BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 15, 2009

Bab 10

Cinta turun dari kereta ayahnya, betul-betul di hadapan pagar sekolah itu. Kemudian, kereta itu pun meluncur pergi. Dia memandang lama ke arah kawasan sekolah itu. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Terlalu rindu rasanya kepada suasana pembelajaran di sekolah itu. Selepas ini, banyaklah ulangkaji yang perlu dia lakukan kerana ketidakhadirannya selama lebih dua minggu itu. Dia mengerling jam di tangannya. Tepat jam 7.15 pagi. Masih terlalu awal untuk didenda. Inilah kali kedua dia datang awal ke sekolah pada tahun itu. Kemudian, sambil tersenyum, dia berjalan masuk ke kawasan sekolah itu dan berjalan menuju ke kelasnya. Sepanjang perjalanan, semua guru-guru yang bertemu dengannya akan bertanyakan khabarnya, sehingga dia sendiri terasa penat untuk menjawab. " Jauh lagi ke kelas aku ni, dah tak tahan nak jawab soalan orang," rungutnya sendiri.
" Eh, Cinta.. Dah sihat ke?," sekali lagi soalan itu dituju kepadanya. Kali ini dari Pn. Hayati pula. Cinta tersenyum sambil menjawab," Dah sihat cikgu..,"katanya ringkas. Kemudian, dia terus berjalan menuju ke kelasnya.
Dari jauh kelihatan pintu kelas ditutup. Perasaan aneh menerjah di fikirannya. " Takkanlah cikgu dah mula mengajar," Cinta tertanya sendiri. Lalu dia segera mempercepatkan langkahnya. Setibanya di hadapan pintu kelas itu, dia berhenti seketika. Cuba menarik nafas. Kemudian, perlahan-lahan dia membuka pintu itu.
" Selamat Pulang!!!,"ucapan itu bergema sebaik sahaja pintu terbuka. Kemudian, rakan-rakannya silih berganti datang memeluk Cinta. " Selamat kembali ke sekolah," kata mereka. Di sekeliling kelas itu telah dihiasi dengan belon-belon dan sebuah sepanduk yang besar tergantung di hadapan kelas itu. " Selamat Kembali, Cinta. We Miss You..,"itulah yang tertera pada sepanduk itu. Di atas mejanya pula, telahpun tersedia sebiji kek coklat,memang kegemarannya sejak dulu lagi.
Air mata Cinta mengalir tiba-tiba. Dia terharu dengan apa yang dilakukan oleh teman-temannya itu. " Terima kasih kawan-kawan semua.. Aku betul-betul menghargai apa yang korang semua buat ni.. Korang memang sahabat terbaik aku,"katanya lagi.
Walaubagaimanapun, di satu sudut kelas itu, terdapat sekelompok pelajar perempuan yang enggan sama-sama meraikan Cinta itu. " Hah, baru dua minggu tak datang sekolah, dah diraikan macam anak raja, menyampahlah," kata Maria tidak puas hati.
" Dia tu dah lama sembuh aku rasa, cuma saja tak datang lama ke sekolah. Ambil kesempatan malas belajar,"kata Julia pula, salah seorang yang berada di situ.
Tidak lama selepas itu, muncul Khai pula yang tiba-tiba datang ke kelas itu semata-mata untuk berjumpa dengan Cinta. Semua pelajar yang lain mula berdehem. Cinta hanya menjeling mereka semua sambil tersenyum sebelum ke luar kelas untuk berjumpa dengan Khai yang sedang menunggu di situ.
" Ada apa?," tanya CInta.
" Ini untuk awak..," kata Khai sambil menghulurkan sebuah patung Teddy kepadanya. " Selamat kembali ," kata Khai lagi. Cinta kelu seketika, tidak terkata. " Khai bagi aku Teddy Bear??,"dia bermonolog sendiri. Saat itu hatinya melonjak kegembiraan. " Khai.. terima kasih.. Awak memang baik..," kata Cinta sambil tersenyum. Dari jauh, Airell yang sedang memegang sejambak bunga terdiam di situ melihat Cinta dan Khai. Kemudian, dia berpaling pergi sambil membuang bunga itu ke dalam tong sampah berhampiran.

Airell duduk di tepi kaki lima sambil memerhatikan ikan-ikan yang sedang berenang riang di dalam kolam di hadapannya itu.
" Hoi.. termenung ke??," tegur Cinta tiba-tiba. Airell langsung tidak berpaling kepadanya mahupun menjawab.
" Kenapa nampak macam muram je? Ada problem ke?," tanya Cinta hairan melihat reaksi Airell itu.
" Tak ada apa-apa masalahlah.. Suka la kau ye dapat teddy bear dari orang tersayang," kata Airell. " Mana kau tahu? ," tanya Cinta.
" Ish, ni Airell la.. I'm the one who know everything la," kata Airell berlawak, lebih kepada untuk menghiburkan dirinya sendiri. Cinta tergelak mendengar kata-kata Airell itu. " Ye la tu..,"kata Cinta.
Sebentar kemudian, Maria muncul di kawasan itu dan berjalan di belakang mereka sendirian. " Hei Airell, tu Maria tu..," kata Cinta. Airell segera berpaling. Kemudian, dia menelan air liurnya. Hatinya berdebar semula.
" Taknak pergi masuk line ke? Dia sorang-sorang tu..," kata Cinta.
" Habis tu kau?," tanya Airell.
" Alah, just go la.. Lagipun aku biarkan kau pergi tackle dia, tak semestinya kau akan menang pun..," kata Cinta sambil ketawa.
" Haha.. so funny ye? Ok, kita lihat siapa yang akan menang," lalu Airell segera mengatur langkahnya mengejar Maria.
Dari belakang, Airell dapat lihat seorang perempuan telah melanggar Maria. Habis semua buku yang dipegang oleh Maria pada waktu itu jatuh bertaburan. Perempuan tingkatan lima yang melanggar Maria itu pula hanya menjeling kepadanya tanpa meminta maaf.
" Hei, Iqah! Kalau ye pun, minta maaflah dulu.. Dahlah jalan tak pakai mata," Airell mula memarahi gadis sekelas dengannya itu. Gadis itu memang sudah lama dibenci oleh Airell dengan sikap sombong dan gediknya itu. Walaubagaimanapun, gadis itu hanya berlalu dari situ tanpa mempedulikan kata-kata Airell itu. Airell segera membantu Maria mengutip buku-bukunya yang jatuh bertaburan itu.
" Terima kasih..," kata Maria. " Awak tak usahlah bela saya, memang salah saya. Saya yang tak tengok depan bila berjalan," kata Maria lembut.
" Tak, perempuan tu memang sengaja langgar awak tadi. Saya memang nampak," kata Airell. " Awak nak ke mana ni?," tanya Airell.
" Ke perpustakaan," jawab Maria. " Oh, kebetulan saya pun nak ke sana," kata Airell pula. Kemudian, mereka berjalan seiringan. Pelbagai perkara mereka bualkan sepanjang perjalanan mereka itu. Airell berasa sangat gembira. Dia merasakan bahawa Maria itu mudah serasi dengannya. Maria juga turut berasa gembira berborak dengan Airell, kerana lelaki itu sering berlawak.
" Eh, hampir lupa saya.. Lama kita berborak, tapi kita masih belum berkenalan," kata Airell. Maria tergelak mendengar kata-kata Airell itu. " Saya Maria Nasuha, panggil Maria je," Maria memperkenalkan dirinya.
" Saya Airell, Mohd Airell Ikhwan ," kata Airell pula. Kedua-dua mereka berpandangan. Kemudian, masing-masing tersenyum.

0 comments: