Haris mengurut-urut kepalanya yang sakit itu. Sudah hampir seminggu dia mengalami sakit kepala itu. Baginya, itu perkara normal kerana sepanjang minggu itu dia sering berjaga malam untuk final exam. Esok, dia akan mencurahkan semua yang pernah dia pelajari sepanjang berada di situ di atas beberapa helaian kertas hanya dalam beberapa jam. Kadang-kadang dia terfikir yang dia mengambil masa bertahun-tahun untuk belajar, tapi saat genting hanya beberapa jam sahaja. Semua itu seperti tidak masuk akal. Dia menoleh ke arah sahabatnya, Nabil yang sedang tekun menelaah buku di sebelahnya itu. Faiz pula sudah mula membuat peta di atas buku yang dibacanya sebentar tadi. Haris hanya tersenyum sendiri.
Tut! Tut!
Tiba-tiba kedengaran satu mesej diterima. Lalu dia mencapai handsetnya itu dan membaca SMS yang diterima.
" Esok exam kan? Jangan tidur lewat lagi malam ni, nanti mengantuk pula esok.. Dan satu perkara lagi, doakan saya juga ye untuk exam esok.. Do your best and good luck.. Ok, tak nak ganggu awak study lagi.. Bye, I love you..," itulah ayat yang ditulis oleh Nia. Haris tersenyum sendiri membaca SMS itu. Lalu dia mula menaip SMS untuk dibalas kepada Nia.
" Ok sayang, saya takkan tidur lewat lagi malam ni.. Setiap apa yang awak cakap, semuanya saya akan ikut.. Nanti saya akan doakan awak, siap buat solat hajat lagi.. haha.. Ok la sayang, bye.. I love you too.. ," balas Haris.
" Tu apasal tersengih sorang-sorang tu? Mesti Nia yang hantar mesej tadi tu kan?," teka Nabil yang melihat rakannya itu tersengih sendirian.
" Siapa lagi yang boleh buat aku tersengih macam ni selain dia," kata Haris sambil kembali menatap buku rujukan yang dibacanya sebentar tadi.
" Hmm..bahagia kau sekarang ni ye??," kata Nabil.
" Lebih daripada bahagia.. Kau tahu tak, lepas habis exam ni, aku nak lamar dia," kata Haris.
" Fuh, pantas dan efisien la kau ni ," kata Nabil agak terkejut mendengar kata-kata Haris itu.
" Pantas tak pantas pun, itulah yang terbaik daripada bercinta lama-lama tu," kata Haris. " Cuba kau tengok ni, cantik tak untuk dia," Haris mengeluarkan sebuah kotak baldu dari laci meja tulisnya itu.
" Cantik.. Aku gerenti dia mesti suka punya," kata Nabil. Haris tersenyum mendengar kata-kata rakannya itu. " Nanti bila kau dah kahwin dengan dia, jangan lupa pulak ajak aku makan nasi minyak," kata Nabil. Haris tertawa seketika," Takkan aku boleh lupa, kau jugak yang tolong aku pikat dia."
Sepanjang beberapa minggu peperiksaan itu, kelihatan suasana dalam kampus mula berubah. Wajah setiap seorang kelihatan seperti stress, perpustakaan pula sering penuh setiap petang, pelajar-pelajar yang lepak di tepi tasik juga sudah berkurangan. Haris menghampiri Nia yang sedang menelaah buku di atas bangku di tepi tasik itu.
" Rajinnya dia ," tegur Haris. Nia sedikit terkejut dengan teguran itu. Namun, dia tersenyum apabila melihat Haris.
" Awak! Dari mana ni? Lama tak jumpa awak, saya rindu sangat kat awak," kata Nia.
" Saya pun rindu jugak kat awak, rindu sangat sangat," kata Haris. " Nanti bila dah habis exam boleh la kita habiskan masa bersama macam dulu lagi," kata Haris. Nia hanya mengangguk. " Lama betul rasanya exam kali ni, macamana exam awak? Ok tak?," tanya Nia.
" Erm, ok la..," jawab Haris ringkas. " Awak??," tanya Haris kembali.
" Ok jugak," kata Nia sambil tersenyum. Haris terus menatap wajah itu, dia sendiri tidak tahu kenapa kali ini dia berasa seperti mahu menatap wajah itu sepuas-puasnya.
" Saya tak dapat bayangkan Nia, kalau saya kehilangan awak. Jangan tinggalkan saya ya?," kata Haris tiba-tiba.
" Kenapa ni??,"tanya Nia yang hairan mendengar kata-kata Haris itu. " Saja je ," kata Haris sambil tersenyum. Nia turut tersenyum ," Saya janji, saya takkan tinggalkan awak, percayalah."
" Terima kasih Nia," kata Haris separuh berbisik. " Terima kasih pada awak juga," balas Nia juga.
Nia mengangkat beg kelabu itu dan memasukkannya ke dalam kereta, kemudian dia mengambil lagi beg yang lain. Haris pula mengangkut sebuah kotak untuk diletakkan ke dalam but keretanya itu. Ketika ingin meletakkan kotak itu, tiba-tiba sebuah frame gambar terjatuh dari kotak itu. Lalu dia mengambil frame gambar itu. Namun, dia tiba-tiba tersentak apabila melihat gambar di dalam frame itu. Wajah itu, dia kenal wajah itu. Dia yakin pernah berjumpa dengan lelaki di dalam gambar itu. Siapa lelaki ni? Dia tertanya-tanya sendiri. Kemudian, dia membelek-belek barang-barang lain yang berada di dalam kotak itu. Hatinya kian berdebar. Kotak muzik, diari dan pelbagai barangan yang kelihatan agak lama termasuk gelang yang pernah menjadi kesayangan Nia dulu. Tiba-tiba dia ternampak sekeping kad kuning tertulis, " Memori Yang Telah Pergi.." Tahulah Haris bahawa semua itu adalah barang milik Adam yang pernah diberikan kepada Nia. Dan gambar lelaki itu tadi adalah..
"Adam?? Tak mungkin! Kalau betul itu Adam, maknanya dia memang berada di Kuala Lumpur ini juga. Apa harus aku buat? ," Haris bermonolog sendiri.
" Dah siap angkut semuanya??," Nia tiba-tiba datang menyapa dari belakang. Dengan serta-merta Haris menyimpan semula frame itu ke dalam kotak itu.
" Err..dah siap dah semuanya," kata Haris. " Kalau macam tu, jomlah," kata Nia. " Jom," balas Haris pula. Lalu mereka sama-sama masuk ke dalam kereta itu. Haris telah berjanji akan menumpangkan Nia pulang ke rumahnya yang berada di kampung lebih kurang dua jam perjalanan dari bandar Kuala Lumpur itu.
Sepanjang perjalanan, Haris hanya mendiamkan diri. Nia mula berasa hairan melihat kelakuan teman lelakinya itu. Biasanya dialah yang akan banyak mulut bercakap itu dan ini. Tap kali ini, sunyi je.
" Kenapa senyap je ni? Awak sakit ke?,"tanya Nia memulakan perbualan.
" Eh, taklah. Saya tak ada perkara nak dicakapkan, so senyap je la," kata Haris dengan senyuman yang dibuat-buat.
" Saya kenal awak, jangan pura-pura lagi. Awak ada masalah ke?," tanya Nia tidak berpuas hati.
" Betul, jangan risaulah.Tak ada apa-apa pun," kata Haris. Suasana kembali senyap semula. 30 minit terus berlalu. Kemudian, Haris mencuri pandang ke arah Nia. Wajah gadis itu begitu muram sekali, ketika itu dia mula menyedari bahawa mata gadis itu sudah berkaca. Lalu, dia memberhentikan kereta yang dipandunya itu di tepi jalan.
" Nia, kenapa ni??," tanya Haris lembut. Namun Nia tidak memalingkan wajahnya pada Haris. " Awak marah kat saya kan? Apa saya dah buat, saya minta maaf kalau saya ada buat awak marah," kata Nia sebak.
" Nia, pandang sini Nia,"kata Haris sambil menarik lembut wajah gadis itu.
" Sekali pun tak pernah terbit rasa marah dalam hati ni untuk awak, satu-satunya perasaan yang ada untuk awak hanyalah cinta dan sayang," kata Haris lagi.
" Habis tu, kenapa diam? Kenapa tiba-tiba dingin macam ni?," tanya Nia. Air mata Nia kian mengalir.
" Sebab saya takut kehilangan awak," kata Haris.
" Apa maksud awak? Kan saya dah cakap, saya takkan tinggalkan awak," kata Nia lagi.
" Ok, ok.. Jangan nangis lagi ye? Saya takkan buat macam tu lagi lepas ni," kata Haris sambil menyapu air mata di pipi Nia.
Mereka menyambung semula perjalanan. Walaupun Haris sudah mula berceloteh, namun fikirannya masih terus menerawang jauh.
" Perlu ke aku beritahu Nia bahawa aku tahu di mana Adam berada sekarang?? Kalau dia tahu, adakah dia akan kembali pada Adam?? Aku perlu beritahu Nia. Tapi.. aku sayang Nia. Aku takut dia tinggalkan aku untuk Adam.. Apa perlu aku buat?? ," dia terus bermonolog sendiri.
Friday, November 13, 2009
Bab 24
Posted by Neavell at 7:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment