BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 13, 2010

Bab 22

   Cinta berjalan sambil menyepak batu-batu kecil di atas jalan itu. Fikirannya kelihatan seperti telah menerawang jauh. Tiba-tiba Airell datang dari belakang dan menyergahnya. Apalagi, terkejut beruklah Cinta apabila disergah begitu. Hampir nak terjatuh dia dibuat Airell.

   " Hoi, kau ni dari mana? Tiba-tiba je muncul ni, pakai ilmu ghaib ke? Terkejut aku! Nasib baik tak de lemah jantung," kata Cinta sedikit marah.

   " Alahai marah la pulak, sorry la.. Aku tak tahu pulak yang kau tu tengah khusyuk sangat-sangat mengelamun," kata Airell memerli. Cinta hanya menjeling tajam.

   " Hoi, kau mengelamunkan apa tadi? Macam ada problem je? Cerita la," kata Airell.
  
   " Hmm.. entah la Airell.. Aku rasa, sejak kebelakangan ni, perangai Khai tu pelik la.. Dia selalu je sibuk, tak pernah ada masa untuk aku. Aku ajak dia keluar minum petang pun dia tak boleh. Alasan dia, sibuk. Sibuk apa, aku pun tak tahu," luah Cinta. Mendengar kata-kata Cinta itu, wajah Airell mula berubah.
   " Dia sibuk dengan girlfriend dia, Cinta..," kata Airell di dalam hatinya.
   Wajah Cinta kelihatan benar-benar muram, Airell bagaikan dapat merasai kesedihan gadis itu. Hatinya turut runtun melihat Cinta dalam keadaan begitu.
   " Cinta... sebenarnya Khai...," Airell memulakan bicaranya.
   " Khai apa?," Cinta mula tertanya-tanya.
   " Err.. Khai dah pesan kat aku supaya tengok-tengokkan kau sebab dia memang betul-betul sibuk kebelakangan ni," begitu petah Airell berbohong. Niatnya ingin menceritakan tentang perkara sebenar sekali lagi tidak menjadi. Dia tiada keberanian itu, kerana dia tidak sanggup melihat Cinta lebih sedih. Bagi dia, kesedihan Cinta adalah kesedihan dirinya juga.

    " Betul ke?," tanya Cinta, kali ini bibirnya mula menguntumkan senyuman.Airell hanya mengangguk.
    " Tak sangka, dia sibuk pun masih ambil berat lagi pasal aku ye?," kata Cinta lagi. Airell hanya tersenyum kelat. " Maaf Cinta, aku banyak tipu kau," kata Airell di dalam hatinya.

    " Hmm.. Lusa dah mula cuti penggal kan?," tanya Cinta. Sekali Airell mengangguk.
    " Sebenarnya, hari Selasa nanti, family aku akan bercuti ke Cameron Highlands," kata Cinta. " Aku ada ajak Khai pergi bersama tempoh hari, tapi macam biasalah, dia cakap tak boleh pergi sebab busy," kata Cinta lagi.
    " Macamana kalau kau yang pergi bersama?," Cinta mula memberi cadangan. Airell terbeliak matanya terkejut dengan pelawaan CInta itu.
    " Kau serius ke ajak aku ni?," tanya Airell. " Nanti kalau Khai tahu, mesti dia marah," kata Airell lagi.
    " Apa pulak dia nak marah, kau maid aku.. Memang patut pun kau pergi sekali, tolong aku kat sana nanti.. Takkanlah aku nak bagi kau cuti daripada jadi maid aku sepanjang aku berada di sana nanti. Hish, no way la! Aku takkan mudah-mudah bagi kau berehat," kata Cinta sambil tersenyum sinis.
    " Oh, mentang-mentanglah aku terpaksa ikut semua arahan kau, kau buli aku ye? Tak pe, nanti bila habis je time perjanjian ni, baru kau akan rasa kesepian," kata Airell. Cinta agak tersentak mendengar kata-kata AIrell itu.
    " Apa maksud kau aku akan rasa kesepian?," tanya Cinta.
    " Ye la, sebab maid kau yang kacak ni dah tak ada di sisi," seloroh Airell.
    " Hah, ye la tu kacak.. Perasan betul la..," kata Cinta. Airell hanya ketawa dapat mempermainkan gadis itu.
    " Kau setuju tak nak ikut aku nanti?," tanya Cinta.
    " Aku akan ikut, tapi dengan syarat..," kata Airell.
    " Syarat? Apa syaratnya?," tanya Cinta.
    " Aku taknak kau bercakap pasal teman lelaki kau yang 'sibuk' memanjang tu sepanjang berada di sana, lagi aku nak kau sentiasa tersenyum sepanjang berada di sana, lagi aku nak kau betul-betul bergembira bila berada di sana, lagi aku nak kau selalu ada di sisi aku semasa berada di sana," kata Airell panjang lebar.
    " Hish, gila! Syarat apa macam tu? Kau bagi syarat macam kau pula boyfriend aku," kata Cinta. Airell tersengih sendiri. " Kalau kau tak janji akan ikut syarat tu, aku taknak pergi," kata Airell.
    " Hish, mengada-ngada betul la kau ni ye? Jadi macam aku pulak maid kau.. Ye la, ye la, aku ikut syarat kau," kata Cinta. Airell tersenyum sendiri mendengar kata-kata Cinta itu.
    " Bagus! Kalau kau langgar syarat tu nanti, secara automatik, aku terlepas dari jadi maid kau, ok? Oh, satu lagi syarat aku lupa...," kata Airell lagi.
    " Apa lagi??," tanya Cinta.
    " Semua makan minum tempat penginapan, kau bayarlah untuk aku. Aku mana ada duit..," kata Airell sambil tersengih.
    " Huh, menyesal aku ajak kau!," Cinta mengeluh sendiri. Airell terus tergelak mendengar kata-kata Cinta itu.

0 comments: