BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 23, 2009

Bab 9

Cinta membuka matanya perlahan-lahan. Kabur sekali pemandangannya. Namun, dia masih dapat lihat seluruh tempat itu berwarna putih. Badannya terasa lemah sekali. Sebentar kemudian, kedengaran suara seseorang memanggil namanya. Suara itu amat dikenalinya.
" Mama..," panggil Cinta setelah dia mula mengenali suara itu. Pn. Hasiah segera menggenggam tangan anaknya itu. Syukur alhamdulillah, akhirnya Cinta sedar juga setelah tiga hari tidak sedarkan diri. Dia menyeka air matanya yang kini sudah pun mengalir membasahi pipinya itu. Ayahnya, En. Rahimi yang sedang duduk di sebelah mamanya itu cuba menenangkan isterinya itu.
" Cinta kat mana ni ma? Apa yang dah berlaku?," tanya Cinta lemah. Kemudian, dia memegang kepalanya yang sedikit berdenyut itu.
" Cinta tak ingat ke apa yang dah berlaku? Tiga hari lepas, Cinta terlibat dengan satu kemalangan semasa pulang dari sekolah," terang En. Rahimi lembut.
Cinta bangun dari keadaan terbaring itu untuk duduk. Terasa seluruh badannya amat sakit dan lenguh sekali. Tambahan pula pada bahagian lengan kirinya itu. Dia dapat lihat lengan kirinya itu kini dibalut kemas. Kemudian, dia mula teringat pergaduhan dia dengan Airell tempoh hari yang telah menyebabkan dia terlantar di situ. Dia hanya mengeluh. Kepalanya mula berdenyut apabila memikirkan tentang perkara itu.
" Cinta, Cinta baringlah.. Cinta perlukan rehat..," kata mamanya setelah melihat Cinta yang susah payah untuk duduk itu.
" Betul kata mama kamu tu Cinta.. Kamu tu baru sahaja sedar, kamu perlu rehat agar cepat sembuh," kata En. Rahimi pula.
Cinta hanya mampu mengangguk lemah. Kemudian, dia berbaring semula. Dia bagaikan tiada tenaga untuk bercakap banyak ketika itu. Entah bila, suasana berubah menjadi gelap semula. Dia tertidur semula keletihan.


" Aunty ada beritahu aku yang kau dah sedar pagi tadi, baguslah..," cuping telinga Cinta menangkap suara seseorang yang seperti dikenalinya itu. Namun, dia masih belum membuka matanya. Terasa berat sekali matanya untuk terbuka. Dia terus mendengar.
" Cinta.. aku bersalah pada kau..Aku tak bermaksud...," kedengaran sayu sekali suaranya ketika itu.
Akhirnya, perlahan-lahan Cinta membuka matanya. Dilihatnya Airell sedang duduk di atas sebuah kerusi di tepi katilnya itu. Namun Airell masih belum menyedari bahawa Cinta telah sedar. Dia terus berdialog sendiri.
" Aku tak bermaksud nak tolak kau masa tu.. Aku betul-betul tak bermaksud nak buat macam tu.. Aku minta maaf Cinta," katanya lagi menahan sebak.
" Kau tak perlu nak minta maaf..," kata Cinta dalam keadaan yang masih lemah.
" Cinta, kau dah bangun?," kata Airell sambil berpaling ke arahnya. Cinta hanya tersenyum lemah.
" Aku tak boleh mati lagilah.. Kalau tidak, macamana dengan pertaruhan kita tu," sempat lagi CInta melawak dalam keadaannya seperti itu. Airell mula tertawa mendengar kata-kata Cinta itu.
" Err.. aku.. aku.. kau dengar kan apa aku cakap tadi?," tanya Airell. Cinta hanya mengangguk.
" Maafkan aku ye? Aku yang menyebabkan kau terlantar kat sini.. Aku tak berniat.. Aku tahu aku yang salah..,"kata Airell sayu kembali.
" Aku pun nak minta maaf jugak.. Aku tak patut guna cara kotor hari tu.. Kalau aku yang tak mulakan dulu, semua ni takkan berlaku," kata Cinta pula.
" Ok, lepas ni, kita jangan lagi guna cara kotor. Kita lawan secara adil,ok?," tanya Airell. " Ok..," kata Cinta sedikit bersemangat.
Sejak hari itu, mereka berdua semakin rapat. Setiap petang, Airell akan datang melawat Cinta di hospital. Sepanjang dua minggu itu, dia tidak pernah ketinggalan untuk ke sana berjumpa dengan Cinta dan mereka berdua pasti akan berbual panjang. Airell juga tak pernah lupa untuk membawa sejambangan bunga setiap kali datang melawat Cinta.
" Hai, good evening! How are you today??," tanya Airell sebaik sahaja masuk ke dalam private wad itu.
" Bunga lagi?? Kau tahu tak, kat dalam wad ni dah penuh dengan bunga-bunga yang kau bawa tu?," kata Cinta. Airell tersenyum sendiri tanpa menghiraukan kata-kata Cinta itu. Dia mengambil kerusi di sebelah katil Cinta lalu duduk dan memandang Cinta.
" Macamana kau, dah sihat ke? Nampak macam orang sihat dah tu siap boleh meleter lagi," kata Airell lagi. Cinta membulatkan matanya sambil melihat Airell yang sengaja memerlinya itu. " Ish, kau ni.. ," kata Cinta sambil cuba untuk memukul Airell.
Pada masa yang sama, pintu wad itu terbuka tiba-tiba dan muncul seorang lelaki dari balik pintu itu. Masing-masing terdiam seketika sambil memerhatikan lelaki itu. Dia berpakaian kemeja putih, berseluar jeans. Topi hitam di atas kepalanya pula lebih menyerlahkan lagi kemachoannya. Di tangan lelaki itu tergenggam kemas sejambak bunga.
" Khai!," panggil Cinta separuh menjerit kerana teruja, sedangkan dia tahu Khai hanya beberapa meter darinya kini. Dengan senyuman yang sentiasa menawan, Khai berjalan menuju ke arah Cinta.
" Saya dengar berita bahawa awak mengalami kemalangan.So..., ye la saya datanglah nak lawat awak," kata Khai. Cinta mengangguk faham. Dalam hatinya, sudah tidak dapat dirungkai betapa gembiranya dia menerima kehadiran lelaki itu. Airell yang berada di situ mula meminta diri untuk memberi peluang kepada Khai untuk berbual dengan Cinta. Entah kenapa, dia bagaikan ingin lari dari berada di antara mereka berdua.
" Saya keluar beli air kejap," kata Airell lalu berjalan menuju ke pintu wad itu. Cinta hanya mengangguk. Setiba di hadapan pintu, Airell sempat berpaling semula untuk seketika.
" Untuk awak.. Semoga cepat sembuh," kata Khai sambil menghulurkan bunga yang dibawanya itu. Ros merah itu disambut dengan sepenuh hati oleh Nia. Bunga yang diberi oleh Airell sebentar tadi pula ditolak ke tepi. Saat itu, timbul satu rasa sakit dalam hati Airell untuk seketika. Lalu, dia terus berjalan pergi tanpa terus lama berada di situ.
" Terima kasih..," kata Cinta. " Alah, itu cuma bunga je," kata Khai.
" Bukan, terima kasih sebab datang lawat saya," kata Cinta pula. " Saya tak sangka awak akan datang lawat saya. Ye la, saya ni siapa je," kata Cinta.
" Ish, mestilah saya akan datang. Kita kan kawan. Saya terkejut masa dengar berita yang awak kemalangan. Sejak dua hari lepas, saya asyik terfikir bagaimana keadaan awak," kata Khai pula. Mendengar kata-kata Khai itu, hati Cinta bertambah berbunga-bunga.
" Awak tak marah saya ke?," tanya Cinta.
" Marah? Kenapa perlu saya marah awak?," tanya Khai.
" Ye la, marah sebab kejadian tempoh hari. Masa awak jatuh kolam tu," kata Cinta mengingatkan Khai kembali.
" Oh.. Ish, tak adalah.. Saya tak marah pun.. Lagipun bukan salah awak pun, awak kan jatuh secara tak sengaja masa tu,"kata Khai sambil tersenyum. Cinta hanya mengangguk faham, walaupun dia tahu bahawa cerita sebenarnya ialah kejadian itu memang dirancang oleh Airell. Tapi, biarlah. Kerana Khai pun sudah tidak marah kepadanya. Banyak perkara yang dibualkan oleh dia dengan Khai petang itu. Cinta berasa sangat gembira pada hari itu. Bagi dia, kehadiran Khai itulah saat paling menggembirakan baginya sepanjang berada di hospital itu sehinggakan dia sudah lupa kepada Airell. Airell yang berada di luar terus menunggu sehingga Khai pulang. Namun, setelah dua jam berlalu, Khai masih juga belum pulang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya tanpa memberitahu Cinta kerana dia tidak mahu mengganggu Cinta dan Khai. Dia tahu, Cinta pasti amat gembira dengan kehadiran Khai itu.