berlalu, namun tiada sesiapa pun yang datang menegurnya. Dia tetap terus menunggu sambil memerhatikan air tasik yang tenang itu. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenalinya menegur dari belakang dan menghulurkannya sekuntum ros merah beserta sekeping kad. " Ada seorang lelaki suruh berikan ini," kata lelaki itu.
" Err.. terima kasih.. Macamana rupa lelaki itu?," tanya Nia. Lelaki itu menggelengkan kepalanya seraya berkata," Tak tahu ," kemudian dia beredar pergi dari situ. Nia segera membaca kad yang baru diterimanya itu.
" Suatu masa dulu, ada seorang lelaki yang terlalu sayangkan teman wanitanya. Dia sanggup lakukan apa pun untuk teman wanitanya asalkan dia dapat lihat teman wanitanya itu gembira. Tapi, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan mereka terputus, dia tak tahu kenapa teman wanitanya itu tiba-tiba ingin putuskan perhubungan itu. Namun, tak kisahlah sampai bila-bila pun lelaki itu tetap sayangkan teman wanitanya itu. Tak kiralah apa yang jadi sekalipun, hanya gadis itu di hatinya. Hanya dia cinta lelaki itu, untuk selamanya.."
Hati Nia berdebar-debar membaca kata-kata di dalam kad itu, dia sendiri tidak tahu kenapa. Dia terus berjalan sepanjang tasik itu untuk mencari lelaki misteri itu. Dia yakin, lelaki itu sudah pun berada di kawasan itu.
" Nia..," kedengaran suara seseorang memanggilnya dari belakang. Langkah Nia terhenti, perlahan-lahan dia berpaling. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki yang berdiri di hadapannya pada waktu itu. Lelaki itu hanya tersenyum melihat reaksi Nia.
" Abang..," hanya itu yang mampu dituturkan oleh Nia. Matanya kini mula berkaca. Lelaki itu, sudah lama dia menunggu lelaki itu. Kenapa selepas Nia sudah mampu untuk melupakannya, dia muncul semula?

Adam menarik kerusi untuk Nia. Nia yang masih terkejut dengan pertemuan itu hanya membiarkan. Dia memandang sekeliling meja makan itu, dihias cantik. Barangkali Adam sudah mengupah sesiapa untuk menghiasnya. Adam mengambil tempat bertentangan dengan Nia.
Dia masih lagi tersenyum seperti tadi, namun tiada sekuntum pun senyuman terukir di bibir Nia.
" Nia nak makan apa?," tanya Adam lembut. " Apa-apa je," jawab Nia ringkas. Lalu Adam mengangkat tangannya supaya seorang waiter datang ke tempat mereka. Beberapa detik kemudian, datang seorang waiter ke meja itu.
" dua slice apple pie dan orange juice dua," kata Adam. Nia memandang ke wajah Adam. ' Abang masih ingat apa yang Nia suka,' bisik hatinya.
Mereka terus duduk sambil masing-masing membisu. Adam tidak lagi tersenyum seperti tadi, tetapi wajahnya kelihatan tenang sekali. " Nia, maafkan abang..," kata Adam tiba-tiba.
Nia mula sebak, matanya berkaca semula. Namun air matanya diseka supaya tidak mengalir.
" Tapi abang pergi macam tu je, langsung tak tinggalkan sebarang kata," kata Nia dengan nada agak tinggi.
" Sebab Nia yang suruh.. Nia cakap Nia taknak tengok muka abang lagi," kata Adam tenang.
Nia akhirnya tidak dapat menyeka air matanya lagi. Dia mula teresak-esak di situ.
" Maafkan Nia.. Nia tak bermaksud...," dia tidak mampu untuk menyambung lagi ayatnya itu. Dia terus menangis teresak-esak. Adam tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Dia tahu dia yang membuatkan gadis yang dicintainya itu menangis. Hatinya turut merasa sakit melihat tangisan gadis itu.
Dari jauh, kelihatan seorang lelaki bertopi dan berkaca hitam sedang memerhatikan mereka brdua. Hatinya juga turut sakit melihat air mata gadis itu mengalir. " Maaf Nia, memang ini yang terbaik untuk awak," kata lelaki itu.

0 comments: