BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 24, 2009

Bab 15

Setelah selesai majlis itu, Haris dan Nia keluar dari banglo besar itu dan menuju ke kereta. Nia sempat mengerling ke arah jam besar yang tersangkut pada dinding banglo itu sebelum keluar sebentar tadi. Jam telah menunjukkan pukul 10.30 malam. Huh, memang agak lama majlis yang membosankan itu tadi.
Di dalam kereta, masing-masing terdiam seketika.Tetapi sebentar kemudian, kedengaran tawa mereka berdua pecah berderai. " Ok, give me five,"kata Nia. Haris menyambut tangan Nia itu. " Thanks Nia," kata Haris.
" Hal kecil je, lagipun biar rasa la sikit Jefry tu.. Padan dengan muka dia tu!," kata Nia lagi. Mereka masih terus ketawa memikirkan kejadian yang berlaku di majlis itu tadi.
Kini, Haris mula menghidupkan enjin kereta dan kereta Honda itu akhirnya meluncur meninggalkan perkarangan banglo mewah itu. Sebelum tiba ke jalan besar, mereka terpaksa melalui jalan kecil yang agak sempit itu selama lebih kurang dua puluh minit. Kiri kanan jalan yang penuh dengan banglo-banglo mewah tadi kini berganti dengan pokok-pokok belukar. Suasana di jalan itu agak sunyi pada waktu itu. Nia sendiri terfikir ke mana kereta-kereta yang lain?
" Kenapa tiba-tiba pula awak cakap yang awak tu tunang saya? Kan saya cuma suruh awak pura-pura jadi teman wanita saya je?," tanya Haris. Soalan itu memang dari tadi lagi bermain-main dalam kepalanya.
" Sebab saya rasa bila saya cakap macam tu, barulah awak dengan si Jefry tu setaraf. Betul tak?,"kata Nia. " Ya tak ya juga," kata Haris sambil tersenyum. Nia turut tersenyum.
Sedang mereka berdua leka berbual. Tiba-tiba, kereta yang mereka naiki itu bergegar, dan bergerak semakin perlahan. Dengan serta-merta, Haris menghentikan keretanya itu di tepi jalan.
" Kenapa pula ni Haris?,"tanya Nia hairan.
" Alamak!! Habislah..," kata Haris sambil menepuk dahinya
" Kenapa?? ," tanya Nia lagi.
" Minyak habislah awak," jawab Haris. " Macamanalah saya boleh tak perasan yang minyak tinggal sikit tadi," kata Haris lagi penuh sesal.
" Habis tu?? Apa kita nak buat sekarang?," tanya Nia yang kini sudah panik mendengar kata-kata Haris itu tadi. Dilihatnya Haris terdiam seketika seperti sedang mencari jalan.
" Err.. macam ni lah, kita jalan kaki ke jalan besar. Rasanya dah tak jauh jalan besar dari sini, mungkin dalam dua kilometer je lagi. Bila kat jalan besar tu nanti, kita tahan teksi.. ," kata Haris.
" Jalan kaki?? Malam-malam buta macam ni?? Kat kawasan yang macam ni?? Tak naklah ," tanya Nia yang tidak percaya. Rasa takut mula menerpa dirinya.
" Kenapa? Awak takut ye?," tanya Haris cuba menguji Nia.
" Err..tak lah!!," nafi Nia. " Ok, kita berjalan!," sambungnya lagi. Haris hanya tersenyum melihat telatah gadis itu.
" Kereta saya ni kita tinggal kat sini je lah, esok saya datang ambil,"kata Haris lagi.
Akhirnya mereka berjalan menyusuri kegelapan malam itu untuk ke jalan besar. Sepanjang perjalanan itu, Haris sering tersenyum melihat Nia yang sejak tadi melihat ke kiri, kanan dan belakangnya. Nyamuk yang agak banyak di kawasan itu pula membuatkan mereka tergaru-garu. Sedang mereka berjalan, Nia memandang ke langit. Sungguh indah bulan purnama malam itu. Tapi, bulan purnama?? Nia mula berjalan lebih dekat dengan Haris. Tiba-tiba, kedengaran sesuatu bergerak dari arah semak di sebelah kiri Nia.
" Haris..," Nia tergagap-gagap memanggil Haris.
Belum sempat Haris menyahut, tiba-tiba, kelihatan sesuatu telah menerjah keluar dari semak itu. " Aaa!!!," jerit Nia. Lantas dengan iiu, dia segera berlari dan memeluk Haris. Matanya terpejam rapat. Haris ketawa apabila melihat benda yang keluar dari semak itu tadi. Walaubagaimanapun, Nia masih terus memeluk Haris erat.
Menyedari itu, Haris mula cuba menenangkan Nia.
" Nia.. tak ada apa-apalah, itu cuma kucing. Tengok tu, cuma kucing," kata Haris lembut.
" Betul ke?,"tanya Nia. Kini dia mula meleraikan pelukannya pada Haris perlahan-lahan.
" Betul.. tu kan kucing tu?," kata Haris lagi.
" Err.. ye lah..," kata Nia sambil tersenyum. Namun jantungnya masih lagi berdegup kencang gara-gara terkejut sebentar tadi. Haris juga turut tersenyum kepada gadis itu.
" Kalau awak takut, jalanlah dekat-dekat dengan saya. Ni tak, kononnya tak takut. Jalan bukan main jauh lagi," kata Haris sambil terus tersenyum. Wajah Nia bertukar kemerahan menahan malu.
Mereka terus berjalan. Akhirnya, selepas dua puluh minit, mereka tiba di jalan besar. Mujurlah jalan raya itu penuh dengan kenderaan walaupun telah jauh malam. Beginilah Kuala Lumpur, jalan rayanya memang tak pernah lekang dari kenderaan.
Dari jauh kelihatan sebuah teksi sedang menuju ke arah tempat mereka.
" Cepat! ," kata Haris sambil menarik tangan Nia dan dia berlari untuk menahan teksi itu. Sejurus kemudian, teksi itu berhenti di hadapan mereka. Dengan gembira, mereka berdua masuk ke dalam teksi itu dan memberitahu pemandu teksi itu destinasi mereka.
Sepanjang perjalanan, masing-masing hanya mendiamkan diri. Barangkali telah letih untuk berbual. Haris memandang ke arah jam tangannya, tepat jam 11.15 malam. Kemudian, dia memandang ke luar tingkap kereta untuk melihat pamandangan malam. Tetapi, dia tiba-tiba berasa sesuatu yang berat jatuh ke atas bahunya. Dia segera menoleh. Dilihatnya Nia sudah tertidur di atas bahunya. Dia hanya tersenyum sendirian.
" Awak nampak comel semasa tidur Nia," kata Haris dalam hatinya.
Setengah jam telah berlalu, kini teksi yang mereka naiki telah pun masuk ke perkarangan kampus dan akhirnya, teksi itu berhenti di hadapan sebuah stesen bas.
" Tunggu dalam 15 minit lagi boleh ye encik?," tanya Haris kepada pemandu teksi itu. Pemandu itu hanya mengangguk. Tidak sampai hati rasanya untuk Haris mengejutkan Nia. Mungkin terlalu letih gadis itu. Haris merenung wajah Nia yang sedang tidur itu. Entah kenapa pada waktu itu, timbul satu perasaan yang berbeza. Dia bagaikan terpaku pada wajah gadis itu. Tanpa dia sedari, tangannya perlahan-lahan menghampiri wajah Nia. Sewaktu tangannya hampir menyentuh wajah Nia, tiba-tiba Nia tersedar, mula terjaga dari tidurnya. Haris dengan pantas menjatuhkan tangannya.
" Kita kat mana ni?," tanya Nia dalam keadaan yang masih mamai.
" Ha, bangun pun.. Kita dah sampailah tuan puteri oi," kata Haris. " Jomlah turun," kata Haris.
Mereka berdua berjalan menuju ke kawasan asrama. Dalam kedinginan malam itu, Nia berjalan sambil memeluk tubuhnya kerana berasa agak sejuk. Haris yang menyedari tentang itu mula membuang kot yang dipakainya itu, lalu memakaikannya kepada Nia.
" Err.. terima kasih..," kata Nia sedikit terkejut dengan tindakan Haris itu. Sebaik tiba di pintu asrama, satu lagi masalah menimpa mereka kerana pintu untuk masuk ke dalam kawasan asrama itu telah dikunci! " Kenapalah malang sungguh nasib kita malam ni??," tanya Nia kepada Haris yang disangkanya berada di belakang. Tetapi rupa-rupanya Haris sudah berada di tepi pagar asrama itu dengan sebuah tangga di tangannya. Tangga itu disandarkan pada pagar itu lalu dia mula memanjat tangga itu.
" Dari mana awak ambil tangga ni?," tanya Nia.
" Saya jumpa kat tepi pondok jaga kat sana tu..," kata Haris.
" Awak tengah buat apa tu?! ," tanya Nia sedikit lantang.
" Shy.. jangan cakap kuat-kuat sangat. Nanti tersedar jaga yang tengah tidur kat dalam pondok tu.. Macam ni, saya panjat dulu, lepas tu saya turun kat sebelah sana. Selepas tu, awak pula yang panjat, ok?," kata Haris sambil masih lagi berdiri di atas tangga itu.
" Ha?? Dengan pakaian macam ni? Nak panjat tangga ni? Err.. ye lah..," kata Nia. Dalam hatinya sungguh-sungguh menyumpah kepada pintu pagar asrama itu. Kenapalah awal sangat tutup pintu ni malam ni??
Haris kini telah pun berada di sebelah sana pagar itu. Kini giliran Nia pula untuk memanjat tangga itu untuk masuk ke kawasan asrama itu. Dengan penuh rasa kekok memanjat tangga dengan gaunnya itu, akhirnya dia sampai ke puncak pagar itu.
" Err.. Haris, saya nak turun macam mana ni??," kata Nia yang agak gayat berada di tempat tinggi seperti itu.
" Awak terjun je.. Tak usah takutlah, bukan tinggi sangat ni," kata Haris cuba menenangkannya.
" Tapi saya takutlah, gayat ni," kata Nia dalam nada ketakutan.
" Nia.. terjun je..," pujuk Haris.
" Tak nak.. ," kata Nia lagi.
" Nia, terjun.. atau saya tinggal je awak kat situ," kata Haris bagaikan mengugut.
" Eh.. janganlah tinggalkan saya pula.. Yela, yela saya nak terjun la ni," kata Nia akhirnya mengalah. Dengan penuh berhati-hati, dia melompat turun dari situ. Tapi terjunannya tersasar dari tempat yang difokuskan. Dia terjatuh betul-betul ke atas Haris. Haris terbaring jatuh ke atas tanah, begitu juga Nia yang kini berada di dalam pelukan Haris. Pandangan mata mereka bertemu untuk seketika. Entah mengapa, degupan jantung Haris kini berdegup pantas.
" Err.. maaf.. saya tak sengaja. Awak tak apa-apa ke?," kata Nia yang segera bangun berdiri.
" Tak, saya ok..," kata Haris.
" Kalau macam tu, saya balik dulu ye?," kata Nia. Haris hanya mengangguk. Akhirnya mereka pulang ke asrama masing-masing. Haris berjalan menuju ke arah kiri manakala Nia pula ke arah kanan.


Haris berpusing ke kiri, seketika kemudian dia berpusing semula ke kanan. Kemudian dia duduk menelentang dan menghadap ke atas, ke arah syiling di dalam biliknya itu. Sejak tadi lagi, dia sukar untuk melelapkan matanya. Dia cuba memerhatikan pusingan kipas yang sedang ligat berpusing itu. Namun, fikirannya tenggelam kepada sesuatu yang lain. Wajah Nia kian bermain dalam fikirannya. Dia mula mengimbas semula kejadian yang silih berganti malam tadi. Bermula di rumah Jefry yang mana dia dan Nia berpura-pura jadi tunang, selepas itu, kereta mereka rosak dan terpaksa berjalan kaki, ketika itu Nia memeluknya kerana takut. Selepas itu Nia tertidur di atas bahunya di dalam teksi. Kemudian, imbasan yang terakhir sewaktu Nia terjatuh ke atasnya. Haris tersenyum sendirian. Dia menyentuh hatinya. Berdebar-debar hati itu. Dia pernah tidak dapat tidur kerana memikirkan tentang gadis itu, tapi perasaan pada waktu itu bukan perasaan yang dirasainya sekarang. Ketika itu hanya ada rasa kasihan pada gadis itu, tapi sekarang..
' Adakah aku sudah jatuh cinta pada Nia?,' Haris berfikir sendirian. Jawapannya sudah pasti hanya hatinya yang dapat menjawab.

"

Thursday, April 16, 2009

Bab 14

Mereka berdua terus berjalan masuk meredah orang yang telah pun ramai berada di dalam banglo itu. Dari jauh, Nia dapat lihat seorang lelaki yang kelihatan segak bergaya dengan sut putih dan ikatan reben pada lehernya. Di sebelahnya pula, kelihatan seorang wanita yang dalam usia lingkungan 20 tahun sedang berjalan seiringan dengannya. Gaun putih seksi yang dikenakan oleh wanita itu agak menarik perhatian tetamu-tetamu lelaki yang hadir di situ. Mujurlah setiap daripada mereka telah pun mempunyai pasangan masing-masing. Lelaki dan wanita itu kini sedang berjalan menuju ke arah Nia dan Haris. Kelihatan sekuntum senyuman terukir di bibir lelaki itu, tapi senyuman itu kelihatan sinis sekali.
" Itulah dia.. kawan saya tu ,"kata Haris perlahan. Nia mengangguk faham. Sewaktu itu juga dia telah mengeratkan lagi pautan tangannya pada lengan Haris.
" Oh, hai Haris!! Aku ingatkan kau takkan datang, tak sangka hadir juga ya kau kat sini.. ,"kata Jefry dalam nada sindiran sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Haris. Sesuatu yang memang cukup pasti ialah dia tidak ikhlas menghulurkan tangannya itu.
" Eh, kenapa pula tak datang.. Mestilah aku datang, kau kan pernah cakap nak tengok pasangan aku.. Itulah sebabnya aku datang ni,"kata Haris pula sambil menyambut tangan Jefry itu. Pandangan mata mereka bertemu,lama. Mereka bagaikan berperang menggunakan mata. Dalam imaginasi Nia, dia dapat membayangkan ada pertembungan panahan eletrik keluar dari mata mereka berdua. Nia tersenyum sendirian memikirkan tentang itu. Akhirnya, tangan Haris dan Jefry kian terlerai. " Ni ke tunang kau?,"tanya Haris sambil menunjuk kepada wanita yang sedang berdiri di sebelah Jefry itu.
" Yes, kenalkan ini, Sherrina. Baby, ni Haris dan ini...," kata-kata Jefry terhenti di situ, tangannya kini sedang menunjuk ke arah Nia.
" Nia.. Tunang Haris," kata Nia selamba sambil terus memaut tangannya pada lengan Haris. Pada waktu yang sama, Haris berpaling memandangnya. Raut wajah Jefry juga jelas tersentak mendengar kata-kata Nia itu. ' Tak guna punya Zarif, kau cakap Haris masih belum ada teman wanita. Tapi, rupa-rupanya dah ada tunang si mangkuk ni,' Jefry bermonolog sendiri.
" Oh..,"kata Jefry ringkas cuba mengawal ekspresi mukanya. Haris tersenyum sendiri melihat reaksi Jefry yang kelihatan agak terkejut itu. Puas hatinya. Tapi, tunang?? Pandai-pandai pula Nia ni.
Orang ramai semakin lama semakin ramai. Ruang banglo yang cukup luas itu kian gamat dengan suara para tetamu disertai pula dengan muzik-muzik yang dipasang khas untuk memeriahkan suasana. Pada satu sudut, Nia dapat lihat sebuah pentas yang telah dihias cantik. Ketika itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenalinya naik ke pentas dan mula berbicara menggunakan mikrofon yang telah disediakan.
" Ok, tuan-tuan dan puan-puan.. Terlebih dahulu, saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan semua untuk mengambil tempat masing-masing di meja makan yang disediakan," kata lelaki itu. Barangkali dia merupakan pengerusi untuk majlis itu.
" Jemputlah..," kata Jefry tidak ikhlas kepada Nia dan Haris. Kemudian, mereka duduk di sebuah meja yang berada paling dekat dengan pentas. Mungkin meja makan itu telah disediakan khas untuk orang yang diraikan, iaitu Jefry dan Sherrina. Kini, Haris, Jefry, Nia dan Sherrina serta dua pasangan lain yang langsung tidak Nia kenali berada dalam sebuah meja makan. Suasana kini senyap seketika. Masing-masing menfokuskan diri pada apa yang akan disampaikan oleh pengerusi majlis yang sedang berdiri di atas pentas.
" Ok, terima kasih tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi menghadirkan diri ke majlis meraikan pertunangan adik saya ini, Jefry dan Sherrina," serentak dengan itu cahaya lampu telah difokuskan ke arah Jefry dan Sherrina. Tepukan gemuruh kian kedengaran. Kedua-duanya kelihatan tersenyum sesama sendiri.
" Tahniah Jef.. Semoga hubungan Jef dengan Sherri akan berkekalan sampai bila-bila," kata abangnya itu lagi. " Baiklah, saya tidak mahu mengganggu kalian semua lagi. Saya berharap kalian semua dapat menikmati makanan yang disediakan dengan tenang. Sambil-sambil itu, layan juga persembahan-persembahan dari para artis yang telah kami jemput ke majlis ini," kata lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai abang Jefry itu lagi. Kemudian, dia turun dari pentas itu. Sebentar kemudian, keluar Elyana untuk membuat persembahannya. Serentak dengan itu, kedengaran tepukan gemuruh dari para tetamu.
Bagi Nia, dia tidak hairan jika artis Malaysia membuat persembahan kerana dia sendiri langsung tidak meminati mereka semua. Tetapi, kalau artis-artis dari Hallywood, memang dia takkan sentuh pinggan malam itu. Dia memang cukup fanatic dengan artis-artis Hollywood. Avril Lavigne, Evanescene, Linkin Park, tanyalah apapun tentang mereka, pasti dia akan tahu.
Suasana dalam meja makan mereka kelihatan suram, tidak semeriah meja-meja yang lain yang penuh dengan gelak tawa. Mungkin kerana sikap Jefry yang agak sombong dan langsung tidak menunjukkan sebarang kemesraan. Namun, beberapa ketika kemudian, dia mula bertanya," Bila kamu berdua bertunang?".
Nia dan Haris kian gugup. Bila?? " Err..23 Februari,"itu kata Nia. Tapi kata Haris pula, " 29 Disember ,". Jefry memandang mereka berdua silih berganti, pening mendengar jawapan serentak daripada mereka berdua yang berbeza itu. " Err.. 29 Disember kami kenal, 23 Februari tu kami bertunang," temberang Haris. Jefry mengangguk-angguk kepalanya faham. Huh! Nia dan Haris lega.
" Dan bila pula kamu akan berkahwin? ," tanya Jefry lagi. Sekali lagi! Nia dan Haris berpandangan, masing-masing memberi isyarat supaya salah seorang daripada mereka menjawab soalan itu. Namun akhirnya, sekali lagi keluar dua jawapan yang berbeza daripada mereka berdua. " Bulan Mei nanti,"jawab Nia. " Awal bulan Jun," itu pula yang dijawab oleh Haris.
Jefry memandang mereka berdua penuh curiga. Tetapi, kali ini Nia pula bertindak untuk membetulkan jawapan mereka. " Perkahwinan kami akan berlangsung selama tiga hari, bermula 30 Mei hingga 1 Jun," kata Nia.
" Ye, 30 Mei tu akd nikah, 1 Jun tu pula bersanding," terang Haris pula bagi mengukuhkan kata-kata Nia.
" Oh..,"kata Jefry. "Kau?,"tanya Haris pula.
" Hmm.. aku kalau boleh, esok pun aku nak kahwin dengan Sherrina ni. Tapi, disebabkan terpaksa buat banyak persiapan untuk majlis besar-besaran itu nanti, lewatlah sikit, kan baby?," kata Jefry sambil memegang tangan tunangnya yang berada di atas meja makan itu.
' Baby?? Uek, nak muntah aku! ,' kata Nia dalam hatinya.
" Ha'a.. Nanti kitaorang akan buat majlis kitorang kat Hotel five star, kan? kan?," kata Sherrina. Terserlah kegedikan wanita itu melalui percakapannya. Muka Haris mengerekot sedikit melihat gaya tunang Jefry itu. Sungguh tidak sangka, perempuan sebegitu boleh Jefry pilih untuk dijadikan isteri.
Hidangan seterusnya kian terhidang. Di majlis itu, mereka telah dihidangkan makanan secara berperingkat-peringkat. Jika tadi mereka makan pembuka selera, kali ini mereka akan menikmati hidangan utamanya, iaitu stik daging. Apabila tudung hidangan stik itu dibuka, mereka terbau aroma bau yang amat melazatkan. Nia sendiri cukup tidak sabar untuk menikmati stik itu.
Mereka masih terus berbual sambil sindir-menyindir. Makanan yang terhidang itu tetap dinikmati oleh mereka walaupun sedang berbual. Tetapi tiba-tiba, kedengaran bunyi seperti garpu terjatuh ke lantai dan seketul stik daging telah melayang ke riba Jefry. Suasana senyap seketika, semua mata tertumpu ke arah Jefry dan Sherrina. Begitu juga dengan Haris dan Nia, tergamam seketika melihat kejadian itu. Wajah Jefry kian berubah merah, barangkali menahan marah. Begitu juga dengan Sherrina, wajah anita itu yang putih melepak kian berubah menjadi merah, gara-gara menahan malu. Dia sendiri tidak sangka yang dia akan terlepas garpu dan menjatuhkan stiknya ke atas Jefry. 'Stik itu keras sangat!,'rungut hatinya. Jefry masih cuba mengawal emosinya, dia mengangkat perlahan-lahan stik di atas ribanya itu dan meletakkannya di atas meja makan. Kemudian, dia memandang sekeliling yang kini terasa sunyi. Serentak dengan itu, semua orang kembali menikmati makanan masing-masing dan pura-pura tidak melihat kejadian sebentar tadi. Nia dan Haris pula kelihatan sedaya-upaya cuba untuk menahan tawa mereka.
Suasana kembali seperti biasa semula. Tapi kali ini, Jefry hanya berdiam diri. Tiada lagi soalan-soalan yang diajukan olehnya kepada Haris. Haris hanya tersenyum kecil memandang lelaki di hadapannya yang sedang cuba menahan marah itu.

Wednesday, April 15, 2009

Bab 4

Cinta membasuh tangannya sambil merungut sendirian di dalam tandas. “ Eee, lelaki tadi tu memang betul-betul tak guna la.. Dia sengaja nak malukan aku! Nasib baik Khai takde kat situ tadi ,” kata Cinta geram. “ Tak boleh jadi macam ni, aku tak boleh biarkan dia terus kenakan aku hanya kerana dia tahu rahsia aku. Aku kena cari jalan ni,” kata Cinta lagi.
Seketika kemudian, dia terdengar satu suara dari luar tandas itu. Dia berjalan perlahan-lahan untuk mengintai ke luar tandas itu. Kelihatan Airell sedang duduk sambil turut merungut sendirian di atas tangga yang berada di sebelah tandas itu.
“ Ee.. geramnya aku dengan si Zul tu, bukan main mesra lagi dia dengan Maria. Kalau boleh, nak je aku belasah-belasah dia tu! Tak tahu ke yang Maria tu bakal isteri aku? ,” katanya sendirian. Cinta agak terkejut mendengar kata-kata Airell itu tadi. Cuma ada seorang je pelajar bernama Maria di sekolah itu, dan Maria itu adalah Maria yang satu kelas dengannya. ‘ Dia suka Maria? ’bisik hatinya. Namun kemudian, dia tersenyum sendirian.
Lalu dia berjalan keluar dari tandas itu dan turun melalui tangga yang sedang Airell duduk itu sambil bersiul. Airell agak terkejut melihat Cinta yang tiba-tiba muncul itu. Cinta terus berjalan turun tanpa menghiraukan Airell tetapi dia sempat tersenyum sinis kepadanya.
Airell mula terpaku sebentar. “ Jangan-jangan dia dengar tak tadi? Habislah aku.. Kalau dia sebarkan tentang perkara ni, mana aku nak letak muka aku ni? ,” kata Airell sendirian.


Cinta berjalan menuju ke kelasnya. Dalam fikirannya, dia sedang mengatur satu rancangan tentang bagaimana dia akan kenakan Airell. Dia tersenyum sendirian apabila teringatkan kata-kata lelaki itu tadi. Tak sangka betul, dalam ramai-ramai perempuan, Maria yang dia pilih. Perempuan talam dua muka itu! Cinta tergelak sendirian. Maria, rakan sekelas dan juga jirannya memang tidak disenangi oleh Cinta. Bagi Cinta, perempuan itu hanya seorang yang hipokrit. Semua orang di sekolah fikir dia adalah seorang gadis yang boleh dikatakan ‘sempurna’, dengan kesopanannya, budi bahasanya, kelembutannya, keramahannya dan bermacam-macam kesempurnaan lagi. Tapi sebaliknya bagi Cinta yang sudah mengenali gadis yang menjadi jirannya itu sejak kecil lagi. Kesemua ciri-ciri yang dianggap ‘sempurna’ itu sebenarnya hanyalah suatu kepura-puraan semata-mata. Kerana apa? Hanya tiga sebab, untuk menjadi popular, disayangi dan disanjungi.
Cinta masih lagi ingat, banyak masalah yang telah diberikan oleh Maria kepadanya. Salah satunya ialah dia dituduh mencuri wang ibu bapa Maria sehingga menyebabkan dia dirotan oleh ibu bapanya sendiri. Waktu itu Cinta baru berusia 12 tahun. Tapi Cinta tahu, wang itu sebenarnya telah dicuri oleh Maria dan dia dijadikan sebagai kambing hitam. Kadang-kadang terfikir juga dalam fikirannya yang perempuan itu menjadi begitu kerana terlalu dimanjakan. Maklumlah, anak tunggal, tambahan lagi lahir dalam keadaan yang penuh dengan kemewahan.
Tiba-tiba, dia berasa lengannya dicengkam oleh seseorang. Dia cuba untuk melihat siapa yang sedang mencengkam lengannya itu. Namun belum sempat dia berpaling, dia telah ditarik dengan agak kuat oleh orang itu. Lalu dia terdorong ke tepi kelas itu di mana tiada orang di situ kecuali seorang, orang yang menarik dia ke situ.
“ Kau???! ,” kata Cinta separuh menjerit apabila melihat Airell yang masih lagi memegang lengannya.
“ Ye, aku.. Kenapa kau terkejut sangat ni? Macam baru nampak hantu je ,” kata Airell.
“ Bukan baru nampak hantu, tapi syaitan ,” kata Cinta sambil merentap lengannya yang dipegang oleh Airell.
“ Ooo..syaitan. Aku tak nampak pun? ,” kata Airell lagi.
“ Sebab kaulah syaitan tu! ,” kata Cinta pula menyindir Airell. “ Kau nak apa heret aku ke sini? Tak habis-habis lagi nak ganggu hidup aku? ,” sambung Cinta lagi.
“ Aku nak tanya kau sikit ni.. ,” Airell mula bersuara.
“ Apa? ,” tanya Cinta.
“ Kau dengar ke apa yang aku cakap kat tangga tadi tu? ,”tanya Airell kepada Cinta.
“ Tentang kau ni suka kat Maria? ,” tanya Cinta pula sambil cuba untuk berjalan pergi dari situ. Airell terkejut mendengar kata-kata Cinta lalu mengejar Cinta dan berdiri di hadapannya bagi menahan Cinta daripada terus berjalan pergi.
“ Kau ada cakap kat siapa-siapa tak pasal ni?,” tanya Airell lagi.
“ Kenapa? Kau takut? ,” tanya Cinta sambil memandang sinis ke arah Airell.
“ Lebih baik kau jangan cakap kat siapa-siapa, kalau tidak...,”
“ Kalau tidak apa? Kau nak bunuh aku? ,” sindir Cinta sebelum Airell sempat menghabiskan ayatnya. Airell kelihatan geram melihat air muka Cinta yang selamba itu namun tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kalau di hadapannya itu adalah lelaki, dah lama dia belasah lelaki itu. Tapi masalahnya, di hadapannya itu adalah perempuan. Cinta hanya tersenyum sinis, kemudian dia berlalu pergi dari situ sambil menjeling tajam ke arah lelaki itu. Airell masih lagi berdiri sendirian di situ sambil mengetap bibirnya.

Bab 3

Wajah Cinta kelihatan risau. Dia tertunduk-tunduk mencari di mana dia tinggalkan pursenya itu tadi. Merata tempat sudah dia cari. Kali ini, sudah kali kedua dia datang ke kantin untuk mencarinya. Suasana dalam sekolah itu kian sunyi sekarang kerana para pelajar telah pun pulang. Walaubagaimanapun, dia terus mencari-cari beg duitnya itu. Kalau purse itu hilang, habislah dia! Hilang duit tak apa, tapi di dalamnya ada kad pengenalannya.

“ Hoi, kau buat ape tertunduk-tunduk tu? ,” kedengaran satu suara dari belakangnya. Cinta berpaling, namun setelah dia melihat Airell yang menegurnya, dia meneruskan semula pencariannya tanpa mempedulikan Airell.

“ Kau cari apa? Biarlah aku tolong sekali ,” kata Airell sambil menjengukkan mukanya di bawah bangku ketika Cinta mencari di bawah bangku itu. Cinta segera mengalihkan wajahnya dan mencari di tempat yang lain pula.

“ Kau nak tahu tak, aku boleh baca fikiran kau sekarang. Aku boleh tahu apa yang kau sedang cari ,” kata Airell. Cinta masih tidak menghiraukannya lagi.

“ Kau cari purse kan? ,” kata Airell.

“ Yer la... Aku cari purse aku la ni. Kau ni menyibuk je la kat sini, boleh tak kau pergi jauh-jauh sikit? ,” kata Cinta. Airell tersenyum sendirian. “ Ok ,” katanya ringkas sambil melangkah kakinya untuk pergi dari situ. Serentak dengan itu, Cinta terhenti seketika. Dia terfikir sendirian. Kemudian, dia berpusing dan memanggil Airell yang masih tidak jauh dari kantin itu. Airell yang mendengar namanya dipanggil itu tersenyum sendirian.

“ Macam mana kau tahu?? Kau yang curi purse aku tu kan??! Bagi balik purse aku! Mana purse aku??!,” jerit Cinta. Airell hanya ketawa melihat kelakuan Cinta itu.

“ Eh, kau nak ketawa ke apa ke, aku tak kisah.. Tapi bagi balik purse aku!!! ,” kata Cinta lagi dalam nada marah. Airell masih terus ketawa. Kali ini Cinta benar-benar naik angin, lalu dia membuang kasut yang dipakai dikakinya itu lalu memegangnya untuk dilontarkan kepada Airell.

“ Eh, apa kau nak buat ni?? ,” tanya Airell. Serentak dengan itu dia mula melarikan diri. Cinta terus mengejarnya dengan sebuah kasut tergenggam kemas di tangannya.

“ Bagi balik purse aku!! ,” jerit Cinta.

Airell terus berlari tanpa mempedulikan kata-kata Cinta itu. Tiba-tiba, dia berasa sesuatu yang keras mengenai kepalanya, lalu dia jatuh tersungkur di atas rumput itu.

“ Mana purse aku?!,” tanya Cinta sambil menghampiri Airell.

“ Apa la kau ni, sakit tahu tak?,” kata Airell sambil menggosok-gosokkan kepalanya itu. “ Nah, ambillah! Aku jumpa kau tertinggal kat kantin tadi, masa kau berubah jadi singa tadi tu la. Aku pun tak ingin nak pegang barang kau tu lama-lama. Eee, jijik! ,” kata Airell lagi sambil menghulurkan purse itu kepada Cinta. Lantas Cinta mengambil pursenya itu dari tangan Airell dengan kasar dan memberikan satu jelingan yang tajam sebelum pergi meninggalkan Airell. “ Sama-sama! ,” kedengaran Airell bersuara dari jauh. Cinta langsung tidak menghiraukannya.

“ Oh ya! Satu perkara lagi! Aku dah ambil sekeping lima ringgit kau, sebagai habuan untuk aku simpan rahsia kau selepas ni ,” kata Airell lagi sambil bangun berdiri. Tangannya masih lagi menggosok-gosok kepalanya yang terkena balingan kasut Cinta itu tadi. Keras juga kasut tu rupanya.

Cinta kehairanan mendengar kata-kata Airell lalu dia berjalan semula menuju ke arah Airell. Dahinya mula berkerut. “ Apa maksud kau?,” tanya Cinta. Airell hanya tersengih sendirian.

“ Hoi, cakaplah! ,” kata Cinta yang mula geram.

“ Kau suka Khai kan?,” kata Airell perlahan di telinga Cinta, bagaikan berbisik. Cinta tersentak mendengar kata-kata Airell itu. Matanya kian terbeliak.

“ Kau selongkar semua barang dalam purse aku ni? Tak guna!! ,” marah Cinta. Airell segera mencapai beg galasnya dan melarikan dirinya, risau jika kepalanya akan menjadi mangsa kasut Cinta sekali lagi. “ Pergi dulu! ,”jerit Airell yang telah jauh ke depan. Cinta mengetap bibirnya geram. Dia membiarkan sahaja Airell pergi, malas rasanya hendak mengejar lelaki tidak guna itu.

Habislah dia selepas ini. Tak lama lagi mungkin rahsia itu akan terbongkar. Sudah lama dia menyimpan rahsia itu, bahawa dia adalah secret admirer Khai. Tiada sesiapapun yang tahu mengenainya termasuklah tiga orang rakan baiknya. Dia tahu, lelaki itu pasti akan memberitahu Khai tentang hal itu. Lagipun lelaki itu bukannya boleh dipercayai. “ Alamak! Kalau Khai dapat tahu, malulah aku ,” kata Cinta sendirian.

**********************************************

Airell sedang berdiri di hadapan pintu kelasnya, memerhatikan para pelajar yang sedang ke sana sini. Setiap kali waktu rehat, memang begitulah fenomenanya. Namun, dalam diam-diam, dia tercari-cari seseorang. Itu dia, Maria! Dia memerhatikan gelagat Maria yang lemah-lembut dan sentiasa tersenyum itu. Wajahnya yang putih dan manis itu bisa membuat ramai lelaki tersangkut padanya. Dan salah seorang dari mereka ialah Airell. Dia terus memerhatikan Maria yang sedang berbual dengan kawannya sambil berjalan menuju ke kantin sekolah. Tiba-tiba, Maria hilang dari pandangannya. Cinta dan rakan-rakannya tiba-tiba muncul dan menutup pandangannya untuk melihat Maria.

“ Ish, dia lagi! Kacau je! ,” kata Airell sendirian. Apabila melihat Cinta, dia mula terfikir untuk menyakat gadis itu. Lalu dia segera berjalan menuju ke arah Cinta sambil berpura-pura mencari Khai.

“ Khai! Khai! ,” kata Airell sambil bermundar-mandir di hadapan Cinta. Cinta dan rakan-rakannya berhenti seketika apabila jalannya tersekat oleh Airell yang sedang mundar-mandir itu. Wajah Cinta mula kelihatan merah apabila Airell memanggil nama Khai di hadapannya itu. Dia tahu, Airell sengaja cuba mengenakannya.

“ Manalah Khai ni..,”kata Airell lagi. Kemudian dia berjalan menuju ke arah Cinta dan bertanya. “ Eh, kau ada nampak Khai? ”. Cinta mula mengetapkan bibirnya geram dengan perlakuan Airell yang sengaja hendak mempermainkannya itu.

“ Kau ni kan...Ah, tepi lah! ,” kata Cinta sambil menepis Airell ke tepi. Malas dia hendak melayan lelaki itu. Risau kalau rakan-rakannya tahu tentang rahsianya itu nanti.

“ Eh, Cinta! Kau kenal ke dia tu tadi? Boleh tahan juga rupa dia tu ,” tanya Miza, salah seorang temannya itu.

“ Langsung tak kenal! ,” kata Cinta sambil terus berjalan. Ketiga-tiga temannya itu berpandangan sesama sendiri, hairan melihat kelakuan Cinta itu. Airell tersenyum melihat tingkah laku Cinta sebentar tadi. “ Hei, yang kau tercari-cari Khai kat sini ni kenapa? Bukan ke kau tahu dia ada kat dalam kelas? ,” tanya Shahrul, salah seorang pelajar kelasnya.

“ Ah, sibuk lah kau ni. Kau apa tahu? ,” kata Airell sambil berjalan masuk ke kelasnya. Shahrul menggelengkan kepalanya. “ Buang tebiat dah agaknya si Airell tu,” katanya perlahan.

Tuesday, April 14, 2009

Bab 13

Nia berpusing-pusing di hadapan cermin. Walaupun sudah berkali-kali dia berbuat begitu, namun dia masih tidak berpuas hati dengan penampilannya itu. Satu persatu dia perhatikan diri dalam cermin itu. Baju dah ok, tudung pun dah ok. Tapi, dia tetap merasakan bahawa satu perkara masih belum lengkap.
" Kau perlukan ni," kata Sarah, sambil menghulurkan sehelai selendang hitam kepadanya.
" Oh my God, inilah rupanya yang buat aku nampak tak perfect. Oh, Sarah.. Thank you..You are the best!,"kata Nia sambil mengambil selendang yang dihulurkan oleh Sarah itu.
" Always there for you,"kata Sarah pula sambil tersenyum. Nia mengenakan selendang itu pada gaun labuh yang dipakainya itu. Pada gaun itu, telah dilekapkan dengan permata-permata tiruan yang membuatkannya kelihatan lebih bersinar. Mekap yang dikenakan olehnya pula kelihatan natural sekali. Keanggunannya memang terserlah malam itu.
" So, how?," tanya Nia kepada Sarah sambil berpaling ke arah kawannya itu.
" Wow, kau nampak anggun!,"kata Sarah. Nia tersenyum kecil. Kemudian dia mencapai tas tangannya dan berjalan menuju ke pintu hadapan.
" Dah lewat ni, aku pergi dulu ye..? Aku dah janji dengan Haris, dia tunggu aku depan pintu asrama agaknya," kata Nia tergesa-gesa sambil memakai kasutnya.
" Err..ok..Tapi, jangan balik terlalu lewat,ye?," Sarah mengingatkan temannya itu. Nia tersenyum sambil berkata, " Ye la, jangan risau..."
Kemudian, dia terus berlalu pergi menuju ke pintu asrama itu dan seperti yang dijangka, kelihatan Haris sedang bersandar pada keretanya. Dari jauh, Nia dapat lihat betapa kacaknya lelaki itu dengan tuksedo hitam yang telah dikenakannya. Sungguh mengancam. Nia mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Haris.
" Hai..,"sapa Nia kepada Haris yang masih belum menyedari kehadirannya itu. Serentak dengan itu, Haris berpaling ke arah Nia. Untuk seminit, Nia dapat lihat lelaki itu kaku seketika.
" Haris.. awak tak apa-apa ke?,"tanya Nia apabila melihat reaksi Haris yang aneh itu.
" Er.. saya tak apa-apa.. Nia, you look so beautiful tonight.. Betul, saya tak tipu," kata Haris yang masih terpukau melihat keanggunan Nia itu. Nia tergelak kecil mendengar pujian dari Haris itu. " Terima kasih,"katanya. "Err..shall we?,"sambung Nia lagi apabila Haris masih terus merenungnya.
" Oh..," Haris tersentak mendengar kata-kata Nia itu, lalu dia segera membukakan pintu kereta untuk Nia dan mempersilakan Nia masuk. Nia masuk dengan senyuman terukir di bibir. Agak kekok bagi dia melihat Haris terlalu formal seperti itu.
Damansara, ke situlah destinasi mereka. Sepanjang perjalanan itu, Nia begitu petah sekali berkata-kata. Haris pula sering tergelak mendengar cerita-cerita jenaka daripada Nia.
" Orang yang buat party ni bukan kawan awak sebenarnya kan? Tapi saingan awak,kan?," Nia tiba-tiba bertanyakan Haris soalan itu. Mendengar pertanyaan dari Nia itu, Haris berpaling memandangnya seketika, kemudian kembali menfokuskan pandangannya ke hadapan.
" Err..macamana awak tahu?,"tanya Haris hairan. Nia tersenyum.
" Sebab.. kalau dia tu kawan awak, awak takkan suruh saya pura-pura jadi teman wanita awak kat sana nanti.. disebabkan dia tu orang yang menjadi pesaing utama awak la, awak suruh saya pura-pura jadi girlfriend awak. Kalau tidak, awak takkan peduli pun pasal semua ni kan?,"terang Nia panjang lebar.
" Awak ni.. macam kenal-kenal je perangai saya ye?," kata Haris sambil tersengih-sengih.
" Awak kawan saya, mestilah saya kenal perangai awak ," kata Nia. Dia melihat ke arah Haris, masih lagi tersengih-sengih lelaki itu. Kereta Honda itu terus memecut menuju ke destinasi.
Akhirnya, mereka tiba di perkarangan sebuah banglo yang sangat besar. Banglo terbesar yang pernah Nia lihat dalam hidupnya. ' Ni banglo ke apa?,'fikir Nia sendirian. Haris memasukkan kereta yang dipandunya itu ke dalam tempat parkir yang telah disediakan. Kelihatan beberapa buah kereta yang turut sampai bersama mereka sedang mencari tempat parkir yang masih kosong. Nia keluar dari kereta itu sebaik sahaja enjin kereta dimatikan.
Dari tempat parkir itu, dia dapat lihat cahaya lampu yang bercahaya indah di banglo besar itu. Muzik alunan lembut yang belum pernah Nia dengar sebelum ini jelas kedengaran. Dia dapat mengagak, suasana di dalam banglo itu pasti meriah. Dia bagaikan orang yang kejutan budaya. Bukan kerana dia tidak pernah menghadiri party, tetapi dia tidak pernah menghadiri party yang diadakan oleh orang kaya seperti ini.
" Ehem..," Nia tersentak mendengar Haris yang pura-pura berdehem itu.
" Nak tengok je ke banglo tu, taknak masuk?,"tanya Haris.
" Mestilah nak," kata Nia.
" Kalau macam tu, jomlah..," kata Haris sambil berjalan ke hadapan. Nia dengan segera menyaingi langkah lelaki itu sehingga dia dapat berjalan seiringan dengan Haris. Mereka berjalan menuju ke pintu utama banglo itu. Di hadapan pintu utama itu, dua orang penyambut tetamu menyambut mereka dengan penuh mesra dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir mereka. " Jemput masuk," kata salah seorang daripada penyambut tetamu itu sebaik sahaja mereka menuju ke pintu utama itu. Nia dan Haris mengangguk dan membalasnya dengan senyuman.
Pada waktu itu, Nia tiba-tiba memaut tangannya pada lengan Haris, persis seperti pasangan kekasih. Serentak itu, Haris berpaling memandang Nia. Kelihatan wajahnya penuh dengan tanda tanya. Nia tersenyum melihat wajah Haris yang kelihatan hairan itu. " Awak kan suruh saya pura-pura jadi teman wanita awak. Saya sedang jalankan tugas saya la ni," kata Nia separuh berbisik kepada Haris. Haris tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Tuesday, April 7, 2009

Bab 2

Cinta mengeluh sendirian. Akhirnya, setelah hampir dua puluh minit dia beratur, dapat juga dia membeli makanan untuk dimakan. Dia mengambil sepinggan nasi goreng berserta segelas air sirap dan membayarnya kepada salah seorang mak cik yang menjadi pekerja di kantin itu. Kemudian dia berjalan menuju ke meja untuk menikmati makanannya itu, tetapi semua meja telah pun penuh dengan para pelajar. Dia terus memerhati segenap ruang kantin itu, akhirnya dia ternampak satu tempat kosong. Tapi...
“ Ada lelaki tu la pulak kat depan tempat tu. Takkan aku nak bersemuka lagi dengan lelaki yang agak menyakitkan hati tu? ,” kata Cinta sendirian. Kalaulah kawan-kawannya turut ada bersama dengannya pada waktu itu, mungkin dia akan duduk di situ, tapi sekarang mereka bertiga sedang bertugas di perpustakaan. Maklumlah, pustakawan sekolah yang bertanggungjawab.
“ Lebih baik aku tunggu meja kosong yang lain. Err, tapi sekarang dah pukul 10.25, lagi lima minit nak masuk kelas. Kalau tunggu nanti lewat pula. Ah, pergi duduk je la Cinta. Kau jangan la pedulikan dia nanti ,” kata Cinta kepada dirinya sendiri. Lalu dia pun berjalan menuju ke sana dan meletakkan pinggan nasi goreng dan gelas air sirap yang dipegangnya itu ke atas meja dengan agak kuat. Airell yang sedang leka menikmati makanannya itu agak terkejut dengan kehadiran perempuan itu.
“ Eh, kau lagi?! ,” kata Airell. Namun Cinta pura-pura tidak mendengar kata-kata Airell itu dan tidak menghiraukannya. ‘Sombongnya!’
“ Eh, semalam apasal kau gelak masa aku kena rotan?! Kelakar sangat ke ha??! ,” Airell mula bertanya kepada Cinta. Dia sememangnya berasa tidak puas hati melihat Cinta ketawakannya semalam.
“ Suka hati aku la, mulut aku. Bukannya pinjam mulut kau ,” Cinta memulangkan buah paku keras Airell semalam.
“ Eh, macam pernah dengar je ayat tu, tapi bila ye? ,” kata Airell dalam hatinya.
“ Tangan kau macam mana? Takde sendi-sendi patah ke kena rotan empat das semalam? ,” Cinta bertanya sambil menyindir Airell. ‘ Eh, apasal pulak aku bercakap dengan dia? Aku kan tak nak pedulikan dia? ’
“ Ceh, patut la macam pernah dengar. Copy ayat aku rupanya ,” bisik Airell dalam hatinya. “ Ni aku la, kena sepuluh das rotan pun masih cool lagi la. Best tau kena rotan
ni ,”kata Airell kepada Cinta.
“ Hah, suka cakap besar je! ,” kata Cinta dalam hatinya sambil mencebikkan bibir. Dia terus makan dan tidak menghiraukan Airell lagi. Begitu juga dengan Airell. Masing-masing diam, sepi. Tapi, dengan tiba-tiba, Airell mencapai gelas air sirap Cinta dan tergopoh-gopoh meminumnya. Cinta terkejut melihat kelakuan Airell itu.
“ Hoi!! Apasal kau minum air aku?!! ,” jerkah Cinta, namun dia masih menjaga volume suaranya itu agar tidak didengari oleh pelajar-pelajar lain. Mendengar kata-kata Cinta itu, Airell kaku seketika. Kemudian, air sirap yang penuh dalam mulutnya itu mula tersembur keluar dan jatuh ke atas nasi goreng Cinta.
Melihat air sirap yang telah tersembur ke atas nasi gorengnya itu, darahnya mula menyelinap naik. Telinganya terasa panas sekali. Matanya membeliak memandang ke arah Airell.
“ Hoi!!! ,” tengking Cinta sambil berdiri dan menghentakkan tangannya ke atas meja. “ Kau dahlah minum air aku! Lepas tu kau pergi semburkan pula air dalam mulut kau tu atas nasi aku ni!! Kau ni memang menyakitkan hati, tahu tak?!!! ,” sambung Cinta lagi dengan nada suara yang tinggi dan kasar. Lalu dia pun berlalu pergi dari situ menuju ke kelasnya. Airell yang sedang memegang gelas air sirap itu tadi terpana seketika. Dia melihat ke sekelilingnya, semua orang sedang memandangnya.
“ Apa pandang-pandang??! Tak pernah tengok lelaki kacak ke?! ,” kata Airell kepada mereka semua. Kemudian, dia bangun untuk pergi masuk ke kelas. Tetapi matanya telah menangkap satu objek berwarna pink berada di atas meja itu. “ Purse??,” katanya perlahan.

*********************************************
Airell masih lagi membelek-belek isi kandungan purse itu. Tiada banyak sangat wang di dalamnya, hanya tiga keping duit kertas lima ringgit, lima keping duit kertas seringgit dan beberapa duit syiling. Dia menarik pula kad pengenalan yang berada di salah satu poket purse itu.
“ Hmm, Nur Cinta Ilyana bt. Rasyid.. Rupanya perempuan tadi punya. Cinta, pelik betul nama. Macam takde nama lain ke nak bagi? ,” kata Airell sendirian.
“ Hei Airell, yang kau bercakap sendirian tu apasal? Ha, tu apa yang kau pegang tu? ,” Faizal yang duduk di sebelahnya menegur.
“ Takde ape-ape lah.. Eh, kau tahu tak budak ni belajar kat kelas mana? ,” tanya Airell sambil menghulurkan kad pengenalan di tangannya itu kepada Faizal.
“ Ni? Setahu aku, dia pelajar kelas 3 Mawar. Apasal kau tanya? Ni kad pengenalan ni kau ambil dari mana? ,” tanya Faizal kehairanan.
“ Ada la tu ,” jawab Airell ringkas. Kemudian dia terus menyelongkar purse di tangannya itu. Faizal hanya diam melihat tingkah laku Airell itu. Tiba-tiba, Airell terjumpa sehelai kertas kecil di dalam salah satu lagi poket yang lain. Dia membuka lipatan kertas itu. Dia agak terkejut apabila melihat gambar Khai terpampang pada kertas itu. Di bawahnya kelihatan ada tulisan.
“ Oh Khai.. Kau lah pujaan hatiku.. ,” Airell membaca tulisan itu. Kemudian dia memandang ke arah Khai yang berada di meja di tepi pintu kelasnya. Dia dengan Khai sememangnya tidak pernah sebulu. Dia kurang suka dengan sikap Khai yang sombong dan berlagak itu. Maklumlah dia anak orang kaya di tempat itu. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang akan mereka berdua gaduhkan. Nak bercakap baik-baik, haram sekali. Apatah lagi nak bertegur sapa.
Tiba-tiba dia tersenyum sendirian. Bagaikan ada mentol sedang bernyala di atas kepalanya. Dia mendapat satu idea untuk menyakat Cinta.

Friday, April 3, 2009

Bab 1

Dataran Iltizam penuh dengan para pelajar dan guru-guru yang berhimpun sempena perhimpunan pagi. Tazkirah yang sedang disampaikan oleh Ustaz Ilias didengar dengan penuh khusyuk. ‘ Qada’ dan Qadar Allah ’, itulah tajuk yang dipilihnya pada hari itu.

“ Setiap pertemuan, perpisahan, jodoh, dan kematian sememangnya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi ,” Airell sempat menangkap beberapa patah kata-kata yang disampaikan oleh ustaz itu dari jauh. Setahu dia, sudah lebih 30 minit dia berdiri di tepi pagar sekolah itu. Dia sendiri tidak sangka dia akan terlewat untuk ke sekolah pada pagi itu. Sekarang tak pasal-pasal kena denda. Inilah padahnya kalau layan TV sampai lewat malam. Dia tercari-cari bangku untuk duduk, tetapi setelah dia melihat kelibat Cikgu Zainal, guru disiplin yang berada tidak jauh dari situ, dia membatalkan niatnya itu. Bimbang kalau akan dijerkah lagi oleh guru tergarang di sekolah itu nanti.

Beberapa ketika kemudian, dia terdengar bunyi seperti enjin motor dari luar pagar sekolah. Lalu dia cuba mengintai-intai ke luar pagar itu. Kelihatan seorang pelajar perempuan berpakaian uniform sekolah dengan sebuah beg disandang di atas bahunya.

“ Biar betul! Pukul 8.30 pagi baru datang?? Aku ingat aku ni paling lewat, tapi rupanya ada lagi yang lebih lewat dari aku rupanya ,” bisik hati Airell.

“ Hoi!!! ,” kedengaran suara yang lantang menjerkah pelajar perempuan itu. Suara siapa lagi kalau bukan suara Cikgu Zainal. Oleh kerana terperanjat, pelajar yang sedang menuntun motornya untuk dibawa masuk ke kawasan sekolah tiba-tiba terlepas motor yang dipegangnya itu. Serentak dengan itu, motor itu terbalik dengan satu bunyi yang agak kuat. Melihat kejadian itu, Airell mula ketawa terbahak-bahak. Cikgu Zainal yang mendengar tawanya itu mula melontarkan pandangan yang tajam kepadanya. Menyedari itu, dia segera menghentikan tawanya itu.


Cinta kelihatan muram sekali. Apa tidaknya, motornya habis jahanam gara-gara kena jerkah oleh Cikgu Zainal itu tadi. Tambahan pula dia terpaksa berdiri di sebelah lelaki yang sejak dari tadi asyik tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dah la muka, gaya, penampilan sebiji macam pesakit Tanjung Rambutan. Dia menjeling tajam kepada Airell. Walaubagaimanapun, Airell terus tersengih teringatkan tentang kejadian beberapa minit tadi.

“ Woi, apa yang lucu sangat tu? Sampai kau tersengih sampai ke telinga tu? ,” Cinta yang sudah tidak tahan dengan tingkah laku Airell itu mula bersuara.

“ Suka hati aku la, mulut aku. Bukannya aku pinjam mulut kau ,” balas Airell pula. “ Motor kau macam mana? Tak ada sendi-sendi mana yang patah ke? ,” sambung Airell lagi cuba menyindir Cinta diiringi dengan tawanya.

“ Motor aku, lantak la nak patah sendi ke, putus urat ke. Yang kau sibuk tu apasal?,” balas Cinta pula. ‘ Aku tengah bad mood ni, boleh pula dia ketawa ’desus hatinya. Airell masih tersengih sendirian kerana dapat menyakat gadis di sebelahnya itu. Menyakat orang, memang itulah hobinya.

Hampir satu jam telah berlalu, akhirnya perhimpunan pagi yang diadakan itu tadi telah berakhir. Dan sepanjang tempoh itulah Cinta dan Airell terpaksa berdiri di tepi pagar sekolah itu.

“ Ha, kamu berdua! Mari sini!!,” panggil Cikgu Zainal setelah semua pelajar bersurai. Kelihatan dia sedang memegang sesuatu di tangannya.Rotan!! Airell dan Cinta mula kelihatan cemas.

“ Kau pergi dulu la ,” kata Cinta sambil menolak sedikit Airell ke depan.

“ Eh, apa kau ni? Aku ni lelaki gentleman, tahu? Aku selalu pegang prinsip ladies first. So, kau jalan dulu, aku ikut belakang ,” kata Airell.

“ Hoi, cepatlah!!! ,” jerkah Cikgu Zainal. Dengan serta-merta Airell berjalan pantas menuju ke arah Cikgu Zainal. “ Hah, ladies first konon ,” kata Cinta dalam hati sambil tersenyum sendirian.

“ Kamu, kenapa lewat? ,” tanya Cikgu Zainal sambil memandang ke arah Cinta.

“ Err.. saya.. saya terlewat bangun cikgu ,” jawab Cinta tergagap-gagap.

“ Bangun lewat?? Nak sekolah ke tak nak ni? Hulurkan tangan! ,” lalu Cinta menghuluran tangannya perlahan-lahan. Dia dapat lihat Airell yang berdiri di sebelahnya sedang menahan tawanya.

Pap! Pap!

Dua kali rotan telah diberikan kepada Cinta. Tangannya berasa sangat perit. Kemudian dia berjalan pergi meninggalkan Airell bersama Cikgu Zainal. Dari jauh, dia berhenti seketika untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh Cikgu Zainal kepada Airell.

“ Mana tie kamu? Lencana tak pakai! Hulurkan tangan kamu!,” tinggi suara Cikgu Zainal. Cinta dapat dengar 4 kali rotan telah diberikan kepada Airell. Lebih banyak daripadanya, mungkin kerana kesalahan disiplin yang dilakukannya itu. Cinta ketawa sendirian, dari jauh kelihatan Airell sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam. Lalu dia segera berlari pergi dan menuju ke kelasnya.

Bab 12

Hari-hari yang Nia lalui kini menjadi hari yang ceria. Orang-orang di sekelilingnya, Haris, Sarah, berasa senang hati melihat perubahan dalam diri Nia itu. Nia sekarang sentiasa ketawa dan sering membuat lawak, sehingga mereka sendiri berasa sakit perut menahan tawa jika berbual dengannya. Sarah sangat bersyukur kerana Nia yang dulu telah kembali semula. Dia sungguh tidak sangka, akhirnya Nia dapat berubah semula. Semua ini adalah jasa Haris. Bagaimana cara yang dia lakukan untuk mengubah rakannya itu, dia sendiri tidak tahu. Tapi bagi dia, itu semua tidak penting. Apa yang penting, dia harap Nia akan terus gembira dan ceria seperti itu tidak kira walau apapun yang berlaku.
Persahabatan antara Nia dan Haris pula semakin akrab. Mereka sentiasa menghabiskan masa bersama. Pada waktu petang, mereka akan ke perpustakaan untuk membuat rujukan bersama. Kadang-kadang, Sarah dan Nabil akan turut serta. Tidak lupa juga Faiz, yang turut meluangkan masa bersama mereka jika tiada temu janji dengan mana-mana teman wanitanya. Ini membuatkan Nia turut rapat dengan rakan-rakan Haris itu.
" Hoi Haris, jauh termenung nampak.. Apa yang kau fikirkan tu?,"Nabil tersentak mendengar pertanyaan dari Nabil itu.
" Tak ada apa-apa.. Cuma aku ada sikit problem je ni..,"kata Haris.
" Problem?? Cerita la kat aku, mana tahu kalau aku boleh tolong kau,"tanya Nabil.
" Problem kecil je sebenarnya..Macam ni, ada kawan lama aku tu, dia ajak aku pergi party pertunangan yang dia buat kat rumah dia minggu depan,"kata Haris.
" La, tu bukan masalah tu,"kata Nabil.
" Ish kau ni, aku belum habis cakap lagi ni.. Masalahnya sekarang ni, kawan aku tu suruh aku bawa teman wanita aku sekali, sebab semua yang hadir nanti akan bawa pasangan mereka masing-masing,"kata Haris.
" Habis tu?,"tanya Nabil yang masih belum mengerti maksud Nabil.
" Tu la masalahnya. Aku tak ada girlfriend!,"kata Haris separuh menjerit apabila Nabil sukar untuk memahami maksud kata-katanya tadi. Kelihatan orang di sekeliling mereka mula memandang ke arahnya.
" Ish, apa kau ni.. Cakap kuat-kuat, buat malu je,"kata Nabil.
" Ala, takkan tak ada girlfriend tu satu perkara yang memalukan pula kot. Aku tak kisah pun apa orang nak kata ,"kata Haris.
" Kalau macam tu, kau pergi je la ke party kawan kau tu tanpa pasangan,"kata Nabil.
" Ish, yang tu lain punya la.. Aku tak nak la kawan aku tu cakap aku ni apa pulak, masih belum ada teman wanita,"kata Haris. Sebenarnya dia tak nak tewas dengan rakannya itu, Jefry. Memang sejak zaman persekolahan lagi, dia dengan Jefry selalu akan bertengkar, puncanya hanya satu, masing-masing nak tunjuk hebat. Dia dengan Jefry memang tidak pernah sekutu, dan dia tahu, tujuan Jefry menjemput dia ke party itu semata-mata untuk menunjukkan bakal isterinya. Menurut khabar angin yang Haris dengar, bakal isterinya itu adalah anak seorang tokoh korporat yang terkenal. Nabil hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. 'Macam-macam hal si Haris ni,' kata Nabil di dalam hati.
" Kenapa kau tak ajak Nia je?,"kata Nabil.
" Aku memang bercadang nak ajak dia, tapi macamana kalau dia tak nak pergi?,"tanya Haris.
" Ish kau ni, cuba la ajak dulu. Belum cuba,belum tahu kan?,"kata Nabil pula.'Hmm,betul juga,'fikir Haris sendirian sambil mengangguk-nganggukkan kepalanya. Masing-masing diam kembali sehinggalah tiba-tiba datang seorang gadis menyapa mereka berdua.
" Hai guys!,"sapa Nia. " What's up? Boleh join sekali?," sambungnya lagi.
" Hah, Nia.. Memang panjang umur awak..Kitorang baru je lepas cakap pasal awak tadi.. Mana Sarah?,"tanya Nabil apabila melihat teman wanitanya itu tidak bersama Nia.
" Oh, Sarah pergi jumpa lecturer tadi, ada hal sikit katanya. Awak cakap pasal saya tadi? Ni mesti mengumpat ni? ," Nia cuba menguji mereka berdua.
" Eh, tak ada lah, ni hah, si Haris ni ada nak tanya awak benda ni.. Hoi, Haris kau tanya la, ish diam pula dia," kata Nabil sambil mencuit Haris. Nia mengalihkan pandangannya ke arah Haris dan mula menanti patah bicara dari Haris.
" Er..bukan apa, saya cuma nak awak teman saya ke party kawan saya..,"kata Haris. Nia mengangkat keningnya mendengar kata-kata Haris itu. " Itu je?,"tanya Nia.
" Dan... pura-pura.. jadi.. teman wanita saya kat sana nanti, boleh tak?,"kali ini Haris agak tergagap-gagap kerana khuatir Nia akan fikir yang bukan-bukan terhadap apa yang dia minta itu.
" Hah, jadi ini je la yang awak nak tanya?,"tanya Nia.
" Ye la, boleh ke tak? Please, I need your help..," rayu Haris. Dalam matanya jelas kelihatan cahaya pengharapan.
" Erm..," Nia pura-pura membuat gaya seperti dia sedang berfikir. Haris masih menanti jawapan darinya. " Ok," jawab Nia ringkas sambil tersenyum. Serentak dengan itu, Haris membulatkan matanya. " Betul awak akan teman saya?," tanya Haris sekali lagi antara percaya dan tidak dengan apa yang Nia katakan itu. Nia mengangguk," Ye la, setakat teman pergi party dan pura-pura jadi teman wanita awak, bukannya apa sangat. Perkara mudah je tu.. Tapi....," sengaja Nia mematikan kata-katanya di situ untuk membuat Haris tertanya-tanya. Seperti yang dijangka, dahi Haris berkerut," Tapi apa?,"tanya Haris.
" Kena ada ni la," kata Nia sambil memetik jarinya sebagai isyarat bahawa dia perlu mendapat upahnya.
" Hah, ingatkan apa tadi.. Yang tu small matter je, nanti saya belanja awak makan,ok?,"kata Haris. " Ok, bagus..,"kata Nia ceria. " Tapi bila party tu?,"tanya Nia.
" Next week, hari Sabtu, jam 8.00 malam,"kata Haris.
" Nanti awak jemput saya la ye?," ujar Nia. Haris mengangguk-anggukkan kepalanya. Sememangnya dia telah pun berniat untuk mengambil Nia malam itu nanti. " Jangan lupa pula tu.. Awak tu biasanya nyanyuk sedikit,"sambung Nia lagi. Serentak dengan itu, kedengaran tawa Nabil berderai. Haris turut tersenyum mendengar kata-kata Nia itu. " Kali ini takkan lupa," katanya. Nia hanya tersenyum kecil.