BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 29, 2009

Bab 27

Hati Nia berdebar-debar. Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba dia berasa begitu. Mungkin kerana rindunya pada Haris sudah menggunung. Dia sendiri tidak menyangka yang Haris akan menghantar SMS kepadanya untuk berjumpa setelah lama berdiam diri. Dia mmbaca sekali lagi SMS yang diterimanya pagi tadi. " Nia, jumpa saya kat Starbuck Cafe, jam 2.oo petang ni. Ada hal penting saya nak bincangkan," itulah SMS yang dihantar oleh Haris kepadanya.
Nia duduk penuh debaran di meja itu, namun kelibat Haris masih belum kelihatan. Seorang waiter datang untuk mengambil pesanan dan dia hanya memesan secawan kopi.
Secawan kopi kini terhidang di hadapan Nia, kelibat Haris pula masih lagi tidak kelihatan. Sesekali Nia mengerling ke arah jam di dinding cafe itu. Pukul 2.20 petang. " Mana pula Haris ni??," desis hatinya sendirian.
Beberapa minit kemudian, kelihatan Haris masuk melalui pintu cafe itu. Lelaki itu kelihatan berbeza sekali sejak kali terakhir Nia berjumpa dengannya. Dia memakai baju kemeja lengan panjang yang bercorak petak hitam. Topi snow di atas kepalanya pula benar-benar membuatkan dia kelihatan seperti orang lain, kerana sebelum ini, Nia belum pernah melihat lelaki itu berpakaian seperti itu. Di tangannya pula, dia memegang sehelai sweater hitam. Dalam cuaca panas begitu, untuk apa dia membawa sweater. Hati Nia bermonolog sendiri.
" Haris!," panggil Nia sambil melambai-lambaikan tangannya. Haris berpaling ke arah suara itu, kemudian dia berjalan menuju ke meja tempat Nia duduk itu. Dia mengambil tempat di hadapan Nia, bertentangan dengannya. Nia tersenyum melihat Haris, walaupun kini wajah itu berbeza sama sekali. Haris kini sudah menyimpan jambang. Dirinya kelihatan seperti tidak terurus.
" Haris.. saya betul-betul rindu kat awak, kenapa mendiamkan diri?," belum sempat Haris berkata apa-apa, Nia sudah pun bertanya terlebih dahulu.
Wajah Haris sejak dari tad muram, tiada segaris senyuman pun pada wajah itu. " Maaf Nia, saya tak boleh lama ni. Saya jumpa awak ni pun untuk cakap sesuatu je," kata Haris.
Nia mula berkerut," Nak cakap apa?," tanyanya.
" Nia, apa yang akan saya cakap ni mungkin akan mengejutkan awak," kata Haris menambahkan lagi rasa hairan Nia.
" Apa? Cakaplah.. ," kata Nia. Hatinya kini semakin berdebar. Kenapa kelakuan Haris kali ini benar-benar aneh?
" Saya.. saya nak kita putuskan hubungan ini," kata Haris sedikit gagap. Nia membulatkan matanya mendengar kata-kata Haris itu. Dia benar-benar terkejut mendengar ungkapan itu.
" Tapi.. kenapa? Awak sendiri yang suruh saya janji untuk tidak tinggalkan awak. Tapi sekarang....," kata-katanya tergantung di situ. Dia cuba menahan sebak di dadanya.
" Maaf Nia, tapi saya rasa kita memang tak sesuai. Saya tak rasa kita ada jodoh," lancar Haris menuturkannya. Wajah itu kelihatan tenang sekali.
" Tapi, saya sayangkan awak..," kata Nia perlahan.
" Masih ada lelaki lain lagi yang lebih layak untuk awak, lelaki yang lebih mencintai awak, maafkan saya," kata Haris sambil bangun dari kerusi itu dan pergi.
" Tunggu..," kata Nia sambil mengekori Haris keluar dari cafe itu. Sebaik keluar dari pintu cafe itu, dia dapat lihat Haris sedang memegang tangan seorang perempuan. Dia kaku seketika. Haris berpaling ke belakang. " Sudahlah Nia, saya sudah ada pengganti awak. Awak pun carilah pengganti saya," kata Haris sambil berlalu pergi bersama wanita itu dan meninggalkan Nia sendiran di situ.
Lidah Nia kelu, air matanya tidak dapat dibndung lagi. Mengalir tanpa disedari. Dia terduduk di situ, di hadapan cafe itu. Dia terus menangis tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu. Mereka semua memandang pelik ke arahnya, mungkin mereka fikir dia gila. Ah, dia sudah tidak peduli semua tu.
Tiba-tiba datang seorang lelaki mendekatinya, dan menghulurkan sehelai sapu tangan putih kepadanya. Nia mendongak memandang ke arah lelaki itu. Adam?

" Terima kasih Farah ," kata Haris lembut.
" It's ok.. Kita kan sepupu, teman sepermainan sejak kecil lagi. Sudah tentulah aku tolong kau. Tak payah nak terima-terima kasihlah. Aku tak sudi pun terima kasih kau tu," seloroh Farah. Haris tersenyum hambar mendengar selorohan Farah itu.
" Kau rasa, betul ke apa yang aku buat ni??," tanya Haris.
" Come on Haris, kau lakukan apa yang terbaik untuk dia. Nanti dia akan faham," kata Farah cuba menyokong apa yang dilakukan oleh Haris sebentar tadi.
" Tapi.. aku dah sakitkan hati dia. Aku tak sangka aku buat begitu pada dia," kata Haris lagi.
" Haris.. aku nampak mata kau, hanya ada dia sahaja. Aku tahu, kau cintakan dia sepenuh hati kau. Hanya dia. Mungkin dia menangis dengan apa yang kau buat ni, tapi aku tahu yang kau lebih menderita. Kau buat ni untuk bahagiakan dia kan? So, percayalah, apa yang kau buat ni memang betul," kata Farah sambil menepuk-nepuk bahu Haris.
" Kalau lah aku tak...," Haris tertunduk tanpa menyambung ayatnya itu.
" Sabarlah Haris, ini ujian Allah," kata Farah. Dia juga turut berasa sedih memikirkan nasib sepupunya itu.

Adam membawa Nia ke sebuah bangku. " Kalau Nia nak, ambil lah bahu abang ni," kata Adam. Lantas dengan itu, Nia segera memekupkan mukanya pada bahu Adam dan menangis teresak-esak. " Menangislah sepuas-puasnya Nia," kata Adam sambil membiarkan Nia menangis di bahunya itu. Dia tidak kisah bajunya basah, asalkan gadis itu dapat melepaskan segala kesedihannya itu. Sudah dua kali dia bertemu dengan Nia, dan setiap kali mereka bertemu, dia sering melihat gadis itu menangis. Hatinya turut sakit, melihat orang yang dicintai menangis. Kali pertama mereka bertemu di tasik tempoh hari, mereka tidak banyak berbual. Nia lebih banyak mendiamkan diri sehinggalah mereka pulang. Dan kali ini, dia tiba-tiba terserempak dengan Nia di hadapan cafe, sedang menangis teresak-esak.
Nia mengangkat kepalanya dari bahu Adam. " Err..maaf, baju abang dah basah," kata Nia. Matanya kelihatan sembap dan merah. Dia kemudiannya kelihatan malu dengan Adam yang masih terus merenungnya.
" Tak apalah, asalkan abang dapat ringankan kesedihan Nia itu," kata Adam.
" Terima kasih,"kata Nia ringkas.
Kemudian suasana menjadi sunyi. Beberapa minit terus berlalu. Akhirnya, Adam memulakan bicara terlebih dahulu. " Nia bergaduh dengan teman lelaki ke?," tanya Adam.
Nia memandang Adam sekilas, kemudian menjawab," Ada masalah peribadi sikit," katanya ringkas.
" Macamana abang tahu alamat Nia?," tanya Nia pula.
" Ada seorang informer yang beritahu abang," jawab Adam sambil tersenyum. Sekali lagi Nia berpaling ke arah Adam di sebelahnya itu. Informer? Siapa?
" Nia, kalau boleh abang tahu, kenapa dulu Nia tiba-tiba nak putuskan hubungan kita?," tanya Adam pula.
Nia terdiam seketika. Namun kemudian dia menjawab," Itu hal lama abang, biarlah perkara tu berlalu. Nia tak nak ungkit lagi." Adam mengangguk tanda faham akan maksud kata-kata Nia itu.
" Maafkan abang pasal Tasya masa kat dalam tandas tu...," kata Adam lagi.
" Nia dah lama maafkan abang, sebab Tasya dah cerita perkara yang sebenar masa abang dah pindah tu," kata Nia lagi. Sekali lagi Adam mengangguk.
" Memang tak sangka ye, lepas bertahun kita dapat jumpa semula," kata Adam.
Nia mengangguk. " Sampai Nia dah putus harapan tunggu abang," desis hati kecilnya.
" Ini kad abang, sekarang abang jadi photographer. Kalau ada apa-apa hal, call abang ye? Jangan sedih-sedih lagi," kata Adam sambil mengangkat punggungnya untuk beredar dari situ.
Nia menilik kad itu. " Nia...," Nia berpaling ke arah Adam. " Walaupun bertahun kita tak jumpa, abang masih tak lupakan Nia. Sesaat pun tak pernah. Nia sentiasa berada di sini," kata Adam sambil berlalu pergi.
Sekali lagi hati Nia sebak, mendengar kata-kata lelaki itu. Dia akui, walaupun kini dia mencintai Haris, tapi masih ada lagi cintanya untuk Adam. Orang selalu cakap, cinta pertama takkan hilang dari ingatan. Memang benar, sewaktu pertama kali berjumpa dengan Adam tempoh hari, sebahagian daripada perasaannya melonjak gembira. Dia seperti dapat melepaskan rindunya pada lelaki itu selama ini.

0 comments: