BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 29, 2009

Bab 28

Haris merenung cincin di tangannya itu. Matanya berkaca memandang cincin itu. Dia tidak sangka kerana satu perkara, semuanya hilang dalam sekelip mata. Harapannya musnah. Niat dia untuk melamar Nia terkubur begitu saja.
" Haris, kamu menghidap barah otak ," kata-kata doktor beberapa bulan yang lalu masih terngiang-ngiang lagi di telinganya. " Berapa lama saya boleh hidup?," tanya Haris. " Kamu sudah berada di peringkat akhir Haris, kamu hanya ada lebih kurang tiga bulan lagi," jawab doktor itu sayu. Haris terduduk di situ apabila mendengar kata-kata doktor itu. " Sabarlah," kata doktor itu sambil menepuk-nepuk bahu Haris sebelum beredar pergi.
Air matanya kian mengalir. Tiba-tiba dia berasa sakit yang amat sangat di kepalanya. Dia memegang kepalanya itu bagi mengurangkan rasa sakit itu, tapi langsung tak berkesan. Kepalanya semakin lama semakin berdenyut. Dia berjalan menuju ke arah mejanya untuk mendapatkan ubat. Namun, belum sempat dia membuka laci meja itu, dia sudah pun jatuh pengsan.
Adik perempuannya masuk ke dalam bilik apabila mendengar bunyi bising di situ. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat abangnya itu sedang terbaring di lantai. " Mak!! Abang mak!," laung gadis itu sambil berlari mendapatkan abangnya itu.

Adam memakai T-shirt hitam, dan sebuah cap biru di atas kepalanya menampakkan dirinya seperti masih remaja. Dia berjalan masuk ke dalam Starbuck Cafe itu, tempat yang memang telah dijanjikan. Sebaik sahaja masuk ke dalamnya, dia memandang ke sana sini mencari kelibat orang yang menunggunya. Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang lelaki, berkemeja putih sedang duduk sambil memegang surat khabar. Dia memberikan isyarat kepada lelaki berbaju hitam itu. Lelaki itu segera ke arah meja itu. Sebaik tiba di meja itu, lelaki berkemeja itu meletakkan surat khabarnya dan menghulurkan tangan kepadanya.
" En. Adam, terima kasih kerana sudi datang. Ada hal penting saya ingin cakap dengan En. Adam," kata lelaki itu. Adam mula berkerut mendengar kata-kata lelaki yang tidak dikenalinya itu. " Duduklah dulu," pelawa lelaki itu. Setelah waiter datang dengan membawakan makanan kepada mereka, akhirnya lelaki itu memulakan topiknya.

" En. Adam, sebenarnya saya nak jumpa En Adam ni untuk bercakap tentang seseorang," kata lelaki itu.
" Err,, sebelum tu, boleh tak kalau kita tak bercakap terlalu formal macam ni. Saya lebih biasa guna 'kau-aku' je," kata Adam. " Dan satu lagi, aku rasa macam pernah tengok je kau ni, tapi kat mana ye?," Adam berkerut sambil cuba mengingat kembali.
" Oh, kau! Kita pernah jumpa beberapa bulan yang lalu kan? Kat kerusi bangku tu," kata Adam lagi. Lelaki itu sekadar mengangguk.
" Aku Haris," Haris memperkenalkan dirinya. " Aku nak bercakap pasal... Nia," katanya lagi. Adam terdiam mendengar nama itu. Nia??
" Kau kenal dia? Kat mana dia sekarang??," bertubi-tubi soalan dari Adam kepada Haris.

" Err.. dia teman wanita aku..," kata Haris. Pernyataan Haris itu bagai menyentap jantung Adam. Teman wanita? Nampaknya Nia memang sudah melupakannya.
" Tapi, aku nak minta tolong kau untuk buat sesuatu," kata Haris lagi. Adam berkerut sambil menunggu Haris meneruskan ayatnya. " Tolong pikat dia semula," sambung Haris.
" Apa maksud kau??," tanya Adam hairan.

" Aku nak kau pikat dia semula. Itu je la," jawab Haris.
" Tapi, kau kan...,"

" Aku akan putuskan hubungan dengan dia tak lama lagi," kata Haris sebelum sempat Adam menghabiskan ayatnya. " Sebab tu aku nak kau pikat dia semula, aku taknak dia rasa sedih atas perpiasahan tu nanti ," jelas Haris.

" Kalau kau taknak dia sedih, kenapa nak putuskan hubungan tu?," tanya Adam lagi penuh kehairanan.
" Sebab itu yang terbaik untuk dia," kata Haris.

" Kau.. kau sakit ke?," tanya Adam. Haris diam membisu seketika.
" Ya.. Barah otak," katanya sambil tertunduk. Adam menepuk-nepuk bahu Haris.
" Oh, aku tak.. maaf, aku betul-betul tak...,"
" It's ok.. Ini memang nasib aku.. Tapi, please jangan bagi Nia tahu, aku taknak dia tahu pasal ni," kata Haris. " Ini alamat rumah dia, aku betul-betul harap kau boleh buat apa yang aku minta ni," kata Haris.

" Aku tahu yang kau memang tahu yang aku masih cintakan dia,kan? So, aku juga akan buat apapun untuk buat dia gembira," kata Adam. Haris tersenyum sambil mengangguk. Namun hatinya sakit, sakit apabila terpaksa menyerahkan gadis yang dicintai kepada lelaki lain.


Adam tersentak dari lamunannya apabila kedengaran deringan telefonnya. Dia melihat nama yang tertera pada skrin telefon itu. Maya? Kenapa adik perempuan Haris tiba-tiba menelefonnya?
Sejak pertemuan mereka tempoh hari, hubungan mereka semakin erat. Adam sering berkunjung ke rumah Haris untuk melawatnya. Walaupun baru sahaja kenal, namun mereka sudah seperti rakan baik sehingga semua ahli keluarga Haris mengenali Adam. Setiap kali mereka berjumpa, pasti ada sahaja cerita tentang Nia. Dan ketika mereka berjumpa jugalah Haris menceritakan rancangan yang diaturkannya kepada Adam. Bagaimana Adam dan Nia akan berjumpa, bagaimana dia akan berjumpa Nia untuk memutuskan perhubungan mereka, dan bagaimana Adam tiba-tiba muncul di hadapan cafe itu, semuanya telah dirancang oleh Haris.
" Hello..," kata Adam.
" Hello.. abang Adam, abang Haris.. dia..,"
" Kenapa dengan Haris, Maya??," Adam terkejut apabila mendengar nada lain dalam suara gadis itu.
" Dia pengsan tadi. Sekarang dia dibawa ke hospital ," kata Maya lagi. Daripada suara itu, dia tahu gadis itu sedang menangis.
" Baiklah, abang datang sekarang ," kata Adam sambil tergesa-gesa bangun dari kerusinya itu lalu mencapai kunci keretanya yang berada di atas meja.

0 comments: