BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 15, 2009

Bab 3

Wajah Cinta kelihatan risau. Dia tertunduk-tunduk mencari di mana dia tinggalkan pursenya itu tadi. Merata tempat sudah dia cari. Kali ini, sudah kali kedua dia datang ke kantin untuk mencarinya. Suasana dalam sekolah itu kian sunyi sekarang kerana para pelajar telah pun pulang. Walaubagaimanapun, dia terus mencari-cari beg duitnya itu. Kalau purse itu hilang, habislah dia! Hilang duit tak apa, tapi di dalamnya ada kad pengenalannya.

“ Hoi, kau buat ape tertunduk-tunduk tu? ,” kedengaran satu suara dari belakangnya. Cinta berpaling, namun setelah dia melihat Airell yang menegurnya, dia meneruskan semula pencariannya tanpa mempedulikan Airell.

“ Kau cari apa? Biarlah aku tolong sekali ,” kata Airell sambil menjengukkan mukanya di bawah bangku ketika Cinta mencari di bawah bangku itu. Cinta segera mengalihkan wajahnya dan mencari di tempat yang lain pula.

“ Kau nak tahu tak, aku boleh baca fikiran kau sekarang. Aku boleh tahu apa yang kau sedang cari ,” kata Airell. Cinta masih tidak menghiraukannya lagi.

“ Kau cari purse kan? ,” kata Airell.

“ Yer la... Aku cari purse aku la ni. Kau ni menyibuk je la kat sini, boleh tak kau pergi jauh-jauh sikit? ,” kata Cinta. Airell tersenyum sendirian. “ Ok ,” katanya ringkas sambil melangkah kakinya untuk pergi dari situ. Serentak dengan itu, Cinta terhenti seketika. Dia terfikir sendirian. Kemudian, dia berpusing dan memanggil Airell yang masih tidak jauh dari kantin itu. Airell yang mendengar namanya dipanggil itu tersenyum sendirian.

“ Macam mana kau tahu?? Kau yang curi purse aku tu kan??! Bagi balik purse aku! Mana purse aku??!,” jerit Cinta. Airell hanya ketawa melihat kelakuan Cinta itu.

“ Eh, kau nak ketawa ke apa ke, aku tak kisah.. Tapi bagi balik purse aku!!! ,” kata Cinta lagi dalam nada marah. Airell masih terus ketawa. Kali ini Cinta benar-benar naik angin, lalu dia membuang kasut yang dipakai dikakinya itu lalu memegangnya untuk dilontarkan kepada Airell.

“ Eh, apa kau nak buat ni?? ,” tanya Airell. Serentak dengan itu dia mula melarikan diri. Cinta terus mengejarnya dengan sebuah kasut tergenggam kemas di tangannya.

“ Bagi balik purse aku!! ,” jerit Cinta.

Airell terus berlari tanpa mempedulikan kata-kata Cinta itu. Tiba-tiba, dia berasa sesuatu yang keras mengenai kepalanya, lalu dia jatuh tersungkur di atas rumput itu.

“ Mana purse aku?!,” tanya Cinta sambil menghampiri Airell.

“ Apa la kau ni, sakit tahu tak?,” kata Airell sambil menggosok-gosokkan kepalanya itu. “ Nah, ambillah! Aku jumpa kau tertinggal kat kantin tadi, masa kau berubah jadi singa tadi tu la. Aku pun tak ingin nak pegang barang kau tu lama-lama. Eee, jijik! ,” kata Airell lagi sambil menghulurkan purse itu kepada Cinta. Lantas Cinta mengambil pursenya itu dari tangan Airell dengan kasar dan memberikan satu jelingan yang tajam sebelum pergi meninggalkan Airell. “ Sama-sama! ,” kedengaran Airell bersuara dari jauh. Cinta langsung tidak menghiraukannya.

“ Oh ya! Satu perkara lagi! Aku dah ambil sekeping lima ringgit kau, sebagai habuan untuk aku simpan rahsia kau selepas ni ,” kata Airell lagi sambil bangun berdiri. Tangannya masih lagi menggosok-gosok kepalanya yang terkena balingan kasut Cinta itu tadi. Keras juga kasut tu rupanya.

Cinta kehairanan mendengar kata-kata Airell lalu dia berjalan semula menuju ke arah Airell. Dahinya mula berkerut. “ Apa maksud kau?,” tanya Cinta. Airell hanya tersengih sendirian.

“ Hoi, cakaplah! ,” kata Cinta yang mula geram.

“ Kau suka Khai kan?,” kata Airell perlahan di telinga Cinta, bagaikan berbisik. Cinta tersentak mendengar kata-kata Airell itu. Matanya kian terbeliak.

“ Kau selongkar semua barang dalam purse aku ni? Tak guna!! ,” marah Cinta. Airell segera mencapai beg galasnya dan melarikan dirinya, risau jika kepalanya akan menjadi mangsa kasut Cinta sekali lagi. “ Pergi dulu! ,”jerit Airell yang telah jauh ke depan. Cinta mengetap bibirnya geram. Dia membiarkan sahaja Airell pergi, malas rasanya hendak mengejar lelaki tidak guna itu.

Habislah dia selepas ini. Tak lama lagi mungkin rahsia itu akan terbongkar. Sudah lama dia menyimpan rahsia itu, bahawa dia adalah secret admirer Khai. Tiada sesiapapun yang tahu mengenainya termasuklah tiga orang rakan baiknya. Dia tahu, lelaki itu pasti akan memberitahu Khai tentang hal itu. Lagipun lelaki itu bukannya boleh dipercayai. “ Alamak! Kalau Khai dapat tahu, malulah aku ,” kata Cinta sendirian.

**********************************************

Airell sedang berdiri di hadapan pintu kelasnya, memerhatikan para pelajar yang sedang ke sana sini. Setiap kali waktu rehat, memang begitulah fenomenanya. Namun, dalam diam-diam, dia tercari-cari seseorang. Itu dia, Maria! Dia memerhatikan gelagat Maria yang lemah-lembut dan sentiasa tersenyum itu. Wajahnya yang putih dan manis itu bisa membuat ramai lelaki tersangkut padanya. Dan salah seorang dari mereka ialah Airell. Dia terus memerhatikan Maria yang sedang berbual dengan kawannya sambil berjalan menuju ke kantin sekolah. Tiba-tiba, Maria hilang dari pandangannya. Cinta dan rakan-rakannya tiba-tiba muncul dan menutup pandangannya untuk melihat Maria.

“ Ish, dia lagi! Kacau je! ,” kata Airell sendirian. Apabila melihat Cinta, dia mula terfikir untuk menyakat gadis itu. Lalu dia segera berjalan menuju ke arah Cinta sambil berpura-pura mencari Khai.

“ Khai! Khai! ,” kata Airell sambil bermundar-mandir di hadapan Cinta. Cinta dan rakan-rakannya berhenti seketika apabila jalannya tersekat oleh Airell yang sedang mundar-mandir itu. Wajah Cinta mula kelihatan merah apabila Airell memanggil nama Khai di hadapannya itu. Dia tahu, Airell sengaja cuba mengenakannya.

“ Manalah Khai ni..,”kata Airell lagi. Kemudian dia berjalan menuju ke arah Cinta dan bertanya. “ Eh, kau ada nampak Khai? ”. Cinta mula mengetapkan bibirnya geram dengan perlakuan Airell yang sengaja hendak mempermainkannya itu.

“ Kau ni kan...Ah, tepi lah! ,” kata Cinta sambil menepis Airell ke tepi. Malas dia hendak melayan lelaki itu. Risau kalau rakan-rakannya tahu tentang rahsianya itu nanti.

“ Eh, Cinta! Kau kenal ke dia tu tadi? Boleh tahan juga rupa dia tu ,” tanya Miza, salah seorang temannya itu.

“ Langsung tak kenal! ,” kata Cinta sambil terus berjalan. Ketiga-tiga temannya itu berpandangan sesama sendiri, hairan melihat kelakuan Cinta itu. Airell tersenyum melihat tingkah laku Cinta sebentar tadi. “ Hei, yang kau tercari-cari Khai kat sini ni kenapa? Bukan ke kau tahu dia ada kat dalam kelas? ,” tanya Shahrul, salah seorang pelajar kelasnya.

“ Ah, sibuk lah kau ni. Kau apa tahu? ,” kata Airell sambil berjalan masuk ke kelasnya. Shahrul menggelengkan kepalanya. “ Buang tebiat dah agaknya si Airell tu,” katanya perlahan.

2 comments:

Miss Kira said...

hehehe..
jht siot..

bidadari cinta said...

haha..mmg jahat si airell tu..
cian cinta terkena..malunye bile org tau rahsia kite..hihi...