BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 24, 2009

Bab 15

Setelah selesai majlis itu, Haris dan Nia keluar dari banglo besar itu dan menuju ke kereta. Nia sempat mengerling ke arah jam besar yang tersangkut pada dinding banglo itu sebelum keluar sebentar tadi. Jam telah menunjukkan pukul 10.30 malam. Huh, memang agak lama majlis yang membosankan itu tadi.
Di dalam kereta, masing-masing terdiam seketika.Tetapi sebentar kemudian, kedengaran tawa mereka berdua pecah berderai. " Ok, give me five,"kata Nia. Haris menyambut tangan Nia itu. " Thanks Nia," kata Haris.
" Hal kecil je, lagipun biar rasa la sikit Jefry tu.. Padan dengan muka dia tu!," kata Nia lagi. Mereka masih terus ketawa memikirkan kejadian yang berlaku di majlis itu tadi.
Kini, Haris mula menghidupkan enjin kereta dan kereta Honda itu akhirnya meluncur meninggalkan perkarangan banglo mewah itu. Sebelum tiba ke jalan besar, mereka terpaksa melalui jalan kecil yang agak sempit itu selama lebih kurang dua puluh minit. Kiri kanan jalan yang penuh dengan banglo-banglo mewah tadi kini berganti dengan pokok-pokok belukar. Suasana di jalan itu agak sunyi pada waktu itu. Nia sendiri terfikir ke mana kereta-kereta yang lain?
" Kenapa tiba-tiba pula awak cakap yang awak tu tunang saya? Kan saya cuma suruh awak pura-pura jadi teman wanita saya je?," tanya Haris. Soalan itu memang dari tadi lagi bermain-main dalam kepalanya.
" Sebab saya rasa bila saya cakap macam tu, barulah awak dengan si Jefry tu setaraf. Betul tak?,"kata Nia. " Ya tak ya juga," kata Haris sambil tersenyum. Nia turut tersenyum.
Sedang mereka berdua leka berbual. Tiba-tiba, kereta yang mereka naiki itu bergegar, dan bergerak semakin perlahan. Dengan serta-merta, Haris menghentikan keretanya itu di tepi jalan.
" Kenapa pula ni Haris?,"tanya Nia hairan.
" Alamak!! Habislah..," kata Haris sambil menepuk dahinya
" Kenapa?? ," tanya Nia lagi.
" Minyak habislah awak," jawab Haris. " Macamanalah saya boleh tak perasan yang minyak tinggal sikit tadi," kata Haris lagi penuh sesal.
" Habis tu?? Apa kita nak buat sekarang?," tanya Nia yang kini sudah panik mendengar kata-kata Haris itu tadi. Dilihatnya Haris terdiam seketika seperti sedang mencari jalan.
" Err.. macam ni lah, kita jalan kaki ke jalan besar. Rasanya dah tak jauh jalan besar dari sini, mungkin dalam dua kilometer je lagi. Bila kat jalan besar tu nanti, kita tahan teksi.. ," kata Haris.
" Jalan kaki?? Malam-malam buta macam ni?? Kat kawasan yang macam ni?? Tak naklah ," tanya Nia yang tidak percaya. Rasa takut mula menerpa dirinya.
" Kenapa? Awak takut ye?," tanya Haris cuba menguji Nia.
" Err..tak lah!!," nafi Nia. " Ok, kita berjalan!," sambungnya lagi. Haris hanya tersenyum melihat telatah gadis itu.
" Kereta saya ni kita tinggal kat sini je lah, esok saya datang ambil,"kata Haris lagi.
Akhirnya mereka berjalan menyusuri kegelapan malam itu untuk ke jalan besar. Sepanjang perjalanan itu, Haris sering tersenyum melihat Nia yang sejak tadi melihat ke kiri, kanan dan belakangnya. Nyamuk yang agak banyak di kawasan itu pula membuatkan mereka tergaru-garu. Sedang mereka berjalan, Nia memandang ke langit. Sungguh indah bulan purnama malam itu. Tapi, bulan purnama?? Nia mula berjalan lebih dekat dengan Haris. Tiba-tiba, kedengaran sesuatu bergerak dari arah semak di sebelah kiri Nia.
" Haris..," Nia tergagap-gagap memanggil Haris.
Belum sempat Haris menyahut, tiba-tiba, kelihatan sesuatu telah menerjah keluar dari semak itu. " Aaa!!!," jerit Nia. Lantas dengan iiu, dia segera berlari dan memeluk Haris. Matanya terpejam rapat. Haris ketawa apabila melihat benda yang keluar dari semak itu tadi. Walaubagaimanapun, Nia masih terus memeluk Haris erat.
Menyedari itu, Haris mula cuba menenangkan Nia.
" Nia.. tak ada apa-apalah, itu cuma kucing. Tengok tu, cuma kucing," kata Haris lembut.
" Betul ke?,"tanya Nia. Kini dia mula meleraikan pelukannya pada Haris perlahan-lahan.
" Betul.. tu kan kucing tu?," kata Haris lagi.
" Err.. ye lah..," kata Nia sambil tersenyum. Namun jantungnya masih lagi berdegup kencang gara-gara terkejut sebentar tadi. Haris juga turut tersenyum kepada gadis itu.
" Kalau awak takut, jalanlah dekat-dekat dengan saya. Ni tak, kononnya tak takut. Jalan bukan main jauh lagi," kata Haris sambil terus tersenyum. Wajah Nia bertukar kemerahan menahan malu.
Mereka terus berjalan. Akhirnya, selepas dua puluh minit, mereka tiba di jalan besar. Mujurlah jalan raya itu penuh dengan kenderaan walaupun telah jauh malam. Beginilah Kuala Lumpur, jalan rayanya memang tak pernah lekang dari kenderaan.
Dari jauh kelihatan sebuah teksi sedang menuju ke arah tempat mereka.
" Cepat! ," kata Haris sambil menarik tangan Nia dan dia berlari untuk menahan teksi itu. Sejurus kemudian, teksi itu berhenti di hadapan mereka. Dengan gembira, mereka berdua masuk ke dalam teksi itu dan memberitahu pemandu teksi itu destinasi mereka.
Sepanjang perjalanan, masing-masing hanya mendiamkan diri. Barangkali telah letih untuk berbual. Haris memandang ke arah jam tangannya, tepat jam 11.15 malam. Kemudian, dia memandang ke luar tingkap kereta untuk melihat pamandangan malam. Tetapi, dia tiba-tiba berasa sesuatu yang berat jatuh ke atas bahunya. Dia segera menoleh. Dilihatnya Nia sudah tertidur di atas bahunya. Dia hanya tersenyum sendirian.
" Awak nampak comel semasa tidur Nia," kata Haris dalam hatinya.
Setengah jam telah berlalu, kini teksi yang mereka naiki telah pun masuk ke perkarangan kampus dan akhirnya, teksi itu berhenti di hadapan sebuah stesen bas.
" Tunggu dalam 15 minit lagi boleh ye encik?," tanya Haris kepada pemandu teksi itu. Pemandu itu hanya mengangguk. Tidak sampai hati rasanya untuk Haris mengejutkan Nia. Mungkin terlalu letih gadis itu. Haris merenung wajah Nia yang sedang tidur itu. Entah kenapa pada waktu itu, timbul satu perasaan yang berbeza. Dia bagaikan terpaku pada wajah gadis itu. Tanpa dia sedari, tangannya perlahan-lahan menghampiri wajah Nia. Sewaktu tangannya hampir menyentuh wajah Nia, tiba-tiba Nia tersedar, mula terjaga dari tidurnya. Haris dengan pantas menjatuhkan tangannya.
" Kita kat mana ni?," tanya Nia dalam keadaan yang masih mamai.
" Ha, bangun pun.. Kita dah sampailah tuan puteri oi," kata Haris. " Jomlah turun," kata Haris.
Mereka berdua berjalan menuju ke kawasan asrama. Dalam kedinginan malam itu, Nia berjalan sambil memeluk tubuhnya kerana berasa agak sejuk. Haris yang menyedari tentang itu mula membuang kot yang dipakainya itu, lalu memakaikannya kepada Nia.
" Err.. terima kasih..," kata Nia sedikit terkejut dengan tindakan Haris itu. Sebaik tiba di pintu asrama, satu lagi masalah menimpa mereka kerana pintu untuk masuk ke dalam kawasan asrama itu telah dikunci! " Kenapalah malang sungguh nasib kita malam ni??," tanya Nia kepada Haris yang disangkanya berada di belakang. Tetapi rupa-rupanya Haris sudah berada di tepi pagar asrama itu dengan sebuah tangga di tangannya. Tangga itu disandarkan pada pagar itu lalu dia mula memanjat tangga itu.
" Dari mana awak ambil tangga ni?," tanya Nia.
" Saya jumpa kat tepi pondok jaga kat sana tu..," kata Haris.
" Awak tengah buat apa tu?! ," tanya Nia sedikit lantang.
" Shy.. jangan cakap kuat-kuat sangat. Nanti tersedar jaga yang tengah tidur kat dalam pondok tu.. Macam ni, saya panjat dulu, lepas tu saya turun kat sebelah sana. Selepas tu, awak pula yang panjat, ok?," kata Haris sambil masih lagi berdiri di atas tangga itu.
" Ha?? Dengan pakaian macam ni? Nak panjat tangga ni? Err.. ye lah..," kata Nia. Dalam hatinya sungguh-sungguh menyumpah kepada pintu pagar asrama itu. Kenapalah awal sangat tutup pintu ni malam ni??
Haris kini telah pun berada di sebelah sana pagar itu. Kini giliran Nia pula untuk memanjat tangga itu untuk masuk ke kawasan asrama itu. Dengan penuh rasa kekok memanjat tangga dengan gaunnya itu, akhirnya dia sampai ke puncak pagar itu.
" Err.. Haris, saya nak turun macam mana ni??," kata Nia yang agak gayat berada di tempat tinggi seperti itu.
" Awak terjun je.. Tak usah takutlah, bukan tinggi sangat ni," kata Haris cuba menenangkannya.
" Tapi saya takutlah, gayat ni," kata Nia dalam nada ketakutan.
" Nia.. terjun je..," pujuk Haris.
" Tak nak.. ," kata Nia lagi.
" Nia, terjun.. atau saya tinggal je awak kat situ," kata Haris bagaikan mengugut.
" Eh.. janganlah tinggalkan saya pula.. Yela, yela saya nak terjun la ni," kata Nia akhirnya mengalah. Dengan penuh berhati-hati, dia melompat turun dari situ. Tapi terjunannya tersasar dari tempat yang difokuskan. Dia terjatuh betul-betul ke atas Haris. Haris terbaring jatuh ke atas tanah, begitu juga Nia yang kini berada di dalam pelukan Haris. Pandangan mata mereka bertemu untuk seketika. Entah mengapa, degupan jantung Haris kini berdegup pantas.
" Err.. maaf.. saya tak sengaja. Awak tak apa-apa ke?," kata Nia yang segera bangun berdiri.
" Tak, saya ok..," kata Haris.
" Kalau macam tu, saya balik dulu ye?," kata Nia. Haris hanya mengangguk. Akhirnya mereka pulang ke asrama masing-masing. Haris berjalan menuju ke arah kiri manakala Nia pula ke arah kanan.


Haris berpusing ke kiri, seketika kemudian dia berpusing semula ke kanan. Kemudian dia duduk menelentang dan menghadap ke atas, ke arah syiling di dalam biliknya itu. Sejak tadi lagi, dia sukar untuk melelapkan matanya. Dia cuba memerhatikan pusingan kipas yang sedang ligat berpusing itu. Namun, fikirannya tenggelam kepada sesuatu yang lain. Wajah Nia kian bermain dalam fikirannya. Dia mula mengimbas semula kejadian yang silih berganti malam tadi. Bermula di rumah Jefry yang mana dia dan Nia berpura-pura jadi tunang, selepas itu, kereta mereka rosak dan terpaksa berjalan kaki, ketika itu Nia memeluknya kerana takut. Selepas itu Nia tertidur di atas bahunya di dalam teksi. Kemudian, imbasan yang terakhir sewaktu Nia terjatuh ke atasnya. Haris tersenyum sendirian. Dia menyentuh hatinya. Berdebar-debar hati itu. Dia pernah tidak dapat tidur kerana memikirkan tentang gadis itu, tapi perasaan pada waktu itu bukan perasaan yang dirasainya sekarang. Ketika itu hanya ada rasa kasihan pada gadis itu, tapi sekarang..
' Adakah aku sudah jatuh cinta pada Nia?,' Haris berfikir sendirian. Jawapannya sudah pasti hanya hatinya yang dapat menjawab.

"

1 comments:

mellyssa said...

hehehehe...best nier...loving..n nakal....teringat zaman sekolah dulu ...panjat pagar gak....hahahhaa...wait for next n3