Airell meletakkan ganggang telefon itu semula setelah selesai berbicara dengan temannya,Saiful sebentar tadi. Dia meminta agar kawan baiknya itu datang mengambil dia di hadapan sekolah. Setelah dia berpaling ke belakang, dilihatnya Maria sedang khusyuk membaca sebuah novel di pondok bangku di sebelah pondok telefon itu. Kemudian, dia berpaling ke sekelilingnya. 'Huh, peluang baik ni,'katanya dalam hati. Lalu dia membetul-betulkan rambut dan kolar bajunya sambil berjalan menuju ke arah Maria.
" Novel cinta??," kata Airell tiba-tiba mengejutkan Maria yang sedang khusyuk membaca itu. Maria memandang Airell, terukir senyuman manis di bibirnya. Kemudian, dia mengangguk-anggukkan kepalanya. " Awak minat pasal cinta-cinta ni ye?," tanya Airell lagi. Hatinya sungguh berdebar-debar berdepan dengan gadis itu. Dia tidak sangka akhirya dia dapat berbual juga dengan gadis idamannya itu.
" Saya minat sangat pasal cinta-cinta ni, sebab saya percaya pada cinta," kata Maria lagi dengan senyuman masih terukir di bibirnya. Huh, bagaikan hendak luruh jantung Airell melihat wajah manis gadis itu.
" Awak percaya pada cinta? Saya pun sama..." " Saya percaya pada cinta sejak saya bertemu dengan awak," kata Airell antara dengar dengan tidak.
" Ha, apa awak cakap tadi?," tanya Maria semula kerana tidak mendengar kata-kata Airell itu.
" Ha?? Erm..entahlah, saya pun tak dengar apa yang saya cakap tadi..," kata Airell selamba. Maria tergelak mendengar lawak dari Airell itu.
Dari jauh, Cinta sedang berjalan menuju ke pondok telefon itu, juga untuk menelefon rakannya. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila ternampak Airell sedang berbual mesra dengan Cinta di pondok itu. " Alamak, perkara ni tak boleh dibiarkan berlaku ni!," katanya di dalam hati. " Aku mesti lakukan sesuatu,"katanya lagi. Lalu, dia mula memerah otaknya cuba untuk melakukan sesuatu. Akhirnya, muncul satu idea. 'Hahaha..' ketawanya sendirian di dalam hati.
Lantas, dia mula berjalan menuju ke arah mereka berdua. " La, Maria! Kat sini rupanya kau.. Seluruh sekolah ni aku cari kau, rupa-rupanya kat sini kau duduk. Tadi Cikgu Kamil cari kau.. Sekarang ni, dia ada kat bilik guru kot," kata Cinta.
" Eh, ye ke? ,"tanya Maria.
" Ye la.. Dari tadi lagi dia cari kau.. Aku rasa baik kau pergi sekarang..,"kata Cinta. " Err.. ok la,"lalu Maria pun mengangkat punggungnya untuk ke bilik guru. Terukir senyuman sinis di bibir Cinta setelah melihat Maria pergi meninggalkan Airell. Kemudian, dia memandang ke arah Airell. Jelas kelihatan riak marah di wajah Airell.
" Kenapa kau pandang aku macam tu?," tanya Cinta, pura-pura selamba.
" Kau memang sengaja nak kacau daun kan? Sengaja tak bagi aku berbual dengan dia kan? ," tanya Airell. Nada suaranya kedengaran sedikit tinggi.
" Err.. kenapa pula kau nak marah pada aku? Dah Cikgu Kamil yang cari dia, nak buat macam mana..,"kata Cinta cuba membela dirinya.
" Ah, kau tak payah nak berpura-pura la.. Aku tahu, kau saja je reka-reka cerita tadi tu.. Cikgu Kamil mana datang kat sekolah hari ni..," kata Airell pula.
" Err.. Cikgu Kamil tak datang ke hari ni? Ish, ye tak ye jugak.. Kalau macam tu, tak apalah, aku balik dulu.. Nanti jangan lupa pergi klinik, sakit hati tu perlu diubati..Jangan simpan lama-lama.. Bye,bye...," lalu Cinta segera bangun dan pergi dari situ,cuba melarikan diri.
Airell menepuk meja di hadapannya itu bagi melepaskan geram. " Ish, siap la kau CInta..," katanya penuh geram.
Thursday, June 25, 2009
Bab 7
Posted by Neavell at 2:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
haha!! lawaknye cinta.. aiseh.. camner lar si airell 2 nak kenekn cinta ek? smbng2..
Post a Comment