BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 19, 2009

Bab 23

Haris berjalan mengelilingi shopping complex itu sendirian, mencari kedai jam yang menjual jam berjenama Rolex untuk menggantikan jamnya yang telah rosak baru-baru ini. Dia mengajak Nia menemaninya, tapi Nia terpaksa menghadiri satu seminar yang telah dianjurkan oleh fakultinya hari itu. Huh, sayang sekali! Jika tidak, dia mungkin dapat menghabiskan masa bersama Nia hari itu. Mereka sudah lama tidak keluar bersama, kalau bertemu dalam kampus pun hanya untuk seketika. Mana tidaknya, masing-masing sibuk memandangkan final exam dah semakin hampir.
Haris mengeluh. Kedai jam yang dicari masih belum ketemu. Kata Nabil, kat sini ada kedai jam jual jam jenama Rolex. Tapi, satu kedai jam pun Haris masih tak jumpa. Dia terus berjalan, tiba-tiba matanya terhenti pada satu kawasan. Dia memandang ke arah sebuah kedai barang kemas tidak jauh dari situ penuh minat. Matanya kini bersinar-sinar, sesuatu mula bermain di fikiran. Lalu, dia melangkah menuju ke kedai itu.
Dia mengintai-intai cincin-cincin yang dipamerkan di dalam bekas kaca kedai itu. Lama matanya mencari, akhirnya sebentuk cincin mula menarik perhatiannya. Cincin bertatahkan berlian putih itu benar-benar kelihatan cantik.
" Cincin ni sesuai kalau encik hendak belikan pada tunang ataupun bakal isteri," kata seorang pekerja di kedai itu. Haris tersenyum sendiri sambil terus merenung pada cincin itu. Dia mula membayangkan jika dia menyarungkan cincin ini ke jari manis Nia.
" Harganya??," tanya Haris.
" Kedai kami sudah memberi potongan harga sebanyak 20% untuk minggu ni, sempena Jubli Emas kedai kami. Jadi harganya murah sedikit, RM 3300 sahaja,"kata pekerja itu lagi.
" Hmm.. murahnya," kata Haris dengan nada menyindir. Kemudian, dia diam seketika. Berfikir barangkali. Tidak lama selepas itu, dia mengeluarkan sekeping kad dari walletnya dan menghulurkan pada pekerja itu.
" Saya ambil cincin ini," katanya ringkas pada pekerja itu. Pekerja itu hanya tersenyum sambil mengambil kad kredit yang dihulurkan oleh Haris sebentar tadi.

Haris berjalan menuju ke sebuah meja di taman rekreasi itu, lalu duduk di atas salah sebuah kerusi yang berada di sekeliling meja itu. Kemudian, dia mengeluarkan cincin yang baru dibelinya sebentar tadi. Lama direnungnya cincin itu.
" Selepas final exam nanti, aku akan lamar dia," kata Haris sambil tersenyum sendirian.
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang turut duduk di atas salah sebuah kerusi yang disediakan di sekeliling meja itu. Lelaki itu membuang topi yang terpakai di kepalanya dan meletakkannya ke atas meja itu. Begitu juga dengan kamera yang dipegang di tangannya itu. Dia menarik-narik T-shirt biru yang dipakainya, gayanya benar-benar kelihatan seperti orang yang panas. Sememangnya cuaca pada hari itu agak panas, 38 darjah celcius. Dia sempat mengerling ke tiang termometer yang dibina dalam kawasan itu.
Lelaki itu masih terus mengibas-ngibaskan dirinya. Namun, apabila dia terpandang Haris yang sedang memegang cincin itu, dia mula tersenyum pada Haris.
" Untuk teman wanita??," tanya lelaki itu.
" Err.. ye..," kata Haris sambil menyimpan semula cincin itu. " Untuk seorang yang sangat istimewa," kata Haris lagi sambil membalas semula senyuman lelaki itu.
" Memang bertuah ada orang tersayang..," kata lelaki itu perlahan, namun masih boleh didengari oleh Haris.
" Err.. encik ni photographer ke??," tanya Haris pada lelaki itu.
" Erm..," kata lelaki itu ringkas sambil mengangguk. " Kecil-kecilan je.. Tak famous pun," sambungnya lagi.
" Mesti dah banyak ambil gambar-gambar yang cantik," kata Haris lagi.
" Erm.. memang banyak gambar yang cantik.. Tapi bagi saya, cuma ada satu benda je dalam dunia ni yang paling cantik..," kata lelaki itu sambil jauh merenung ke langit.
" Apa yang paling cantik tu??," tanya Haris ingin tahu.
" Sekarang saya dah tak dapat lihat dia lagi, tapi dia sentiasa ada di sini," kata lelaki itu sambil menyentuh hatinya. Fahamlah Haris bahawa lelaki itu sedang bercakap mengenai kekasihnya, mungkin bekas kekasihnya. Tapi, kenapa tak dapat tengok lagi? Dah mati ke? Haris takut untuk bertanya selanjutnya, risau jika lelaki itu fikir dia ingin masuk campur.
" Awak masih ada orang yang tersayang di sisi, so kena jaga dia baik-baik.. Jangan sakitkan hati dia," kata lelaki itu lagi. Haris tersenyum dan menerima nasihat dari lelaki itu. Kelihatan lelaki itu seperti lebih berpengalaman darinya.
Mereka terus berbual. Tidak lama kemudian, lelaki itu berdiri dan ingin meminta diri. Namun, dia sempat menghulurkan sekeping kad kepadanya.
" Kalau nak tangkap gambar ke apa, datang la ke studio saya, ni alamatnya.. Nombor telefon pun ade skali tu," katanya. Kemudian, dia berlalu pergi dari situ sambil membawa kameranya itu.
Haris membaca pada kad itu tertulis perkataan Studio ILuviaN, barangkali nama studio lelaki itu. Tapi nama lelaki itu? Tiada tertulis di sini..

0 comments: