BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 29, 2008

Bab 1



Nia menutup laptopnya.“ Siap akhirnya,”bisik Nia dalam hatinya. Assignment yang diminta oleh Prof. Zainal itu akhirnya berjaya disiapkan olehnya.Nia kemudiannya menyusun buku-buku dan mengemas meja tulis itu.Satu persatu buku di atas meja itu di susun di penjuru meja tulisnya itu.Tiba-tiba,dia terhenti apabila terdengar lagu ‘Sempurna’ yang dinyanyikan oleh Gita Gutawa dalam radio.

“ Kau adalah darahku..Kau adalah jantungku…Kau adalah hidupku,lengkapi….”

Matanya mula berkaca.“Adam..,”nama itu tiba-tiba terpancul dari mulutnya. Fikirannya mula kembali ke lima tahun yang lalu.
“ Nia marahkan abang ke?”kata Adam dalam keadaan termengah-mengah kerana keletihan mengejar Nia.
“ Mana adalah.Untuk apa pula Nia nak marah kat abang.Bukannya ada faedah pun marah kat abang kan?”kata Nia.Kemudian,dia terus berjalan tanpa menghiraukan Adam. Walaupun itu yang dikatakan olehnya,namun dalam hatinya,perasaan marah terhadap Adam masih membara.Dia berasa sungguh marah apabila melihat Adam terlalu mesra dengan teman sekelasnya itu tadi.Hatinya mula dikuasai rasa cemburu.Tapi bila terbit rasa cemburu itulah yang menunjukkan dia benar-benar sayang akan Adam.
“ Nia,jangan tipu la.Abang tahu Nia marahkan abang.Perempuan tu tak ada apa-apa hubungan pun dengan abang.Cuma Nia seorang je yang penting bagi abang,”Adam cuba memujuk Nia.
“ Sudahlah abang,jangan nak tipu Nia lagi.Berpegang-pegang tangan macam tu tak ada apa-apa hubungan la?!,”kata Nia dengan nada yang agak kasar.
“ Betul,abang sumpah..Perempuan tu yang gatal nak abang terima dia jadi girlfriend abang,”kata Adam bersungguh-sungguh.
“ Habis tu,kenapa tak terima?Terima la!Dia kan cantik,seksi.Tak macam Nia ni. Dah la abang,Nia tak ada masa la nak dengar semua ni,”kata Nia.Kemudian,dia terus berjalan pergi dari situ.
“ Nia!”
Nia tidak mempedulikan panggilan itu dan terus berjalan.Seketika selepas itu, Nia menoleh ke belakang.Adam sudah tiada lagi di tempat tadi.Nia mengeluh. “Adakah aku boleh percaya kata-kata dia tadi?,”kata Nia dalam hatinya.Ketika dia masih memikirkan tentang perkara itu,tiba-tiba kedengaran bunyi petikan gitar.Nia terhenti. Adam tiba-tiba muncul di hadapannya sambil memetik gitar.

Kau begitu sempurna..
Di mataku kau begitu indah..
Kau membuat diriku akan selalu memujamu..
Di setiap langkahku,ku kan selalu memikirkan dirimu..
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu..
Janganlah kau tinggalkan diriku,takkan mampu menghadapi semua..
Hanya bersamamu ku akan bisa..
Kau adalah darahku,
Kau adalah jantungku,
Kau adalah hidupku,lengkapi diriku..
Oh sayangku,kau begitu....
Sempurna..

Adam mendendangkan lagu ‘Sempurna’ untuk Nia.Semua pelajar yang berada di kawasan itu mula mengelilingi mereka berdua. Kemudian,Adam duduk secara melutut di hadapan Nia dan mengeluarkan sekuntum bunga ros merah dari saku bajunya.“Sayang, maafkan abang..,”kata Adam sambil menghulurkan ros merah itu kepada Nia.
Nia terdiam seketika.Dia tergamam dengan tingkah laku Adam itu.Namun,dia akhirnya mengukir sekuntum senyuman sambil mengambil ros merah di tangan Adam itu. “Nia dah maafkan abang la..Bangunlah dulu,”kata Nia.Adam tersenyum gembira apabila mendengar kata-kata Nia itu.Pelajar-pelajar yang menyaksikan drama itu mula bersorak kepada mereka berdua.Nia yang sedar mereka sedang menjadi tumpuan para pelajar tersipu-sipu malu.Kemudian,dia segera pergi dari situ.Sebelum itu,dia sempat memberitahu Adam untuk berjumpa dengannya selepas tamat persekolahan hari itu nanti.

“Nia!,”Nia tersentak apabila namanya dipanggil.“Kau ada nampak fail biru aku tak?,”Sarah yang tiba-tiba muncul mengejutkan Nia.Nia segera mengesat air matanya.
“Nia,kau menangis?,”tanya Sarah.
“Tak adalah,ada debu masuk dalam mata aku,”kata Nia.
“Jangan cuba tipu aku la Nia,aku dah lama kenal kau.Ni mesti teringat kat dia kan?,”Sarah cuba menduga Nia.
“Entah la Sarah,susah aku nak cakap.Walaupun dah tiga tahun berlalu,tapi hati aku tetap tak dapat lupakan dia.Dan aku masih rasa bersalah pada dia pasal hal yang berlaku dulu tu.Entah bagaimanalah keadaan dia sekarang ni.Lepas hal tu,aku langsung tak dapat berita daripada dia.Aku rindu sangat pada dia,”kata Nia sayu.
“Nia,kau tak boleh terus macam ni,dia tu hanya sebahagian daripada kisah silam kau.Lupakan dia!Pandang ke depan Nia.Ramai lagi lelaki lain di luar sana tu.Mungkin dia pun dah lupakan kau sekarang ni,”kata Sarah tegas kepada Nia.Nia hanya mengeluh.
“Aku nak pergi mandi dulu la.Petang ni aku ada kuliah. Fail yang kau cari tu ada atas meja sana tu,” kata Nia sambil mencapai tuala birunya yang tersangkut di birai katil. Kemudian dia berjalan menuju ke bilik air.
“Apa nak jadi la dengan kawan aku seorang ni,”kata Sarah sambil mengeleng-ngelengkan kepalanya.Dia mengenali Nia sejak di sekolah menengah lagi.Mereka bersekolah di sekolah yang sama waktu itu.Dia merupakan pelajar baru ketika itu.Masih jelas dalam ingatannya pada waktu itu Nialah orang pertama yang datang menegurnya dengan senyuman yang sungguh manis ketika melihat dia tiada kawan.Tapi,kini Nia yang dia kenal lima tahun dulu itu sudah banyak berubah.

Nia berjalan sepantas mungkin untuk ke dewan kuliah.Dia melihat jam di tangannya,pukul 4.45 petang.Nampaknya dia sudah terlewat lima belas minit.Fikirannya sudah dapat membayangkan bagaimana Pn. Mariah akan meleterinya kerana terlewat nanti. Pn. Mariah memang cukup tidak suka jika ada studentnya yang datang lewat ke kuliah. Nia sebenarnya bukan sengaja datang lewat ke kuliah itu,tetapi dia terlewat kerana Prof. Azman hendak berjumpa dengannya tadi.Dalam keadaan tergesa-gesa itu, tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki.Buku-buku mereka berdua terjatuh bertaburan di atas lantai.
“ Maafkan saya,”kata Nia dengan rasa bersalah.
“ It’s ok,”kata lelaki itu.Masing-masing tunduk untuk mengambil buku mereka.
“ Maaf sekali lagi ye?,”kata Nia.Kemudian,dia terus berlari menuju ke Dewan Seroja yang tidak jauh dari situ.
“ Cantik perempuan tu,tapi dia tergesa-gesa hendak ke manalah tu agaknya,” Haris tertanya-tanya dalam hatinya.
“ Hei Haris,kau buat apa lagi tu?Cepatlah sikit.Kau cakap nak ikut kami pergi library tadi,”Nabil yang berada jauh di depan memanggil Haris.“Ya,ya..aku datang ni!,”jawab Haris.Kemudian,dia segera menuju ke arah rakan-rakannya itu dan sama-sama pergi ke perpustakaan.
Pintu utama dewan kuliah itu dibuka dan semua orang memandang ke arah Nia yang berdiri di hadapan pintu itu.
“ Niana!Kamu tahu tak yang kamu sudah terlewat lebih lima belas minit?Kamu ke mana?,”tiba-tiba Pn. Mariah bersuara.
“ Saya...Tadi Prof. Azman hendak berjumpa dengan saya,kerana itulah saya terlewat.Maafkan saya Puan.,”Nia menjelaskan kepada Pn. Mariah.
“ Lain kali jangan lewat lagi..Pergi ambil tempat kamu,”kata Pn. Mariah.
“ Terima kasih Puan.,”kemudian dia segera pergi ke tempatnya.Dia mencari-cari buku Sejarah dan Manusianya,tetapi buku itu tiada.
“ Mana buku aku ni.Aku rasa aku dah ambil buku tu tadi,”kata Nia dalam hatinya. Dia mula berasa hairan.

Suasana perpustakaan yang senyap itu menjadikannya tempat yang paling tenang untuk para pelajar belajar.Di situ jugalah Haris dan dua orang kawan baiknya,Nabil dan Faiz sering berkunjung setiap petang untuk membuat sebarang rujukan.Dengan kerajinan mereka itu,tidak hairanlah mereka bertiga menjadi antara student terbaik dalam fakulti kejuruteraan di universiti itu.
“ Haris,kau ada bawa buku Sastera tak?,”tanya Faiz kepada Adam.Suara Faiz yang agak kuat itu menyebabkan pustakawan di situ memberi isyarat kepada mereka supaya tidak membuat bising.
“ Kau ni..jagalah volume suara tu sikit.Ni kan library,”kata Nabil kepada Faiz.
“ Aku tahu,memang salah aku.Sorry la..Eh,kau ada bawa tak,Haris?,” tanya Faiz sekali lagi.“Ada ni,”Haris menghulurkan buku itu kepada Faiz.Dalam semua buku-bukunya di atas meja itu,dia terpandang sebuah buku yang dia pasti bukan miliknya.Dia membelek-belek buku berkulit biru itu dan terlihat satu nama tertulis di dalamnya.
“ Nur Niana Elise bt. Aziz”
“ Nampak gayanya aku dah terambil buku perempuan tadi agaknya.Aku mesti pulangkan balik buku ini pada dia,”bisik Adam dalam hatinya.

1 comments:

lolylalaRAWR said...

nabil tuu agk2 ncem ta?
hehe