BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 30, 2008

Bab 2



Haris berjalan menuju ke kaunter peminjaman sambil membawa tiga buah buku di tangannya.Dia sangat memerlukan buku-buku itu bagi membantu dia menyiapkan assignment yang telah diberikan oleh pensyarahnya.Petang itu,Haris hanya seorang diri di perpustakaan itu.Dua orang rakannya itu masing-masing ada hal sendiri.Nabil terpaksa menghadiri perjumpaan yang diadakan oleh Kelab Pencinta Alam,manakala Faiz pula keluar dengan teman wanita barunya.
Setelah selesai meminjam buku-buku itu,Haris mengambil beg hitamnya yang berada di situ dan berjalan menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah.Dia sempat melihat beberapa orang pelajar sedang menunggu lif untuk turun ke bawah.Perpustakaan itu memang mempunyai kemudahan lif untuk para pelajar.Tiba-tiba,pandangannya terhenti pada salah seorang daripada mereka.
“ Perempuan tu,”kata Haris sendirian apabila terpandang Nia.Dia cuba pergi ke arah Nia,tetapi orang yang agak ramai di situ menyukarkannya.
“ Cik,tunggu sekejap!,”panggil Haris.Namun,dia terlambat.Nia telah pun masuk ke dalam lif ketika itu.Tanpa berfikir panjang,Haris segera berlari turun melalui tangga. Apabila dia sampai di tingkat bawah,Nia sudah pun keluar dari perpustakaan itu.
“ Tak sempat aku nak kejar perempuan tu.Kalau macam ni,tak dapatlah aku nak pulangkan buku dia,”kata Adam dalam hatinya.Dia tercungap-cungap keletihan.
Haris keluar dari perpustakaan itu dan masuk ke sebuah kafetaria yang terletak tidak jauh dari situ.Perutnya dari tadi lagi menyanyi-nyanyi.Apa tidaknya,dia hanya makan dua keping roti dan secawan kopi sahaja bagi mengalas perutnya pagi tadi.Tengah hari itu pula dia langsung tidak makan kerana tergesa-gesa untuk ke kuliah.

Nia berjalan ke arah bangku yang sering dikunjunginya.Angin nyaman pada petang itu membuatkan hatinya berasa tenang.Dia duduk di bangku itu dan mengeluarkan sebuah novel dari dalam beg yang disandangnya itu.Nia memang suka membaca novel sejak di bangku sekolah lagi terutamanya novel yang bertemakan cinta. Membaca novel itu bagaikan sudah menjadi lumrah hidupnya.‘Bila Hati Berbisik’,itulah tajuk novel yang baru dibelinya itu.Kemudian,dia mula membaca novel itu.
Haris yang baru keluar dari kafetaria berjalan melalui kawasan itu untuk pulang ke asramanya.Pada waktu petang sebegitu,kawasan itu memang penuh dengan para pelajar kampus itu.Haris terpandang Nia yang sedang duduk di salah satu bangku dalam kawasan itu.“Eh,jumpa lagi aku dengan perempuan tu hari ni.Nampak gayanya macam ada jodoh pula aku dengan dia,” kata Haris dalam hatinya sambil tersenyum sendirian.Kemudian, dia berjalan menuju ke arah Nia di kerusi bangku itu.
“ Bila Hati Berbisik,tajuk yang menarik,”kata Haris kepada Nia.Nia yang sedang khusyuk membaca itu sedikit terkejut dengan teguran Haris yang secara tiba-tiba itu.
“ Cik Niana Elise,kan?,”tanya Haris lagi sebelum sempat Nia berkata apa-apa.
“ Ya,saya.Awak ni........,”
“ Saya Haris,lelaki yang awak terlanggar semalam”
“ Oh..Maaflah pasal semalam tu,saya tergesa-gesa waktu tu.Saya terlewat untuk ke kuliah,”Nia menerangkan kepada Haris.
“ Tak apa,saya tak kisah,”kata Haris.“Sebenarnya saya nak pulangkan buku ini pada awak,mungkin saya terambil semasa kita terlanggar semalam,”sambung Haris lagi sambil menghulurkan buku berkulit biru itu kepada Nia.
“ Patutlah saya cari tak jumpa,terima kasih sebab pulangkan balik,”kata Nia sambil membelek-belek helaian buku itu.
“ Sama-sama,”kata Haris perlahan sambil memerhatikan wajah gadis yang berbentuk bujur sirih di hadapannya itu.Matanya yang redup itu menggambarkan seolah-olah ada suatu kesedihan yang dipendamkan olehnya.Gadis berkulit putih di hadapannya itu benar-benar menarik perhatiannya.
“ Tut!Tut!”
Nia segera membuka handsetnya apabila terdengar bunyi yang menandakan satu SMS diterima itu.
“ Nia,kau kat mana tu?Sebelum balik asrama,tolong belikan sabun untuk aku, boleh kan ?,” begitulah ayat yang ditulis oleh Sarah dalam SMS itu tadi.
“ Macam-macam si Sarah ni,”kata Nia dalam hatinya selepas membaca SMS itu. “Maaf,saya terpaksa pergi dulu.Hari pun dah agak lewat.Terima kasih sekali lagilah sebab pulangkan semula buku saya ni,”kata Nia sambil menyimpan novelnya semula ke dalam beg.Kemudian,dia bangun dari bangku itu dan berjalan pergi meninggalkan Haris di situ.Haris hanya memerhati Nia berjalan pergi dari situ tanpa sebarang kata

Haris mula rasa mengantuk,lalu dia menutup buku yang sedang dibacanya itu.Dia melihat jam yang tergantung pada dinding di hadapannya itu,sudah pukul 2.30 pagi. Haris menoleh ke kiri,dilihatnya Nabil dan Faiz sudahpun dibuai mimpi indah.Sebelum tidur,dia pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk terlebih dahulu.Memang begitulah yang diamalkannya sejak kecil lagi jika hendak tidur pada waktu malam.Dia tahu,amalan itu adalah salah satu daripada sunnah rasulullah yang patut diamalkan.
Setelah mengambil wuduk,Haris mula baring di atas katil double deckernya itu. Entah kenapa,dia sukar untuk melelapkan matanya walaupun dia telah rasa mengantuk. Matanya terkebil-kebil dalam kegelapan.Fikirannya terfikirkan tentang seseorang.
“ Kenapa aku asyik teringatkan perempuan tu?,”Haris tertanya-tanya sendirian. Wajah Nia mula menghantui fikirannya.

0 comments: