Kini sudah seminggu Airell menjadi hamba Cinta, terpaksa mengikut segala perintah gadis itu. Dan sepanjang minggu itu jugalah dia sentiasa berada di samping Cinta kecuali jika gadis itu keluar dengan Khai. Dan sepanjang masa itulah juga hatinya berasa sakit setiap kali melihat Cinta bersama Khai, bergelak tawa bersamanya, dan lebih menyakitkan lagi apabila Cinta menceritakan saat dia bersama Khai dengan penuh gembira kepada Airell. Namun begitu, dia tetap gembira melihat gadis yang dicintainya itu bahagia.
Airell membawa buku-buku rujukan Cinta yang bertimbun itu sambil mengekori gadis itu ke perpustakaan. Setibanya di hadapan perpustakaan, Cinta berhenti di hadapan pintu utama perpustakaan itu dan berpaling ke arah Airell sambil tersenyum. " Aku malas nak buka kasut aku ni. Sekarang, tugas kau, tolong hantar buku-buku rujukan ni balik kat pustakawan yang bertugas. Ambil balik kad perpustakaan aku, Nur Cinta Ilyana. Aku tunggu kat luar,ok?," arah Cinta. Airell membuat muka malas dan tanpa sebarang kata, dia masuk ke dalam perpustakaan itu bersama buku-buku yang dibawanya tadi.
" Hmm..kejam betul, tapi minah ni la juga yang aku suka..Huh!," rungut Airell di dalam hatinya sambil berjalan menuju ke arah pustakawan yang bertugas. Cinta pula mengintai-intai dari luar perpustakaan itu. Kelihatan Airell sedang mengatakan sesuatu kepada pustakawan itu sambil menunjukkan pada tiga buah buku rujukan yang tebal-tebal di hadapannya itu. Sebentar kemudian, kelihatan pustakawan itu mengambil buku-buku itu dan memberi sekeping kad kepada Airell. Setelah selesai, Airell berjalan keluar dari perpustakaan itu. Dilihatnya Cinta sedang menunggunya di luar perpustakaan itu sambil merenung ke bawah beranda.
" Nah, kad perpustakaan kau..," kata Airell. Cinta tersenyum seraya berkata," Thank you,".
Tanpa mereka sedari, rupa-rupanya mereka sedang diperhatikan oleh Khai dan kawan-kawannya. " Eh, Khai tu bukan ke girlfriend kau?," tanya Zaidie, salah seorang rakan Khai yang juga sekelas dengannya. " Kenapa Airell ada bersama dia?," tanya Zaidie lagi hairan. Khai sudah pun berasa panas di hatinya melihat Airell bersama Cinta. Bukan sekali dua dia nampak mereka bersama, sudah banyak kali, rakan-rakannya pun sudah ramai yang datang menceritakan padanya, namun masih didiamkan saja. Tapi kali ini, dia sudah tidak dapat bersabar lagi. " Apa hubungan mereka berdua sebenarnya? Kenapa mereka begitu rapat??," dia tertanya sendiri.
Cinta membawa beg sandangnya dan berjalan keluar dari kelasnya. Pelajar-pelajar lain sejak dari tadi lagi pulang, kini dia sahaja yang tinggal gara-gara didenda kerana tidak siapkan kerja Sejarah tadi. Dia laju berjalan kerana dia tahu, Airell tentu sedang menunggunya. Maklumlah dia dah jadi driver sekarang. Tiba-tiba dia berasa tangannya ditarik dari belakang.
" Khai??," kata Cinta terkejut.
" Saya nak awak jelaskan sekarang jugak, apa hubungan awak dengan Airell sebenarnya??," tanya Khai agak tinggi suaranya.
" Kenapa ni? Kan saya dah cakap, saya dengan dia cuma kawan je, tak lebih daripada tu," jawab Cinta.
" Hah, kawan.. Habis ke hulu ke hilir dengan dia tu, kawan je la?," kata Khai menyindir.
" Apa awak ni? Takkan awak tak percaya kat saya kot.. Betul la saya cakap, dia cuma kawan je.. Saya kan girlfriend awak, takkanlah saya ada apa-apa hubungan dengan dia pulak," kata Cinta dengan nada agak sedih apabila dituduh melulu begitu.
" Ah, sudahlah. Sekarang ni kan susah nak cari perempuan yang boleh dipercayai ," kata Khai sambil berlalu pergi dari situ meninggalkan Cinta sendirian. Air mata Cinta sudah pun mengalir mendengar kata-kata Khai itu tadi. " Kenapa Khai tak percaya kata-kata aku," bisik Cinta di dalam hati. Dia berpaling ke belakang untuk pulang. Namun, dia dapati Airell sedang berdiri tidak jauh dari situ dan memandangnya penuh simpati.
Cinta menangis sepuas-puasnya di bahu Airell. Tangan Airell cuba untuk menggosok-gosok bahu Cinta bagi menenangkan gadis itu, namun kemudian dia membatalkan niatnya itu. Dia hanya menunggu sehingga Cinta berasa lega.
" Err.. maaf, habis baju kau basah," akhirnya Cinta berhenti menangis. Matanya kelihatan merah dan sedikit bengkak.
" Aku tak faham kenapa dia tak percaya kata-kata aku," kata Cinta. Airell tak tahu apa yang harus dikatakan, lalu dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja dan membiarkan Cinta terus berkata-kata. Sebenarnya dia akui kebenaran kata-kata Khai tadi, memang sejak kebelakangan ini dia sering bersama Cinta. Siapa yang tidak berasa tercabar apabila teman wanita sendiri bersama dengan lelaki lain. Tapi kata-kata Khai kepada Cinta sebentar tadi sudah agak keterlaluan. Dia sepatutnya percaya pada teman wanita sendiri.
" Dah lah, lewat dah ni. Biar aku hantar kau pulang dulu," kata Airell.
Airell menghantar Cinta ke rumahnya. Sebaik tiba di hadapan rumah, Cinta turun dari motor itu. " Airell, terima kasihlah sebab kau dah pinjamkan bahu kau kat aku tadi," kata Cinta.
" Ish, bila masa aku bagi pinjam.. Tadi, aku bagi sewa tu. Cepat bayar..," kata Airell sambil menghulurkan tangannya kepada Cinta dari atas motor.
" Eee.. kau ni memang nak kena belasah ni ," kata Cinta sambil cuba untuk memukul Airell dengan beg sandangnya itu. Belum sempat Cinta memukul Airell, dia sudah pun memecut motornya itu sambil ketawa terbahak-bahak. " Aku akan masukkan tu dalam buku hutang," sempat lagi dia berkata kepada Cinta. Sekali lagi kedengaran suaranya ketawa terbahak-bahak. Setelah Airell jauh menghilang, Cinta tersenyum sendiri. " Si Airell ni, macam-macam..," katanya sendiri dan brjalan masuk ke dalam rumah.
Tuesday, December 8, 2009
Bab 19
Posted by Neavell at 8:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment