BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 3, 2009

Bab 12

Hari-hari yang Nia lalui kini menjadi hari yang ceria. Orang-orang di sekelilingnya, Haris, Sarah, berasa senang hati melihat perubahan dalam diri Nia itu. Nia sekarang sentiasa ketawa dan sering membuat lawak, sehingga mereka sendiri berasa sakit perut menahan tawa jika berbual dengannya. Sarah sangat bersyukur kerana Nia yang dulu telah kembali semula. Dia sungguh tidak sangka, akhirnya Nia dapat berubah semula. Semua ini adalah jasa Haris. Bagaimana cara yang dia lakukan untuk mengubah rakannya itu, dia sendiri tidak tahu. Tapi bagi dia, itu semua tidak penting. Apa yang penting, dia harap Nia akan terus gembira dan ceria seperti itu tidak kira walau apapun yang berlaku.
Persahabatan antara Nia dan Haris pula semakin akrab. Mereka sentiasa menghabiskan masa bersama. Pada waktu petang, mereka akan ke perpustakaan untuk membuat rujukan bersama. Kadang-kadang, Sarah dan Nabil akan turut serta. Tidak lupa juga Faiz, yang turut meluangkan masa bersama mereka jika tiada temu janji dengan mana-mana teman wanitanya. Ini membuatkan Nia turut rapat dengan rakan-rakan Haris itu.
" Hoi Haris, jauh termenung nampak.. Apa yang kau fikirkan tu?,"Nabil tersentak mendengar pertanyaan dari Nabil itu.
" Tak ada apa-apa.. Cuma aku ada sikit problem je ni..,"kata Haris.
" Problem?? Cerita la kat aku, mana tahu kalau aku boleh tolong kau,"tanya Nabil.
" Problem kecil je sebenarnya..Macam ni, ada kawan lama aku tu, dia ajak aku pergi party pertunangan yang dia buat kat rumah dia minggu depan,"kata Haris.
" La, tu bukan masalah tu,"kata Nabil.
" Ish kau ni, aku belum habis cakap lagi ni.. Masalahnya sekarang ni, kawan aku tu suruh aku bawa teman wanita aku sekali, sebab semua yang hadir nanti akan bawa pasangan mereka masing-masing,"kata Haris.
" Habis tu?,"tanya Nabil yang masih belum mengerti maksud Nabil.
" Tu la masalahnya. Aku tak ada girlfriend!,"kata Haris separuh menjerit apabila Nabil sukar untuk memahami maksud kata-katanya tadi. Kelihatan orang di sekeliling mereka mula memandang ke arahnya.
" Ish, apa kau ni.. Cakap kuat-kuat, buat malu je,"kata Nabil.
" Ala, takkan tak ada girlfriend tu satu perkara yang memalukan pula kot. Aku tak kisah pun apa orang nak kata ,"kata Haris.
" Kalau macam tu, kau pergi je la ke party kawan kau tu tanpa pasangan,"kata Nabil.
" Ish, yang tu lain punya la.. Aku tak nak la kawan aku tu cakap aku ni apa pulak, masih belum ada teman wanita,"kata Haris. Sebenarnya dia tak nak tewas dengan rakannya itu, Jefry. Memang sejak zaman persekolahan lagi, dia dengan Jefry selalu akan bertengkar, puncanya hanya satu, masing-masing nak tunjuk hebat. Dia dengan Jefry memang tidak pernah sekutu, dan dia tahu, tujuan Jefry menjemput dia ke party itu semata-mata untuk menunjukkan bakal isterinya. Menurut khabar angin yang Haris dengar, bakal isterinya itu adalah anak seorang tokoh korporat yang terkenal. Nabil hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. 'Macam-macam hal si Haris ni,' kata Nabil di dalam hati.
" Kenapa kau tak ajak Nia je?,"kata Nabil.
" Aku memang bercadang nak ajak dia, tapi macamana kalau dia tak nak pergi?,"tanya Haris.
" Ish kau ni, cuba la ajak dulu. Belum cuba,belum tahu kan?,"kata Nabil pula.'Hmm,betul juga,'fikir Haris sendirian sambil mengangguk-nganggukkan kepalanya. Masing-masing diam kembali sehinggalah tiba-tiba datang seorang gadis menyapa mereka berdua.
" Hai guys!,"sapa Nia. " What's up? Boleh join sekali?," sambungnya lagi.
" Hah, Nia.. Memang panjang umur awak..Kitorang baru je lepas cakap pasal awak tadi.. Mana Sarah?,"tanya Nabil apabila melihat teman wanitanya itu tidak bersama Nia.
" Oh, Sarah pergi jumpa lecturer tadi, ada hal sikit katanya. Awak cakap pasal saya tadi? Ni mesti mengumpat ni? ," Nia cuba menguji mereka berdua.
" Eh, tak ada lah, ni hah, si Haris ni ada nak tanya awak benda ni.. Hoi, Haris kau tanya la, ish diam pula dia," kata Nabil sambil mencuit Haris. Nia mengalihkan pandangannya ke arah Haris dan mula menanti patah bicara dari Haris.
" Er..bukan apa, saya cuma nak awak teman saya ke party kawan saya..,"kata Haris. Nia mengangkat keningnya mendengar kata-kata Haris itu. " Itu je?,"tanya Nia.
" Dan... pura-pura.. jadi.. teman wanita saya kat sana nanti, boleh tak?,"kali ini Haris agak tergagap-gagap kerana khuatir Nia akan fikir yang bukan-bukan terhadap apa yang dia minta itu.
" Hah, jadi ini je la yang awak nak tanya?,"tanya Nia.
" Ye la, boleh ke tak? Please, I need your help..," rayu Haris. Dalam matanya jelas kelihatan cahaya pengharapan.
" Erm..," Nia pura-pura membuat gaya seperti dia sedang berfikir. Haris masih menanti jawapan darinya. " Ok," jawab Nia ringkas sambil tersenyum. Serentak dengan itu, Haris membulatkan matanya. " Betul awak akan teman saya?," tanya Haris sekali lagi antara percaya dan tidak dengan apa yang Nia katakan itu. Nia mengangguk," Ye la, setakat teman pergi party dan pura-pura jadi teman wanita awak, bukannya apa sangat. Perkara mudah je tu.. Tapi....," sengaja Nia mematikan kata-katanya di situ untuk membuat Haris tertanya-tanya. Seperti yang dijangka, dahi Haris berkerut," Tapi apa?,"tanya Haris.
" Kena ada ni la," kata Nia sambil memetik jarinya sebagai isyarat bahawa dia perlu mendapat upahnya.
" Hah, ingatkan apa tadi.. Yang tu small matter je, nanti saya belanja awak makan,ok?,"kata Haris. " Ok, bagus..,"kata Nia ceria. " Tapi bila party tu?,"tanya Nia.
" Next week, hari Sabtu, jam 8.00 malam,"kata Haris.
" Nanti awak jemput saya la ye?," ujar Nia. Haris mengangguk-anggukkan kepalanya. Sememangnya dia telah pun berniat untuk mengambil Nia malam itu nanti. " Jangan lupa pula tu.. Awak tu biasanya nyanyuk sedikit,"sambung Nia lagi. Serentak dengan itu, kedengaran tawa Nabil berderai. Haris turut tersenyum mendengar kata-kata Nia itu. " Kali ini takkan lupa," katanya. Nia hanya tersenyum kecil.

0 comments: