BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 14, 2009

Bab 9



Pim! Pim!

Kedengaran bunyi hon kereta beberapa kali dibunyikan dari arah belakang Nia. Walaubagaimanapun, Nia terus berjalan tanpa menoleh kerana dia sudah sedia tahu siapa empunya kereta di belakangnya itu. Mujurlah tiada ramai orang di kawasan itu, jika tidak dia sendiri tidak tahu di mana hendak letakkan mukanya itu apabila ada orang mengekorinya dengan kereta dari belakang.
Sebentar kemudian, kereta itu telah pun bergerak seiringan dengannya. Kelihatan Haris di dalam kereta itu sedang memanggil-manggil nama Nia. Namun Nia masih terus berjalan dan tidak menghiraukan lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa sejak peristiwa tempoh hari, dia langsung tidak mahu berdepan dengan lelaki itu. Mungkin dia berasa bersalah dan malu dengan lelaki itu. Namun sebahagian daripada dirinya pula menyalahkan Haris kerana Harislah yang menyebabkan dia bertemu dengan Tasya,satu-satunya perempuan yang dia benci dan tidak ingin jumpa.
Kini Haris menghentikan keretanya dan keluar dari kereta itu untuk mendapatkan Nia. Dia terus memanggil nama Nia yang semakin laju berjalan ke hadapan. Tiba-tiba Nia merasakan pergelangannya dipegang. Serentak dengan itu dia menjerkah Haris.
“ Eh, sakitlah! ,” jerit Nia sambil merentap kembali tangannya. Haris tidak mengendahkan jerkahan Nia itu. Sekali lagi dia menarik tangan Nia dan mengheret Nia ke keretanya. Dia membuka pintu kereta itu lalu menolak Nia masuk ke dalamnya. Dia tahu cara dia itu agak kasar, namun dia terpaksa buat begitu kerana dia tahu bahawa Nia itu adalah seorang yang degil.
Sebaik sahaja Nia terduduk di tempat duduk sebelah pemandu itu setelah ditolak oleh Haris, dia segera menutup pintu kereta itu dan berjalan untuk masuk ke dalam kereta itu di tempat pemandu. Sewaktu dia membuka pintu untuk masuk ke dalam kereta itu, dia dapat lihat Nia sedang cuba membuka pintu kereta untuk keluar semula dari keretanya itu.
“ Duduk diam!! ,”tengking Haris kepada Nia. Nia tersentak mendengar tengkingan Haris itu, dia tidak menyangka yang lelaki itu akan menjadi segarang itu. Serentak dengan itu, dia membatalkan niatnya untuk lari keluar dari kereta itu. Dia hanya mampu mendiamkan diri sambil memandang dingin kepada Haris. Haris cuba menahan dirinya daripada ketawa apabila melihat kelakuan Nia itu. Dia sengaja meninggikan suaranya tadi agar Nia mendengar kata-katanya. “ Maaf Nia, saya terpaksa ,” kata Haris di dalam hatinya. Dia kemudiannya mula menghidupkan enjin dan terus berlalu meninggalkan kawasan itu. Nia masih terus membisu dan hanya melihat ke luar tingkap kereta itu. Hatinya terasa bagai terbakar menahan marah terhadap lelaki yang kini berada di sebelahnya itu. Namun dia tidak berani untuk meluahkan kemarahannya itu, takut jika dia akan ditengking lagi oleh lelaki itu. Haris juga turut mendiamkan diri, sesekali kedengaran dia menyanyi mengikut lagu yang sedang berkumandang di radio. Dia juga sempat mengerling ke arah Nia beberapa kali walaupun sedang memandu kereta.
Perjalanan itu terasa amat jauh sekali, kini sudah lebih 30 minit mereka berada di atas jalan raya. Nia melihat di luar tingkap kereta itu kawasan yang mereka lalui penuh dengan pokok-pokok, kelihatannya seperti jalan di dalam kampung. Sejak dari tadi dia tertanya-tanya ke mana lelaki itu hendak membawanya. Jangan-jangan lelaki itu cuba untuk menculiknya.
“ Awak nak culik saya ke mana ni? ,” akhirnya Nia bersuara. Haris tersenyum mendengar soalan Nia itu.
“ Saya nak jual awak ,” jawab Haris acuh tak acuh. Nia membulatkan matanya memandang Haris.
“ Ok, berapa awak letak harga saya ni? ,” tanya Nia selamba. Sekali lagi Haris ketawa.
“ Orang yang garang, degil dan sombong macam awak ni, saya Cuma dapat letak harga seringgit je.. Tu pun kalau laku la ,”jawab Haris sambil menyindir Nia. Kemudian dia tersenyum sendirian. Dia sempat mengerling ke arah Nia yang sedang memandang geram kepadanya ketika itu.
Pada masa yang sama, kereta yang dipandu Haris membelok masuk ke dalam perkarangan sebuah rumah putih dua tingkat yang boleh dikatakan besar. Nia memandang aneh melihat persekitaran kawasan itu setelah Haris memberhentikan keretanya. Di sekeliling kawasan itu dipenuhi dengan pokok-pokok tinggi, mereka kini bagaikan berada di dalam sebuah hutan. Haris telah keluar dari kereta, namun Nia masih lagi duduk sambil kedua tangannya bersilang memeluk tubuhnya. Haris mengeluh melihat Nia yang masih lagi berada di dalam kereta itu lalu dia berjalan menuju ke pintu kereta Nia dan membukanya.
“ Turunlah cik puteri sayang oi ,” kata Haris setelah membuka pintu kereta itu. Nia tetap diam membatu di situ, sedikit pun tidak berganjak.
“ Nak saya dukung ke? ,” tanya Haris sambil berjalan mendekati Nia, pura-pura untuk mendukung gadis itu keluar dari kereta. Nia terkejut melihat kelakuan Haris itu, lalu dia segera keluar dari kereta itu. “ Tak payah nak mengada-ngada! Saya boleh keluar sendiri! ,” kata Nia sambil keluar dari kereta itu dan menolak Haris yang menyekat laluannya ke tepi. Haris tersenyum sendirian, “ Tahu pun takut ,”katanya di dalam hati.
Rumah banglo yang tersergam indah di hadapannya itu direnung oleh Nia. Dia atas pintu utama rumah itu telah diletakkan sebuah papan yang dibuat daripada kayu. Pada papan itu, kelihatan beberapa perkataan terukir cantik.
“ Teratak Kasih ”
Itulah yang terukir di atas papan itu. “ Kita kat mana ni? ,” tanya Nia. Haris tidak menjawab soalan Nia itu, sebaliknya dia terus berjalan ke halaman belakang rumah itu. Nia mengetap bibir geram dengan sikap Haris itu, namun dia turut mengekori Haris ke sana. Dia dapat merasakan betapa nyaman dan tenteram kawasan itu. Semua itu memberikan dia satu ketenangan, seolah-olah semua masalah yang difikirkannya selama ini hilang buat seketika. Suara gelak tawa kanak-kanak yang tiba-tiba kedengaran menghentikan fikirannya yang jauh menerawang itu.
“ Abang Haris!! ,” Nia dapat lihat lebih kurang sepuluh orang kanak-kanak yang mungkin dalam lingkungan sepuluh hingga lima belas tahun berlari mendapatkan Haris dan memeluknya. Nia kehairanan. Siapa mereka?
Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang perempuan sedang berdiri di bawah sebatang pokok. Perempuan yang berusia dalam 30 tahun itu tersenyum sendirian melihat kanak-kanak yang sedang memeluk Haris itu. Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah mereka, dan mula bertegur sapa dengan Haris. Nia hanya melihat mereka semua dari jauh. Tetapi, tiba-tiba Haris memanggilnya.
“ Kak Hana, ni Nia ,” jelas Nia kepada perempuan itu. Perempuan itu mengangguk sambil tersenyum memandang Nia. Dia menghulurkan tangannya kepada Nia sambil memperkenalkan dirinya, “ Kak Hana ,” katanya.
Nia menyambut tangan perempuan yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Hana itu dengan senyuman. “ Gembira jumpa Kak Hana,” kata Nia pula.
“ Eh Haris, jomlah masuk. Takkan kita nak berdiri kat sini je. Anak-anak, jom semua kita masuk. Masa bermain dah habis ,” kata Kak Hana. Mereka semua pun terus masuk ke dalam rumah itu dengan dengan diekori oleh Haris, Nia dan Kak Hana. Kak Hana mempelawa Nia duduk di ruang tamu, sementara Haris pula telah menghilang ke tingkat atas bersama kanak-kanak itu tadi.
Kini Nia bersendirian di ruang tamu itu setelah Kak Hana masuk ke dapur untuk menyediakan minuman dan makanan. Dia memandang ke sekeliling ruangan itu. Tidak jauh dari sofa yang sedang dia duduk itu, kelihatan sebuah almari yang penuh dengan frame gambar kecil. Gambar-gambar itu menarik perhatiannya, lalu dia berjalan menuju ke arah almari itu dan dia menilik gambar-gambar yang diletakkan di situ. Salah satu gambar itu sangat menarik perhatiannya. Gambar seorang gadis yang duduk di atas kerusi roda sedang memegang tropi itu diambilnya untuk dilihat dengan lebih dekat.
“ Itu Zinirah, gambar itu diambil ketika dia menjuarai pertandingan melukis peringkat negeri tahun lepas ,” kata Kak Hana yang entah bila muncul di situ. Dia meletakkan dulang yang dibawanya ke atas meja dan berjalan menuju ke arah Nia.
“ Kenapa dengan dia? ,” tanya Nia sambil berpaling memandang ke arah Kak Hana. Kak Hana mengerutkan dahinya mendengar pertanyaan Nia itu. “ Err, maksud saya, kerusi roda tu… ,”
“ Oh, kaki dia lumpuh disebabkan satu kemalangan sewaktu dia kecil ,” kata Kak Hana sebelum sempat Nia menghabiskan ayatnya. “ Oh.. ,”kata Nia perlahan dengan nada bersimpati.
“ Tapi, anak-anak Kak Hana ni semuanya nampak macam hampir-hampir sebaya je ye? ,” kata Nia lagi.
“ Anak? Mereka semua bukan anak Kak Nia, tapi anak angkat kat Teratak Kasih ni,” jelas Kak Hana sambil tersenyum kelucuan apabila Nia fikir bahawa mereka semua adalah anaknya.
“ Maksud Kak Hana, ni rumah anak-anak yatim? ,” tanya Nia inginkan kepastian. Kak Hana hanya mengangguk sambil tersenyum lagi. Sebentar kemudian, kelihatan Haris turun bersama kanak-kanak itu tadi.
“ Ok, ok, nanti abang bawa adik-adik semua pergi jalan-jalan hujung minggu ni ,” kedengaran Haris berkata kepada kanak-kanak itu sambil menuruni tangga. “ Tu, pergi tegur Kak Nia. Salam dengan dia ,” kata Haris lagi. Serentak dengan itu, mereka semua pun beramai-ramai mendapatkan Nia dan bersalam dengannya. Nia tersenyum gembira melihat telatah kanak-kanak itu dan menggosok-gosok kepala mereka.
Beberapa minit kemudian, muncul seorang gadis berkerusi roda ke ruangan itu. Zinirah. Nia memandang ke arahnya sambil tersenyum, Zinirah turut membalas senyumannya itu. Nia berjalan menuju kea rah Zinirah.
“ Hai, akak Nia ,” kata Nia sambil tunduk menghulurkan tangannya kepada Zinirah.
“ Saya Zinirah ,” kata Zinirah sambil menyambut tangan Nia.
“ Berapa umur kamu? ,” tanya Nia lagi.
“ 15 tahun ,” jawab Zinirah sambil tersenyum. Pada masa yang sama, Haris berjalan menghampiri mereka.
“ Hai Zinirah.. Sihat? ,” sapa Haris.
“ Sihat abang Haris, sihat sangat-sangat ,” kata Zinirah.
“ Ok lah, umi rasa kamu semua patut pergi mandi sekarang. Hari dah semakin lewat ni ,” kata Kak Hana kepada semua kanak-kanak itu. Lalu, mereka semua pun berlalu dari situ. “ Kamu duduklah dulu ye Nia, minum air, Kak Hana ada beberapa kerja lagi sikit nak buat kat dapur tu,” kata Kak Hana kepada Nia pula. Nia hanya mengangguk sambil tersenyum.
“ Zinirah pun hendak minta diri dulu ye? ,” kata Zinirah sopan kepada mereka berdua. “ Baiklah, kamu pergilah mandi dulu ,” kata Haris. Lalu Zinirah pun pergi meninggalkan mereka berdua di ruang tamu itu setelah Kak Hana juga turut berlalu ke dapur.
Nia merenung kea rah Haris, bagaikan ingin tahu sesuatu dari lelaki itu. Haris yang sememangnya menyedari bahawa Nia sedang merenungnya itu pura-pura menonton televisyen. Nia masih terus merenung ke wajah Haris.
“ Awak nak tanya apa? Tanya je la.. ,” akhirnya Haris bersuara.
“ Kenapa awak bawa saya ke sini, ke rumah anak-anak yatim ni. Apa tujuan awak sebenarnya ye? ,” tanya Nia. Haris tersenyum, dia memang sudah dapat mengagak bahawa soalan itulah yang akan ditanya oleh Nia.
“ Soalan tu saya akan jawab bila saya hantar awak balik nanti ,” kata Haris. Nia membuka mulut untuk meminta Haris supaya memberitahunya ketika itu juga, namun belum sempat dia berkata-kata, Haris bersuara terlebih dahulu, cuba untuk mengelak dari menjawab soalan itu. “ Saya pun nak pergi mandi dulu ,” kata Haris, kemudian terus pergi dari situ setelah menutup televisyen di hadapannya itu. Nia tinggal sendirian di situ, dengan masih dalam keadaan tertanya-tanya.

2 comments:

Hafia Hana said...

hu.hu..

a bit head ache..coz still x phm nape haris wat cm nehh~

::cHeeSeCaKe:: said...

die nk nia tu spend mse dgn ank2 tu kot..
at least die leh bz n hepi lyan kerenah dak2 kecik tu..huhu
(juz pendapat sye je..)
smbung lg..!