BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 19, 2009

Bab 5



Setelah tamat kuliah,Nia berjalan untuk pulang ke asramanya.Hari itu dia berasa sungguh letih.Apa tidaknya,hari itu dia masih belum dapat berehat.Dia sudah dapat membayangkan katil empuknya di asrama sedang menunggu kepulangannya.
“ Hai awak!,”sapa Haris.Nia terkejut apabila melihat Haris di sebelahnya yang muncul entah dari mana itu.Dia memandang ke sebelah kanan dan belakangnya untuk melihat dengan siapa lelaki itu bercakap.Haris hanya tersenyum melihat kelakuan Nia itu.
“ Saya bercakap dengan awaklah,”kata Haris kepada Nia sambil tersenyum. “Dengan aku?Apa yang lelaki ni nak sebenarnya ni?,”Nia tertanya-tanya dalam hatinya. “Boleh saya jalan bersama awak?,”tanya Haris.
“ Awak memang sedang berjalan dengan saya pun,”kata Nia selamba.Haris tersenyum mendengar kata-kata Nia itu.“Terkena aku dengan perempuan ni,”bisik hatinya.
“ Udara petang ni nyaman kan?,”kata Haris bagi memulakan perbualan dengan Nia.
“ Awak awak nak apa sebenarnya?,”Nia akhirnya mengajukan soalan itu kepada Haris.
“ Saya nak berkenalan dengan awaklah,”jawab Haris.
“ Untuk apa?Saya tak perlukan kawan,”kata Nia dingin.
“ Awak ni sombong ye?,”kata Haris cuba menyindir Nia.Mendengar kata-kata Haris itu,Nia berpaling dan merenung dia dengan tajam.Kemudian,dia menjeling Haris dan meninggalkan lelaki itu di situ.Langkah Haris terhenti.Dia tersenyum sendirian melihat telatah Nia itu tadi.
“ Tengoklah..satu hari nanti,awak tetap akan jadi kawan saya,”

Nia mengambil dua sandwich bersama secawan kopi di dalam sebuah dulang sambil berjalan menuju ke salah sebuah meja dalam kafetaria itu.Biasanya dia akan bersarapan dengan Sarah.Tetapi pada hari itu,Sarah tidak dapat bersarapan bersamanya kerana ada hal penting yang perlu dibuat.Hal apa,dia sendiri tidak tahu.
“ Hai Nia!Selamat pagi!,”Haris tiba-tiba datang dan menegurnya.Nia yang sedang minum air kopinya itu tersedak apabila tiba-tiba dikejutkan dengan teguran Haris itu tadi.
“ Awak lagi?Awak ni memang suka buat orang terkejut,tahu tak??,”marah Nia kepada Haris.Haris hanya tersenyum.“Awak nak apa sebenarnya?Kenapa awak selalu ganggu saya?Saya tahu la saya yang salah sebab langgar awak tempoh hari.Tapi,saya dah minta maaf.So,apa lagi yang awak nak?,”sambung Nia lagi dengan panjang lebar dengan nada yang agak keras.
“ Saya pernah cakap,saya nak jadi kawan awak,”kata Haris.
“ Dan saya pun pernah cakap yang saya tak perlukan kawan,terutamanya jenis macam awak ni!Takkan awak masih tak faham lagi?,”kata Nia pula.
“ Nia,saya tahu pasal kisah silam awak.Saya tahu,awak pendamkan kesedihan awak dalam hati.Saya nak sangat jadi kawan awak,jadi pendengar setia awak.Awak janganlah terus bersedih lagi.Saya sendiri tak tahu kenapa,walaupun kita taklah kenal sangat,tapi saya teringin jadi kawan awak untuk kembalikan Nia yang periang seperti dulu semula,”kata Haris panjang lebar.Kata-kata Haris itu membuat Nia berasa marah. Dia tidak suka apabila lelaki itu menyebut tentang kisah silamnya.“Bagaimana dia tahu pasal aku?,”itulah yang bermain dalam fikirannya.
“ Awak dengar sini,Nia yang tu dah lama mati!Saya tak faham,kenapa awak boleh tahu pasal hal peribadi saya sedangkan kita bukannya kenal sangat.Saya tak nak awak masuk campur dalam hal saya lagi.Saya tak perlukan awak untuk ubah saya.Saya tak perlukan nasihat dari awak dan saya tak perlukan kawan macam awak,faham!!,”kata Nia tegas.Kemudian,dia berlalu pergi meninggalkan Haris.Seleranya untuk makan sandwichnya itu hilang kerana marahkan Haris.“Macam mana dia dapat tahu semua tu?,” Nia masih tertanya-tanya dalam hatinya.Haris agak terkejut melihat ketegasan Nia itu. Perwatakannya itu sungguh berbeza daripada sebelum ini.Namun,dia tetap tidak akan berputus asa.Dia tetap akan berusaha untuk berkawan dengan gadis itu.
Nia menghempaskan badannya di atas tilam katilnya yang empuk itu.Matanya mula berasa mengantuk kerana terlalu letih pada hari itu.Kemudian,dia cuba meraba-raba gelang kesayangannya di pergelangan tangannya itu.Namun kosong.Gelang itu tiada di situ.
“ Mana gelang tu??,”Nia mula terkejut apabila mendapati gelang itu tiada di tangannya.Matanya yang mengantuk itu kini terbuka luas.Dia mula risau jika gelang kesayangannya itu hilang.Kemudian,dia segera bangun dan membalik-balikkan tilamnya itu.Namun,gelang itu tiada di situ.
Dia terus mencari gelang itu.Kali ini dia menyelongkar dalam semua laci-laci meja di dalam bilik itu.Namun,tetap hampa.Gelang itu tiada di situ.Habis seluruh bilik telah diselerakkan olehnya,tetapi dia tetap tidak menjumpai gelang itu.
“ Astaghfirullahal’azim,”Sarah yang baru pulang itu mengucap panjang setelah masuk ke bilik itu.“Kau sedar ke apa yang kau buat ni?,”sambungnya lagi.
“ Aku cari gelang tangan aku..Kau ada nampak tak?,”kata Nia sambil terus mencari.
“ Kalau ya pun,janganlah selerakkan barang dalam bilik ni macam ni,”kata Sarah.
“ Nanti aku kemas semulalah,kau ada nampak tak gelang aku tu?,”tanya Nia sekali lagi.
“ Tak ada..Kau ni,takkan kau tak ingat kat mana kau letak gelang kau tu?,”tanya Sarah.
“ Entahlah,aku rasa aku pakai gelang tu pagi tadi.Tapi gelang tu tak ada kat tangan aku,tu yang aku hairan tu,”kata Nia.
“ Jangan-jangan gelang tu tercicir kat mana-mana tak,”kata Sarah.
Nia terhenti seketika.“Ya tak ya juga,tapi..kat mana aku tercicir gelang tu.Aku tak perasan bila gelang tu tercicir,”kata Nia.Fikirannya mula ligat berfikir di mana dia tercicirkan gelangnya itu.Sarah hanya mengeleng kepala sendirian melihat kawannya yang separuh gila mencari gelang kesayangannya itu.

0 comments: