BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 29, 2009

Bab 6



Nia duduk termenung di kerusi bangku kegemarannya itu.Di wajahnya terpancar suatu kerisauan.Dia sedang berfikir tentang gelangnya yang hilang tempoh hari itu.Dia masih cuba mengingat semula di mana gelang tangannya itu telah tercicir.Tetapi,hampa. Dia sendiri tidak sedar bila gelangnya itu tercicir.Gelang itu sangat penting baginya.Sama seperti kotak muziknya,gelang itu juga adalah hadiah pemberian Adam kepadanya.Dia benar-benar sedih dengan kehilangan gelang yang menyimpan satu kenangan manis itu.

“ Nia,jom ikut abang,”kata Adam setelah jumpa Nia di kantin.
“ Ikut abang ke mana?,”Nia kehairanan.
“ Ada la..Tapi,Nia kena tutup mata dulu,”kata Adam.
“ Tutup mata?Tak nak lah,”kata Nia.
“ Ala Nia,please la..kejap je..,”kata Adam cuba memujuk Nia.
“ Erm..ok lah..,”kata Nia.
“ Janji jangan buka mata tu,”kata Adam lagi.
“ Ok,Nia janji,”janji Nia kepada Adam.Kemudian Adam menarik tangan Nia dan berjalan menuju ke pondok bangku di belakang sekolah iaitu tempat mereka mula-mula jadi kekasih itu dulu.“Ke mana dia nak bawa aku ni,”fikir Nia.Dia langsung tidak cuba untuk membuka matanya.
Akhirnya,Adam berhenti berjalan.“Nia,sekarang Nia boleh buka mata,”kata Adam. Secara perlahan-lahan,Nia membuka matanya.Dia sungguh terpegun melihat pondok bangku di hadapannya yang dihias cantik dengan bunga-bunga itu.Di atas meja pula, kelihatan sebiji kek dan makanan terhidang dengan begitu tersusun sekali.
“ Happy Birthday,sayang,”kata Adam.“Abang buat semua ni khas untuk Nia,”kata Adam lagi.
“ Abang,Nia tak tahu macam mana nak cakap,tapi terima kasih untuk semua ni,” kata Nia yang terharu dengan apa yang Adam lakukan untuk hari jadinya itu.
“ Untuk Nia,abang akan buat apa saja,asalkan Nia happy,”kata Adam.Nia tersenyum mendengar kata-kata Adam itu.“Apalagi Nia,duduklah.Takkan nak tengok je makanan ni,”kata Adam lagi.
Mereka berdua pun duduk dan menikmati makanan itu.“Nia,”kata Adam sambil menghulurkan sepotong kek ke mulut Nia.Nia tersenyum kemudian membuka mulutnya dan makan sedikit kek di tangan Adam itu.Setelah itu,Nia melakukan perkara yang sama kepada Adam.Beberapa pelajar yang melalui kawasan itu terutamanya pelajar-pelajar perempuan memandang pasangan itu.
“ Tengok tu.Itu Nia dan Adam kan?Pasangan kekasih paling romantik di sekolah ni,”kata salah seorang daripada mereka.
“ Yalah.Kalaulah aku ada teman lelaki macam Adam tu kan best,”kata pelajar yang lain pula.
“ Tepi,tepi!!,”kata Tasya kasar kepada pelajar-pelajar itu.“Apa yang kau orang semua tengok ni,hah?!!,”katanya lagi ingin tahu.Matanya hampir terbeliak apabila melihat Adam dan Nia sedang makan bersama di pondok bangku itu.
“ Eh,Adam tu Tasya.Dia dengan Nia lah,siap makan suap-suap lagi,”kata Mira salah seorang kawannya.Hati Tasya mula membara melihat kemesraan mereka berdua.
“ Tak boleh jadi ni!Adam sepatutnya jadi milik aku!Bukan perempuan tak guna tu!!,”kata Tasya.Tasya memang sudah lama menaruh hati kepada Adam,namun dia langsung tidak dipandang oleh Adam.
“ Habis apa kau nak buat?,”tanya Zaza,kawannya yang lain.
“ Tengoklah..satu hari nanti,Adam akan jadi milik aku juga.Aku takkan biarkan mereka bahagia bersama!!,”kata Tasya.Hatinya telah pun memikirkan satu rancangan jahat untuk memisahkan pasangan itu.
“ Nia,abang ada sesuatu untuk Nia,”kata Adam sambil menghulurkan seutas gelang kepada Nia.Nia terpegun melihat gelang di tangan Adam itu.
“ Cantik gelang tu,”kata Nia.
“ Lebih cantik jika Nia yang pakainya,”kata Adam lagi.Kemudian,dia menarik tangan Nia dan memakaikannya di tangan Nia.
“ Terima kasih,abang,”kata Nia.Dia tidak tahu berapa kali harus dia ucapkan terima kasih kepada lelaki di hadapannya itu.Lelaki itu telah membuatkan dia berasa benar-benar bahagia.Dia sungguh bertuah mendapat teman lelaki seperti Adam itu.

Haris yang sejak dari tadi memerihatikan Nia datang mendekatinya.“Resah nampak. Tercari-carikan benda ni ke?,”tanya Haris sambil menunjukkan seutas gelang kepada Nia.Nia terperanjat melihat benda yang dia cari-cari itu berada di tangan Haris. Dengan perasaan gembira,dia mengambil gelang itu dari tangan Haris.
“ Mana awak dapat gelang ni?,”tanya Nia dengan nada gembira.
“ Awak tercicirkannya sewaktu berjalan pergi dalam keadaan marah tempoh hari,” kata Haris.
“ Oh..,”kata Nia.Dia tahu Haris sedang menyindirnya tentang hal tempoh hari itu. Namun,terbit juga rasa bersalah dalam dirinya kerana memarahi lelaki itu tempoh hari. “Err..pasal tempoh hari tu,saya minta maaf sebab marah awak macam tu,”kata Nia.
“ Tak apalah awak,saya suka dimarahi perempuan ni,”kata Haris sambil tersenyum. Nia turut tersenyum mendengar kata-kata Haris itu.
“ Memandangkan awak dah tolong pulangkan gelang ini semula kepada saya,apa pula yang saya boleh buat untuk balas kebaikan awak ni?,”tanya Nia.
“ Erm..satu je yang saya nak awak buat,”kata Haris.
“ Apa dia?,”Nia mula tertanya-tanya.
“ Saya nak awak terima saya sebagai kawan awak.Saya nak berkawan dengan awak,bolehkan?,”kata Haris sambil menghulurkan tangannya kepada Nia.
Nia terdiam seketika.Namun,akhirnya dia tersenyum dan menyambut tangan Haris itu.“Ok,kita kawan”.Haris tersenyum apabila Nia akhirnya menerimanya sebagai kawan. Maka,hari itu terjalinlah satu ikatan persahabatan antara mereka berdua.

0 comments: