BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 24, 2009

Bab 22



Nia menatap wajah Adam dalam frame yang dipegangnya itu. Kemudian, dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu memasukkan frame gambar itu ke dalam sebuah kotak yang berada di tepinya. Kemudian dia mengambil kotak muzik yang berada di atas meja tulis tidak jauh dari situ dan turut memasukkan kotak muzik itu di dalam kotak tadi.
" Kau nak buat apa tu??," tanya Sarah yang tiba-tiba muncul.
" Aku nak simpan semua barang-barang ni," kata Nia sambil tersenyum. Sarah turut tersenyum melihat rakannya yang kini mampu memandang ke hadapan itu.
" Aku tak nak semua barang-barang ni buat aku teringat kat dia lagi," kata Nia lagi. Pada saat itu, dia membuka gelang tangan yang selalu dipakainya, iaitu salah satu barang kenangan dia bersama Adam lalu memasukkannya ke dolam kotak itu. " Huh.. habis pun semua barang aku simpan," kata Nia.
" Nia, aku suka bila kau dah banyak berubah. Aku berterima kasih sangat pada Haris, sebab dia beri semula kawan aku yang dulu," kata Sarah. Nia tersenyum.
" Haris tu istimewa.. Aku sendiri tak tahu macamana dan bila aku jatuh cinta pada dia..Yang aku tahu, aku bahagia dengan dia," kata Nia lagi. " Kau tahu tak, malam ni dia ajak aku pergi candle light supper," kata Nia. Sarah teruja mendengar kata-kata Nia itu. Selama ni, dia hanya pernah dengar orang pergi candle light dinner, tidak sangka bahawa candle light supper juga ada.
" Wah, happy la orang tu," kata Sarah.
" Mestilah..," kata Nia pula sambil tersenyum.

Malam minggu seperti itu, ramai pelajar-pelajar yang keluar masuk asrama tanpa terikat dengan waktu kerana mereka bebas keluar masuk dari asrama pada malam minggu. Dari jauh, kelihatan Nia sedang berdiri di hadapan perhentian bas menunggu Haris yang masih belum muncul-muncul lagi.
Sebentar kemudian, kedengaran bunyi hon kereta Honda. Nia tersenyum. Sememangnya dia sudah mengenali bunyi itu. Kereta itu berhenti di hadapannya. Kemudian, Haris keluar dengan bersut hitam. Memang kacak begaya lelaki itu. Haris menghampiri Nia. Lama dia merenung kekasihnya itu, cantik! Nia kelihatan benar-benar anggun pada malam itu, lebih anggun daripada malam mereka menghadiri jamuan Jeffry tempoh hari. Malam itu, Nia mengenakan gaun berwarna silver yang bertatahkan permata-permata putih menyebabkan bajunya itu kelihatan bersinar. Nia berdehem setelah menyedari dirinya lama diperhatikan. Haris tersenyum menyedari kesalahan yang dilakukannya berulang kali itu. Apa boleh buat, sememangnya gadis di hadapannya itu tidak mampu lari dari pandangan matanya.
Haris membuka pintu keretanya seraya berkata," Silakan my lovely princess." Nia hanya tersenyum sambil masuk ke dalam kereta itu. Haris mula menghidupkan enjin kereta dan bergerak menuju ke destinasi mereka.
" Awak nak bawa saya candle light supper kat mana ni??," tanya Nia setelah 20 minit perjalanan.
" Kita dah hampir sampai," kata Haris sambil menunjuk ke hadapan mereka. Nia dapat lihat dari jauh, cahaya yang berkelip-kelip menerangi kegelapan malam tidak jauh dari situ. Haris meletakkan kereta di tempat parkir yang disediakan. Manakala Nia pula sudah pun terpaku dengan keindahan restoran yang tersergam di hadapannya itu. Restoran yang terletak di tebing sungai itu berbentuk sebuah kapal, dan disekelilingnya telah dihiasi dengan cahaya lampu yang indah.
" Mengagumkan..," kata Nia. " Kalau macam tu, kita masuklah dulu.. Kat dalam lebih mengagumkan," kata Haris. " Shall we," tanya Haris sambil menghulurkan tangannya.
Nia tersenyum sambil memaut lengannya pada Haris. Mereka sama-sama berjalan menaiki tangga kapal itu iaitu tangga yang menuju ke pintu masuk restoran itu.
" Selamat datang," sapa seorang pelayan tetamu yang sedang berdiri di sisi pintu masuk itu. Sebaik melangkah masuk, Nia benar-benar terpegun melihat hiasan dalamannya. " Oh my God, this is Titanic??!," kata Nia sedikit ternganga. Haris tersenyum melihat reaksi Nia itu.
" Ni hanyalah sebuah restoran yang menggunakan hiasan dalaman sama seperti Titanic," terang Haris.
" Please sir," tiba-tiba datang seorang lagi pelayan tetamu yang lain menyapa mereka dan membawa mereka ke meja yang telah disediakan. Mereka terpaksa menaiki tangga sekali lagi untuk ke tingkat atas, di mana mereka dapat menikmati keindahan malam dan kawasan di sekeliling.
" Saya suka tempat ni," kata Nia." Terima kasih Haris kerana bawa saya ke sini," katanya lagi. " Kasih diterima," jawab Haris selamba. Nia hanya menjeling manja kepada kekasih dihadapannya itu. Haris mengerling ke arah jam tangannya. Kini, jam menunjukkan pukul 11.50 malam. Lega rasanya bila dia dapat sampai ke restoran itu tepat pada waktunya.
" Nia.. saya ada sesuatu untuk awak..," kata Haris. Nia mula menumpukan perhatiannya pada Haris. Dahinya kini mula berkerut. Sebentar kemudian, jam di dinding mula berdenting, menunjukkan sudah pukul 12 tengah malam. Serentak dengan itu, kedengaran bunga api berdentum di udara. Nia memerhatikan bunga api yang berwarna-warni itu dengan terpegun.
" Happy Birthday sayang!,"kata Haris. " Err.. ye lah,hari jadi saya.. Macamana awak tahu.. saya tak pernah..," kata Nia sambil menahan sebak kerana terharu dengan apa yang dilakukan oleh Haris untuknya itu.
" Sudah tentulah saya tahu segalanya tentang awak kerana saya dah letakkan awak di sini," kata Haris sambil menyentuh hatinya.
Nia tersenyum walaupun masih terasa sebak. " Terima kasih Haris, terima kasih sebab...," belum sempat Nia menghabiskan ayatnya, Haris telah meletakkan jarinya di bibir Nia memberi isyarat supaya dia tidak meneruskan kata-katanya. " Shyy.. I love you Nia.., tak kira apa sekalipun yang saya buat untuk awak, semuanya adalah kerana saya cintakan awak,"kata Haris. Mata Nia mula berkaca. " I love you too," katanya.
" Itu yang saya nak dengar.. Bukan thank you or what , just that keramat words," kata Haris sedikit berjenaka. Nia tergelak mendengar kata-kata Haris itu.
Saya ada hadiah untuk awak. Serentak dengan itu, dia mengeluarkan sekotak baldu biru tua dari saku kotnya itu. Nia hanya memerhatikan kotak itu. Kemudian, Haris membuka kotak itu lalu ditunjukkan pada Nia isi kandungannya. Nia sungguh terperanjat melihat seutas gelang bertatahkan berlian di hadapannya itu. Haris mengambil gelang itu dan meminta Nia menghulurkan tangannya.
" Tapi... saya tak boleh terima hadiah semahal ni," kata Nia.
" Kalau awak sayang saya, awak kena terima hadiah ni," kata Haris seperti mengugut. Akhirnya Nia mengalah. Haris hanya tersenyum. Ketika Nia menghulurkan tangannya, Haris mula menyedari sesuatu. Gelang yang selama ini sering dipakai oleh Nia, gelang kesayangannya itu sudah tiada di pergelangan tangan Nia.
Nia yang menyedari reaksi Haris itu tersenyum. " Saya dah simpan gelang tu. Gelang tu hanyalah kisah silam saya, sekarang jadikanlah gelang ini sebagai kisah baru dalam hidup saya," kata Nia.
Haris tersenyum mendengar kata-kata Nia itu. Dia mengerti bahawa Nia kini sudah mula cuba untuk melupakan Adam.

1 comments:

Bie Hassan said...

best...smbung ag ek..