BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 3, 2009

Bab 1

Dataran Iltizam penuh dengan para pelajar dan guru-guru yang berhimpun sempena perhimpunan pagi. Tazkirah yang sedang disampaikan oleh Ustaz Ilias didengar dengan penuh khusyuk. ‘ Qada’ dan Qadar Allah ’, itulah tajuk yang dipilihnya pada hari itu.

“ Setiap pertemuan, perpisahan, jodoh, dan kematian sememangnya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi ,” Airell sempat menangkap beberapa patah kata-kata yang disampaikan oleh ustaz itu dari jauh. Setahu dia, sudah lebih 30 minit dia berdiri di tepi pagar sekolah itu. Dia sendiri tidak sangka dia akan terlewat untuk ke sekolah pada pagi itu. Sekarang tak pasal-pasal kena denda. Inilah padahnya kalau layan TV sampai lewat malam. Dia tercari-cari bangku untuk duduk, tetapi setelah dia melihat kelibat Cikgu Zainal, guru disiplin yang berada tidak jauh dari situ, dia membatalkan niatnya itu. Bimbang kalau akan dijerkah lagi oleh guru tergarang di sekolah itu nanti.

Beberapa ketika kemudian, dia terdengar bunyi seperti enjin motor dari luar pagar sekolah. Lalu dia cuba mengintai-intai ke luar pagar itu. Kelihatan seorang pelajar perempuan berpakaian uniform sekolah dengan sebuah beg disandang di atas bahunya.

“ Biar betul! Pukul 8.30 pagi baru datang?? Aku ingat aku ni paling lewat, tapi rupanya ada lagi yang lebih lewat dari aku rupanya ,” bisik hati Airell.

“ Hoi!!! ,” kedengaran suara yang lantang menjerkah pelajar perempuan itu. Suara siapa lagi kalau bukan suara Cikgu Zainal. Oleh kerana terperanjat, pelajar yang sedang menuntun motornya untuk dibawa masuk ke kawasan sekolah tiba-tiba terlepas motor yang dipegangnya itu. Serentak dengan itu, motor itu terbalik dengan satu bunyi yang agak kuat. Melihat kejadian itu, Airell mula ketawa terbahak-bahak. Cikgu Zainal yang mendengar tawanya itu mula melontarkan pandangan yang tajam kepadanya. Menyedari itu, dia segera menghentikan tawanya itu.


Cinta kelihatan muram sekali. Apa tidaknya, motornya habis jahanam gara-gara kena jerkah oleh Cikgu Zainal itu tadi. Tambahan pula dia terpaksa berdiri di sebelah lelaki yang sejak dari tadi asyik tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dah la muka, gaya, penampilan sebiji macam pesakit Tanjung Rambutan. Dia menjeling tajam kepada Airell. Walaubagaimanapun, Airell terus tersengih teringatkan tentang kejadian beberapa minit tadi.

“ Woi, apa yang lucu sangat tu? Sampai kau tersengih sampai ke telinga tu? ,” Cinta yang sudah tidak tahan dengan tingkah laku Airell itu mula bersuara.

“ Suka hati aku la, mulut aku. Bukannya aku pinjam mulut kau ,” balas Airell pula. “ Motor kau macam mana? Tak ada sendi-sendi mana yang patah ke? ,” sambung Airell lagi cuba menyindir Cinta diiringi dengan tawanya.

“ Motor aku, lantak la nak patah sendi ke, putus urat ke. Yang kau sibuk tu apasal?,” balas Cinta pula. ‘ Aku tengah bad mood ni, boleh pula dia ketawa ’desus hatinya. Airell masih tersengih sendirian kerana dapat menyakat gadis di sebelahnya itu. Menyakat orang, memang itulah hobinya.

Hampir satu jam telah berlalu, akhirnya perhimpunan pagi yang diadakan itu tadi telah berakhir. Dan sepanjang tempoh itulah Cinta dan Airell terpaksa berdiri di tepi pagar sekolah itu.

“ Ha, kamu berdua! Mari sini!!,” panggil Cikgu Zainal setelah semua pelajar bersurai. Kelihatan dia sedang memegang sesuatu di tangannya.Rotan!! Airell dan Cinta mula kelihatan cemas.

“ Kau pergi dulu la ,” kata Cinta sambil menolak sedikit Airell ke depan.

“ Eh, apa kau ni? Aku ni lelaki gentleman, tahu? Aku selalu pegang prinsip ladies first. So, kau jalan dulu, aku ikut belakang ,” kata Airell.

“ Hoi, cepatlah!!! ,” jerkah Cikgu Zainal. Dengan serta-merta Airell berjalan pantas menuju ke arah Cikgu Zainal. “ Hah, ladies first konon ,” kata Cinta dalam hati sambil tersenyum sendirian.

“ Kamu, kenapa lewat? ,” tanya Cikgu Zainal sambil memandang ke arah Cinta.

“ Err.. saya.. saya terlewat bangun cikgu ,” jawab Cinta tergagap-gagap.

“ Bangun lewat?? Nak sekolah ke tak nak ni? Hulurkan tangan! ,” lalu Cinta menghuluran tangannya perlahan-lahan. Dia dapat lihat Airell yang berdiri di sebelahnya sedang menahan tawanya.

Pap! Pap!

Dua kali rotan telah diberikan kepada Cinta. Tangannya berasa sangat perit. Kemudian dia berjalan pergi meninggalkan Airell bersama Cikgu Zainal. Dari jauh, dia berhenti seketika untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh Cikgu Zainal kepada Airell.

“ Mana tie kamu? Lencana tak pakai! Hulurkan tangan kamu!,” tinggi suara Cikgu Zainal. Cinta dapat dengar 4 kali rotan telah diberikan kepada Airell. Lebih banyak daripadanya, mungkin kerana kesalahan disiplin yang dilakukannya itu. Cinta ketawa sendirian, dari jauh kelihatan Airell sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam. Lalu dia segera berlari pergi dan menuju ke kelasnya.

1 comments:

LeaQistina said...

Salam putri chinta,

satu permulaan cerita yang menarik. Juga sedikit berbeza dari kisah-kisah cinta zaman sekolah yang sedia ada. Selalunya orang akan menjadikan pengawas dan mawas sekolah sebagai pasangan tetapi kali ini, ehem...

terlalu cepat untuk Lea tafsirkan. Apa pun, teruskan berkarya ye. Best! Tahniah.

Salam ikhlas;
~LeaQistina =D