BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 20, 2009

Bab 7



Cuaca redup pada petang itu menyamankan para pelajar yang bersiar-siar di kawasan taman itu.Di suatu sudut,kelihatan Haris sedang mundar-mandir seperti orang yang kehilangan arah.Sesekali dia menoleh ke arah kanannya,seketika kemudian ke kiri pula.Dia tahu,biasanya jalan itulah yang Nia gunakan untuk pulang ke asrama.Namun, walaupun sudah sepuluh minit dia menunggu,Nia masih belum kelihatan.Sebenarnya dia merancang untuk mengajak Nia keluar bersiar-siar di bandaraya esok.Maklumlah esok hari cuti.Jadi dia mahu cuba menggunakan kesempatan itu untuk mengajak Nia keluar. Tapi,dia sendiri tidak yakin adakah Nia akan menerima pelawaan dia atau tidak.Dia tahu bagaimana sikap gadis itu.Walaupun tempoh hari Nia telah setuju untuk menerimannya sebagai seorang kawan,tetapi sikap Nia tetap dingin dengannya.Jika mereka terserempak di mana-mana,mereka seperti orang asing yang saling tidak mengenali.Bahkan sekuntum senyuman pun tidak akan diberikan.Jika Haris tidak menegur terlebih dahulu,mana mungkin Nia akan bercakap dengannya.Namun,dia tetap mahu berkawan dengan gadis itu.Dia sendiri tidak tahu mengapa,tetapi naluri hati dia terlalu kuat untuk berkawan dengan gadis itu dan membuat hidupnya ceria semula.Dia tahu,orang takkan dapat berubah serta-merta,perlukan masa untuk mengubah seseorang itu.Kerana itu dia tahu yang dia tak boleh putus asa.Dia tetap bertegas untuk melihat gadis itu ceria semula.
Seketika kemudian,gadis yang ditunggu-tunggunya itu muncul akhirnya.Di sebelahnya kelihatan Sarah,teman wanita kawan baiknya.Dia masih ingat,sebulan yang lalu,Nabil pernah memperkenalkan Sarah kepada dia dan Faiz.Mereka berdua memang pasangan yang serasi.
Nia dapat lihat Haris berdiri tidak jauh darinya,tetapi sengaja dia pura-pura tidak sedar bahawa Haris berada di situ.Tetapi,tiba-tiba namanya dipanggil oleh lelaki itu.Nia mula berasa tidak senang apabila Haris memanggilnya.Sarah pula mula berdehem sambil memandang Nia.Namun,Nia cuba untuk tidak mempedulikan panggilan itu.
“ Nia!,”sekali lagi namanya dipanggil.
Sekali lagi jugalah Sarah berdehem.Kali ini,Nia mula memberhentikan langkahnya dan menoleh ke belakang.Dia cuba untuk senyum kepada Haris.
“ Awak rupanya..Apa awak buat kat sini?Ada apa awak panggil saya?,”Nia pura-pura bertanya dengan ramah.
“ Saya tunggu awak la..Nia,esok cuti..So,saya nak ajak awak keluar jalan-jalan kat bandaraya esok..awak sudi tak?,”Haris mula menyatakan hasratnya kepada Nia.Dia tetap mencuba walaupun dia tahu peratusan untuk Nia setuju dengan ajakannya itu rendah.
“ Err..esok?jalan-jalan kat KL ni?..maaflah awak,saya ada hal la esok..Saya dah janji untuk teman kawan saya pergi shopping esok,kan Sarah?,”Nia mula mereka-reka alasan untuk tidak bersetuju dengan ajakan Haris itu.Sarah segera memandang ke arah Nia.Dia sedar kawannya itu cuba untuk mengelakkan diri.Nia tahu bahawa dia sudah bersetuju untuk menerima Haris sebagai kawannya tempoh hari,tetapi dia berasa kekok dengan lelaki yang baru dikenalinya itu.Sudah lama dia tidak berkawan dengan lelaki. Selama ini,hanya Sarahlah satu-satunya kawannya.Kerana itulah dia sering cuba untuk mengelak dari lelaki itu.
“ Err..tak pelah Nia,kau keluarlah dengan dia,sebab aku rasa aku tak jadilah nak pergi shopping esok..Ada assignment baru perlu aku buat..,”kata Sarah cuba memberi peluang kepada Haris.Nia memandang tajam ke arah Sarah setelah mendengar kata-kata kawannya itu.Dia tahu bahawa Sarah cuba untuk cari jalan agar dia bersetuju dengan ajakan Haris itu.Mendengar kata-kata Sarah itu tadi,Haris memandang Nia dengan harapan dia bersetuju dengan ajakannya itu tadi.
“ Kalau macam tu..oklah..,”kata Nia acuh tak acuh.
“ Betul ni?Ok,esok awak tunggu saya pukul 10.00 pagi di stesen bas depan Taman Sri Botani tu ye?,”kata Haris dalam nada gembira.Nia hanya tersenyum sambil mengangguk.Kemudian dia meminta diri dan berjalan menuju ke hostel bersama Sarah.
“ Kau sengaja nak elakkan diri dari dia kan?,”Tanya Sarah tiba-tiba.
“ Ye la..yang kau cakap macam tu pula apasal?,”soalan Sarah itu tadi dijawab dengan soalan darinya pula.
“ Nia..apa salahnya kalau kau keluar dengan dia..Dia Cuma ajak kau keluar jalan-jalan kat KL je..Lagipun dia tu baik,aku kenal dia..Dia kawan Nabil,”kata Sarah.“ Tapi aku rasa hairan juga,macamana kau boleh kenal dengan dia?,”sambung Sarah lagi ingin tahu.
“ Nanti jelah aku cerita kat kau,sekarang ni aku rasa letih sangatlah,”jawab Nia sambil membuka pintu bilik mereka.Kemudian,dia membaringkan dirinya di atas katilnya yang empuk itu dan terus terlena.Barangkali terlalu penat.

Nia mengenakan sedikit sentuhan mekap pada wajahnya itu.Kemudian dia mula memadankan blaus hitamnya itu dengan tudung berwarna putih.Dia kelihatan lawa berpakaian begitu.Buat kali terakhir,dia menatap wajahnya sekali lagi di cermin. Kemudian,dia segera keluar dari bilik itu untuk ke stesen bas,tempat yang dijanjikan dengan Haris semalam.Sebelum dia pergi,dia sempat mengingatkan Sarah supaya menghantarkan buku yang dipinjamnya ke perpustakaan.
Nia berjalan menuju ke stesen bas itu sambil melihat jam pada tangannya.Pukul 9.55 pagi.Dia masih belum terlewat.Kalau boleh,dia tidak mahu keuar dengan Haris.Dia lebih suka berada di hostelnya waktu cuti-cuti begini.Tetapi,dia berasa tidak sampai hati juga untuk menolak pelawaan lelaki itu.Dia pernah terhutang budi dengan lelaki itu. Setelah hampir enam minit berjalan,dia mula nampak stesen bas yang ingin ditujuinya itu dari jauh.Tidak jauh dari situ,kelihatan sebuah kereta Honda berwarna kelabu.Nia mula tertanya-tanya kereta siapakah itu.Setelah dia sampai di situ,kedengaran bunyi hon dari kereta itu.Nia mula melihat ke dalam kereta itu.Dilihatnya Haris sedang tersenyum dari dalam kereta.
“ Haris?Dia ada kereta?,”Nia tertanya-tanya di dalam hati.Namun,tanpa berfikir lagi dia segera ke kereta itu dan masuk ke dalamnya setelah dipelawa oleh Haris. Sepanjang perjalanan,Nia hanya berdiam diri.Begitu juga dengan Haris.Haris sebenarnya sengaja mendiamkan diri,dengan harapan agar Nia menegurnya terlebih dahulu.Tapi,Nia terus membisu.Akhirnya dia terpaksa mengalah dengan memulakan perbualan terlebih dahulu.
“ Kita nak ke mana?,”Haris bertanyakan soalan itu kepada Nia.
“ Tak ke awak yang ajak saya,apasal pula awak yang Tanya saya,sepatutnya saya yang Tanya awak,”kata Nia apabila mendengar soalan Haris itu.
“ Sebab awak tak Tanya soalan tu la,saya tolong awak Tanya..Awak tak teringin nak tahu ke mana saya nak bawa awak?,”tanya Haris.
“ Awak nak bawa saya ke mana?,”Nia mula bertanya.
“ Awak belum breakfast lagi kan?Kalau macam tu,kita pergi breakfast dulu ye?,” kata Haris.Nia hanya mengangguk.Kemudian,suasana kembali sepi.Lebih kurang sepuluh minit berlalu,Haris memasukkan keretanya ke sebuah petak parkir.Nia hanya mengikutnya ke KLCC.Di sana,Haris membawanya untuk sarapan pagi di Secret Recipe.
Sambil menunggu makanan mereka tiba,Haris memulakan semula perbualan mereka.
“ Boleh tak saya Tanya awak satu soalan?,”Tanya Haris.Nia mengerut mendengar kata-kata Haris itu.
“ Tanyalah..,”jawab Nia ringkas.
“ Kenapa awak ni pendiam sangat?,”Tanya Haris.Nia tidak sangka Haris akan bertanya soalan itu kepadanya.Dia pendiam ke?Soalan itu bermain dalam fikirannya. Namun dia masih cuba mencari jawapan kepada soalan itu.
“ Tak adalah,saya diam sebab tak ada apa-apa nak dicakapkan je,”jawab Nia.
“ Oh..awak tak suka keluar dengan saya ye?Sebenarnya awak ni betul ke sudi terima saya jadi kawan awak ni?Saya tengok awak ni macam dingin sangat dengan saya,” kata Haris lagi.
“ Er..mungkin sebab saya dah lama tak berkawan dengan lelaki..Maaf la kalau awak rasa saya bersikap dingin dengan awak,”kata Nia pula.Timbul rasa bersalah dalam dirinya mendengar kata-kata Haris itu tadi.Dia sendiri sedar akan kebenaran kata-kata Haris itu tadi.
“ Awak tak berkawan dengan lelaki sejak awak break up dengan...ops,maafkan saya.Saya tak bermaksud nak mengungkit pasal hal silam awak,”Haris segera meminta maaf apabila dia menyedari bahawa dia telah tersilap topik.
“ Tak ape la awak..Betul la apa yang awak cakap tadi tu...,”kata Nia.
Pada masa yang sama,seorang waiter datang membawa dua pinggan spaghetti yang telah dipesan oleh mereka tadi.Seketika kemudian,muncul pula seorang lagi waiter yang membawa minuman mereka.Mereka terdiam seketika.
“ Boleh tak saya pula Tanya awak satu soalan?,”kini Nia pula cuba bertanya setelah waiter itu pergi.
“ Tanya apa?tanya la..,”jawab Haris.
“ Kenapa awak sungguh-sungguh nak berkawan dengan saya?,”Tanya Nia.
“ Saya tengok awak ni selalu je muram,sebab itu la saya nak berkawan dengan awak.Saya nak buat awak happy,”jawab Haris. “Tapi awak ni garang betul la,” sambungnya lagi.Nia tersenyum mendengar kata-kata Haris itu.Kemudian mereka mula makan makanan masing-masing.
Selepas itu,mereka bersiar-siar di dalam KLCC itu sekadar untuk mencuci mata melihat barang-barang yang mahal di sana.Setelah itu,Haris membawa Nia jalan-jalan di kawasan luar KLCC.Pada hujung minggu seperti itu,ramai orang yang memenuhi kawasan itu terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga dan pasangan yang sedang bercinta.Apabila masuk sahaja waktu solat Zohor,Haris mengajak Nia ke masjid yang berada tidak jauh dari kawasan itu.Jauh di sudut hati Nia,dia kagum dengan sifat Haris yang mementingkan solat itu. “Nampaknya dia ni tak la teruk sangat,”desus hati kecilnya.
Setelah selesai solat,Haris mengajak Nia ke pesta air yang diadakan di Tasik Tititwangsa.
Pesta itu cukup menarik.Mereka menghabiskan banyak masa di sana.Haris telah menyertai pertandingan bot laut,tetapi telah kalah.Dia berdiri di hadapan Nia dengan pakaian yang basah kuyup,wajahnya pula masam mencuka.Nia ketawa apabila melihat wajah Haris yang muram itu.Wajah Haris benar-benar membuat dia berasa geli hati. Mujurlah Haris sentiasa membawa pakaian spare di dalam but keretanya.Setelah dia menukar pakaian,dia mengajak Nia menyertai beberapa pertandingan yang lain. Antaranya,mereka menyertai pertandingan memancing dan mencari harta karun.Haris juga mengajak Nia untuk melukis potretnya.Dia telah menyuruh seorang pelukis yang mengambil upah melukis di situ supaya melukis wajah Nia.Pada mulanya,Nia cuba menolak,tetapi setelah dipujuk rayu,dia akhirnya bersetuju.Kecekapan pelukis itu hanya mengambil beberapa puluh minit sahaja untuk mneyiapkan potret Nia.Nia tersenyum apabila melihat wajahnya pada potret itu.Hari itu,Nia kerap ketawa.Haris mula berasa senang hati apabila melihat Nia gembira begitu.
Namun,kegembiraan itu hanya seketika.Ketika mereka masih lagi pusing-pusing di sekitar kawasan pesta air itu,Nia terserempak dengan seseorang.Seseorang yang cukup dibencinya suatu masa dahulu.Tasya!
“ Hai,Nia!!Apa yang kau buat kat sini?,”kata Tasya dengan nada gediknya itu. Di sebelahnya kelihatan seorang lelaki yang berpakaian hitam persis ahli ‘Black Metal’. Haris dapat melihat wajah Nia yang jelas kelihatan berubah.
“ Buat bodoh,”jawab Nia selamba dalam nada memerli.Lelaki yang berdiri di sebelah Tasya tergelak kecil mendengar kata-kata Nia itu.Tasya hanya menjeling tajam.
“ Oh..kau datang sini buat bodoh dengan siapa ni?Mesti teman lelaki baru kan? Habis Adam kau dulu tu kau buang kat mana?Ops,aku lupa pulak..Kau dengan dia memang dah lama break up.Macamana la aku boleh lupa,”kata Tasya pula.
“ Jangan kau sekali-kali sebut nama tu dari mulut kau!Semuanya kerana kaulah! Kau yang musnahkan semuanya,kau tahu tak?!!,”Nia mula meninggikan suaranya.Orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu mula memandang mereka.Haris turut terkejut dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Nia itu.Dia dapat lihat mata Nia mula berkaca.
“ Haris,bawa saya balik!,”kata Nia sambil berlalu pergi meninggalkan Tasya. Tasya hanya tersenyum sinis melihat perlakuan Nia itu.
“ Tapi Nia….,”
“ Just sent me back to the hostel!!Please!,”kata Nia sebelum Haris sempat menghabiskan kata-katanya.Kali ini Nia mula menangis teresak-esak.Mujurlah pada waktu itu mereka berada jauh dari orang ramai.Haris mula membuka keretanya yang terkunci dan Nia masuk tanpa dipelawa.
Enjin kereta dihidupkan.Haris sempat memandang Nia yang masih lagi menangis sebelum menggerakkan keretanya itu.Sepanjang perjalanan,mereka berdua hanya diam. Suasana kembali sepi.Tetapi Nia yang tadi menangis teresak-esak telah pun berhenti. Matanya kelihatan merah dan agak bengkak.30 minit terus berlalu,akhirnya kereta itu berhenti di depan stesen bas,tempat Haris menunggu Nia pagi tadi.
“ Dah sampai,”kata Haris mengejutkan Nia yang dia pasti sedang mengelamun. Mengelamunkan apa,dia sendiri tidak tahu.Mungkin teringatkan Adam,boyfriend lamanya itu.Nia memandang sekeliling,kemudian memandang ke arah Haris.Mulutnya bergerak-gerak seperti ingin mengatakan sesuatu,tetapi tiada satu perkataan pun yang mampu dituturkannya untuk lelaki itu buat masa ini.Akhirnya dia hanya keluar dari kereta itu tanpa sebarang kata.Haris hanya melihat Nia yang pergi semakin jauh meninggalkan keretanya itu.Dia sendiri tidak menyangka bahawa semua ini akan terjadi. Niat dia mengajak Nia keluar adalah untuk menggembirakan gadis itu,tetapi sebaliknya pula yang terjadi.Siapa perempuan tadi?Bagaimana perempuan tu tahu tentang Adam? Adakah mereka satu sekolah?Pelbagai soalan mula muncul dalam benaknya.Jawapannya Cuma Nia yang mampu berikan.Tapi…mungkin ada seorang lagi yang tahu jawapannya. Sarah!

0 comments: