BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 29, 2009

Bab 21

” Hello..?,” Airell menjawab panggilan telefon yang diterimanya itu.

” Airell... aku lupa, satu benda lagi. Kau tolong belikan sekali gandum ye?,” kata Cinta dari hujung corong telefonnya itu. Airell mengeluh sendiri. ” Macam-macamlah dia ni,” bisiknya sendiri di dalam hati. Dia masih belum menukar pakaian sekolahnya lagi tetapi sudah disuruh oleh Cinta untuk membelikan pelbagai barang yang Airell sendiri tak tahu untuk apa semua itu. Dia berjalan mengelilingi kawasan di dalam pasaraya itu sambil membaca senarai barang yang perlu di beli.

Telur, dah beli. Ayam, dah beli. Serbuk kari, dah beli. Lagi...

Sambil dia terus mencari-cari barang, tiba-tiba dia terpandang seseorang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia segera menyembunyikan dirinya di sebalik rak barang-barang di situ dan memerhatikan lelaki yang cukup dikenalinya itu.

” Khai??,” katanya sendiri. ” Dia dengan perempuan mana tu?,” tanyanya pada diri sendiri. Dilihatnya Khai bersama seorang gadis yang langsung tidak dikenalinya. Mereka berdua kelihatan bukan main mesra. Khai berjalan seiringan dengan gadis itu sambil memeluk pinggangnya.

” Tak guna Khai!!,” katanya geram sambil mengepal tangannya. Dia terus mengekori Khai dari belakang tanpa disedari oleh mereka berdua. Kelihatan mereka berhenti di bahagian pakaian wanita.

” Bi, tengok ni. Cantik tak?,” tanya gadis itu kepada Khai.

” Baby, apa pun yang baby pilih semuanya cantik,” kata Khai sambil mencuit hidung gadis itu. Gadis itu tersenyum mendengar kata-kata Khai.

Uekk!! Perut Airell berasa loya mendengar panggilan mereka berdua. ’Bi? Baby?’. ” Huh, geli aku!,” katanya sendiri. Setelah beberapa minit berlalu, Airell sudah tidak dapat terus bersembunyi dan melihat sahaja mereka berdua. Lalu, dia berpura-pura keluar dan lalu di sebelah mereka berdua sambil bersiul. Khai kelihatan agak terkejut melihat kemunculan Airell secara tiba-tiba itu.

” Eh, hai Khai! Tak sangka jumpa kau kat sini,” Airell pura-pura menyapa Khai.

” Hai.. Aku pun tak sangka jugak,” katanya cuba untuk berlagak selamba.

” Siapa tahu, banyak betul benda yang kita tak sangka ye?,” sindir Airell kepada Khai. Khai yang memang memahami maksud kata-kata Airell itu sedikit tergamam.

” Err.. oklah, aku nak cepat. Aku pergi dulu,” katanya sambil berjalan pergi meninggalkan Airell.

” Bi, janganlah jalan cepat sangat. Tunggulah baby,” kata gadis itu dengan suara mengada-ngadanya sambil berlari mendapatkan Khai. Airell hanya menjeling tajam melihat pemergian mereka berdua.

” Kau memang tak guna Khai! Berani kau mainkan perasaan Cinta!!,” kata Airell sendirian sambil mengetapkan bibirnya.

” Khai! Tunggu!,” hampir 15 minit Airell menunggu di tempat parkir pasaraya itu, akhirnya Khai muncul juga. Dia segera mendapatkan lelaki itu.

” Apa lagi kau nak?,” tanya Khai kasar.

” Aku nak bagi kau ni!!,” kata Airell sambil memberi satu tumbukan pada muka Khai. Khai terkejut dengan tindakan Airell itu. Dia menyentuh pipinya yang terasa perit ditumbuk itu. Kali ini dia pula mendapatkan Airell dan menumbuk muka Airell. Satu pergaduhan kini bermula. Gadis yang bersama Khai itu tadi kini menjerit.

” Apa kau nak hah??!,” tanya Khai.

” Aku dah pesan kat kau, jangan mainkan perasaan Cinta! Tapi, kau ni memang tak guna!,” kata Airell sambil cuba untuk memberi satu lagi tumbukan kepada Khai tetapi sempat dielak oleh Khai.

” Kalau aku permainkan dia pun, apa kaitannya dengan kau? Aku tahu kau pun suka kat dia! Alah, kalau kau nak sangat kat dia, ambillah! Aku tak heran pun!!,” kata Khai pula. Mendengar kata-kata Khai itu, kemarahan Airell semakin tinggi. Wajahnya berubah merah padam menahan marah. Dia mengangkat kolar baju Airell sambil mengetapkan bibirnya. Namun, belum sempat dia melakukan apa-apa, datang seorang pengawal keselamatan pasaraya itu.

” Apa yang berlaku kat sini ni??,” tanya pengawal itu. Airell melepaskan pegangannya pada kolar baju Khai itu.

” Tak ada apa-apa,” jawab Airell ringkas sebelum pergi mendapatkan motornya untuk pergi dari situ. Dia sempat memberikan pandangan yang tajam kepada Khai sebelum keluar dari kawasan itu.

Airell menghentikan motornya di hadapan rumah Cinta. Kelihatan Cinta sedang mundar-mandir di hadapan rumahnya itu. Sebaik melihat Airell, dia segera mendapatkannya. ” Kau pergi beli barang ke buat barang? Lama betul aku tunggu,” kata Cinta.

” Maaflah, ada hal sikit tadi,” kata Airell sambil menghulurkan barang-barang yang dipesan oleh Cinta. Sewaktu Cinta mengambil barang-barang itu dari tangan Airell, dia terpandang wajah Airell yang kelihatan merah lebam.

” Kenapa dengan muka kau?,” tanya Cinta. Airell cuba menutup bahagian mukanya yang lebam itu apabila menyedari Cinta sedang memerhatikan mukanya yang lebam itu.

” Tak ada apa-apalah, aku accident sikit tadi,” kata Airell cuba membuat helah.

” Aku rasa baik kau singgah dulu kat rumah aku. Nanti aku sapukan ubat kat muka kau tu,” kata Cinta.

” Alah, tak payahlah. Sikit je ni,” kata Airell cuba untuk tidak menyusahkan Cinta.

” Kau dah lupa yang kau kena ikut semua perintah aku? So, sekarang ni pun adalah perintah dari aku, so kau kena ikut apa yang aku cakap,” kata Cinta bertegas. Airell mengeluh. ” Ye la..,” kata Airell. Cinta hanya tersenyum sendiri melihat reaksi Airell itu.

” Macamanalah kau boleh cuai sangat,” kata Cinta sambil menghampiri Airell yang sedang duduk di sofa sambil membawa peti ’First-Aid’ di tangannya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Airell dan membuka peti itu.

” Pandang sini,” kata Cinta bernada arahan. Airell hanya mengikut apa yang disuruh. Cinta mula menuangkan ubat di atas kapas dan menyapukannya pada muka Airell yang lebam itu. Airell kelu, tidak bergerak-geri. Dadanya berdebar-debar.

” Ouch, sakit,” dia mengerang kesakitan apabila Cinta tertekan kuat pada kulitnya yang lebam itu.

” Opss, sorry.. Aku tak sengaja,” kata Cinta sambil terus menyapukan ubat pada mukanya. Airell masih terus merenung gadis di hadapannya itu. Dia tidak sanggup melihat kesedihan pada wajah gadis yang dicintainya itu. Apa yang perlu dia buat? Beritahu hal yang sebenar atau mendiamkan diri sahaja?

” Kau nak buat apa dengan barang-barang tadi tu?,” tanya Airell memulakan perbualan, cuba untuk mengurangkan debaran di hatinya.

” Aku nak masak chicken chop..,” jawab Cinta. ” Ok, dah siap!,” kata Cinta lagi sambil menyimpan semula ubat ke dalam peti ’ First-Aid ’ itu tadi dan bangun untuk menyimpan peti itu di tempatnya semula.

” Kau pandai masak ke?,”tanya Airell yang masih belum mengetahui kelebihan gadis itu.

” Hobi aku tu,” kata Cinta sambil tersenyum. ” Apa kau ingat aku ni jenis perempuan yang tak masuk dapur ke?,” tanya Cinta. Airell hanya terdiam. Sebenarnya, memang itulah sangkaannya sebelum ini.

” Eh, kau tunggulah dulu. Jangan balik lagi. Tunggu aku siap masak chicken chop tu dulu, bolehlah kau rasa masakan aku,” kata Cinta sambil berlalu ke dapur.

” Tapi...,”

” That is an order,” kata Cinta dari dapur sebelum sempat Airell berkata apa-apa. Sekali lagi Airell mengeluh.

30 minit terus berlalu, akhirnya Cinta keluar dengan membawa tiga pinggan chicken chop. Bau masakannya yang menusuk hidung itu benar-benar membuat perut Airell lapar. Tambahan pula, dia masih belum lagi makan apa-apa selepas pulang dari sekolah tadi.

” Ok, dah siap!,” kata Cinta.

” Tiga? Untuk siapa satu lagi?,” tanya Airell hairan.

” Untuk Khai.. Sebenarnya dia dah janji dengan aku akan datang ke rumah untuk cuba chicken chop aku petang ni.. Kejap, aku telefon dia,” kata Cinta sambil bangun dan masuk ke biliknya untuk menelefon Khai.

” Err....,” Airell cuba untuk memberitahu tentang hal sebenar, tetapi Cinta sudah pun masuk ke biliknya. Sebentar kemudian, dia keluar semula. Wajahnya kelihatan muram.

” Dia tak angkat,” kata Cinta. Airell hanya diam, cuba menyusun ayatnya tentang bagaimana untuk memberitahu kepada Cinta tentang apa yang dia lihat di pasaraya tadi.

” Err.. Cinta.. Aku ada nak beritahu kau benda ni..,” kata Airell tergagap-gagap.

” Apa dia?,” tanya Cinta.

” Err.. pasal Khai..,” kata Airell lagi.

” Kenapa dengan dia?,” tanya Cinta tak sabar ingin tahu.

” Err.. dia.. dia.. dia kirim salam sayang kat kau di sekolah tadi,” kata Airell.

” Betul ke? Hmm.. dia tu ada-ada je la,” kata Cinta sambil tersenyum sendiri.

” Hish, bodoh betullah kau ni! Apasal kau cakap macam tu pulak??,” kata Airell pada dirinya sendiri.

Beberapa minit terus berlalu, chicken chop di hadapan mereka masih belum disentuh. Cinta kelihatan gelisah sambil terus memerhatikan ke luar rumahnya itu. Handsetnya sejak tadi setia di tangan.

” Kau tunggu Khai ke?,” tanya Airell. Cinta hanya mengangguk.

” Mungkin Khai sibuk kot,” kata Airell cuba menenangkan Cinta. Cinta hanya tersenyum. ” Eh, lupa pula aku. Kau makanlah dulu. Maaflah, aku lupa nak pelawa,” kata Cinta dengan rasa bersalah.

” Jom makan dulu lah,” kata Cinta sambil makan chicken chopnya. Airell dapat lihat wajah itu kelihatan sedih walaupun dia cuba untuk tersenyum.

” Maaf Cinta, aku tak sanggup ceritakan hal sebenar pada kau. Aku tak sanggup lihat kau lebih sedih. Maaf,” kata Airell di dalam hatinya. Kemudian, dia turut makan chicken chop yang disediakan padanya itu.

0 comments: