BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 21, 2009

Bab 25

Sudah hampir dua minggu Haris tidak menghubunginya. Nia mula tertanya-tanya mengapa lelaki itu tiba-tiba berubah perangainya. Dia sering cuba untuk menghubungi lelaki itu, tetapi selalu sahaja peti suara yang kedengaran. Apa yang berlaku sebenarnya?
" Awak, kenapa buat saya macam ni?? Tolonglah.. Balaslah SMS saya ni.. Saya sayangkan awak," Nia tetap tidak berputus asa menghantar SMS kepada Haris walaupun dia tahu, Haris mungkin tidak akan membalasnya. Dia sudah letih menangis mengenangkan perangai Haris yang tiba-tiba berubah itu. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya. Pelbagai perkara bermain-main di kepalanya. Adakah Haris ada perempuan lain??

Tut! Tut!
Haris perlahan-lahan membaca SMS yang diterimanya itu. Hatinya sebak sebaik membaca SMS dari teman wanitanya itu. Kemudian dia melontarkan handsetnya itu ke atas katil tanpa membalasnya.
" Aaaa!!!!!!!!!!," jerit Haris sambil menyelerakkan semua barang-barang di atas meja di hadapannya itu. Gel rambut, cermin, wallet, kaca mata dan segala barang di atas meja itu habis bersepah di bawah. Ada barang yang pecah gara-gara terjatuh. Air matanya kian bercucuran. Tidak cukup dengan itu, dia menyelerakkan pula semua bantal dan selimut di atas katilnya. Dia kelihatan seperti seorang yang sudah hilang waras.
Emaknya yang mendengar bunyi bising itu segera menerpa masuk. " Haris! Haris! Mengucap nak, banyak istighfar..," kata ibunya sambil memeluk Haris. Haris masih terus menangis.
" Kenapa Allah uji Haris mak, kenapa Allah uji Haris macam ni??," tanya Haris. Air mata emaknya kian berlinangan. Dia tidak sanggup melihat anak lelaki kesayangannya itu sebegitu rupa.
" Sabarlah Haris.. Dia uji Haris sebab Dia sayang Haris," kata ibunya cuba menenangkan Haris.
Haris meleraikan pelukan ibunya dan berjalan menuju ke arah meja tadi. Lalu, dia membuka laci meja itu dan mengeluarkan sekeping kad. Dia meneliti kad itu dan berkata," Haris perlu lakukan apa yang patut, kan mak?,"
Emaknya, Pn. Karimah sekadar mengangguk dan cuba untuk tersenyum. Dia dapat lihat mata anaknya itu. Mata itu benar-benar menderita dengan apa yang telah terjadi. Segalanya berlaku dengan pantas, dalam sekelip mata hidup anaknya itu berubah.

Lelaki itu memakai T-shirt hitam, dan sebuah cap biru di atas kepalanya menampakkan dirinya seperti masih remaja. Dia berjalan masuk ke dalam Starbuck Cafe itu, tempat yang memang telah dijanjikan. Sebaik sahaja masuk ke dalamnya, dia memandang ke sana sini mencari kelibat orang yang menunggunya. Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang lelaki, berkemeja putih sedang duduk sambil memegang surat khabar. Dia memberikan isyarat kepada lelaki berbaju hitam itu.
Lelaki itu segera ke arah meja itu. Sebaik tiba di meja itu, lelaki berkemeja itu meletakkan surat khabarnya dan menghulurkan tangan kepadanya. " En. Adam, terima kasih kerana sudi datang. Ada hal penting saya ingin cakap dengan En. Adam," kata lelaki itu. Adam mula berkerut mendengar kata-kata lelaki yang tidak dikenalinya itu. " Duduklah dulu," pelawa lelaki itu. Setelah waiter datang dengan membawakan makanan kepada mereka, akhirnya lelaki itu memulakan topiknya. Masa terus berlalu sehingga berakhir perbualan mereka pada petang itu.

Nia duduk di atas sofa lalu membuka novel yang sudah lama dibelinya tetapi tidak sempat untuk membacanya. Handset sentiasa digenggam di tangan, masih mengharapkan panggilan dari Haris. Tiba-tiba, kedengaran loceng rumahnya berbunyi.
Ding! Dong!
" Siapa pula yang datang ni?," bisik hati kecilnya. Ketika itu, hanya dia yang berada di rumah. Ahli keluarga yang lain, semua dah keluar pergi kenduri. Nia sengaja tidak mengikut, dia sendiri tiada mood nak keluar rumah. Hatinya masih lagi risau akan Haris yang sudah lama tidak menghubunginya. Lalu dia segera mencapai tudungnya yang berada di kepala kerusi itu dan pergi membuka pintu rumahnya.
Sebaik membuka itu, seorang lelaki sudah sedia tercegat di hadapan pintu rumahnya itu. Di tangannya tergenggam sejambak bunga ros merah yang harum. Nia mula tertanya-tanya di dalam hati. " Tersilap rumah ke?," fikirnya sendiri.
" Cik Nia?? ," tanya lelaki itu. Nia mengangguk.
" Ini penghantaran bunga dari Gina's Florist, sila sign di sini," kata lelaki itu lagi sambil menghulurkan sehelai kertas bercetak kepada Nia. Nia pun menandatangani ruangan yang ditunjukkan.
" Ok, terima kasih," kata lelaki itu sesudah Nia menandatangani.
" Err.. siapa yang bagi bunga ni??," tanya Nia sebelum lelaki itu beredar pergi.
" Maaf Cik Nia, kami perlu rahsiakan identiti pelanggan kami. Tapi yang pastinya, dia seorang lelaki," kata lelaki itu sambil berjalan pergi meninggalkan Nia dengan tanda tanya.
Nia menutup pintu rumahnya itu dan mengamati jambangan ros yang baru diterimanya tadi. Ros merah, memang kegemarannya. Tapi siapa penghantarnya? Haris ke? Kalau benar Haris, untuk apa pula dia lakukan semua ni sedangkan SMS dari Nia pun dia tak balas?
Nia terus meneliti jambangan ros merah itu. Tiba-tiba dia terpandang sekeping kad kecil pada jambangan itu, lalu dia mengambilnya untuk dibaca.
' To my lovely girl, I miss you.. ,' itulah ayat yang ditulis pada kad itu. Nia membelek-belek lagi kad itu, mencari nama si penghantar, tapi tiada.
" Ni mesti Haris ni, dia saja buat-buat tak layan SMS aku, lepas tu buat suprise hantar bunga kat aku," kata Nia sendirian. Bibirnya akhirnya mengukirkan sekuntum senyuman.

0 comments: