BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 23, 2009

Bab 2

Mata Lyra merah ke sekolah pagi itu. Semalam, semalaman dia menangis. Dia cuba hubungi Ray, namun tidak dapat. Setiap kali talian masuk, Ray pasti akan meletakkan telefonnya. Kenapa Ray buat begitu? Kenapa Ray hindarkan diri darinya? Soalan itu bermain di fikirannya. Ray tahu bahawa Lyra sayangkannya, tapi kenapa perlu Ray buat begitu kepadanya.
" Lyra.. janganlah terus sedih. Sabarlah," kata Anisah bagi menenangkannya.
" Aku tak faham dengan sikap Ray.. Aku sedih bila fikir perangai dia tu.. Semua ni salah D.H.A., memang salah D.H.A.!! Kalau mereka tak pukul dia tempoh hari, dia takkan pindah ke sekolah lain!," kata Lyra dengan marah.

Pagi itu, selepas waktu rehat, Lyra berlari menuju ke kelas 5 Beta. Mukanya merah padam menahan marah. Memang begitulah Lyra, jika dia marah, wajahnya yang putih itu pasti akan bertukar merah. Setibanya di hadapan kelas 5 Beta, Lyra terus menerjah masuk ke kalas itu tanpa memberi salam.
" Mana D.H.A.??!!!," panggil Lyra sebaik sahaja masuk ke kelas itu. Semua orang ternganga melihat kelakuan Lyra itu. Lyra menuju ke tempat D.H.A., namun mereka bertiga tiada di tempat mereka. Melihat tempat itu kosong, makin bertambah marah Lyra. lalu dia menghempaskan salah sebuah daripada tiga buah kerusi itu yang berkebetulan merupakan kerusi kepunyaan Dennis. Kemudian, dia terus berlalu keluar. Semua penghuni kelas itu hanya mampu melihat kejadian sebentar tadi. Tiada sesiapapun yang berani berkata apa-apa.
Lyra terus berjalan ke kelas dengan rasa amarahnya yang masih belum hilang. Dalam perjalanan ke kelasnya, kira-kira sepuluh kaki di hadapan, kelihatan tiga orang lelaki berjalan penuh megah. Gaya mereka, fuh.. sungguh mengancam. Di sekeliling mereka bertiga, semua gadis-gadis bagaikan tidak berkelip memandang. Tanpa berlengah lagi, Lyra mempercepatkan langkahnya ke hadapan. Pandangannya tajam ke arah The D.H.A itu.
Kini, langkah D.H.A terhenti, begitu juga Lyra. Pandangan mereka bertiga tepat ke arah gadis halus di hadapan mereka itu. Pertemuan itu bagaikan akan mengundang suatu pergaduhan yang julung-julung kali berlaku. Namun, setakat ini, tiada seorang pun daripada mereka yang bersuara. Hampir lima minit lapan mata itu bertemu. Orang ramai mula mengerumuni mereka.
Akhirnya, Lyra meluahkan amarahnya. " Korang semua ni memang patut diajar!! ," tengking Lyra. Serentak dengan itu, Lyra mengangkat penumbuknya dan cuba untuk menumbuk salah seorang dari mereka,Hazirul. Mujurlah dia sempat mengelak. Lyra masih tidak berputus asa, kali ini dia cuba menumbuk Afrin pula. Namun, tangannya yang halus itu sempat disambut oleh Afrin. Dia mengetap bibir geram, sambil cuba menarik tangannya yang dipegang kemas oleh Afrin itu.
" Jangan biarkan tangan yang halus ini menjadi kasar gara-gara menumbuk orang," kata Afrin lalu melepaskan genggamannya. Kemudian, mereka bertiga pun berjalan pergi meninggalkan Lyra. Lyra menggosok-gosok pergelangan tangannya yang terasa agak perit kesan genggaman Afrin sebentar tadi.
" Korang semua memang tak guna!!!!," jerit Lyra kepada mereka semua. Namun, kata-kata Lyra itu langsung tidak dihiraukan. Mereka terus berjalan menuju ke kelas tanpa menoleh.
Hati Lyra berasa sangat sakit, sebak, sedih, semuanya bercampur-baur. Dia terduduk di situ. Sesetengah pelajar telah pun berlalu pergi, namun masih ada segelintir yang setia di situ untuk melihat apa yang akan Lyra lakukan seterusnya. Namun, Lyra sudah tidak mampu untuk mengejar tiga orang lelaki itu lagi. Dia terduduk di situ. Kemudian, sekali lagi air matanya mengalir. Anisah datang entah dari mana dan memeluk Lyra cuba untuk menenangkannya.
" Sabar Lyra.. Jangan kerana seorang lelaki kau jadi begini..," kata Anisah. Lyra hanya mendiamkan diri malas untuk berkata-kata.

Bab 19

Nia pulang ke asramanya, sambil mengeluh keletihan. Beg yang disandangnya dicampakkan ke atas katil. Kemudian, dia merebahkan dirinya di atas katil itu. Sebentar kemudian, fikirannya mula teringat kepada sampul surat yang diberikan oleh Haris kepadanya petang tadi. Lalu, dia bangun kembali dan mengambil sampul yang disimpan di dalam begnya itu. Dikeluarkannya sepucuk sampul surat dari poket depan beg sandangnya itu.
Nia mula tertanya-tanya. Dia mula menggoncang-goncang sampul itu, dia dapat merasakan seperti ada sebuah pepejal di dalam sampul itu. Tanpa berlengah lagi, dia mula membuka sampul itu. Dia mencari-cari gambar orang yang dimaksudkan oleh HAris itu. Dia tercari-cari gambar gadis yang dicintai Haris itu. Tetapi apa yang ada di dalam sampul surat itu hanyalah sehelai kertas kecil dan sebuah cermin kecil. Nia berkerut melihat cermin itu. Walaubagaimanapun, dia segera membaca nota kecil yang disertakan itu.

' Nia.. Orang yang awak nampak dalam cermin tu la orang yang saya cinta. Maafkan saya.. '

Itulah ayat yang ditulis dalam nota kecil itu. Nia sudah pun terdiam seketika membaca ayat itu. Namun, sebentar kemudian, dia tetap mengambil cermin itu untuk mendapatkan kepastian. Memang sah, tiada orang lain. DIALAH ORANGNYA.. Saat itu, Nia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Haris suka dia? Betul ke? Itulah yang bermain-main dalam fikirannya. Tapi, Haris tidak sepatutnya suka kepada dia. Haris sendiri kian maklum bahawa dalam hati gadis itu sudah ada seseorang.
Saat itu, dia mula teringat kembali perbualannya dengan Haris tempoh hari. " ," itulah ayat yang pernah diluahkan oleh Haris tempoh hari. Dia tidak sangka bahawa gadis yang dimaksudkan itu ialah dirinya sendiri. Fikiran Nia kelu kini. Dia rasa bagaikan terbeban memikirkan tentang perkara itu. Mengapa perlu dia yang Haris suka? Tak ada ke orang lain? Salan demi soalan terus berlegar dalam fikirannya.
Malam itu, dia tidak mampu untuk melelapkan matanya. Bagaimana harus dia berdepan dengan lelaki itu selepas ini? Kemudian, dia cuba berfikir sejenak. Apakah pula perasaan dia kepada Haris? Dia sendiri tidak faham apa perasaan dia terhadap Haris. Dia gembira setiap kali bersama HAris. Bila Haris tiada, pasti dia akan kesunyian. Pendek kata, Haris itu bagaikan pengubat hatinya. Harislah tempat dia meluahkan masalah, kesedihan, kegembiraan dan segala-galanya. Dia rasa selamat setiap kali bersama HAris. Bila dia lihat Haris mesra dengan perempuan lain pula, hatinya sakit sekali. Tambahan pula, baru-baru ini apabila dia dapat tahu bahawa Haris suka pada seseorang yang dia sendiri tidak tahu ialah dirinya sendiri. Dia juga sering berasa nervous dengan Haris. Adakah semua itu bermakna dia juga cinta kepada Haris?
Tidak! Tak mungkin dia cinta kepada Haris. Dia hanya cintakan Adam. Semua orang tahu, dia hanya cintakan Adam. " Abang.. Apa harus Nia buat? ," soalan itu hanya sekadar soalan yang tidak mungkin dijawab.
Di asrama lelaki, Haris juga turut sama tidak dapat melelapkan matanya. Dia memang sudah dapat mengagak apa reaksi Nia. Walaubagaimanapun, dia sudah tidak peduli. Asalkan dirinya sudah meluahkan apa yang selama ini menjadi beban dalam hatinya. " Biarlah dia tahu..," kata Haris dalam hatinya. "Tapi macamana kalu persahabatan ini renggang?," dia mula tertanya-tanya. Dia mula risau tentang apa yang akan berlaku pada hari-hari yang akan datang. Dia amat berharap agar persahabatannya dengan Nia tetap tidak terjejas sekalipun Nia menolak cintanya itu. Dia yakin, peratus untuk Nia menolak cintanya itu amat tinggi sekali. Mungkin dalam 98%. Malam terus berlalu, dengan persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Apa yang pasti, masa menentukan segalanya.

Nia seperti biasa, pergi ke kuliahnya pagi-pagi lagi. Hari itu, dia cuba sedaya-upaya agar tidak terserempak dengan HAris. Nasibnya memang baik kerana sepanjang hari itu, dia memang tidak terserempak dengan Haris. Dia melihat jam tangannya. 4.40 petang. Kemudian, dia melihat langit, agak gelap. Nampaknya hujan akan turun tidak lama lagi. Mujurlah dia sudah tiada kuliah lagi selepas ini. Kemudian, dia segera pergi menuju ke asramanya dengan melalui jalan di tepi tasik semata-mata bagi mengelak dari bertembung dengan HAris.
Walaubagaimanapun, namanya tiba-tiba dipanggil dari belakang. Suara itu, memang cukup dikenalinya. Dia tidak menoleh, malah berjalan dengan lebih laju lagi. Haris segera berlari mengejar Nia bagi mendahului gadis itu. " Nia, tunggu kejap!," kata Haris.
Kini dia sudah pun berdiri di hadapan Nia. Nia terhenti, namun dia langsung tidak memandang ke wajah lelaki itu. " Nia, janganlah macam ni. Saya tahu awak marah. Tapi, apa alasan yang lebih logik untuk awak rasa marah pada saya. Saya cuma cakap yang saya sukakan awak. Adakah itu salah??," tanya HAris. Nia hanya diam.
" Saya memang dah dapat mengagak bahawa ini reaksi awak jika saya beritahu hal ini.. But, janganlah macam ni. Kalau awak tak boleh terima, kita anggap macam saya tak pernah beritahu awak apa-apa," kata Haris.
" Senang awak cakap.. Tapi, saya dah tak rasa yang saya boleh anggap macam awak tak ade cakap apa-apa lepas ni. Awak tak sepatutnya sukakan saya! Awak sendiri tahu, saya cintakan Adam. Awak tak sepatutnya jatuh cinta dengan saya," kata Nia.
" Nia, sampai bila awak nak tunggu Adam. Awak sendiri tak tahu yang dia berada di mana sekarang ni," kata Haris. Entah mengapa, mendengar kata-kata Haris itu, Nia mula berasa sebak. Air matanya kini mula mengalir. Guruh pula kian berdentum di langit.
" Kenapa buat saya macam ni? Kenapa buat saya...," belum sempat Nia menghabiskan ayatnya, Haris sudahpun menggenggam tangannya. Hujan pula kini mula turun.
" Maafkan saya Nia, kalau saya buat awak rasa sedih. Tapi, you should know that.. I love you.. I love you, Nia.. I'm sorry for loving you.. But, for your information, I will keep loving you, whatever happen," kata Haris. Air mata Nia semakin deras mengalir bersama air hujan yang membasahi mereka berdua. Kemudian, dia menarik tangannya dari genggaman Haris dan berlari pergi dari situ.
" Saya tak pernah menyesal jatuh cinta dengan awak, Nia," sempat lagi Haris menjerit kepada Nia yang sudah jauh ke depan. Nia terhenti seketika. Namun, dia terus berlari semula tanpa menoleh ke arah Haris. Tinggallah Haris sendirian di dalam hujan yang agak lebat itu.
" Maafkan saya Nia," katanya sendirian.

Bab 9

Cinta membuka matanya perlahan-lahan. Kabur sekali pemandangannya. Namun, dia masih dapat lihat seluruh tempat itu berwarna putih. Badannya terasa lemah sekali. Sebentar kemudian, kedengaran suara seseorang memanggil namanya. Suara itu amat dikenalinya.
" Mama..," panggil Cinta setelah dia mula mengenali suara itu. Pn. Hasiah segera menggenggam tangan anaknya itu. Syukur alhamdulillah, akhirnya Cinta sedar juga setelah tiga hari tidak sedarkan diri. Dia menyeka air matanya yang kini sudah pun mengalir membasahi pipinya itu. Ayahnya, En. Rahimi yang sedang duduk di sebelah mamanya itu cuba menenangkan isterinya itu.
" Cinta kat mana ni ma? Apa yang dah berlaku?," tanya Cinta lemah. Kemudian, dia memegang kepalanya yang sedikit berdenyut itu.
" Cinta tak ingat ke apa yang dah berlaku? Tiga hari lepas, Cinta terlibat dengan satu kemalangan semasa pulang dari sekolah," terang En. Rahimi lembut.
Cinta bangun dari keadaan terbaring itu untuk duduk. Terasa seluruh badannya amat sakit dan lenguh sekali. Tambahan pula pada bahagian lengan kirinya itu. Dia dapat lihat lengan kirinya itu kini dibalut kemas. Kemudian, dia mula teringat pergaduhan dia dengan Airell tempoh hari yang telah menyebabkan dia terlantar di situ. Dia hanya mengeluh. Kepalanya mula berdenyut apabila memikirkan tentang perkara itu.
" Cinta, Cinta baringlah.. Cinta perlukan rehat..," kata mamanya setelah melihat Cinta yang susah payah untuk duduk itu.
" Betul kata mama kamu tu Cinta.. Kamu tu baru sahaja sedar, kamu perlu rehat agar cepat sembuh," kata En. Rahimi pula.
Cinta hanya mampu mengangguk lemah. Kemudian, dia berbaring semula. Dia bagaikan tiada tenaga untuk bercakap banyak ketika itu. Entah bila, suasana berubah menjadi gelap semula. Dia tertidur semula keletihan.


" Aunty ada beritahu aku yang kau dah sedar pagi tadi, baguslah..," cuping telinga Cinta menangkap suara seseorang yang seperti dikenalinya itu. Namun, dia masih belum membuka matanya. Terasa berat sekali matanya untuk terbuka. Dia terus mendengar.
" Cinta.. aku bersalah pada kau..Aku tak bermaksud...," kedengaran sayu sekali suaranya ketika itu.
Akhirnya, perlahan-lahan Cinta membuka matanya. Dilihatnya Airell sedang duduk di atas sebuah kerusi di tepi katilnya itu. Namun Airell masih belum menyedari bahawa Cinta telah sedar. Dia terus berdialog sendiri.
" Aku tak bermaksud nak tolak kau masa tu.. Aku betul-betul tak bermaksud nak buat macam tu.. Aku minta maaf Cinta," katanya lagi menahan sebak.
" Kau tak perlu nak minta maaf..," kata Cinta dalam keadaan yang masih lemah.
" Cinta, kau dah bangun?," kata Airell sambil berpaling ke arahnya. Cinta hanya tersenyum lemah.
" Aku tak boleh mati lagilah.. Kalau tidak, macamana dengan pertaruhan kita tu," sempat lagi CInta melawak dalam keadaannya seperti itu. Airell mula tertawa mendengar kata-kata Cinta itu.
" Err.. aku.. aku.. kau dengar kan apa aku cakap tadi?," tanya Airell. Cinta hanya mengangguk.
" Maafkan aku ye? Aku yang menyebabkan kau terlantar kat sini.. Aku tak berniat.. Aku tahu aku yang salah..,"kata Airell sayu kembali.
" Aku pun nak minta maaf jugak.. Aku tak patut guna cara kotor hari tu.. Kalau aku yang tak mulakan dulu, semua ni takkan berlaku," kata Cinta pula.
" Ok, lepas ni, kita jangan lagi guna cara kotor. Kita lawan secara adil,ok?," tanya Airell. " Ok..," kata Cinta sedikit bersemangat.
Sejak hari itu, mereka berdua semakin rapat. Setiap petang, Airell akan datang melawat Cinta di hospital. Sepanjang dua minggu itu, dia tidak pernah ketinggalan untuk ke sana berjumpa dengan Cinta dan mereka berdua pasti akan berbual panjang. Airell juga tak pernah lupa untuk membawa sejambangan bunga setiap kali datang melawat Cinta.
" Hai, good evening! How are you today??," tanya Airell sebaik sahaja masuk ke dalam private wad itu.
" Bunga lagi?? Kau tahu tak, kat dalam wad ni dah penuh dengan bunga-bunga yang kau bawa tu?," kata Cinta. Airell tersenyum sendiri tanpa menghiraukan kata-kata Cinta itu. Dia mengambil kerusi di sebelah katil Cinta lalu duduk dan memandang Cinta.
" Macamana kau, dah sihat ke? Nampak macam orang sihat dah tu siap boleh meleter lagi," kata Airell lagi. Cinta membulatkan matanya sambil melihat Airell yang sengaja memerlinya itu. " Ish, kau ni.. ," kata Cinta sambil cuba untuk memukul Airell.
Pada masa yang sama, pintu wad itu terbuka tiba-tiba dan muncul seorang lelaki dari balik pintu itu. Masing-masing terdiam seketika sambil memerhatikan lelaki itu. Dia berpakaian kemeja putih, berseluar jeans. Topi hitam di atas kepalanya pula lebih menyerlahkan lagi kemachoannya. Di tangan lelaki itu tergenggam kemas sejambak bunga.
" Khai!," panggil Cinta separuh menjerit kerana teruja, sedangkan dia tahu Khai hanya beberapa meter darinya kini. Dengan senyuman yang sentiasa menawan, Khai berjalan menuju ke arah Cinta.
" Saya dengar berita bahawa awak mengalami kemalangan.So..., ye la saya datanglah nak lawat awak," kata Khai. Cinta mengangguk faham. Dalam hatinya, sudah tidak dapat dirungkai betapa gembiranya dia menerima kehadiran lelaki itu. Airell yang berada di situ mula meminta diri untuk memberi peluang kepada Khai untuk berbual dengan Cinta. Entah kenapa, dia bagaikan ingin lari dari berada di antara mereka berdua.
" Saya keluar beli air kejap," kata Airell lalu berjalan menuju ke pintu wad itu. Cinta hanya mengangguk. Setiba di hadapan pintu, Airell sempat berpaling semula untuk seketika.
" Untuk awak.. Semoga cepat sembuh," kata Khai sambil menghulurkan bunga yang dibawanya itu. Ros merah itu disambut dengan sepenuh hati oleh Nia. Bunga yang diberi oleh Airell sebentar tadi pula ditolak ke tepi. Saat itu, timbul satu rasa sakit dalam hati Airell untuk seketika. Lalu, dia terus berjalan pergi tanpa terus lama berada di situ.
" Terima kasih..," kata Cinta. " Alah, itu cuma bunga je," kata Khai.
" Bukan, terima kasih sebab datang lawat saya," kata Cinta pula. " Saya tak sangka awak akan datang lawat saya. Ye la, saya ni siapa je," kata Cinta.
" Ish, mestilah saya akan datang. Kita kan kawan. Saya terkejut masa dengar berita yang awak kemalangan. Sejak dua hari lepas, saya asyik terfikir bagaimana keadaan awak," kata Khai pula. Mendengar kata-kata Khai itu, hati Cinta bertambah berbunga-bunga.
" Awak tak marah saya ke?," tanya Cinta.
" Marah? Kenapa perlu saya marah awak?," tanya Khai.
" Ye la, marah sebab kejadian tempoh hari. Masa awak jatuh kolam tu," kata Cinta mengingatkan Khai kembali.
" Oh.. Ish, tak adalah.. Saya tak marah pun.. Lagipun bukan salah awak pun, awak kan jatuh secara tak sengaja masa tu,"kata Khai sambil tersenyum. Cinta hanya mengangguk faham, walaupun dia tahu bahawa cerita sebenarnya ialah kejadian itu memang dirancang oleh Airell. Tapi, biarlah. Kerana Khai pun sudah tidak marah kepadanya. Banyak perkara yang dibualkan oleh dia dengan Khai petang itu. Cinta berasa sangat gembira pada hari itu. Bagi dia, kehadiran Khai itulah saat paling menggembirakan baginya sepanjang berada di hospital itu sehinggakan dia sudah lupa kepada Airell. Airell yang berada di luar terus menunggu sehingga Khai pulang. Namun, setelah dua jam berlalu, Khai masih juga belum pulang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya tanpa memberitahu Cinta kerana dia tidak mahu mengganggu Cinta dan Khai. Dia tahu, Cinta pasti amat gembira dengan kehadiran Khai itu.

Friday, July 10, 2009

Bab 1

Hatinya berdebar-debar. Dia yakin sesuatu yang buruk sedang berlaku. Nota kecil yang dijumpainya di atas meja Ray sebentar tadi masih tergenggam kemas di tangannya.
" Di belakang sekolah, pukul 2.30 petang! Salam maut, dari D.H.A. ," itulah yang tercatat di dalam nota itu.
Lyra terus berlari menuju ke belakang sekolah. Tapi, belakang sekolah banyak! Belakang blok A, blok B, blok C atau blok D??? Dia terhenti seketika, melihat jika ada sesiapa di sekelilingnya untuk bertanya. Itu dia! Dia segera menghampiri seorang pelajar perempuan tingkatan dua itu untuk bertanya jika dia ada ternampak Ray. Namun, jawapannya hampa.
Peluh sudah pun membasahi bajunya gara-gara berlari ke sana ke mari sebentar tadi. Dia memandang ke arah jam tangannya, kini sudah pun pukul 2.45 petang. " Janganlah ada apa-apa yang berlaku pada dia," bisik hati kecil Lyra. Kali ini, dia cuba untuk mengikut gerak hatinya. Lalu dia segera berlari menuju ke belakang blok C.
Dia terus berlari dan berlari. Akhirnya.. " Hoi!! ," jerit Lyra setelah melihat tiga orang lelaki sedang membelasah seorang lelaki yang kini sudah kelihatan tidak bermaya lagi. Mukanya kian lebam dan sedikit luka. Ketiga-tiga lelaki yang sedang membelasah Ray itu serta-merta berhenti. Lyra segera berlari ke arah Ray yang sedang terbaring di atas tanah itu.
" Ray! ," panggil Lyra. Matanya mula berkaca melihat keadaan Ray itu. " Korang ni dah gila ke??! Datang sekolah nak belajar ke, nak bunuh orang??!! ," tengking Lyra kepada mereka bertiga yang menggelarkan diri mereka D.H.A. itu. Lalu dia mengangkat Ray dan memapahnya pergi dari situ. Denis, Hazirul dan Afrin hanya terdiam melihat Lyra membawa Ray pergi tanpa sepatah kata pun. Sebelum beredar pergi, Lyra sempat memberi jelingan tajam kepada mereka bertiga.

Keesokan harinya, gempar satu sekolah berita tentang D.H.A. membelasah seorang pelajar. Newspaper sekolah, 'The Hot' amat laris pada hari itu. Sebelum waktu rehat lagi, kesemua surat khabar yang dicetak telah habis dijual. Masing-masing ingin melihat gambar di tempat kejadian, di belakang blok C semalam.
" Kau patut baca ni," kata Anisah sambil melemparkan senaskah 'The Hot' kepada Lyra. Lalu dia segera membuka surat khabar itu. Matanya mebulat luas apabila ternampak gambar dia, Ray dan D.H.A. di belakang blok C semalam. " Fenomena D.H.A. vs Ray - Untuk Dapatkan Lyra ," sungguh jelas tajuk itu ditulis.
" Gila! ," kata Lyra. Lalu dia menutup surat khabar itu, dan mencampakkannya semula kepada Anisah. Dia malas membaca butiran seterusnya kerana dia tahu cerita itu memang tidak masuk akal. Dia sendiri tertanya-tanya, kenapa D.H.A. membelasah Ray? Puas dia bertanya kepada Ray semalam, tapi Ray tetap tidak menjawab. Bercakap tentang Ray, Lyra masih lagi belum melihat lelaki itu pada hari itu.
" Dia tak datang ke? ," Lyra tertanya-tanya sendirian.
Pada waktu rehat, Lyra seperti biasa keluar menuju ke kantin bersama Anisah. Sepanjang perjalanannya, hampir kesemua orang yang terserempak dengannya pasti akan memandang semacam kepadanya. Semua itu gara-gara berita palsu daripada The Hot. Kalau dia mempunyai kuasa, mahu sahaja dia musnahkan sidang akhbar The Hot yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima itu. Kalau sebarkan berita yang benar, ok lah juga. Tapi, kesemua berita yang tersiar, semuanya tak pernah boleh masuk akal.
Setelah selesai makan, Lyra ke kelas 5 Beta untuk bertemu dengan Ray. Dia dengan Ray mula rapat sejak tahun lepas. Mereka berdua sering bersama, namun mereka bukan pasangan kekasih. Walaubagaimanapun, Ray tahu bahawa Lyra menaruh hati padanya. Dan bagi Lyra, Ray juga turut merasakan perkara yang sama sepertinya. Tiba di hadapan pintu kelas itu, kedengaran suara beberapa orang lelaki yang sedia maklum dengan kehadirannya. " Ray tak de.. Dia tak datang hari ni," kata mereka. Kemudian, mereka sama-sama ketawa. Entah apalah yang melucukan. Sebelum pergi, Lyra sempat melihat ke arah tiga orang lelaki yang duduk berkelompok di sebuah penjuru kelas itu. Mereka bertiga merenungnya dengan pandangan yang agak menakutkan. Lalu dia segera beredar dari kelas itu. Kepalanya ligat berfikir, mengapa Ray tidak hadir pada hari itu? Dia tidak beritahu bahawa dia tidak akan hadir.
Sebentar kemudian, Anisah berlari mendapatkannya. " Lyra! Lyra!," panggil Anisah sambil tercungap-cungap keletihan akibat berlari sebentar tadi.
" Ni ada apa ni? Tak ye pun, bertenang la sikit," kata Lyra melihat gelagat temannya itu.
" Ray, Lyra.. Dia..Dia..," Anisah tergagap-gagap.
" Dia apa?," tanya Lyra tidak sabar.
" Dia dah berpindah sekolah. Tadi saya pergi pejabat, saya terdengar cikgu cakap, ayah dia datang ambil surat keluar,"kata Anisah.
" Ha??? Pindah sekolah??! Tapi... Tapi.. dia tak cakap pun kat aku..," kini mata Lyra mula berkaca. Dia terduduk di tepi kaki lima itu. Kini, dia mula menangis. Anisah cuba menenangkannya.

Bab 8

Nia berjalan keluar dari kelasnya sambil menyandang beg sekolahnya itu, siap sedia untuk pulang ke rumah. " Cinta!". Kedengaran namanya dipanggil ketika dia hendak menuruni tangga di blok C itu. Dia mula mencari dari mana panggilan itu datang. Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang berjalan penuh bergaya menuju ke arahnya. Fuh, handsome! Tanpa disedari, Nia terlepas buku-buku yang dipegang olehnya pada waktu itu.
Alamak, malunya!
" Biar saya tolong," serentak dengan itu, lelaki itu tunduk dan mengutip buku-buku yang jatuh bertaburan itu. Dup dap, dup dap.. 'Dia tolong kutip buku aku! Stay cool Cinta, calm down..' Cinta mula berdialog di dalam hati. Dia sendiri tidak tahu kenapa setiap kali terserempak dengan lelaki itu, dia pasti berdebar dan berasa gugup.
" Dah nak balik ke?," tanya Khai sambil menghulurkan buku-buku yang dikutipnya sebentar tadi.
" Er..ye.. awak?," tanya Cinta pula. " Saya pun nak balik juga. Jom kita turun sama-sama," kata Khai sambil tersenyum. Lalu mereka berjalan seiringan bersama-sama. Tiba di sebuah kawasan, Airell terlihat mereka berdua lalu dia mengekori mereka berdua perlahan-lahan. Cinta dan Khai terus berbual mesra.
" Rumah awak kat mana?," tanya Khai.
" Rumah saya? Dekat je dengan rumah awak.. Selang tiga buah rumah je.. Takkan awak tak pernah perasan?," tanya Cinta.
" Eh, betul ke? Awak tinggal kat Kampung Suria jugak ke? Maaflah.. Saya memang tak pernah ambil tahu pasal jiran-jiran saya," kata Khai sedikit rasa bersalah.
" Tak pe..," kata Cinta sambil tersenyum.
Airell masih lagi mengekori mereka berdua dari belakang, menanti untuk melakukan sesuatu bagi merenggangkan kemesraan mereka berdua. Dia tersenyum jahat menanti untuk menjalankan rancangan jahat yang baru sahaja terlintas di kepalanya itu.
Akhirnya, sewaktu Khai dan Cinta melalui tepi kolam ikan di taman sains sambil berbual, Airell lalu di tepi mereka dan menolak Cinta. Manakala Cinta yang tidak dapat menyeimbangkan badannya itu, tertolak pula Khai. Lalu Khai pun terjatuh ke dalam kolam ikan itu.
" Err..Khai! Saya... Saya...," Cinta panik. Dari jauh, dia dapat mendengar suara yang cukup dikenalinya sedang ketawa. Dia melihat ke arah datangnya suara itu. Kelihatan Airell sedang ketawa puas, sambil memandang sinis kepada Cinta. 'Tak guna!',Cinta mula menyumpah-seranah Airell dalam hatinya.
Setelah Khai keluar dari kolam dengan basah-kuyup itu, dia segera berlalu menuju ke garaj motor untuk pulang. Dia terpaksa pulang dengan keadaan basah-kuyup begitu menyebabkan Cinta berasa sangat bersalah. Walaupun dia sudah berkali-kali meminta maaf, dia tahu, pasti Khai tidak akan memaafkannya. Kini kepalanya dirasakan seperti terbakar menahan marah. Seseorang yang boleh dimarah dalam hal ini hanya seorang, AIRELL!!
Dia berlari ke luar pagar sekolah, cuba mengejar Airell yang mungkin masih berada di sekitar itu. Dan jangkaannya memang tepat, Airell masih berada di situ, menunggu temannya datang untuk mengambilnya pulang ke rumah.
" Hei..KAU!!!," jerit Nia, menyebabkan semua mata pelajar yang berada di situ tertumpu padanya. Dia sudah tidak menghiraukan mereka semua. Fokusnya hanyalah pada Airell. Airell sendiri kelihatan terkejut melihat Nia yang berjalan ke arahnya dengan muka yang merah padam, bagaikan singa betina. Namun dicubanya untuk berpura-pura selamba.
" Ada apa? Khai kesayangan kau dah marah?," sindir Airell.
" Kau memang tak guna, tahu tak?? Kau tak patut buat macam tu??!!!!," tengking Cinta kepada Airell. Mereka mula bertekak di tepi jalan raya itu.
" Kau cakap kat aku, habis tempoh hari tu, bukan ke kau pun guna taktik kotor jugak!! ," Airell membalas. Kemudian, dia berjalan pergi dari situ, rimas dengan CInta.
" Hei, tunggu dulu!! Aku belum habis lagi..!!," jerit CInta lagi. Namun, Airell masih terus berjalan tanpa mempedulikan CInta.
" Aku bercakap dengan kau.. Ke kau ni dah pekak??!!," marah Cinta sambil berdiri di hadapan Airell, menahan dia daripada terus berjalan.
" Ish, ke tepilah kau!," kata Airell sambil menolak Cinta. Serentak dengan itu, Cinta terjatuh ke atas jalan raya itu dan pada masa yang sama, sebuah kereta meluncur dengan laju ke arah Cinta.
Aaaaaaa!!!!!!!!!!!!
" Cinta!!! "

Thursday, July 2, 2009

Bab 18

" Hai awak..," sapa Nia sambil tercungap-cungap kerana letih berlari mengejar Haris itu. Haris hanya berpaling kepada Nia, namun tiada sekuntum senyuman pun di bibirnya.
" Hai..," kata Haris yang kedengaran seperti agak dingin.
" Haris.. Awak masih marah lagi ke? Kan saya dah cakap, saya minta maaf. Saya tak sengaja..," kata Nia dalam nada memujuk setelah melihat kedinginan Haris itu. Dia sendiri perasan, sejak akhir-akhir ini, Haris sering cuba mengelakkan diri darinya.
Haris berhenti berjalan. Kemudian dia berpaling memandang ke wajah Nia, tepat ke matanya. Lama dia merenung wajah yang polos itu. Renungan Haris itu membuatkan Nia berasa kurang selesa, lalu dia mula mengalihkan pandangannya. " Kenapa tenung saya begitu?," tanya Nia.
" Awak sempat baca semua ke apa yang saya tulis dalam buku tu?," tanya Haris, kali ini kedinginannya mula beransur hilang.
" Tak, saya cuma terbaca satu page je.. betul, percaya la..," kata Nia sungguh-sungguh.
" Ye,ye saya percaya..," kata Haris sedikit geli hati melihat kelakuan Nia yang agak bersungguh itu.
" So, awak dah tak marah pada saya la ni??," tanya Nia pula.
" Marah?? Bila masa pula saya marah pada awak.. Tak de lah, saya tak marah pun..," kata Haris sambil tersenyum. Nia turut tersenyum lega mendengar kata-kata Haris itu. Mereka terus berjalan seiringan menuju ke sebuah kafetaria.
Mereka masuk ke kafetaria itu dan mengambil tempat di sebuah meja berdekatan dengan pintu kafetaria itu. Kemudian, mereka berdua masing-masing berjalan ke kaunter untuk membeli makanan. Haris muncul semula dengan sepinggan nasi berlaukkan gulai ikan haruan, manakala Nia sudah pun mengisi perutnya dengan sepinggan mi goreng. Dia kelihatan lapar sekali, apa tidaknya sejak pagi lagi dia masih belum makan. Sekarang, pukul 3.00 petang barulah dia berpeluang mengisi perutnya itu.
Haris duduk di hadapan Nia sambil meletakkan pinggan nasinya.
" Berselera nampak?," kata Haris sambil tersenyum.
" Lapar..," jawab Nia ringkas. Sekali lagi Haris tersenyum, kemudian dia juga mula menjamu selera. Suasana senyap seketika, sementara mereka menghabiskan makanan masing-masing.
" Awak.. kalau saya nak tanya satu soalan, awak jangan marah ye?," akhirnya Nia memulakan perbualan setelah menghabiskan mi gorengnya.
" Tanyalah.. saya takkan marah punya..," kata Haris.
" Err.. Kalau boleh saya tahu.. Siapa perempuan yang bertuah tu ek??," tanya Nia sedikit teragak-agak. Risau jika Haris akan marah kepadanya.
Serentak dengan itu juga, Haris yang sedang minum air suam yang dipesannya itu tersedak. " Er.. awak minum macamana boleh tersedak.. Minumlah perlahan-lahan sikit," kata Nia.
" Tak pe..saya ok.. Kenapa pula awak nak tahu?,"tanya Haris cuba mengelak daripada menjawab soalan itu.
" Err.. sebab kita kan kawan.. Saya patut tahu siapa yang kawan saya ni suka..," kata Nia sambil tersenyum. Haris tertawa mendengar kata-kata Nia itu.
" Ye la tu Nia.. Saya rasa tak payahlah awak nak tahu.. Bukannya penting sangat pun siapa dia.. Lagipun, saya tak rasa pun yang dia akan sukakan saya," kata Haris. Suaranya kedengaran sedikit sayu.
" Maksud awak?," tanya Nia ingin tahu.
" Dia dah ada someone dalam hati dia," jawab Haris lagi. Nia hanya mengangguk-angguk faham. Entah kenapa, pada waktu itu, dia berasa satu perasaan yang aneh. Dia sendiri tidak perasaan apakah itu. Adakah dia marah? Geram? Sakit hati? Sedih? Atau... Cemburu? Entahlah...

Sejak hari itu, Nia terus-menerus bertanya tentang wanita itu. Dia teringin sekali mengetahui, siapakah gadis yang berjaya memikat hati Haris itu. Dia yakin, gadis itu pasti benar-benar istimewa. Haris pula sudah mula berasa rimas dengan soalan yang sering diulang-ulang oleh Nia itu. Dia serba-salah. Antara hendak beritahu tentang perkara sebenar atau tidak. Dia tiada kekuatan untuk memberitahu Nia siapa gadis itu. " Beritahu je dia Haris..Baru hati kau akan tenang," kata-kata Nabil tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinganya. " Betul tu.. Kalau betul kau cintakan dia, lebih baik kau confess awal-awal, sebelum terlambat," begitu juga dengan kata-kata Faiz. Huh! Haris mengeluh sendiri.
" Hai awak.. Masih taknak beritahu saya siapa.....,"belum sempat Nia menghabiskan ayatnya, Haris memotong.
" Siapa perempuan yang saya suka tu??," kata Haris. Nia tersenyum apabila Haris telah sedia maklum mengetahui apa yang ingin ditanya olehnya.
" Saya sendiri pun dah letih dengar awak tanya soalan tu.. Awak memang betul-betul nak tahu ke siapa perempuan tu?," tanya Haris. Nia sungguh-sungguh mengangguk.
" Are you sure??,"tanya HAris lagi. Nia berkerut. " Yes.. of course..," kata Nia lagi. Sekali lagi HAris merenung wajah Nia seperti tempoh hari. Agak lama. Kali ini, Nia berdehem. Lalu, Haris segera mengalihkan pandangannya. " Maaf..," katanya ringkas. Nia hanya tersenyum.
" So...," katanya. Haris memandangnya kehairanan. " So, siapa perempuan itu?," tanya Nia bagi menjawab kehairanan yang kelihatan di wajah Haris itu.
" Oh.. kejap,"kata Haris sambil mengeluarkan sepucuk sampul surat dari saku seluarnya itu. Sampul surat kecil itu dihulurkan kepada Nia. Dengan penuh tanda tanya, Nia mengambil sampul surat itu dari tangan Haris. " Apa ni?," tanya Nia.
" Kat dalam tu ada gambar orang yang saya cinta tu," kata Haris. Kemudian, dia segera beredar dari situ, meninggalkan Nia dengan sampul surat di tangannya yang penuh dengan tanda tanya.