BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 29, 2009

Bab 21

” Hello..?,” Airell menjawab panggilan telefon yang diterimanya itu.

” Airell... aku lupa, satu benda lagi. Kau tolong belikan sekali gandum ye?,” kata Cinta dari hujung corong telefonnya itu. Airell mengeluh sendiri. ” Macam-macamlah dia ni,” bisiknya sendiri di dalam hati. Dia masih belum menukar pakaian sekolahnya lagi tetapi sudah disuruh oleh Cinta untuk membelikan pelbagai barang yang Airell sendiri tak tahu untuk apa semua itu. Dia berjalan mengelilingi kawasan di dalam pasaraya itu sambil membaca senarai barang yang perlu di beli.

Telur, dah beli. Ayam, dah beli. Serbuk kari, dah beli. Lagi...

Sambil dia terus mencari-cari barang, tiba-tiba dia terpandang seseorang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia segera menyembunyikan dirinya di sebalik rak barang-barang di situ dan memerhatikan lelaki yang cukup dikenalinya itu.

” Khai??,” katanya sendiri. ” Dia dengan perempuan mana tu?,” tanyanya pada diri sendiri. Dilihatnya Khai bersama seorang gadis yang langsung tidak dikenalinya. Mereka berdua kelihatan bukan main mesra. Khai berjalan seiringan dengan gadis itu sambil memeluk pinggangnya.

” Tak guna Khai!!,” katanya geram sambil mengepal tangannya. Dia terus mengekori Khai dari belakang tanpa disedari oleh mereka berdua. Kelihatan mereka berhenti di bahagian pakaian wanita.

” Bi, tengok ni. Cantik tak?,” tanya gadis itu kepada Khai.

” Baby, apa pun yang baby pilih semuanya cantik,” kata Khai sambil mencuit hidung gadis itu. Gadis itu tersenyum mendengar kata-kata Khai.

Uekk!! Perut Airell berasa loya mendengar panggilan mereka berdua. ’Bi? Baby?’. ” Huh, geli aku!,” katanya sendiri. Setelah beberapa minit berlalu, Airell sudah tidak dapat terus bersembunyi dan melihat sahaja mereka berdua. Lalu, dia berpura-pura keluar dan lalu di sebelah mereka berdua sambil bersiul. Khai kelihatan agak terkejut melihat kemunculan Airell secara tiba-tiba itu.

” Eh, hai Khai! Tak sangka jumpa kau kat sini,” Airell pura-pura menyapa Khai.

” Hai.. Aku pun tak sangka jugak,” katanya cuba untuk berlagak selamba.

” Siapa tahu, banyak betul benda yang kita tak sangka ye?,” sindir Airell kepada Khai. Khai yang memang memahami maksud kata-kata Airell itu sedikit tergamam.

” Err.. oklah, aku nak cepat. Aku pergi dulu,” katanya sambil berjalan pergi meninggalkan Airell.

” Bi, janganlah jalan cepat sangat. Tunggulah baby,” kata gadis itu dengan suara mengada-ngadanya sambil berlari mendapatkan Khai. Airell hanya menjeling tajam melihat pemergian mereka berdua.

” Kau memang tak guna Khai! Berani kau mainkan perasaan Cinta!!,” kata Airell sendirian sambil mengetapkan bibirnya.

” Khai! Tunggu!,” hampir 15 minit Airell menunggu di tempat parkir pasaraya itu, akhirnya Khai muncul juga. Dia segera mendapatkan lelaki itu.

” Apa lagi kau nak?,” tanya Khai kasar.

” Aku nak bagi kau ni!!,” kata Airell sambil memberi satu tumbukan pada muka Khai. Khai terkejut dengan tindakan Airell itu. Dia menyentuh pipinya yang terasa perit ditumbuk itu. Kali ini dia pula mendapatkan Airell dan menumbuk muka Airell. Satu pergaduhan kini bermula. Gadis yang bersama Khai itu tadi kini menjerit.

” Apa kau nak hah??!,” tanya Khai.

” Aku dah pesan kat kau, jangan mainkan perasaan Cinta! Tapi, kau ni memang tak guna!,” kata Airell sambil cuba untuk memberi satu lagi tumbukan kepada Khai tetapi sempat dielak oleh Khai.

” Kalau aku permainkan dia pun, apa kaitannya dengan kau? Aku tahu kau pun suka kat dia! Alah, kalau kau nak sangat kat dia, ambillah! Aku tak heran pun!!,” kata Khai pula. Mendengar kata-kata Khai itu, kemarahan Airell semakin tinggi. Wajahnya berubah merah padam menahan marah. Dia mengangkat kolar baju Airell sambil mengetapkan bibirnya. Namun, belum sempat dia melakukan apa-apa, datang seorang pengawal keselamatan pasaraya itu.

” Apa yang berlaku kat sini ni??,” tanya pengawal itu. Airell melepaskan pegangannya pada kolar baju Khai itu.

” Tak ada apa-apa,” jawab Airell ringkas sebelum pergi mendapatkan motornya untuk pergi dari situ. Dia sempat memberikan pandangan yang tajam kepada Khai sebelum keluar dari kawasan itu.

Airell menghentikan motornya di hadapan rumah Cinta. Kelihatan Cinta sedang mundar-mandir di hadapan rumahnya itu. Sebaik melihat Airell, dia segera mendapatkannya. ” Kau pergi beli barang ke buat barang? Lama betul aku tunggu,” kata Cinta.

” Maaflah, ada hal sikit tadi,” kata Airell sambil menghulurkan barang-barang yang dipesan oleh Cinta. Sewaktu Cinta mengambil barang-barang itu dari tangan Airell, dia terpandang wajah Airell yang kelihatan merah lebam.

” Kenapa dengan muka kau?,” tanya Cinta. Airell cuba menutup bahagian mukanya yang lebam itu apabila menyedari Cinta sedang memerhatikan mukanya yang lebam itu.

” Tak ada apa-apalah, aku accident sikit tadi,” kata Airell cuba membuat helah.

” Aku rasa baik kau singgah dulu kat rumah aku. Nanti aku sapukan ubat kat muka kau tu,” kata Cinta.

” Alah, tak payahlah. Sikit je ni,” kata Airell cuba untuk tidak menyusahkan Cinta.

” Kau dah lupa yang kau kena ikut semua perintah aku? So, sekarang ni pun adalah perintah dari aku, so kau kena ikut apa yang aku cakap,” kata Cinta bertegas. Airell mengeluh. ” Ye la..,” kata Airell. Cinta hanya tersenyum sendiri melihat reaksi Airell itu.

” Macamanalah kau boleh cuai sangat,” kata Cinta sambil menghampiri Airell yang sedang duduk di sofa sambil membawa peti ’First-Aid’ di tangannya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Airell dan membuka peti itu.

” Pandang sini,” kata Cinta bernada arahan. Airell hanya mengikut apa yang disuruh. Cinta mula menuangkan ubat di atas kapas dan menyapukannya pada muka Airell yang lebam itu. Airell kelu, tidak bergerak-geri. Dadanya berdebar-debar.

” Ouch, sakit,” dia mengerang kesakitan apabila Cinta tertekan kuat pada kulitnya yang lebam itu.

” Opss, sorry.. Aku tak sengaja,” kata Cinta sambil terus menyapukan ubat pada mukanya. Airell masih terus merenung gadis di hadapannya itu. Dia tidak sanggup melihat kesedihan pada wajah gadis yang dicintainya itu. Apa yang perlu dia buat? Beritahu hal yang sebenar atau mendiamkan diri sahaja?

” Kau nak buat apa dengan barang-barang tadi tu?,” tanya Airell memulakan perbualan, cuba untuk mengurangkan debaran di hatinya.

” Aku nak masak chicken chop..,” jawab Cinta. ” Ok, dah siap!,” kata Cinta lagi sambil menyimpan semula ubat ke dalam peti ’ First-Aid ’ itu tadi dan bangun untuk menyimpan peti itu di tempatnya semula.

” Kau pandai masak ke?,”tanya Airell yang masih belum mengetahui kelebihan gadis itu.

” Hobi aku tu,” kata Cinta sambil tersenyum. ” Apa kau ingat aku ni jenis perempuan yang tak masuk dapur ke?,” tanya Cinta. Airell hanya terdiam. Sebenarnya, memang itulah sangkaannya sebelum ini.

” Eh, kau tunggulah dulu. Jangan balik lagi. Tunggu aku siap masak chicken chop tu dulu, bolehlah kau rasa masakan aku,” kata Cinta sambil berlalu ke dapur.

” Tapi...,”

” That is an order,” kata Cinta dari dapur sebelum sempat Airell berkata apa-apa. Sekali lagi Airell mengeluh.

30 minit terus berlalu, akhirnya Cinta keluar dengan membawa tiga pinggan chicken chop. Bau masakannya yang menusuk hidung itu benar-benar membuat perut Airell lapar. Tambahan pula, dia masih belum lagi makan apa-apa selepas pulang dari sekolah tadi.

” Ok, dah siap!,” kata Cinta.

” Tiga? Untuk siapa satu lagi?,” tanya Airell hairan.

” Untuk Khai.. Sebenarnya dia dah janji dengan aku akan datang ke rumah untuk cuba chicken chop aku petang ni.. Kejap, aku telefon dia,” kata Cinta sambil bangun dan masuk ke biliknya untuk menelefon Khai.

” Err....,” Airell cuba untuk memberitahu tentang hal sebenar, tetapi Cinta sudah pun masuk ke biliknya. Sebentar kemudian, dia keluar semula. Wajahnya kelihatan muram.

” Dia tak angkat,” kata Cinta. Airell hanya diam, cuba menyusun ayatnya tentang bagaimana untuk memberitahu kepada Cinta tentang apa yang dia lihat di pasaraya tadi.

” Err.. Cinta.. Aku ada nak beritahu kau benda ni..,” kata Airell tergagap-gagap.

” Apa dia?,” tanya Cinta.

” Err.. pasal Khai..,” kata Airell lagi.

” Kenapa dengan dia?,” tanya Cinta tak sabar ingin tahu.

” Err.. dia.. dia.. dia kirim salam sayang kat kau di sekolah tadi,” kata Airell.

” Betul ke? Hmm.. dia tu ada-ada je la,” kata Cinta sambil tersenyum sendiri.

” Hish, bodoh betullah kau ni! Apasal kau cakap macam tu pulak??,” kata Airell pada dirinya sendiri.

Beberapa minit terus berlalu, chicken chop di hadapan mereka masih belum disentuh. Cinta kelihatan gelisah sambil terus memerhatikan ke luar rumahnya itu. Handsetnya sejak tadi setia di tangan.

” Kau tunggu Khai ke?,” tanya Airell. Cinta hanya mengangguk.

” Mungkin Khai sibuk kot,” kata Airell cuba menenangkan Cinta. Cinta hanya tersenyum. ” Eh, lupa pula aku. Kau makanlah dulu. Maaflah, aku lupa nak pelawa,” kata Cinta dengan rasa bersalah.

” Jom makan dulu lah,” kata Cinta sambil makan chicken chopnya. Airell dapat lihat wajah itu kelihatan sedih walaupun dia cuba untuk tersenyum.

” Maaf Cinta, aku tak sanggup ceritakan hal sebenar pada kau. Aku tak sanggup lihat kau lebih sedih. Maaf,” kata Airell di dalam hatinya. Kemudian, dia turut makan chicken chop yang disediakan padanya itu.

Sunday, December 13, 2009

Bab 20

Khai berjalan menuju ke arah pokok rendang itu, di sebaliknya jelas kelihatan seorang lelaki berdiri sambil memeluk tubuhnya. Gayanya seperti menunggu seseorang. Khai berjalan mendekati lelaki itu.

" Ha, apa kau nak jumpa aku kat sini?," tanya Khai. Airell berpaling sebaik mendengar suara lelaki itu menegurnya dari belakang.
" Aku nak cakap dengan kau pasal Cinta," kata Airell lembut, tidak mahu mencari gaduh dengan Khai.
" Apalagi kau nak cakap ni.. Aku dah tahu la, yang kau ada hubungan dengan dia..," kata Khai dengan muka bengang.
" Hei.. kau dengar la dulu apa aku nak cakap ni!," agak tinggi suara Airell. Khai diam seketika, bukan kerana takut dengan Airell tapi dia juga berasa ingin tahu apa yang ingin dikatakan oleh Airell itu.
" Aku dengan Cinta tak ada apa-apa hubungan pun, tak lebih dari kawan. Kau patut tahu yang satu-satunya orang yang dia suka cuma kau.. sejak dulu sampai sekarang ," kata Airell.
" Mana kau tahu?," tanya Khai tidak percaya, namun air mukanya sudah kelihatan lebih tenang daripada sebentar tadi.
" Aku pernah tengok ada gambar kau dalam purse dia.. Kau tahu tak, sebelum kau rapat dengan dia, dia memang dah lama minat kat kau. So, kau tak patut musykil dengan dia, sebab dia memang sayang sangat kat kau," kata Airell lagi. Nadanya kembali rendah, sayu apabila dia sendiri terpaksa menuturkan hakikat itu kepada Khai. Khai kelihatan agak terkedu mendengar kata-kata Airell itu. Dia terdiam tanpa berkata-kata.
" Aku minta maaf kalau aku buat hubungan korang jadi macam ni.. Tapi, kau kena percaya yang aku dengan dia, memang tak ade apa-apa hubungan pun. Selama ni, aku selalu bersama dengan dia pun just sebagai hamba abdi dia je," sambung Airell lagi.
" Maksud kau?," tanya Khai tidak faham dengan maksud 'hamba abdi' yang dikatakan Airell sebentar tadi.
" Aku kalah dalam satu pertaruhan dengan Cinta, dan orang yang kalah kena ikut perintah orang yang menang.. So.. cuma itu je la," terang Airell lagi.

Ding Dong! Ding Dong!

Kedengaran loceng rumah berbunyi. Cinta segera keluar membuka pintu, namun sebaik sahaja pintu dibuka, tiada sesiapa yang kelihatan. Cinta mengerutkan dahinya. " Siapa la yang main-main dengan loceng ni?," tanyanya sendiri kemudian menutup kembali pintu rumah itu.
Namun, tidak sampai lima minit pun, sekali lagi kedengaran loceng rumahnya berbunyi. Dia keluar untuk membuka pintu rumahnya itu buat kali kedua. Kali ini, sebaik sahaja membuka pintu, tetap juga tiada orang di hadapan pintu itu, namun terdapat sejambak ros merah di hadapan pintu rumahnya itu.
Cinta mengambil bunga itu dan membelek-beleknya. Sekali lagi dahinya berkerut sambil tertanya-tanya sendiri dari mana datangnya bunga itu. Dia dapati ada sekeping kad kecil pada bunga itu lalu segera dibaca.
" I'm so sorry.. Love you..," itulah ayat yang tertulis pada kad itu. Cinta segera berjalan keluar dari pagar rumahnya itu dan mengintai-intai dengan harapan orang yang menghantar bunga itu masih berada di kawasan itu. Namun, hampa. Tiada sesiapapun yang kelihatan di situ. Sebaik dia berpaling untuk masuk ke rumahnya semula, dia dapati Khai sudah pun berdiri di hadapannya sambil tersenyum.

" So, awak maafkan saya?," tanya Khai kepada Cinta. Mereka berdua berjalan beriringan di kawasan taman yang berada berdekatan dengan rumah Cinta itu.
" Kenapa pula saya perlu maafkan awak?," tanya Cinta. Khai kelihatan terkejut mendengar kata-kata Cinta itu.
" Jadi, maknanya awak tak maafkan saya la ni?," tanya Khai. Cinta tergelak sendiri.
" Kalau awak tak buat salah, untuk apa pula saya nak maafkan awak ," kata Cinta dengan tawa yang masih tersisa. " Saya yang patut minta maaf dengan awak.. Saya tahu, saya tak patut sentiasa berkepit dengan Airell sedangkan awak boyfriend saya," kata Cinta sambil memandang Khai. Khai tersenyum, " Tak pe, sekarang saya faham kenapa Airell selalu bersama dengan awak," kata Khai. Cinta sedikit terkejut mendengar kata-kata Khai itu lalu segera memandang wajah teman lelakinya itu menginginkan penjelasan akan kata-katanya sebentar tadi. Namun, Khai tidak menunjukkan sebarang reaksi melainkan ketawa sendiri. Lalu, Cinta pun melupakan sahaja apa yang dikatakan oleh Khai sebentar tadi.
" Lepas ni, kita jangan gaduh lagi ye awak?," kata Cinta. Khai mengangguk sambil tersenyum, " Saya janji, kita takkan bergaduh lagi," katanya. Cinta juga turut tersenyum mendengar kata-kata Khai itu.
Dari sebalik semak, Airell menggaru-garu badannya yang sejak tadi menjadi bahan gigitan nyamuk. Wajahnya kelihatan agak sayu walaupun kini dia terpaksa menahan gatal pada badannya itu. " Hmm.. baguslah Cinta, kau dah gembira semula. Aku senang tengok kau gembira," kata Airell sambil tersenyum.


" Airell!," panggil Cinta dari jauh. Airell berpaling mendengar panggilan itu. Cinta segera berlari ke arah lelaki itu yang sedang termenung di kaki lima itu.

" Kau tahu tak, aku dah berbaik semula dengan Khai sekarang," kata Cinta sambil mengambil tempat di sebelah Airell. Airell diam seketika kemudian dia berpaling ke arah Cinta sambil tersenyum. " Baguslah kalau macam tu, tak payahlah aku susah payah nak sewakan bahu aku lagi," katanya. " Ish kau ni..," kata Cinta sambil menumbuk bahu Airell. Airell tertawa sendiri.

" Semalam, dia datang minta maaf dengan aku..," kata Cinta sambil mengingat kembali peristiwa semalam sambil tersenyum-senyum. " Kau tahu tak, aku gembira sangat sekarang ni. Dia cakap dia faham kenapa aku sering bersama kau.. Tapi aku tak tahu la apa maksud kata-kata dia tu. Mungkin dia percaya kot yang aku ni tak mungkin suka pada kau," kata Cinta lagi.

Serentak dengan itu, Airell memandang Cinta. Hatinya sakit mendengar kata-kata Cinta itu. " Teruk sangatkah aku Cinta sampai kau tak mungkin akan suka kat aku?," kata hatinya sendiri.

" Ok lah, rehat pun dah habis ni.. Erm, petang ni, kau tak payah datanglah rumah aku. Hari ni aku bagi kau rest," kata Cinta sambil bangun berdiri dan cuba menyapu habuk-habuk pada kainnya itu. Airell mengerutkan dahi.

" Apasal pulak?," tanya Airell.

" Macam biasa la, aku ada date dengan Khai," kata Cinta sambil tersenyum dan terus berlalu pergi dari situ meninggalkan Airell sendiri. Airell mengeluh sebaik sahaja kelibat Cinta hilang dari pandangan.

" Sampai bila kau nak begini, Airell?? Berdepan dengan orang yang kau cintai, tapi tak mampu untuk memilikinya," tanya Airell pada diri sendiri.

Tuesday, December 8, 2009

Bab 19

Kini sudah seminggu Airell menjadi hamba Cinta, terpaksa mengikut segala perintah gadis itu. Dan sepanjang minggu itu jugalah dia sentiasa berada di samping Cinta kecuali jika gadis itu keluar dengan Khai. Dan sepanjang masa itulah juga hatinya berasa sakit setiap kali melihat Cinta bersama Khai, bergelak tawa bersamanya, dan lebih menyakitkan lagi apabila Cinta menceritakan saat dia bersama Khai dengan penuh gembira kepada Airell. Namun begitu, dia tetap gembira melihat gadis yang dicintainya itu bahagia.
Airell membawa buku-buku rujukan Cinta yang bertimbun itu sambil mengekori gadis itu ke perpustakaan. Setibanya di hadapan perpustakaan, Cinta berhenti di hadapan pintu utama perpustakaan itu dan berpaling ke arah Airell sambil tersenyum. " Aku malas nak buka kasut aku ni. Sekarang, tugas kau, tolong hantar buku-buku rujukan ni balik kat pustakawan yang bertugas. Ambil balik kad perpustakaan aku, Nur Cinta Ilyana. Aku tunggu kat luar,ok?," arah Cinta. Airell membuat muka malas dan tanpa sebarang kata, dia masuk ke dalam perpustakaan itu bersama buku-buku yang dibawanya tadi.
" Hmm..kejam betul, tapi minah ni la juga yang aku suka..Huh!," rungut Airell di dalam hatinya sambil berjalan menuju ke arah pustakawan yang bertugas. Cinta pula mengintai-intai dari luar perpustakaan itu. Kelihatan Airell sedang mengatakan sesuatu kepada pustakawan itu sambil menunjukkan pada tiga buah buku rujukan yang tebal-tebal di hadapannya itu. Sebentar kemudian, kelihatan pustakawan itu mengambil buku-buku itu dan memberi sekeping kad kepada Airell. Setelah selesai, Airell berjalan keluar dari perpustakaan itu. Dilihatnya Cinta sedang menunggunya di luar perpustakaan itu sambil merenung ke bawah beranda.
" Nah, kad perpustakaan kau..," kata Airell. Cinta tersenyum seraya berkata," Thank you,".
Tanpa mereka sedari, rupa-rupanya mereka sedang diperhatikan oleh Khai dan kawan-kawannya. " Eh, Khai tu bukan ke girlfriend kau?," tanya Zaidie, salah seorang rakan Khai yang juga sekelas dengannya. " Kenapa Airell ada bersama dia?," tanya Zaidie lagi hairan. Khai sudah pun berasa panas di hatinya melihat Airell bersama Cinta. Bukan sekali dua dia nampak mereka bersama, sudah banyak kali, rakan-rakannya pun sudah ramai yang datang menceritakan padanya, namun masih didiamkan saja. Tapi kali ini, dia sudah tidak dapat bersabar lagi. " Apa hubungan mereka berdua sebenarnya? Kenapa mereka begitu rapat??," dia tertanya sendiri.

Cinta membawa beg sandangnya dan berjalan keluar dari kelasnya. Pelajar-pelajar lain sejak dari tadi lagi pulang, kini dia sahaja yang tinggal gara-gara didenda kerana tidak siapkan kerja Sejarah tadi. Dia laju berjalan kerana dia tahu, Airell tentu sedang menunggunya. Maklumlah dia dah jadi driver sekarang. Tiba-tiba dia berasa tangannya ditarik dari belakang.
" Khai??," kata Cinta terkejut.
" Saya nak awak jelaskan sekarang jugak, apa hubungan awak dengan Airell sebenarnya??," tanya Khai agak tinggi suaranya.
" Kenapa ni? Kan saya dah cakap, saya dengan dia cuma kawan je, tak lebih daripada tu," jawab Cinta.
" Hah, kawan.. Habis ke hulu ke hilir dengan dia tu, kawan je la?," kata Khai menyindir.
" Apa awak ni? Takkan awak tak percaya kat saya kot.. Betul la saya cakap, dia cuma kawan je.. Saya kan girlfriend awak, takkanlah saya ada apa-apa hubungan dengan dia pulak," kata Cinta dengan nada agak sedih apabila dituduh melulu begitu.
" Ah, sudahlah. Sekarang ni kan susah nak cari perempuan yang boleh dipercayai ," kata Khai sambil berlalu pergi dari situ meninggalkan Cinta sendirian. Air mata Cinta sudah pun mengalir mendengar kata-kata Khai itu tadi. " Kenapa Khai tak percaya kata-kata aku," bisik Cinta di dalam hati. Dia berpaling ke belakang untuk pulang. Namun, dia dapati Airell sedang berdiri tidak jauh dari situ dan memandangnya penuh simpati.

Cinta menangis sepuas-puasnya di bahu Airell. Tangan Airell cuba untuk menggosok-gosok bahu Cinta bagi menenangkan gadis itu, namun kemudian dia membatalkan niatnya itu. Dia hanya menunggu sehingga Cinta berasa lega.
" Err.. maaf, habis baju kau basah," akhirnya Cinta berhenti menangis. Matanya kelihatan merah dan sedikit bengkak.
" Aku tak faham kenapa dia tak percaya kata-kata aku," kata Cinta. Airell tak tahu apa yang harus dikatakan, lalu dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja dan membiarkan Cinta terus berkata-kata. Sebenarnya dia akui kebenaran kata-kata Khai tadi, memang sejak kebelakangan ini dia sering bersama Cinta. Siapa yang tidak berasa tercabar apabila teman wanita sendiri bersama dengan lelaki lain. Tapi kata-kata Khai kepada Cinta sebentar tadi sudah agak keterlaluan. Dia sepatutnya percaya pada teman wanita sendiri.
" Dah lah, lewat dah ni. Biar aku hantar kau pulang dulu," kata Airell.
Airell menghantar Cinta ke rumahnya. Sebaik tiba di hadapan rumah, Cinta turun dari motor itu. " Airell, terima kasihlah sebab kau dah pinjamkan bahu kau kat aku tadi," kata Cinta.
" Ish, bila masa aku bagi pinjam.. Tadi, aku bagi sewa tu. Cepat bayar..," kata Airell sambil menghulurkan tangannya kepada Cinta dari atas motor.
" Eee.. kau ni memang nak kena belasah ni ," kata Cinta sambil cuba untuk memukul Airell dengan beg sandangnya itu. Belum sempat Cinta memukul Airell, dia sudah pun memecut motornya itu sambil ketawa terbahak-bahak. " Aku akan masukkan tu dalam buku hutang," sempat lagi dia berkata kepada Cinta. Sekali lagi kedengaran suaranya ketawa terbahak-bahak. Setelah Airell jauh menghilang, Cinta tersenyum sendiri. " Si Airell ni, macam-macam..," katanya sendiri dan brjalan masuk ke dalam rumah.

Monday, December 7, 2009

Bab 18

" Hey, sorang je ke?," tanya Cinta tiba-tiba sambil meletakkan pinggan nasinya dan duduk di hadapan Airell. Airell tersedak sup yang sedang dihirupnya pada waktu itu apabila mendengar sapaan Cinta itu.
" Kau tak boleh bagi salam dulu ke? Hish, nasib baik tak mati tercekik aku," kata Airell. Cinta hanya tersenyum. Hari ini, wajah Cinta kelihatan berseri-seri sekali. Airell sendiri dapat lihat perubahan pada wajah itu.
" Kau pun sorang juga," kata Airell sambil terus makan mi supnya. " Kawan-kawan aku semua ada hal," kata Cinta.
" Kau tak serik-serik lagi ye? Masih juga datang makan kat depan aku ni. Tak takut aku sembur kat dalam makanan kau lagi ke?," tanya Airell sambil tersengih-sengih.
" Ha, kalau kau nak ni, buatlah lagi," kata Cinta sambil menunjukkan kepalan tangannya pada Airell. Airell tergelak di situ melihat ugutan Cinta itu. Cinta pula sejak dari tadi berpaling ke sana-sini seperti mencari seseorang. Airell mula hairan melihat gelagat Cinta itu.
" Hoi, kau intai siapa? Apasal tak makan?," tanya Airell.
" Aku cari boyfriend aku la," kata Cinta lagi. Wajah Airell mula berubah mendengar kata-kata Cinta itu.
" Eh, lupa pula aku. Bila aku menang ni, maknanya kau akan jadi hamba aku la. Ok, kalau macam tu, start dari hari ni, kau kena ikut perintah aku selama sebulan, faham?," tanya Cinta.
" Aku sanggup jadi hamba kau seumur hidup aku pun," kata Airell perlahan. Cinta yang tidak mendengar butiran percakapannya itu bertanya semula. " Kau cakap apa?," tanya Cinta.
" Tak ada apa-apa, aku cuma cakap apa kau nak aku buat?," kata Airell.
" Erm.. pasal tu, petang ni baru aku cakap. Kau datanglah rumah aku petang nanti," kata Cinta sambil tersenyum. Tiba-tiba, Khai datang entah dari mana dan menegur Cinta. " Hai sayang, boleh saya duduk sini juga?," tanya Khai. Wajah Cinta kelihatan gembira melihat kedatangan Khai itu. " Duduklah.. Saya memang cari awak pun tadi," kata Cinta. Wajah Airell berubah kelat.
" Err.. duduklah Khai.. Cinta, aku pergi dulu la. Petang nanti, aku datanglah rumah kau," kata Airell lalu berdiri dan pergi dari situ. Khai mengekori pemergian Airell dengan ekor matanya.
" Awak rapat ke dengan Airell tu?," tanya Khai.
" Tak ada la rapat sangat, teman buat bergaduh ada la," kata Cinta. " Kenapa? Awak cemburu eh?," tanya Cinta pula.
" Ish.. taklah," Khai cuba menafikan. Cinta hanya tersenyum. Dia tahu, Khai cemburu sebenarnya.

Khai mencuci mukanya di sinki bagi menghilangkan rasa mengantuk. Subjek Bahasa Melayu, memang subjek yang paling membosankan baginya. Tiba-tiba kedengaran salah satu daripada pintu tandas itu terbuka, dan kelihatan Airell keluar sambil membetulkan seluarnya. Wajah Khai berubah sinis, dia sememangnya tidak suka dengan lelaki itu. Airell pergi ke sinki di sebelah Khai untuk mencuci tangannya. Dia tidak menghiraukan Khai di sebelahnya itu, pandang pun tidak. Dengan tidak semena-mena, Khai menarik tali lehernya.
" Hoi.. apa hubungan kau dengan Cinta ha?," tanya Khai dengan nada marah. Airell terkejut dengan kelakuan Khai itu.
" Hey, apa ni?! Main tarik-tarik tak tentu pasal ni!," Airell melepaskan tali lehernya dari genggaman tangan Khai. Wajahnya sudah mula merah menahan marah. " Apa kau ingat aku dengan dia bercinta ke? Woi, kalau kau tak percaya kat kekasih kau sendiri, buat apa bercinta!," kata Airell dengan nada yang tinggi.
" Kau dengar sini, aku dengan Cinta cuma kawan.. Tapi aku nak ingatkan kau, kalau kau sakitkan hati kawan aku tu, memang siap kau! ," kata Airell lagi bernada ugutan. Kemudian dia berlalu keluar dari tandas itu. Khai mendengus geram.

Airell menunggu di luar rumah Cinta di atas motornya, menunggu gadis itu keluar. " Tadi janji pukul 5, tak keluar-keluar pun. Takkan nak suruh aku masuk kot," bisik hatinya sambil memandang jam di tangan.
" Airell, sorry la, aku makan tadi. Hah, ni dia senarai apa yang perlu kau buat," kata Cinta sambil menghulurkan beberapa helai kertas A4. Airell membulatkan matanya melihat kertas-kertas yang diberi oleh Cinta itu.
" Jadi driver.. Belanja setiap hari.. Tolong temankan bila bosan.. Tolong top-upkan phone.. Jadi pengawal peribadi untuk jaga keselamatan.. Tolong temankan jika disuruh..," Airell membaca senarai yang ditulis di dalam salah satu kertas A4 itu. " Gila, apa benda yang merepek ni??," sungut Airell.
" Apa yang kau kena buatlah.. Ada 200 perkara semuanya," kata Cinta sambil tersenyum. Sekali lagi Airell membulatkan matanya. " Kau nak aku buat semua ni?? Huh, aku takkan buat semua ni," kata Airell.
" Eh, kau dah janji.. Janji tetap janji, ingat tu..," kata Cinta mengingatkan Airell. Airell mengeluh sendiri.
" Ye lah, ye lah.. Maknanya aku kena selalu berada di sisi kau la kalau nak buat semua yang ada dalam senarai ni.. Hmm, jadi bodyguard la, macam-macam..," kata Airell lagi. Cinta tersenyum seraya berkata," Nampaknya, macam tu la," katanya. Sekali lagi Airell mengeluh. " Tapi aku akan sentiasa berada bersama dia," kata Airell dalam hatinya.
" Ok, aku setuju," wajahnya kelihatan ceria semula.
" Ok, 30 hari bermula dari hari ini," kata Cinta. Airell tersenyum," Tak apalah, asalkan aku dapat sentiasa bersama kau Cinta," katanya lagi di dalam hati sambil merenung pada kertas A4 di tangannya itu.

p/s: sorry la kalau n3 kali ni pendek sgt2.. idea tgh stuck untuk tulis pnjg2..sorry ye?

Sunday, December 6, 2009

Bab 17

Airell berjalan seiring dengan Maria. Pada hujung minggu begitu, memang ramai orang yang datang berkunjung ke taman itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa Maria tiba-tiba ingin berjumpa dengannya di situ pagi itu. Pagi tadi, sebaik dia bangun dia telah pun menerima SMS dari gadis itu.
Airell berjalan sambil memandang ke arah kanak-kanak yang sedang bermain dalam kawasan taman itu. Tiba-tiba, dia berasa tangannya seperti disentuh seseorang. Dengan spontan, dia memandang ke arah tangannya kemudian ke arah Maria. Kelihatan Maria tersenyum manis kepadanya. Airell mengerutkan dahinya.
" Saya ada sesuatu nak cakap kat awak," kata Maria.
" Apa dia?," Airell mula tertanya-tanya, tambahan lagi melihat kelakuan Maria yang berbeza pagi itu. Tangannya pula masih lagi berada pegangan tangan Maria. Maria tersenyum.
" Saya... saya... Saya suka kat awak," kata Maria tergagap-gagap. Airell terkejut mendengar pengakuan dari Maria itu.
" Saya dah mula suka kat awak sejak awak hadiahkan coklat kat saya lagi.. Awak, kalau boleh, saya nak awak jadi boyfriend saya," kata Maria lagi. Kali ini ayatnya mula lancar. Airell lebih terkejut mendengar ayat terakhir Maria itu. Dia spatutnya gembira, tapi dia tidak tahu kenapa dia tidak berasa apa-apa, sedangkan selama ini, dialah yang sering mengejar gadis itu. Dia terdiam seketika, langsung tiada reaksi di wajahnya. Wajah Cinta tiba-tiba bermain di ruang fikirannya.

Maria masih menunggu jawapan dari Airell penuh harapan. Tiba-tiba, Airell menarik tangannya perlahan-lahan dari pegangan Maria. Wajah Maria jelas kelihatan terkejut. " Maaf, dulu mungkin saya pernah sukakan awak juga, tapi sekarang.. saya rasa, saya baru sedar yang saya cintakan orang lain," kata Airell dan pergi dari situ meninggalkan Maria yang masih lagi kaku berdiri. Dia masih terkejut lagi mendengar kata-kata Airell itu. " Aku ditolak??," tanyanya di dalam hati tidak percaya. " Lelaki tak guna!," jerit Maria di situ. Orang ramai yang berada di kawasan itu mula berpaling ke arah Maria. Wajahnya kelihatan merah padam menahan marah.


Airell cuba menghubungi Cinta, namun sudah beberapa kali, panggilannya hanya disambut dengan mail box. " Angkatlah Cinta...," katanya sendiri dengan handphone yang diletakkan di telinga. Namun, sekali lagi, kedengaran mail box yang menyambut panggilannya itu. Dia mengeluh sendiri. Kemudian, dia keluar dari rumahnya dan mencapai motornya yang baru siap dibaiki itu. Dia menghidupkan enjin dan menunggang laju ke rumah Cinta. Setibanya di sana, mama Cinta memberitahunya bahawa dia tiada di rumah. Sekali lagi Airell mengeluh. Dia benar-benar berharap agar dapat jumpa dengan Cinta. Dia perlu beritahu Cinta tentang perasaannya. Dia tak kisah apa perasaan Cinta padanya, dia cuma harap agar Cinta tahu akan perasaannya.


Pada masa yang sama, di tepi sebuah sungai dalam kampung itu, Khai dan Cinta masing-masing duduk bersebelahan. Cinta melontar anak-anak batu ke dalam sungai itu sambil rancak berbual dengan Khai. Tiba-tiba, Khai berdiri dan memetik sekuntum ros putih daripada pokok yang tumbuh subur di kawasan itu. Cinta turut berdiri melihat kelakuan Khai itu. Sebentar kemudian, Khai menghampirinya dan menghulurkan kuntuman ros itu kepada Cinta. Cinta tersenyum sendiri. Namun, belum sempat Cinta mengambil ros itu. Tiba-tiba Khai berkata," Oh, kejap.. ," katanya sambil mengeluarkan sesuatu dari saku jaketnya. MP3?? Cinta tertanya sendiri. Khai menekan butang MP3 nya itu lalu beralunlah sebuah muzik. Kemudian, dia menyimpan semula MP3 itu. Cinta hanya mampu menahan gelak melihat gelagat Khai itu. Khai menghulurkan semula ros putih tadi dan berkata," Cinta, sudikah awak jadi girlfriend saya?," tanya Khai. Matanya direnung ke mata Cinta. Cinta terkejut mendengar pertanyaan Khai itu. Akhirnya, mimpinya selama ini menjadi kenyataan. Khai minta dia jadi girlfriend!!

Cinta tersenyum dan mengambil ros yang dihulurkan itu. " Ya, saya sudi," katanya. Kelihatan Khai cukup teruja mendengar jawapan dari Cinta itu.

" Betul awak sudi?," tanyanya sekali lagi. Cinta mengangguk-anggukkan kepalanya. Khai bersorak gembira. " Awak tahu tak, saya sejak dulu lagi tunggu awak tanya saya soalan ni," kata Cinta. Dia sendiri juga berasa sangat gembira.


Cinta pulang ke rumahnya. Dia kelihatan benar-benar gembira. Wajahnya kelihatan berseri-seri. " Aku mesti beritahu Airell, dia perlu tahu yang dia dah kalah," kata Cinta. Lalu dia mengeluarkan handsetnya dari saku seluarnya. " La, phone aku tak ada bateri rupanya," katanya lagi sebaik melihat handphonenya tidak bernyala. Lalu, dia segera menyambungkan handsetnya itu kepada charger untuk dicaskan. Sebaik bateri handsetnya itu mula terisi, dia segera menelefon Airell.

" Hello..," kedengaran suara Airell dari corong handsetnya itu.

" Hello Airell.. kau mesti terkejut dengar apa aku nak cakap ni..nampaknya kau kena jadi hamba akulah lepas ni?," kata Cinta gembira.

" Apa maksud kau??," hati Airell mula berdebar.

" Khai dah confess kat aku!!," kata Cinta penuh teruja. Air muka Airell kelihatan berubah mendengar kata-kata Cinta itu. " Dia ajak aku jadi girlfriend dia tadi, dan aku terima," sambung Cinta lagi.

" Oh.. tahniah la," kata Airell perlahan penuh kecewa.

" Ha, kan aku dah cakap yang aku akan menang.. Baru sekarang kau percaya? Janji tetap janji, kau kena tunaikan janji kau tu. Lepas ni, kau kena jadi hamba aku untuk sebulanlah nampak gayanya," kata Cnta lagi.

" Oh, ye la..," Airell sudah kehilangan mood untuk terus berbual dengan Cinta. " Ok la, aku ada hal," kata Airell lalu dia mematikan talian itu. Cinta mengerutkan dahinya. " Apasal si Airell ni, takkan frust sebab kalah kot," kata Cinta sendiri hairan melihat perangai Airell itu.

Epilog

7 tahun kemudian...

Adam menyalakan lilin di atas meja makan yang kini dipenuhi dengan pelbagai makanan itu. Sesekali dia memandang ke arah tangga rumahnya itu. Lenguh berdiri, dia duduk di atas salah satu daripada tiga buah kerusi meja makan itu.
" Hmm.. apalah yang diorang buat kat atas sana tu?," fikirnya sendiri. Dia memeluk tubuhnya. Beberapa saat kemudian, kedengaran suara sorang kanak-kanak lelaki ketawa. Dia mula mendongak ke arah tangga banglonya itu. Kelihatan Nia berpakaian gaun putih dengan rambutnya dihias cantik sedang berjalan turun. Di sebelahnya, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki memakai kot hitam berpimpinan tangan dengannya. Adam bingkas bangun dan berjalan ke arah mereka. Sebaik Nia sampai ke anak tangga yang terakhir, dia menarik tangan Nia dan mengucup tangan itu.
" You look so beautiful," katanya lembut. Nia tersenyum mendengar pujian dari suaminya itu.
" Haris??," tanya kanak-kanak lelaki itu pula. Adam dan Nia memandang ke arah Adam Haris, cahaya mata sulung mereka. Kemudian, Adam mendukung Haris dan membawanya ke meja makan. " You look so beautiful too ," katanya dan meletakkannya di atas salah sebuah kerusi. Selepas itu dia menarik pula kerusi untuk Nia. Nia tersenyum lalu duduk di atas kerusi itu. Adam pula mengambil tempat bertentangan dengan Nia.
Melihat semua sudah berada di situ, Adam mula memetik jarinya. Serentak dengan itu, lampu rumah mereka terpadam semuanya. Kini mereka hanya diterangi oleh beberapa batang lilin yang dinyalakan di atas meja makan itu. Haris sedikit terkejut, namun dia tahu mama dan papanya berada di sampingnya.
" Nampaknya, abang rancang semua ni dengan sempurna ye?," kata Nia sambil tersenyum.
" Mestilah, kan untuk isteri tercinta abang ni," jawab Adam. Walaupun sudah lapan tahun mereka berkahwin, Adam tidak pernah lupa ulang tahun perkahwinan mereka. Dan setiap tahun, pasti ada-ada sahaja cara suaminya itu untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka. Tahun ini, Adam sudah merancang candle light dinner kat rumah mereka sendiri.
" Mama, bila kita boleh makan?," tanya Haris yang sejak tadi lagi terliur akan makanan yang terhidang di hadapannya itu.
" Sayang dah lapar ye?," tanya Nia kepada anaknya itu.
" Kalau Haris dah lapar, kita makan sekaranglah," kata Adam sambil mengambil lauk untuk anaknya itu. Kemudian, mereka sama-sama menjamu selera. " Sayang..," Adam menghulurkan sesudu nasi kepada Nia untuk menyuap isterinya itu. Nia tersenyum kemudian makan makanan yang disuap oleh Adam itu. Kemudian, dia pula membuat perkara yang sama kepada Adam.
" Erkkk..," kedengaran Haris bersedawa kenyang. Adam dan Nia masing-masing berpaling kepada Haris, kemudian mereka ketawa mereka mula pecah.
Tiba-tiba kedengaran sebuah muzik bergema di ruangan itu. Muzik lagu My Baby You itu benar-benar menyentuh jiwa. Dengan tidak semena-mena, Adam berdiri dari tempatnya dan menghampiri Nia. " Shall we dance?," tanya Adam sambil menghulurkan tangannya kepada Nia. Nia tersenyum sambil menyambut tangan suaminya itu. Haris masih setia di kerusinya sambil memerhatikan mama dan papanya menari. Dia tersenyum sendiri.
" Nia tak pandai menarilah abang," kata Nia sambil cuba mengawal gerakan kakinya. Namun Adam hanya diam membisu sambil terus merenung wajah isterinya itu. Tangannya yang memeluk pinggang isterinya itu semakin dieratkan. Dia menarik Nia semakin dekat dengannya.
" Abang pun tak pandai juga," katanya sambil tersenyum.
Dia merapatkan wajahnya ke wajah Nia. " Sayang, happy aniversary..," katanya lembut. " I always love you," katanya lagi. Satu kucupan diberikan di pipi isterinya itu. Wajah Nia berubah merah. " Tak nak wish kat abang juga ke?," wajah Adam masih rapat dengan wajah Nia, hanya kira-kira dua sentimeter sahaja. " Happy Aniversary juga untuk abang," kata Nia sambil tersenyum. Kini mereka sudah berhenti menari. Namun, Nia masih lagi berada dalam pelukan Adam. " Mana kissnya?," tanya Adam lagi. Pelukannya semakin dieratkan. Nia tersenyum malu, namun kemudian dia mencium pipi suaminya itu. Wajahnya berubah merah padam. Adam tersenyum melihat isterinya malu begitu.
" Abang ada hadiah untuk Nia," katanya. Akhirnya pelukannya dilepaskan. Dia mengeluarkan sebuah kotak baldu dari dalam saku kotnya dan membuka kotak itu. Nia tergamam melihat seutas rantai bertatahkan berlian di dalam kotak itu. Adam mengeluarkan rantai itu dan memakaikannya pada leher Nia. Nia meraba-raba rantai di lehernya itu dan berkata," Terima kasih abang,"katanya. " Everything for my wife," kata Adam.
" Sebenarnya Nia pun ada hadiah juga untuk abang," kata Nia. Wajah Adam kelihatan teruja mendengar kata-kata Nia itu. " Ni...," kata Nia sambil menunjukkan ke arah perutnya. Adam mengerutkan dahinya tidak faham. " You will get a new baby," kata Nia separuh berbisik.
" What?? Is that true??," tanya Adam bagaikan tidak percaya. Nia mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum melihat gelagat suaminya itu.
" Haris, kamu dengar tak apa mama kamu cakap? Kamu akan dapat adik baru sayang!," kata Adam penuh teruja. " Oh sayang.. thank you," kata Adam sambil memeluk Nia. Haris datang menghampiri mereka. " Boleh Haris join?," tanya Haris.
" Oh sayang, come..," kata Nia. Lalu mereka bertiga berpelukan di situ.
" Terima kasih juga untuk abang sebab berikan keluarga yang bahagia pada Nia," kata Nia di dalam hatinya.

Saturday, December 5, 2009

Bab 16

Airell menunggang motornya melalui jalan pintas yang biasa dilaluinya itu. Telur ayam dan gandum yang baru dibelinya tadi diletakkan di dalam raga motornya itu. Tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang yang cukup dikenalinya tidak jauh di hadapan. " Eh, tu kan Cinta," katanya sendiri. Dia melajukan motornya dan cuba menegur gadis itu. Kelihatan Cinta memakai T-shirt lengan panjang hitam dan seluar slack berwarna putih. Dia memandang ke arah Airell apabila kedengaran bunyi enjin motor.
" Hoi Cinta, kau dari mana ni??," tanya Airell dari atas motornya. Motornya diperlahankan supaya dapat seiring dengan Cinta. " Dari kedai ," jawab Cinta sambil menunjukkan plastik berisi barang-barang yang dibawanya itu.
" Nak tumpang? Jomlah," pelawa Airell. Wajah Cinta yang masam mencuka tadi berubah ceria. " Betul kau nak tumpangkan aku ni??," tanya Cinta.
" Ye la, cepatlah sebelum aku ubah fikiran kan," kat Airell lagi sambil menghentikan enjin motornya. Cinta segera naik ke atas motor itu di belakang Airell sambil tersenyum. Kemudian, Airell menyambung semula perjalanannya.
" Baguslah kau ni, datang bila aku perlukan driver," kata Cinta.
" Hah, banyaklah kau punya driver. Kan aku tinggal kau kat tengah jalan ni baru tahu," kata Airell.
Tiba-tiba, motor yang mereka naiki terhentak-hentak dan semakin perlahan. AKhirnya motor itu terhenti sendiri. " Kenapa ni?," tanya Cinta. Huh! " Buat hal lagi ke motor ni?," Airell tertanya sendiri sambil turun dari motor itu untuk memeriksa keadaan motor itu. Dilihatnya tayar belakang motor itu sudah kempis.
" La, patutlah.. Tayar pancit," kata Airell. " Semua ni kau punya pasallah, berat sangat. Sampai pancit tayar motor aku," kata Airell. Wajah Cinta berubah merah padam menahan marah.
" Apa kau cakap? Wei, motor kau ni yang kapcai, jangan nak salahkan aku pulak!," marah Cinta lalu dia menyepak tayar depan motor itu. Tiba-tiba, tayar depan motor itu pula yang pancit. Wajah Cinta kelihatan sedikit terkejut. Airell membulatkan matanya kepada Cinta. Kemudian, dengan wajah selamba Cinta berkata," Padan muka, siapa suruh cakap aku ni berat," katanya.
" Hish kau ni..Eee.. memang nak kena cekik-cekik ni," kata Airell dalam hatinya. Airell mengunci motornya dan kemudian, dia mengambil barang-barang yang dibelinya sebentar tadi dan berjalan pergi meninggalkan motornya di situ. Cinta memandang Airell penuh tanda tanya.
" Hoi, kau nak ke mana tu?," tanya Cinta dari belakang.
" Baliklah..," katanya.
" Habis motor kau ni..?," tanya Cinta lagi.
" Biar je la kat situ, lagipun bukannya ada orang nak curi pun motor buruk tu," kata Airell lagi yang kini sudah jauh di hadapan.
" Hoi, tunggulah aku!," kata Cinta sambil berlari ke arah Airell. Namun, secara tidak sengaja, kakinya tersadung sebatang kayu yang berada di atas jalan itu. Dia terjatuh di situ dan mengaduh kesakitan. Airell yang mendengar suara Cinta mengaduh itu segera berpaling dan berlari mendapatkan Cinta.
" Kenapa ni?," tanya Airell cemas melihat Cinta memegang pergelangan kakinya sambil menahan sakit. " Aku rasa kaki aku terseliuh," kata Cinta.
" Biar aku tengok," kata Airell. Dia cuba mengurut-urut pergelangan kaki Cinta. Airell memandang sekelilingnya cuba mencari kedai-kedai, namun yang ada hanyalah pokok-pokok getah sahaja di sekeliling mereka. " Sekarang macam mana? Kau boleh jalan ke tak ni?," tanya Airell. "Boleh kot," kata Cinta cuba untuk berdiri. Namun, kemudian dia mengaduh kesakitan dan hampir terjatuh semula. Mujurlah Airell sempat memegang bahunya.
" Hmm.. nampaknya kau tak boleh berjalan ni," kata Airell. " Kalau macam tu, biar aku gendonglah kau ni balik rumah," kata Airell. " Ha??," Cinta terkejut mendengar kata-kata Airell itu.
" Nah, pegang ni, Airell menghulurkan bungkusan plastik berisi barang-barang di tangannya itu. Cinta tidak mampu berkata apa-apa, tangannya hanya menurut kata-kata Airell. Bungkusan plastik itu kini bertukar tangan. Kemudian, Airell menepuk-nepuk bahunya menandakan dia sudah bersedia. Cinta masih kaku di situ. Dia tak sangka lelaki itu sanggup menggendongnya. Perjalanan untuk sampai ke rumahnya agak jauh lagi. Tak letih ke?
" Hoi, kau nak balik ke tak? Ke nak aku tinggalkan kau kat sini?," tanya Airell.
" Err..ye la..," kata Cinta lalu memeluk leher Airell. Sebentar kemudian, dia berasa dirinya sudah terangkat dan bergerak.
Beberapa minit terus berlalu tanpa sebarang kata. Namun akhirnya Cinta bersuara. " Hoi, kau tak penat ke gendong aku ni?? Bukan ke kau cakap aku ni berat tadi?," kata Cinta.
" Habis? Kau nak aku tinggal kau kat sana tadi?," soalan Cinta tadi dibalas dengan soalan dari Airell. Cinta terdiam. Dia tak sangka, walaupun perangai Airell macam tu, dia baik sebenarnya.
" Hoi.. best tak date kau dengan Maria semalam?," Cinta pura-pura bertanya. Airell tahu gadis itu sedang cuba untuk menyindirnya tentang kejadian semalam.
" Bestlah, apasal pulak tak best," jawab Airell selamba. Cinta sudah tergelak di belakangnya. " Hmm.. ketawa la kau," kata Airell acuh tak acuh.

Airell sudah pun bermandi berpeluh membawa beban di atas belakangnya itu. " Eh, apasal senyap je minah ni," fikirnya sendiri. Tiba-tiba, dia merasa sesuatu terjatuh atas bahunya. Dia segera berpaling. Sebaik berpaling, wajahnya hanya kira-kira lima sentimeter sahaja dengan wajah Cinta yang sedang nyenyak tidur. Dia segera berpaling ke hadapan semula. Hatinya mula berdebar-debar.
" Boleh tidur la pulak dia ni," kata Airell dalam hatinya. " Tapi.. dia nampak comellah," kata Airell lagi sambil cuba untuk berpaling semula. Kali ini dia cuba menjarakkan wajahnya dari wajah gadis itu. Lama dia merenung wajah itu. Semakin lama direnung, semakin berdegup kencang jantungnya.
" Hish, apasal pula dengan aku ni??," kata Airell sendirian. Kemudian dia meneruskan perjalanannya. Hatinya masih lagi berdebar-debar. Setelah hampir lima belas minit berjalan, dia ternampak sebuah warung kecil. Lalu dia masuk ke warung itu, pada waktu itu juga Cinta tersedar.
" Hai..good morning, nyenyak betul tidur ye?," sindir Airell. Cinta masih lagi mamai. " Kita kat mana ni?," tanya Cinta.
" Kat sebuah warung, aku singgah sini kejap," kata Airell sambil menurunkan Cinta ke atas sbuah bangku. " Hauslah angkat kau ni," sambungnya lagi kemudian dia memesan dua gelas minuman.
Sebentar kemudian, datang seorang wanita yang sudah agak tua dan meletakkan minuman yang dipesan ke atas meja mereka. Namun, dengan tidak semena-mena, tangannya terlanggar pada salah satu gelas itu dan air di dalam gelas itu tertumpah ke atas Cinta.
" Oh, maaf, maafkan mak cik ," kata wanita tua itu sedikit kalut apabila melihat baju Cinta yang sudah basah.
" Err.. tak pelah mak cik, saya tahu, mak cik tak sengaja," katanya sambil tersenyum. " Err.. ada sink tak mak cik?," tanya Cinta. " Ada, kat hujung sana," tunjuk mak cik itu ke arah sebuah sink di hujung sudut warung itu. " Maaf sekali lagi ye nak," kata mak cik itu lagi.
" Tak pe," kata Cinta lagi sambil bangun dan pergi ke arah sink itu untuk membersihkan bajunya.
Airell hanya melihat sahaja kejadian itu tanpa sebarang kata. Matanya mengekori Cinta yang menuju ke arah sink. " Dia memang berbeza daripada Maria..," bisik hatinya sendiri.

Rumah Cinta sudah pun kelihatan, Airell mempercepatkan langkahnya. " Huh, sikit lagi Airell!," katanya di dalam hati cuba memberi semangat kepada dirinya. Akhirnya dia sampai di hadapan rumah Cinta. Dia menurunkan Cinta dan mengurut-urut bahunya yang terasa lenguh itu. " Ok, dah sampai pun," katanya.
" Perlu aku hantar kau masuk ke dalam ke?," tanya Airell.
" Err..tak payahlah, aku rasa aku dah boleh jalan dah sikit-sikit," kata Cinta.
" Ok, kalau macam tu, aku balik dulu la," kata Airell.
" Tak nak masuk dulu ke?," tanya Cinta.
" Erm. tak payahlah.. aku dah lewat dah ni, sejak tadi lagi mak aku kirim suruh beli barang. Nanti tak pasal-pasal kena dengar orang berleter," kata Airell. Cinta mengangguk tanda faham.
" Kau tak nak bagi ke kat aku?," tanya Airell. Cinta berkerut mendengar soalan Airell itu. " Bagi apa?," tanyan Cinta.
" Bagi goodbye kiss la, aku kan dah nak balik ni," kata Airell sambil menunjuk-nunjukkan pipinya. Cinta membulatkan matanya.
" Huh, gila!," katanya sambil berpaling ke belakang dan terhinjut-hinjut untuk masuk ke rumahnya. Kedengaran Airell mula ketawa di belakang.
" Hoi, aku suruh kau bagi barang-barang aku la," kata Airell. Langkah Cinta terhenti, dia berpaling semula ke arah Airell. " Sorry, aku lupa," kata Cinta sambil tersengih dan menghulurkan bungkusan plastik itu kepada Airell.

Airell berjalan-jalan di halaman rumahnya cuba menghirup udara malam. Jam di tangan dikerling. Sudah pukul 12.30 pagi. Namun, matanya tidak boleh terlelap. Kerana itulah dia keluar berjalan-jalan di halaman rumahnya itu. Dia mula teringat kembali kata-kata rakannya petang tadi.
" Kau tahu tak apa maknanya bila kita bersama dengan orang tu, kita rasa gembira semacam je, hati kita pula berdegup kencang je. Dan bila kau tengok dia mesra dengan lelaki lain, kau rasa macam sakit hati je," tanya Airell.
" Rell, soalan apa kau tanya ni?," tanya rakannya sambil tertawa. " Kau tahu tak, tu maknanya kau dah jatuh cinta," kata rakannya itu lagi. Airell membulatkan matanya.
" Ish, bukan akulah. Ada kawan aku tu, dia tanya aku soalan tu, aku tak tahu nak jawab apa, so aku tanya la kau," Airell cuba membuat helah.

Airell kembali tersedar dari lamunannya. " Adakah aku memang dah jatuh cinta pada Cinta?," tanyanya sendiri.