BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 19, 2009

Bab 11

Ding! Dong! Ding! Dong!

Kedengaran loceng rumah bergema. Sebentar kemudian, kedengaran pula suara Pn. Hasiah memanggil. " Cinta, kawan kamu datang," katanya. Cinta yang sedang menonton televisyen itu tertanya-tanya siapa yang datang ke rumahnya cuti-cuti begitu. Lalu, dia keluar ke ruang tamu.
Alangkah terkejutnya Cinta melihat Khai yang sedang duduk di atas sofa merah di ruang tamu rumahnya itu. " Mama, apa dia buat kat sini?," tanya Cinta kepada mamanya di balik tirai. " Dia cakap dia nak jumpa kamu," kata mamanya lalu masuk ke dapur. Dengan segera, Cinta masuk ke biliknya dan menukar baju yang lebih sesuai untuk bertemu dengan Khai.
" Lama tunggu?," tanya Cinta sejurus selepas itu.
" Taklah..," kata Khai sambil tersenyum. Dia terpaku melihat keayuan Cinta dalam pakaian baju kurung itu.
" Ada apa datang rumah saya ni?," tanya Cinta.
" Erm.. saja.. Nak kenal rumah awak.. Jom keluar jalan-jalan," ajak Khai.
" Jalan-jalan? Sekarang?," tanya Cinta tidak percaya dengan ajakan Khai itu. Khai hanya mengangguk.
" Err, saya kena mintak izin mama saya dulu," kata Cinta. Ayahnya tiada di rumah ketika itu, sibuk di pejabat. Hanya mamanya yang setia di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa.
" Pergilah kalau orang dah ajak tu.. Lagipun, mak cik kenal kamu tu, anak Kak Tipah,kan?," kata Pn. Hasiah yang sememangnya terdengar perbualan mereka berdua sebentar tadi. " Betul ni mama?," tanya Cinta inginkan kepastian. Mamanya mengangguk. " Tapi.. jaga batas pergaulan tu,"Pn Hasiah mengingatkan.
Cinta tersenyum seraya berkata," Alah, mama ni.. Tu Cinta tahu la." Lalu mereka pun keluar dari rumah itu setelah Cinta bersalaman dengan mamanya.

" Awak nak bawa saya jalan-jalan ke mana?," tanya Cinta.
" Itu rahsialah," kata Khai sambil membuka sebuah kereta Honda. Cinta terlopong.
" Naiklah," kata Khai lagi. Cinta hanya menurut walaupun masih dengan tanda tanya.
" Ni kereta abang saya..," jelas Khai bagi menjawab persoalan yang terpancar di wajah Cinta.
Setelah menghidupkan enjin, kereta itu memecut laju menuju ke destinasi. Kawasan bandar hanya kira-kira 10 kilometer dari kampung mereka, 30 minit perjalanan. Setibanya di hadapan sebuah restoran, Khai memberhentikan keretanya. Cinta terpinga-pinga.
" Kita nak pergi mana ni?," tanya Cinta. Khai tidak menjawab soalan Cinta itu, dia terus masuk ke restoran itu. Cinta hanya mengikut. Di dalam restoran itu, mereka mengambil tempat di tepi sebuah kolam ikan buatan yang dihias cantik.
" Saya nak awak teman saya breakfast je sebenarnya," kata Khai sambil tersenyum. Cinta tertawa mendengar kata-kata Khai, antara geli hati dan gembira apabila dia diminta untuk menemani Khai.
" Kenapa sampai datang bandar nak breakfast? Rumah awak tak de orang masak ke?," tanya Cinta.
" Takde.. Mama ngan Ayah saya pergi kerja.. Maid kat rumah tu pulak digajikan untuk kemas rumah je..Bab-bab masak ni dia tak pandai.. Kakak pula pergi kuliah.. So, kena keluar cari makan sendiri la," kata Khai dengan nada kasihan.
" Ala, kesiannya dia ," kata Cinta pula cuba menyakat. Sebentar kemudian, datang seorang pelayan ke meja mereka.
" Nak order apa?," tanya pelayan itu. Khai memandang Cinta. " Awak tolong orederkan untuk saya ,boleh? ," kata Khai. CInta membulatkan matanya.
" Err..ok.. Mee goreng cendawan dan fresh orange satu," kata Cinta. " Err, bukan satu, dua..," kata Khai kepada pelayan itu. " Ok..," kata pelayan sebelum beredar pergi. Khai tertarik dengan makanan yang dipesan oleh Cinta sebentar tadi.
" Mana awak tahu saya suka menu tu?," tanya Khai.
" Err.. saya.. sebab saya pun suka menu tu juga," kata Cinta cuba menutup rahsianya. Mana mungkin dia biarkan Khai tahu bahawa selama ini dia sudah menyelidik semua perkara yang menjadi kegemaran Khai.
" Hah..nampaknya kita ni ada persamaan lah," kata Khai teruja. CInta hanya mengangguk sambil tersenyum. Selesai sahaja breakfast di situ, Khai membawa Cinta ke Game Centre yang tidak jauh dari situ. Di sana, kelihatan beberapa orang rakan-rakan Khai yang sudah sedia menunggunya. Cinta kurang suka melihat mereka kerana pandangan mereka kepada CInta amat menakutkannya. Walaubagaimanapun, dia berasa sungguh seronok bersama Khai pada hari itu.

" Kita nak ke mana pula ni?," tanya Cinta setelah mereka keluar dari Game Centre sebentar tadi.Dia sempat mengerling ke arah jam tangannya. Tepat pukul 12.30 tengah hari.
" Laparlah.. Jom pergi makan tengah hari," kata Khai.
" Makan lagi? ,"tanya Cinta. Khai memandangnya. " Ye la, tak lapar ke?" tanya Khai pula. Cinta menggeleng-gelengkan kepalanya sebagai jawapan tidak. Kemudian dia tersenyum.
" Begini, jom kita pergi Giant dulu kejap," kata Cinta sambil berlari ke pusat beli-belah Giant yang megah berdiri di hadapan mereka. Khai menyusul dengan rasa hairan.
Cinta ke bahagian makanan. Dia mengambil rempah sup, bebola ikan, sayur sawi dan memberikannya pada Khai. Khai mengerutkan dahi. Cinta terus berjalan lagi. Dia mengambil makanan mentah yang patut dan memberikannya pada Khai. Kemudian, mereka pergi ke tempat parkir kereta.
" Cinta, awak nak buat apa semua barang-barang ni?," tanya Khai.
" Kita balik, jom..," kata Cinta sambil membuka pintu kereta itu dan masuk ke dalamnya. Khai menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
" Awak dah nak balik ke?," tanya Khai sambil menghidupkan enjin keretanya itu.
" Bukan nak balik rumah sayalah, balik rumah awak," kata Cinta. Khai memandang ke arahnya dengan wajah yang penuh tanda tanya. Cinta hanya tersenyum. " Biar saya tolong masakkan untuk awak," katanya. Khai turut tersenyum mendengar kata-kata CInta itu. Lalu, dia mula memandu kereta pulang semula.

" Ok, mula-mula kita pakai apron," kata Cinta sambil memakai apron yang tergantung di dinding dapur rumah Khai itu. Khai juga mengambil satu apron yang tergantung di situ dan teragak-agak untuk memakainya. Dia cuba memerhati cara Cinta memakai apron itu.
" Jom kita mula memasak," kata Cinta penuh semangat. Dia sememangnya pandai memasak. Sejak kecil lagi dia memang minat memasak. Suruhlah dia masak apa sahaja, semua dia boleh. Makanan Thai, Perancis, Arab, semua dia sudah kuasai. Dia belajar semua itu hanya dari buku resepi. Kepakaran Cinta itu juga telah diakui oleh ibu bapanya. Mereka kagum dengan kebolehan yang dimilikinya itu. Kata mereka, kebolehan Cinta itu adalah warisan dari neneknya yang pernah menjadi tukang masak antarabangsa suatu ketika dahulu.
Cinta dan Khai sama-sama memasak di dapur itu. Namun, bukan hanya mereka berdua berada di dalam rumah itu. Seorang maid mereka sibuk mengemas rumah itu. Sesekali dia menggeleng-gelengkan kepalanya apabila kedengaran bunyi bising di dapur. Fokus Cinta pada hari itu adalah untuk memasak makanan yang mudah dan simple sahaja iaitu sup sayur dan ikan sweet sour. Setelah hampir sejam berlalu, akhirnya masakan mereka siap.
" Erm.. wanginya..mesti sedap," kata Khai. Cinta tersenyum mendengar pujian dari Khai itu.
" Jangan hidu sahaja, makanlah..," kata Cinta kepada Khai yang hanya duduk menghadap makanan itu.
" Awak tak nak makan sekali ke?," tanya Khai.
" Tak pelah, saya masih kenyang lagi.. Lagipun, saya dah nak balik lah. Nanti mama risau pula," kata Cinta.
" Alah, duduklah makan sekali. Teman saya.. Please..," pujuk Khai. Cinta lemah mendengar pujukan buah hatinya itu. " Ye la, ye la..," kata Cinta lalu mengambil tempat di hadapan Khai.
Mereka mula menjamu selera. Khai yang sememangnya lapar makan dengan berselera sekali. " CInta, awak memang hebat. Masakan awak ni sedap sangat. Suatu hari nanti, memang bertuah saya kalau dapat kahwin dengan awak," kata Khai. Wajah Cinta yang putih itu berubah kemerahan mendengar kata-kata Khai.
" Kenapa muka awak merah?," tanya Khai.
" Eh, ye ke? Err.. panas kot..," kata Cinta. Dia menunduk sambil terus makan tanpa memandang Khai lagi. Khai memandang ke sekelilingnya dengan hairan. Dia melihat, suis air-conditioner sudah di hidupkan, suhu 16 darjah celcius lagi. " Panas lagi ke?," dia tertanya-tanya di dalam hati.

1 comments:

SailorJupiter said...

comelnye...
but kecian kpd Airell...
terpaksa buang bunga yg dia nak hadiahkan kpd cinta