BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 10, 2009

Bab 1

Hatinya berdebar-debar. Dia yakin sesuatu yang buruk sedang berlaku. Nota kecil yang dijumpainya di atas meja Ray sebentar tadi masih tergenggam kemas di tangannya.
" Di belakang sekolah, pukul 2.30 petang! Salam maut, dari D.H.A. ," itulah yang tercatat di dalam nota itu.
Lyra terus berlari menuju ke belakang sekolah. Tapi, belakang sekolah banyak! Belakang blok A, blok B, blok C atau blok D??? Dia terhenti seketika, melihat jika ada sesiapa di sekelilingnya untuk bertanya. Itu dia! Dia segera menghampiri seorang pelajar perempuan tingkatan dua itu untuk bertanya jika dia ada ternampak Ray. Namun, jawapannya hampa.
Peluh sudah pun membasahi bajunya gara-gara berlari ke sana ke mari sebentar tadi. Dia memandang ke arah jam tangannya, kini sudah pun pukul 2.45 petang. " Janganlah ada apa-apa yang berlaku pada dia," bisik hati kecil Lyra. Kali ini, dia cuba untuk mengikut gerak hatinya. Lalu dia segera berlari menuju ke belakang blok C.
Dia terus berlari dan berlari. Akhirnya.. " Hoi!! ," jerit Lyra setelah melihat tiga orang lelaki sedang membelasah seorang lelaki yang kini sudah kelihatan tidak bermaya lagi. Mukanya kian lebam dan sedikit luka. Ketiga-tiga lelaki yang sedang membelasah Ray itu serta-merta berhenti. Lyra segera berlari ke arah Ray yang sedang terbaring di atas tanah itu.
" Ray! ," panggil Lyra. Matanya mula berkaca melihat keadaan Ray itu. " Korang ni dah gila ke??! Datang sekolah nak belajar ke, nak bunuh orang??!! ," tengking Lyra kepada mereka bertiga yang menggelarkan diri mereka D.H.A. itu. Lalu dia mengangkat Ray dan memapahnya pergi dari situ. Denis, Hazirul dan Afrin hanya terdiam melihat Lyra membawa Ray pergi tanpa sepatah kata pun. Sebelum beredar pergi, Lyra sempat memberi jelingan tajam kepada mereka bertiga.

Keesokan harinya, gempar satu sekolah berita tentang D.H.A. membelasah seorang pelajar. Newspaper sekolah, 'The Hot' amat laris pada hari itu. Sebelum waktu rehat lagi, kesemua surat khabar yang dicetak telah habis dijual. Masing-masing ingin melihat gambar di tempat kejadian, di belakang blok C semalam.
" Kau patut baca ni," kata Anisah sambil melemparkan senaskah 'The Hot' kepada Lyra. Lalu dia segera membuka surat khabar itu. Matanya mebulat luas apabila ternampak gambar dia, Ray dan D.H.A. di belakang blok C semalam. " Fenomena D.H.A. vs Ray - Untuk Dapatkan Lyra ," sungguh jelas tajuk itu ditulis.
" Gila! ," kata Lyra. Lalu dia menutup surat khabar itu, dan mencampakkannya semula kepada Anisah. Dia malas membaca butiran seterusnya kerana dia tahu cerita itu memang tidak masuk akal. Dia sendiri tertanya-tanya, kenapa D.H.A. membelasah Ray? Puas dia bertanya kepada Ray semalam, tapi Ray tetap tidak menjawab. Bercakap tentang Ray, Lyra masih lagi belum melihat lelaki itu pada hari itu.
" Dia tak datang ke? ," Lyra tertanya-tanya sendirian.
Pada waktu rehat, Lyra seperti biasa keluar menuju ke kantin bersama Anisah. Sepanjang perjalanannya, hampir kesemua orang yang terserempak dengannya pasti akan memandang semacam kepadanya. Semua itu gara-gara berita palsu daripada The Hot. Kalau dia mempunyai kuasa, mahu sahaja dia musnahkan sidang akhbar The Hot yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima itu. Kalau sebarkan berita yang benar, ok lah juga. Tapi, kesemua berita yang tersiar, semuanya tak pernah boleh masuk akal.
Setelah selesai makan, Lyra ke kelas 5 Beta untuk bertemu dengan Ray. Dia dengan Ray mula rapat sejak tahun lepas. Mereka berdua sering bersama, namun mereka bukan pasangan kekasih. Walaubagaimanapun, Ray tahu bahawa Lyra menaruh hati padanya. Dan bagi Lyra, Ray juga turut merasakan perkara yang sama sepertinya. Tiba di hadapan pintu kelas itu, kedengaran suara beberapa orang lelaki yang sedia maklum dengan kehadirannya. " Ray tak de.. Dia tak datang hari ni," kata mereka. Kemudian, mereka sama-sama ketawa. Entah apalah yang melucukan. Sebelum pergi, Lyra sempat melihat ke arah tiga orang lelaki yang duduk berkelompok di sebuah penjuru kelas itu. Mereka bertiga merenungnya dengan pandangan yang agak menakutkan. Lalu dia segera beredar dari kelas itu. Kepalanya ligat berfikir, mengapa Ray tidak hadir pada hari itu? Dia tidak beritahu bahawa dia tidak akan hadir.
Sebentar kemudian, Anisah berlari mendapatkannya. " Lyra! Lyra!," panggil Anisah sambil tercungap-cungap keletihan akibat berlari sebentar tadi.
" Ni ada apa ni? Tak ye pun, bertenang la sikit," kata Lyra melihat gelagat temannya itu.
" Ray, Lyra.. Dia..Dia..," Anisah tergagap-gagap.
" Dia apa?," tanya Lyra tidak sabar.
" Dia dah berpindah sekolah. Tadi saya pergi pejabat, saya terdengar cikgu cakap, ayah dia datang ambil surat keluar,"kata Anisah.
" Ha??? Pindah sekolah??! Tapi... Tapi.. dia tak cakap pun kat aku..," kini mata Lyra mula berkaca. Dia terduduk di tepi kaki lima itu. Kini, dia mula menangis. Anisah cuba menenangkannya.

2 comments:

mashanis said...

kak... cepatlah sambung HC... nak tau sesangat sambungannya... hope akak pun comment karya saya ya.. saya still dalam process belajar

♥♥ScArLeT_HeArT♥♥ said...

suke name lyra..unik sgt..trskn b'karya tau..insyaALLAH sy akn slalu ikuti p'kmbngan awk..;-j