BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 23, 2009

Bab 8



“ Sayang..dah lama tunggu?,”Nabil yang tiba-tiba muncul mula menyapa teman wanitanya yang sedang duduk di salah sebuah meja makan dalam kafetaria itu.
“ Tak delah,sayang pun baru je sampai,”jawab Sarah sambil tersenyum kepada Nabil.Sarah memang menggunakan panggilan ‘sayang’ sejak mereka mula bercinta manakala Nabil pula lebih suka jika dia dipanggil ‘abang’.Memang begitulah biasanya adat dalam percintaan.
Nabil telah pun mengambil tempat duduknya,tetapi Haris masih lagi berdiri tercegat di hadapan mereka berdua sambil tersenyum.Setiap kali melihat pasangan kekasih itu,dia selalu tersenyum. Dia berasa senang hati melihat mereka berdua, sungguh mesra.Jika diingat kembali,sudah hampir setahun hubungan percintaan mereka berdua itu.Dan dalam tempoh masa itu,mereka hanya sekali pernah bergaduh.Puncanya ialah cemburu!Biasalah,dalam cinta haruslah ada cemburu.
“ Hoi,duduklah.Yang kau tercegat lagi kat situ tu apasal?,”Nabil mula bersuara. Haris pun mengambil tempat berhadapan dengan Nabil yang duduk di sebelah Sarah. Kedatangannya bersama Nabil itu memang sudah diketahui oleh Sarah.Satu-satu tujuannya adalah untuk mengetahui tentang Nia.Dia sendiri tidak tahu kenapa lelaki itu begitu beria-ria untuk tahu tentang diri Nia.
“ Saya Cuma nak tahu tentang satu perkara je sebenarnya ni..Awak kenal tak siapa Tasya?,”tanya Haris memulakan bicaranya.
“ Tasya??! ,” Sarah agak terkejut mendengar nama itu disebut oleh Haris.Segera terbayang dalam fikirannya wajah seorang gadis berambut panjang,cantik tetapi gedik. Orang yang paling bencikan Nia zaman sekolahnya dulu.Haris hanya mengangguk.
“ Dia satu sekolah dengan saya dan Nia dulu.Macamana awak boleh kenal dia?,”
Tanya Sarah yang masih belum tahu lagi peristiwa di Tasik Titiwangsa tempoh hari.
“ Nia terserempak dengan Tasya masa saya ajak dia keluar tempoh hari,” jawab Haris.
“ What?,” Sarah agak terkejut mendengar kata-kata Haris itu. ‘Patutlah Nia menangis ketika pulang ke hostel tempoh hari.Rupa-rupanya itulah sebabnya.Tapi,kenapa dia tak ceritakan pada aku pasal hal ni?’.Sarah bermonolog sendirian. “ Sebenarnya Tasya tu memang benci sangat kat Nia masa sekolah dulu,” Sarah memulakan ceritanya dan kembali semula ke tiga tahun yang lepas.

Nia masuk ke bilik dan menangis teresak-esak. Kenapa emaknya langsung tidak memikirkan perasaannya?
“ Mak tak peduli siapa lelaki itu.Tapi mulai dari hari ini,mak nak kamu putuskan hubungan kamu dengan dia,faham?!!,” kata-kata emaknya itu sebentar tadi benar-benar meluluhkan hatinya.Kalaulah arwah ayahnya masih hidup, adakah ayahnya juga akan memarahinya seperti emaknya itu?Dia mula terkenangkan arwah ayahnya yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.Seketika kemudian, pintu biliknya dibuka. Pn. Kamariah masuk tanpa dijemput dan duduk di atas katil di tepi Nia. Dia membelai-belai rambut Nia yang panjang itu. Nia masih lagi tersedu-sedu.
“ Nia, maafkan mak sebab bercakap kasar dengan Nia tadi. Mak tak bermaksud nak tengking Nia sebenarnya. Mak Cuma risaukan Nia je. Sekarang ni Nia masih belajar lagi,sekolah pun tak habis. Mak tak nak tengok anak mak tercicir pelajaran kerana bercinta. Nia faham kan maksud mak?,” bicara emaknya dengan lembut. Nia hanya mendiamkan diri.Dia tidak sanggup untuk menatap wajah emaknya itu. Air matanya menitis kembali. Dia tahu kata-kata emaknya itu ada benarnya. Dia tahu emaknya melakukan semua itu kerana sayangkannya.
“ Nia?,” panggil emaknya setelah lama menunggu bicara daripada anak tunggalnya itu.
“ Maafkan Nia mak,Nia tahu Nia bersalah. Ya,Nia janji Nia akan putuskan hubungan dengan lelaki itu. Nia janji mak,” kata Nia sambil memeluk emaknya dengan teresak-esak. Pn. Kamariah sendiri terasa sebak melihat tangisan anaknya itu. Bukan dia sengaja mahu anaknya berasa sedih, tapi semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikan anaknya itu. Emak mana yang tidak menyayangi anaknya sendiri.
Keesokan harinya Nia berjumpa dengan Adam di tempat biasa,pondok belakang sekolah.Dia menyatakan hasratnya kepada Adam untuk mengotakan janjinya pada emaknya semalam.Memang berat,sangat berat untuk mulutnya mengeluarkan kata-kata itu.Tapi,dia lebih sayangkan emaknya.
“ What??!!!,”kata Adam bagaikan tidak percaya akan apa yang diminta oleh Nia.
“ Nia cakap Nia nak kita putuskan hubungan kita ni! ,” tinggi suara Nia. Kelihatan Adam agak termengkelan mendengar nada suara Nia itu tadi.
“ Nia... Kenapa Nia?Nia dah tak sayangkan abang ke? Betul Nia sanggup terima kalau kita putus? ,”tanya Adam lembut tapi penuh dengan harapan.
“ Nia…Nia…Ya, Nia sanggup terima kalau kita putus!,” kata Nia lagi.
“ Nia…,”hanya itu yang mampu keluar dari mulut Adam mendengar kata-kata Nia itu tadi.Benarkah kata-katanya itu?Nia mula berjalan untuk pergi dari situ.Tapi,dengan tidak semena-mena tangannya ditarik oleh Adam.
“ Nia,pandang mata abang Nia!,”Adam menarik tangan Nia dan memegang ke dua-dua belah bahu Nia menghadapnya. “ Pandang abang dan cakap kat abang yang Nia masih sayangkan abang!,”kata Adam lagi.Nia mula serba-salah. “ Say it Nia!!,” keras sekali suara Adam.Dia tahu,Nia masih lagi sayangkannya.Dan dia tahu bahawa itulah yang Nia akan katakan padanya.
Air mata Nia mula bertakung di birai matanya.Dengan perlahan-lahan dia memandang ke mata Adam,terasa bagai mahu jatuh dia pada waktu itu. ‘ Ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk mengatakannya,’ kata Nia dalam hati.Dia menahan sebak dalam dadanya.Dia tidak mahu menangis di hadapan lelaki itu.Adam masih lagi menunggu.
“ Tak,Nia dah tak sayangkan abang,”kata Nia dengan tenang.Pegangan Adam yang erat tadi kian terlerai.Ternyata sangkaannya meleset sama sekali.Jawapan yang diberikan Nia bukanlah jawapan yang ingin didengarinya.
“ Sudahlah abang,memang jodoh kita bukan bersama. Nia minta maaf,tapi mulai hari ini kita dah tak ade apa-apa hubungan lagi,”kata Nia lagi menahan rasa sebak.Adam tidak mampu berkata apa-apa lagi selain melihat Nia pergi dari situ.
Nia berlari,berlari sekuat hatinya menuju ke tandas.Air matanya mula mengalir. ‘Kenapa semuanya terpaksa berakhir begini?Maafkan Nia abang,Nia masih sayangkan abang. Nia masih sayang abang’kata Nia dalam hatinya. Air matanya terus mengalir laju.

Nia berjalan bersama Sarah menuju ke bilik guru. Dalam perjalanan ke sana, mereka terserempak dengan Adam. Pandangan Nia dan Adam bertaut. Namun, dengan segera Nia mengalihkan pandangannya.Dia tidak sanggup untuk menatap wajah itu dengan lama.Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke bilik guru kerana Cikgu Zahir hendak bertemu dengan mereka.
Setelah semuanya selesai,Sarah mengajak Nia menemaninya ke tandas.Pada mulanya Nia enggan ke sana,tetapi setelah didesak oleh Sarah,dia akhirnya bersetuju. Sampai sahaja di pintu tandas,mereka terdengar suara seorang lelaki di dalam tandas itu. Mereka mula tertanya-tanya,suara siapakah itu.Namun,setelah Nia amati suara itu,dia dapat rasakan bahawa dia amat mengenali suara itu.Adam.Nama itu mula berlegar dalam fikirannya.Hatinya mula berdebar. ‘Adamkah di dalam sana?’detis hatinya. Sebentar kemudian,dia terdengar pula suara seorang perempuan.Nia segera berjalan masuk ke dalam tandas itu,diikuti pula oleh Sarah.
“ Ala, sayang..Sayang jangan la macam ni,”kata Tasya sambil memeluk Adam dari belakang.
“ Tasya?,”kata Sarah terkejut.Serentak dengan itu,Adam dan Tasya berpaling ke arah mereka. “ Adam?,”kata Sarah lagi setelah melihat wajah Adam.Adam kelihatan terkejut melihat Nia yang tidak mampu berkata di sebelah Sarah.Nia segera berlari keluar dari tandas itu.Dia tidak tahan lagi untuk berada di situ,untuk melihat lelaki yang dicintainya itu sedang berpelukan dengan perempuan lain.
“ Nia!,”Adam cuba untuk mengejar Nia.Tapi tangannya dipegang oleh Tasya yang cuba menghalangnya.Namun,dengan kudrat lelakinya,dia dapat merentap tangan yang dipegang oleh Tasya itu dengan mudah.Lalu dia berlari mengejar Nia.
“ Nia!,”panggil Adam.Namun,Nia terus berlari tanpa menoleh. “ Nia!,”panggil Adam lagi.Kali ini dia sempat menyambar tangan Nia. “Please, listen to me..,”rayu Adam.
“ Lepaslah!Apa awak nak lagi ha?Pergilah bermadu asmara dengan perempuan tu!! Tadi bukan main mesra lagi!!!,”tengking Nia.Adam agak terkejut mendengar tengkingan Nia itu.
“ Abang dengan Tasya tak ade ape-ape pun,dia yang panggil abang,cakap nak jumpa kat sini.Percaya la kat abang,”kata Adam cuba membela dirinya.
“ Saya peduli apa kalau awak ada hubungan dengan dia pun?Eh,saya tak heran langsung la!,”kata Nia lagi cuba menafikan rasa hatinya.
“ Nia..abang cakap betul.Abang Cuma sayang Nia sorang je walaupun Nia dah tak sayangkan abang,”kata Adam lagi. Runtun hati Nia mendengar kata-kata terakhir Adam itu.Tapi,selepas apa yang dia lihat tadi,dia tahu bahawa dia sudah tidak boleh mempercayai kata-kata lelaki itu lagi.
“ Eh,awak ingat saya ni bodoh ke?!!Habis yang saya tengok tadi tu ape?! Awak ni memang menjijikkan ye?Dahlah awak,jangan nak menipu lagi.Saya memang tak sangka yang selama ni saya boleh dengar semua tipu helah awak.Awak dengar sini,mulai hari ni, saya tak nak tengok muka awak lagi!!,”kata Nia dengan tegas lalu dia menarik tangannya yang dipegang oleh Adam itu dan pergi.Sarah yang melihat tayangan itu tadi segera berlari ke arah Nia dan berjalan seiringan dengannya.Dia dapat lihat Nia mula menitiskan air matanya.Namun,dia hanya mampu menggosok-gosok belakang Nia bagi menenangkannya.

Sarah meneguk jus lobak yang dipesannya tadi.Dia dapat lihat wajah Haris yang turut beremosi mendengar cerita yang diceritakannya tadi.Tidak kurang juga kekasihnya sendiri.Nampaknya mereka benar-benar menghayati cerita yang dia ceritakan tadi.
“ Apa yang jadi selepas itu?,”tanya Haris ingin tahu.
“ Selepas itu,Adam benar-benar menghilangkan diri,selepas hari itu dia tidak hadir ke sekolah. Nia mula berasa menyesal dengan kata-katanya terhadap Adam itu.Lebih-lebih lagi setelah dia dapat tahu bahawa Tasya yang telah memperangkap Adam ketika dalam tandas itu dulu.Dia menyesal kerana menuduh Adam dengan melulu. Jadi Nia cuba mencari Adam di rumahnya,tapi rumahnya juga kosong,”kata Sarah lagi.
“ Dia pergi mana?,”tanya Nabil pula.
“ Entahlah.Tapi,dengar-dengar kata,Adam yang tinggal dengan neneknya itu telah berpindah ke rumah ibu bapanya di Pahang.Neneknya juga turut ke sana,”kata Sarah menjawab pertanyaan Nabil itu.Haris mengangguk tanda faham. ‘Jadi begitu rupanya’ kata Haris dalam hati.Kini rasa hatinya semakin kuat untuk membuatkan Nia menjadi seperti dulu semula.

2 comments:

Hafia Hana said...

hu..hu..

dah x sweet..

i hate dis part~

Hafia Hana said...

hope pasni tasya sedar yg adam langsung x suka kt dia`